Anda di halaman 1dari 3

SKP2204

HUBUNGAN ETNIK

KERTAS PROPOSAL

PENSYARAH : PROF. MADYA DR. AHMAD TARMIZI BIN TALIB .

DISEDIAKAN OLEH :

NAMA NOMBOR MATRIK


AHMAD DANIAL ASYRAAF BIN JOHANES 193181
AHMAD HAKEEM BIN ABD KARIM 193231
KHAIRINA BINTI JAMAN @ ZAMAN 192260
NURUL AIN BT SULONG 192519
SITI NUR LIYANA BINTI HAMDAN 191986
PROPOSAL

Tema : Keagamaan

1.0 Tajuk

Menilai tahap akomodasi antara masyarakat Cina terhadap masyarakat Melayu terhadap
laungan azan.

2.0 Pernyataan Masalah

Umum mengetahui bahawa Malaysia terdiri daripada pelbagai masyarakat dan kaum yang
berlainan agama. Kesepaduan diantara agama yang berlainan di Malaysia memainkan
peranan penting dalam mengekalkan perpaduan dan keamanan di negara ini. Walau
bagaimanapun, perbezaan agama mewujudkan beberapa masalah kerana sesetengah
masyarakat tidak mempunyai toleransi dan sikap hormat antara satu sama lain. Hal ini dapat
dilihat dalam pelbagai aspek terutama dalam aspek ritual ibadah. Kita dapat melihat
sesetengah golongan tidak bertanggungjawab sengaja mencetuskan api kemarahan dengan
menghina perbezaan agama terutama golongan muda. Maka, tercetus idea untuk mengkaji
sikap penganut agama lain terhadap ritual agama lain.

3.0 Objektif Kajian :

Melalui kajian ini, kami dapat :

1) Menilai tahap kehormatan kaum cina terhadap melayu dari segi agama islam.
2) Mengkaji reaksi kaum cina ketika azan berkumandang.
3) Mengkaji kesepaduan sosial melalui toleransi dalam ritual keagamaan.
4. 0 Lokasi

Lokasi kajian ini ialah di sekitar Masjid Al-Ikhwaniah Taman Cheras Utama. Lokasi ini dipilih
kerana terdapat banyak restoran berhampiran masjid ini.

5.0 Kaedah Kajian:

Utk kaedah/metodologi, kami menggunakan kaedah pemerhatian terhadap reaksi kaum cina
terhadap laungan azan di masjid ikhwaniah, Cheras. Kaedah ini boleh dilakukan dengan
memerhati reaksi kaum cina di restoran berdekatan dengan masjid tersebut ketika laungan
azan sedang berkumandang.

Anda mungkin juga menyukai