Anda di halaman 1dari 21

FAKULTI SAINS GUNAAN

IJAZAH SARJANA MUDA SAINS (KEPUJIAN)

CAWANGAN NEGERI SEMBILAN, KAMPUS KUALA PILAH

FALSAFAH DAN ISU SEMASA (CTU 552)

TAJUK KERTAS KERJA:

IMPLIKASI PERKEMBANGAN SAINTISME TERHADAP BUDAYA


MASYARAKAT MALAYSIA DAN KAEDAH MENGATASINYA

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NO MATRIK

NURFATINI IMAN BT SHAHRIZAN (LEADER) 2021102711

ALIA SHAZWANI BT MAD RODI 2021340659

AIN NUR AISYAH BT MOHAMMAD SUHAILI 2021120321

NOR BALQISH ANISA BT MAZLAN 2021113549

DISEDIAKAN UNTUK:
DR. MUHAMMAD FIRDAUS BIN HAJI ABDUL MANAF

SEMESTER 3
SESI II 2020/2021

31 Mac 2021 © Dr. Muhammad Firdaus bin Haji Abdul Manaf


ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

BIL PERKARA MUKA SURAT

1. PERAKUAN PELAJAR 3

2. 1.0 PENGENALAN 4

3. ISI-ISI

2.0 OBJEKTIF KAJIAN 6

3.0 KAJIAN LEPAS 7

4.0 DAPATAN KAJIAN 9

4. 5.0 KESIMPULAN 14

5. 6.0 SUMBER RUJUKAN 15

6. BORANG PENILAIAN KERTAS KERJA 16

7. BORANG PENILAIAN PEMBENTANGAN 17

PERAKUAN PELAJAR

2
“Kami dengan ini membuat perakuan bahawa pada setiap masa, semua hasil
tugasan yang kami serahkan adalah hasil kerja kami sendiri, tidak meniru dan
plagiat daripada mana-mana sumber, atau mencuba untuk meniru mana-mana pihak
tanpa meletakkan situasi yang sepatutnya. Kami sedar bahawa mana-mana pelajar
yang melanggar atau disyaki melanggar perakuan yang dibuat boleh dibawa kepada
Jawatankuasa Tatatertib UiTM Negeri Sembilan.”

1. Nama: ALIA SHAZWANI BT MAD 2. Nama: NURFATINI IMAN BT


RODI SHAHRIZAN
No. Pelajar: 2021340659 No. Pelajar: 2021102711

3. Nama: NOR BALQISH ANISA BT 4. Nama: AIN NUR AISYAH BT


MAZLAN MOHAMMAD SUHAILI
No. Pelajar: 2021113549 No. Pelajar: 2021120321

1.0 PENGENALAN

َ ‫ْالع ِْل ْم َف ِر ْث‬


‫ض ٌة َعلَى ُك ِّل مُسْ ل‬ ُ‫َطلَب‬

3
Ayat diatas merupakan hadis rasulullah SAW yang bermaksud “Menuntut ilmu adalah
kewajiban bagi setiap individu muslim” (Hadis Riwayat Ibnu Majah). Hadis tersebut
menunjukkan bahawa rasulullah SAW menggalakkan umatnya untuk menuntut ilmu.
Tuntutan untuk menuntut ilmu oleh baginda jelas menunjukkan bahawa ilmu boleh
meningkatkan darjat seseorang kerana mereka mempunyai pengetahuan dan pengalaman
yang luas untuk dijadikan panduan sekaligus dapat mendekatkan diri dengan Allah SWT.
Terdapat pelbagai bidang ilmu yang boleh dipelajari antaranya ilmu sains. Bidang ilmu sains
telah berabad tahun diadaptasikan dan telah membawa banyak kebaikan kepada kehidupan
dan kesejahteraan masyarakat sejagat. Melalui pelbagai inovasi sains dari berlainan jenis
sektor seperti kesihatan, komunikasi, pertanian dan lain-lain dapat dimajukan (Bakri Bakar,
2019).

Menjelang abad ke-18, pengumpulan ilmu pengetahuan dan teknologi khususnya di negara
barat seperti Eropah telah mencapai ke tahap yang kritikal di mana telah bermulanya
revolusi perindustrian. Menurut kajian purba, ini membuktikan bahawa berlakunya
pembangunan tamadun moden yang berasaskan kepada sains dan teknologi. Oleh itu, ia
menjelaskan bahawa terdapat banyak galakan positif terhadap perkembangan ilmu sains
dalam peradaban manusia (Abdul Hadi, 2007). Walaupun perkembangan sains dan
teknologi berlaku dengan pantas dan telah memberi banyak kemudahan kepada dalam
pelbagai aspek kehidupan yang memberi kesan positif, ia turut menyebabkan wujudnya
kepercayaan yang berlebihan terhadapnya, sehingga menyebabkan kemunculan gejala
saintisme di kalangan masyarakat (Amin Fauzi, 2017). Ia terjadi apabila individu atau
sesetengah golongan itu berpendapat bahawa, ilmu itu hanya diperoleh secara empirikal
sahaja dapat menyelesaikan masalah kehidupan atau mempunyai pemikiran dimana
mereka menjadikan ilmu sains hanya sebagai sumber rujukan untuk menjawab persoalan
yang berlaku. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, empirikal bermaksud sesuatu
yang bergantung atau berpandukan kepada pemerhatian atau eksperimen sahaja dan
bukan bergantung kepada teori boleh menjawab persoalan-persoalan. Saintisme secara
umum adalah istilah yang digunakan oleh segelintir golongan yang berpandangan bahawa
kaedah sains hanyalah sumber pengetahuan yang tepat dapat menghasilkan pengetahuan
mengenai manusia yang benar. Fahaman saintisme merupakan sistem pemikiran falsafah
yang bermula pada abad pertengahan ke-19 di mana ketika itu semua kepercayaan adalah
berada pada di puncak perkembangan kerana terdapat penemuan-penemuan oleh Kepler,
Galileo dan Newton. Selain itu, pada abad kewujudan saintisme ini telah membantu hasil-
hasil penemuan ilmu dalam bidang astronomi diadaptasikan menjadi satu pemikiran yang
boleh mengubah persepsi hidup dan peradaban manusia.

4
Oleh kerana berlakunya pelbagai inovasi dan pembaharuan serta golongan-golongan
ilmuan, agamawan dan seniman mempunyai imaginasi tentang masyarakat yang ideal telah
membantu memperluaskan perkembangan saintisme (Abdul Hadi, 2007).

Setelah membuat pengumpulan data dari pelbagai sumber, terdapat beberapa


sumber kajian yang hampir menyamai dengan tajuk kertas kerja ini. Kajian tersebut
dijalankan dari Universitas Muhammadiyah oleh Amin Fauzi (2017). Penulis membicarakan
tentang kajian-kajian yang berkaitan dengan keseimbangan dalam pendidikan yang bukan
sahaja menitik berat tentang intelektual malah memastikan setiap individu mempunyai
peribadi yang baik. Selain itu, penulis juga menjelaskan kesan perkembangan sains dan
teknologi terhadap peradaban masyarakat moden, dimana apabila hanya sains dan
teknologi menjadi sumber kepercayaan dan pegangan semata-mata akan menyebabkan
wujudnya gejala saintisme terhadap pemikiran masyarakat. Selain itu, penulis menulis kesan
daripada pemikiran saintisme telah menyebabkan para ilmuwan berfikiran secara sekular
yang mempercayai bahawa realiti hanya terhad dan terbatas kepada perkara-perkara yang
fizik sahaja. Selain itu, Abdul Hadi (2007) menulis di dalam kajiannya yang bertajuk Krisis
Manusia Moden:Tinjauan Falsafah Terhadap Saintisme dan Relativisme Kultural. Objektif di
dalam kajiannya adalah beliau mengkaji tentang asal usul dan sejarah kewujudan saintisme
dalam sejarah barat dan juga beliau membincangkan tentang kesannya terhadap
masyarakat moden. Tambahan lagi, beliau membicarakan tentang penemuan-penemuan
ilmiah pada era kebangkitan di negara barat oleh tokoh-tokoh sejarawan yang terkenal dan
hasil daripada penemuan-penemuan tersebut membantu mengubah corak kehidupan
masyarakat ketika itu ke arah yang lebih moden. Selain itu, penulis menulis tentang
pemikiran tokoh ilmuwan pada ketika itu yang membantu memperluaskan perkembangan
saintisme seperti Thomas More yang telah menghasilkan bukunya yang bertajuk Utopia
yang merupakan sebuah karya yang berkaitan dengan falsafah pemikiran yang diilhamkan
oleh tokoh ilmuwan yang lain seperti Plato.

5
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

2.1 Dapat mengetahui kesan saintisme terhadap masyarakat

2.2 Dapat mengetahui kaedah untuk mengatasi saintisme dalam budaya dan masyarakat
Malaysia

6
3.0 KAJIAN LEPAS

3.1 Sejarah Saintisme dan Pengasas Falsafah

Buku yang dipilih untuk membuat ulasan adalah bertajuk Khata di mana terdapat
artikel yang bertajuk Tinjauan Falsafah Terhadap Saintisme dan Relativisme Kultural.Di
dalam buku membincangkan tentang sejarah berlakunya perkembangan falsafah Saintisme
dan pengasas untuk falsafah ini. Falsafah ini telah bermula daripada abad ke - 16 dan 17 M
apabila perkembangan ilmu yang ditemui oleh Kepler, Galileo, Copernicus dan Newton. Di
dalam falsafah saintisme juga terdapat penemuan tentang astronomi dan mekanisme yang
diubah menjadi sistem ilmu yang dapat membuka mata dan pandangan masyarakat.
Revolusi Copernican yang berlaku pada zaman Renaissance (2; abad ke-16) dan abad
seterusnya di mana Galileo di bidang astronomi yang mengubah tentang pemutaran alam
semesta. Sebelum tercetusnya falsafah saintisme, mereka mempercayai bahawa bumi
merupakan pusat peredaran alam semesta. Semua yang terdapat di alam semesta seperti
planet, bulan dan matahari dipercayai mengelilingi bumi akan tetapi dengan kajian dan
penemuan falsafah saintisme dapat membuktikan bahawa matahari menjadi pusat
peredaran alam semesta.Terdapat banyak juga ilmu baharu ditemukan seperti pergerakan
graviti oleh Newton dan falsafah ini telah membentuk sebuah kosmologi yang akan
mempengaruhi ilmu luar fizik seperti ilmu politik, biologi dan psikologi serta ekonomi. Ilmu
falsafah saintisme ini telah merungkaikan persoalan tentang ilmu alam ghaib dan keyakinan
terhadap ilmu sains.Ia memberi impak yang besar sehingga ia memberi pengetahuan
tentang dunia di akhir kehidupan.Tidak dinafikan juga terdapat pengkaji ilmu-ilmu ini seperti
Ibnu Rusyd dan Plato yang tidak terlalu takjub dengan falsafah saintisme kerana tidak dapat
menemukan apa-apa bukti. Pada abad ke-19 saintisme telah dijadikan asas kepada ilmu-
ilmu lain seperti biologi, geologi dan banyak lagi menjadikan kebanyakan institusi
menekankan ilmu seperti Matematik dan ilmu alam kecuali bahas di institusi mereka (Abdul
Hadi W.M., 2007). Oleh hal demikian, ilmu-ilmu penemuan ini telah mengubah dan
menentukan corak masa hadapan. Tanpa ilmu yang jelas, bangsa akan menjadi bahan
untuk dipermainkan dan ditindas kerana tiadanya ilmu yang membantu dalam kehidupan
mereka.

7
3.2 Sekularisme dan saintisme dalam ruang sosio-politik di Malaysia.

Jurnal yang diulas ini ditulis oleh Azmi Aziz yang membincangkan tentang
sekularisme yang terlibat dalam bidang politik di negara kita. Sekularisme dalam politik
secara ringkasnya bermaksud pemerintahan yang menggunakan perpisahan antara agama
dan negara. Urusan yang berkaitan dengan hal agama pihak negara tidak boleh masuk
campur dan begitu juga sebaliknya pada hal ehwal negara. Pemerintahan dan politik seperti
ini telah diperkenalkan dari dulu lagi sejak penjajahan British terdahulu. Sekularisme ini
membolehkan semua orang berfikiran bebas dan tidak perlu mengikut peraturan atau tradisi
yang telah diamalkan oleh agama dan budaya. Perkara ini sangat tidak dipersetujui dan
ditolak kerana fahaman sekularisme membawa kepada empirisme yang hanya memerlukan
pembuktian terhadap sesuatu perkara dengan keputusan yang objektif dan jelas secara
zahir. Apabila sekularisme ini telah menguasai politik, tidak dinafikan juga faham saintisme
juga akan terus masuk dalam negara kita. Negara yang maju memerlukan alat saintifik dan
teknologi yang canggih menyebabkan keperluan terhadap alat saintifik sangat tinggi. Oleh
hal demikian, mereka hanya bergantung pada alat saintifik tersebut untuk membuat
sebarang kajian dan jika tidak dapat dibuktikan secara saintifik, mereka tidak mahu percaya
seperti hal yang berkaitan dengan alam ghaib. Oleh itu, saintisme yang terhasil akibat
empirisme adalah juga terdapat dalam falsafah sekularisme. Dengan terjadinya falsafah
yang telah disebutkan, terdapat banyak isu agama yang berlaku di negara kita.Ia telah
menyebabkan agama dalam politik tidak dapat iktiraf kerana agama dan politik Malaysia
telah terpisah. Isu yang paling jelas adalah sistem pendidikan kita yang berasaskan kepada
modenisasi dan sekular. Oleh hal demikian, jati diri seseorang itu perlu kuat kerana falsafah
seperti ini semua akan mempengaruhi kehidupan seharian kita, masyarakat dan negara
(Azmi Aziz 1, 2016).

8
4.0 DAPATAN KAJIAN

4.1 Implikasi Falsafah saintisme daripada segi :

4.1.1 Agama

Falsafah saintisme memberi kesan negatif terhadap agama Islam. Hal ini kerana
akidah seorang muslim boleh terpesong dan rosak akibat mengikuti ideologi fanatisme.
Orang-orang yang mengikuti saintisme mengagungkan pengetahuan dan berpendapat
bahawa sains adalah penyelesai segala masalah. Hakikat dan kepercayaan kepada tuhan
dalam Islam bahawa wujudnya tuhan dan kewujudannya tidak mungkin bersifat ragu-ragu
sebagaimana yang didakwa oleh sebahagian golongan iaitu golong sophism yang hanya
menganggap kewujudan tuhan sebagai imaginasi dan fantasi beserta khayalan semata-
mata. Seorang muslim juga boleh terbatal imannya dengan mengikuti saintisme kerana
menolak bukti kekuasaan Allah sebagaimana yang termaktub di dalam Al-Quran kerana
kelengkapan data dan teori teori saintifik yang sudah dianggap melengkapi segala ilmu yang
ada. Golongan ini percaya bahawa segala yang berlaku di dunia ini adalah berpunca dari
manusia dan bukan dari kehendak Tuhan. Pegangan agama juga akan berlainan kerana
tatacara yang telah diajarkan oleh islam berlainan dengan falsafah saintisme. (Abdul Hadi
W.M , 2007).

4.1.2 Alam semesta dan benda hidup

Falsafah saintisme mula memberi kesan apabila mereka mengkaji tentang kejadian
manusia, alam semesta jiwa dan roh yang memiliki keilmuan non empiris iaitu ilmu yang
tidak berdasarkan pemerhatian atau eksperimen. Namun begitu, golongan ini mengatakan
bahawa ia adalah empiris. Hal ini dapat dilihat dengan contoh-contoh sedemikian yang di
mana ideologi saintisme menyatakan bahawa kajian seperti teori big bang, evolusi dan
lubang hitam dengan menggunakan kaedah sains sebagai bukti kebenaran wujudnya alam
semesta dan benda hidup. Ini telah membuktikan satu bentuk penyamaran saintisme dalam
sains moden. Ia adalah sebuah kaedah untuk merosakkan pemikiran masyarakat dengan
sangat halus. (Mohd Yusof Hj Othman,2010)

9
4.1.3 Politik

Isu politik yang melibatkan ideologi saintisme adalah berkait rapat dengan
pembangunan teknologi yang secara tidak langsung melibatkan sains dan teknologi yang
mendukung pembangunan politik sesebuah negara. Dengan adanya sokongan politik yang
kuat, sains pasti dapat dinaikkan dan dibangunkan yang boleh menyebabkan
perkembangan ekonomi negara yang pesat. Apabila sains dan teknologi membangun dalam
sesebuah negara, proses modenisme juga akan bertambah bahkan ia juga melibatkan
peningkatan fahaman materialisme dalam pemikiran akal manusia. Pada zaman modenisasi
kini manusia gian untuk berfikir berteraskan kepada pemikiran kebendaaan. Negara maju
seperti Mesir dan Turki juga mengamalkan pemikiran modenisme semenjak sains dan
teknologi negara mereka bertambah maju. Hal ini telah meningkatkan kegawatan pemikiran
antara penduduk masyarakat Malaysia sehingga menyebabkan berlaku salah faham dan
penentangan yang tidak berakhir antara satu sama lain. Ideologi ini telah menyebabkan
keuntungan kuasa penjajah bertambah kerana ia telah membuat matlamat penjajahan
mereka berjaya. Dalam hal ini,ideologi ini langsung tidak berjuang untuk memartabatkan
Islam sebagai agama rasmi negara. Undang-undang dan idea pemikiran pihak penjajah
dipersetujui dan berpendapat bahawa ia akan membantu dan memudahkan sistem undang-
undang negara. Walhal, sebenarnya mereka telah ubah perundangan di Tanah Melayu
tanpa disedari menyebabkan ajaran islam terbantut. Secara zahirnya, ideologi telah menjadi
musuh dalam selimut kerana fahaman atau isme-isme ciptaan manusia tidak lain hanyalah
membawa kesesatan kepada manusia. Kesannya juga menyebabkan penyorotan peranan
Islam dalam politik kerana mereka bimbang akan menyebabkan berlakunya kemerdekaan
dan menggugat segala arahan pemerintahan penjajah. Dalam segi teori kelihatan seperti
pihak penjajah menghormati Islam tetapi hakikat sebenar telah jelas membuktikan
penolakan Islam dalam pemerintahan negara. (Mohd Yusof Hj Othman, 2010)

10
4.2 Kaedah Mengatasi Falsafah saintisme daripada segi :

4.2.1 Individu

Individu yang mempunyai kepercayaan yang teguh kepada agama seharusnya bijak
mengimbangi ilmu agama dan bidang ilmu lain seperti ilmu sains. Ilmu agama adalah ilmu
fardu ain yang menjadi akar tunjang kehidupan seseorang manusia Islam manakala ilmu
sains pula merupakan ilmu fardhu kifayah yang dijadikan sebagai titian penolong dalam
kehidupan mereka. Ilmu sains dan teknologi sangat berkait rapat dengan ilmu agama,
sehingga ada yang mengatakan ilmu sains tanpa ilmu agama itu ibarat pedang yang berada
dalam genggaman orang mabuk (En. Abu Bakar Bin Yang, 2000). Penguasaan yang tinggi
dalam bidang sains dan teknologi sahaja akan mendatangkan kemusnahan kepada diri yang
pada akhirnya menjurus seseorang itu kepada kesesatan. Sebagai contoh, ahli saintis iaitu
Charles Robert Darwin yang mengeluarkan teori Evolusi mengenai proses awal kejadian
manusia yang katanya manusia berasal dari spesies monyet kemudian berevolusi menjadi
manusia moden mengikut pengedaran zaman. Namun begitu, umat Islam tidak seharusnya
mempercayai teori secara membuta tuli tetapi harus berbalik semula kepada sumber
pegangan pertama, Al-Quran. Al-Quran menjelaskan bahawa proses kejadian manusia itu
berawal daripada Nabi Adam A.S iaitu manusia pertama yang dicipta Allah dari tanah dan
bukannya daripada spesies monyet (Azhar A.,2017). Hal yang demikian, sebagai umat Islam
amatlah penting untuk kita memperbanyakkan ilmu agama di dada agar segala ilmu yang
dipelajari termasuk ilmu sains dan teknologi ini tidak disalahgunakan dan dapat dipraktikkan
dengan benar dan berlandaskan ajaran agama Islam. Sesungguhnya, manusia telah
dikurniakan akal untuk mengimbangi segala ilmu pengetahuan dan tidak terlalu taksub akan
ilmu tersebut agar kelestarian dan keseimbangan hidup terpelihara.

4.2.2 Masyarakat

Masyarakat merupakan aspek yang memainkan peranan penting bagi menghalang


ideologi saintisme melopori dan merosakkan pegangan serta tradisi masyarakat Malaysia.
Rakyat Malaysia hendaklah bertindak seperti aur dengan tebing dalam membendung
ideologi Barat ini dengan melahirkan masyarakat yang moden dan progresif dari semua
golongan. Kemudahan teknologi masa kini seharusnya menjadi platform yang positif untuk
menyebarkan dakwah Islamiah dan menyampaikan ajaran nilai - nilai murni kepada mereka.
Sebagai contoh, penggunaan media sosial yang tidak asing lagi bagi masyarakat tidak kira
tua dan muda seperti Facebook dan Youtube perlulah menjadi saluran para pendakwah
untuk menyampaikan ajaran Islam melalui video, sesi soal jawab, artikel dan sebagainya.

11
Masyarakat Malaysia juga bertanggungjawab menggunakan medium ini untuk menyebarkan
ajaran Islam secara berleluasa agar dapat disampaikan kepada masyarakat lain. Hai yang
demikian, ajaran Islam dapat disampaikan dengan baik dan cepat seterusnya menolak
ideologi sesat mempengaruhi fikiran masyarakat tidak hanya di Malaysia bahkan ke serata
dunia.

4.2.3 Pendidikan

Institusi pendidikan juga merupakan aspek yang penting bagi menangani ideologi
saintisme menguasai budaya masyarakat Malaysia. Institusi pendidikan merupakan sumber
awal kepada masyarakat memperoleh ilmu pengetahuan demi meneruskan kelangsungan
hidup yang berlandaskan keperluan agama. Institusi pendidikan bertanggungjawab
memastikan setiap penyampaian ilmu pengetahuan disampaikan dengan baik dan jelas agar
tidak berlaku kekeliruan, lebih-lebih yang berkaitan ilmu agama. Sebagai contoh, Institusi
pendidikan seperti Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) ada membincangkan isu
berkaitan agama dan sains yang menjadi punca kepada fahaman saintisme. Hasil daripada
perbincangan itu, berlaku perbezaan fahaman antara tokoh sains dari Barat yang
mengaitkan sesuatu perkara sebagai hukum alam dan menafikan kewujudan Tuhan walhal,
sumber Al-Quran telah menekankan betapa pentingnya berfikir menggunakan akal dalam
mengkaji dan meneroka alam semesta ini (Dr. Mohd Sani bin Badron, 2018). Pengajaran
dan pembelajaran subjek sains juga seharusnya relevan dan selaras dengan tahap
pemikiran pelajar agar ilmu sains yang dipelajari tidak melampaui batas dan tidak
melibatkan isu -isu sensitif agama terutama agama Islam. Hal yang demikian, Rusdiani, A.
(2014) ada menyebut dalam kajian yang dijalankannya, Integrasi Pendidikan Agama Islam
Dengan Sains Dan Teknologi bahawa institusi pendidikan perlu memberikan fahaman yang
mantap dan sempurna mengenai ilmu pendidikan terutama ilmu agama dan sains agar
masyarakat yang berpengetahuan dan arif mengenai kedua-dua ilmu ini dapat dilahirkan.

12
4.2.4 Negara

Isu ideologi saintisme tidak lagi langka disebut dalam negara ini. Walaupun banyak
usaha yang dilakukan oleh kerajaan bagi menangani isu ini menerusi pelbagai medium,
namun masih ada golongan yang berjaya lolos menyebarkan ajaran sesat ke segenap
masyarakat. Penguatkuasaan undang - undang menjadi salah satu usaha keras perlu yang
dilakukan oleh kerajaan bagi membendung fahaman saintisme terus tersebar luas. Dalam
hal ini, penguatkuasaan undang - undang hendaklah dijalankan dengan ketat dan hukuman
yang diberikan haruslah setimpal. Setiap pihak berkuasa negara atau negeri hendaklah
mengambil usaha mewartakan undang-undang ini, dan menyampaikan kepada masyarakat.
Sebagai contoh, undang-undang atau fatwa yang diwujudkan oleh kerajaan seperti
enakmen kesalahan jenayah syariah haruslah diperkenalkan kepada masyarakat melalui
laman web, disebarkan di pusat-pusat institusi, kawasan-kawasan awam, agar mereka
sentiasa peka dan sensitif sekiranya berlakunya isu ini berdekatan mereka. Tambahan pula,
kerajaan juga hendaklah memperbanyak program dan pusat pemulihan akidah. Pusat
pemulihan akidah ini merupakan pusat bimbingan Islam yang ditubuhkan khas kepada
golongan yang terlibat dalam ajaran sesat yang ingin memurnikan dan memulihkan semula
akidah mereka. Melalui program ini, mereka diberikan kaunseling dan bimbingan secara
berperingkat. Hal ini memberikan peluang kedua kepada mereka untuk berubah dan mula
mempercayai Allah sebagai Tuhan dan agama Islam sebagai agama yang benar
(Ismail S.Z., 2010).

13
5.0 KESIMPULAN

5.1 IMPLIKASI FALSAFAH SAINTISME

Berdasarkan perkara - perkara yang dinyatakan, fahaman saintisme memberi impak


yang besar terhadap diri seseorang bukan sahaja ia mempengaruhi agama seseorang
malah negara juga akan menerima kesan walaupun tidak semua yang menerima fahaman
saintisme ini. Secara ringkas fahaman saintisme ini menolak sepenuhnya ajaran agama
Islam sehingga boleh mengganggu akidah seseorang itu dan mereka berpendapat bahawa
ilmu logik dan ilmu sains mempengaruhi banyak perkara yang berlaku dalam dunia ini.
Fahaman saintisme ini bermula apabila seseorang individu meletakkan kepercayaan yang
tinggi dan mendalam terhadap dunia sains seolah-olah dunia ini tiada pencipta dan segala
teori yang dibuat berdasarkan hasil nilai mereka berdasarkan konsep sains dan bukan
berlandaskan agama Islam. Pembawakan fahaman ini di negara ini daripada negara moden
barat mencetuskan banyak perbalahan apabila mereka membezakan antara agama Islam
dan ajaran Islam. Isu- isu yang berkaitan alam juga mereka menggunakan teori Sains untuk
mengungkapkan bagaimana fenomena itu terjadi walhal di dalam al-Quran sudah termaktub
segala perkara yang akan dan telah berlaku.

5.2 KAEDAH MENGATASI SAINTISME

Natijahnya, fahaman saintisme dalam negara ini sangatlah perlu dibendung agar
mengelakkan generasi yang akan datang terpengaruh akan ajaran ini di dalam diri mereka.
Pelbagai cara yang boleh dilakukan bagi mengatasi fahaman ini terutama dari segi
pendidikan dan individu kerana dua perkara ini penting supaya seseorang itu sentiasa
berpegang teguh kepada ajaran Al-Quran dan As-sunnah. Bagi segi pendidikan, institusi
pendidikan perlulah memberi ajaran yang benar dan memberikan fakta yang tepat supaya
para pelajar atau individu itu sendiri dapat memahami isi penyampaian dan membezakan
mana yang baik dan buruk. Pelajaran berkaitan sains boleh diteruskan tapi haruslah
seimbang dengan ajaran Islam dan kita sebagai individu yang dikurniakan akal fikiran
haruslah menggunakan akal yang diberikan dengan sebaik mungkin untuk mentafsirkan
konsep alam ini dengan betul supaya tidak bercanggah dan merosakkan akidah. Ilmu sains
ini amat penting dalam diri seseorang kerana ia merupakan ilmu fardhu kifayah iaitu perkara
yang dituntut untuk memenuhi keperluan dan memberikan kebaikan kepada orang ramai.
Seseorang individu juga haruslah menguatkan lagi ajaran Islam kerana daya fikiran setiap
manusia berlainan di mana jika seseorang mempunyai pegangan agama yang kuat maka
setiap konsep sains yang dipelajari dapat membantu memperbaiki sesuatu keadaan menjadi
semakin baik tanpa melanggar hukum agama.

14
6.0 SUMBER RUJUKAN

1. Abdul Hadi W.M (2007). Krisis Manusia Moden: Tinjauan Falsafah Terhadap
Saintisme Dan Relativisme Kultural. University Malaya. The Official Journal of the
Centre for Civilisational Dialogue. Volume 3, No 1. Sumber diambil dari
https://ejournal.um.edu.my/index.php/KATHA/issue/view/513

2. Amin Fauzi (2017). Integrasi Dan Islamisasi Dalam Perspektif Pendidikan Islam.
Dosen Fakultas Agama Islam, Universiti Muhammadiyah Prof Dr Hamka. Volume 8.
Sumber diambil dari file:///C:/Users/User/Downloads/297-Article%20Text-620-1-10-
20170515.pdf

3. Azhar, A. (2017). SAINS DALAM KERANGKA ISLAM: PERSPEKTIF AMALAN


SAINTIS MUSLIM SILAM (Science in the Islamic Framework: Perspective on
Practice of Previous Muslim Scientists). Jurnal Hadhari: An International Journal,
9(2), 321-335. Sumber diambil dari
https://ejournal.ukm.my/jhadhari/article/view/21799/6705

4. Aziz Ismail (2016),Isu-isu agama dan sekularisme dalam ruang sosio-politik di


Malaysia.Sumber diambil dari https://123dok.com/document/ydeom3eq-isu-
agama-sekularisme-dalam-ruang-sosio-politik-malaysia.html

5. Dr Mohd Bakri Bakar (2019). Perhebat Budaya Celik Sains. Berita Harian Online
sumber diambil dari
https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2019/11/629860/perhebat-budaya-
celik-sains

6. Dr. Mohd Sani bin Badron (2018). Saintisme Merosakkan Ilmu Yang Bersepadu,
Utusan Malaysia. Sumber diambil dari
http://www.ikim.gov.my/index.php/2018/07/02/saintisme-merosakkan-ilmu-yang-
bersepadu/

7. En. Abu Bakar Bin Yang (2000), Hubungan Islam Dengan Sains Dan Teknologi,
Artikel Institute of islamic Understanding Malaysia. Sumber diambil dari
http://www.ikim.gov.my/index.php/2018/07/02/saintisme-merosakkan-ilmu-yang-
bersepadu/

15
8. Ismail, S. Z. (2010). Menangani ajaran sesat di kalangan umat Islam: Perspektif
Undang-undang dan Pentadbiran. Jurnal Syariah, 18(2), 247-276. Sumber diambil
dari https://ejournal.um.edu.my/index.php/JS/article/view/22663

9. Kamus Dewan Bahasa Pustaka Edisi Keempat sumber dimbil dari


https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=empirikal&d=176312&#LIHATSINI

10. Mohd Yusof Hj Othman (2010). Al Quran dan Sains (Nuklear), Sumber diambil dari
http://mufti.penang.gov.my/index.php/2014-11-12-02-48-39/kertas-kerja-seminar/
kuliah-umum/78-al-quran-sains-nuklear/file

11. Rusdiana, A. (2014). Integrasi Pendidikan Agama Islam Dengan Sains Dan
Teknologi. Istek, 8(2), 123-143. Sumber diambil dari
http://digilib.uinsgd.ac.id/10230/1/012-Integrasi%20Pendidikan%20Istek%202014.pdf

16
BORANG PENILAIAN KERTAS KERJA
KATEGORI PENILAIAN KERTAS KERJA
PENILAIAN (20 MARKAH)

PROFESIONALISME
ISI DAN HURAIAN
PENGENALAN

KESIMPULAN
(2 MARKAH)

(2 MARKAH)

(4 MARKAH)

(4 MARKAH)
(8 MARKAH)

ETIKA DAN
RUJUKAN
JUMLAH
KOMEN
(20%)

NAMA DAN
NO. PELAJAR

NAMA: NURFATINI IMAN BT SHAHRIZAN

NO. PELAJAR: 2021102711

NAMA: ALIA SHAZWANI BT MAD RODI

NO. PELAJAR: 2021340659

NAMA: AIN NUR AISYAH BINTI MOHAMAD


SUHAILI

NO. PELAJAR: 2021120321

NAMA: NOR BALQISH ANISA BT MAZLAN

NO. PELAJAR: 2021113549

31 Mac 2021 © Dr. Muhammad Firdaus bin Haji Abdul Manaf


BORANG PENILAIAN PEMBENTANGAN
KATEGORI PENILAIAN PEMBENTANGAN
PENILAIAN (20 MARKAH)

PEMIKIRAN KRITIS
PEMBENTANGAN

PROFESIONAL
BERPASUKAN
KEMAHIRAN
(4 MARKAH)

(4 MARKAH)

(4 MARKAH)

(4 MARKAH)

(4 MARKAH)
KREATIVITI

ETIKA DAN
JUMLAH
KOMEN

GAYA
(20%)
NAMA DAN
NO. PELAJAR

NAMA: NURFATINI IMAN BT SHAHRIZAN

NO. PELAJAR: 2021102711

NAMA: ALIA SHAZWANI BT MAD RODI

NO PELAJAR: 2021340659
18
BORANG PENILAIAN PEMBENTANGAN
KATEGORI PENILAIAN PEMBENTANGAN
PENILAIAN (20 MARKAH)

PEMIKIRAN KRITIS
PEMBENTANGAN

PROFESIONAL
BERPASUKAN
KEMAHIRAN
(4 MARKAH)

(4 MARKAH)

(4 MARKAH)

(4 MARKAH)

(4 MARKAH)
KREATIVITI

ETIKA DAN
JUMLAH
KOMEN

GAYA
(20%)
NAMA DAN
NO. PELAJAR

NAMA: AIN NUR AISYAH BINTI MOHAMAD SUHAILI

NO. PELAJAR: 2021120321

NAMA: NOR BALQISH ANISA BT MAZLAN


NO. PELAJAR: 2021113549

19
BORANG PENILAIAN PEMBENTANGAN

20
31 Mac 2021 © Dr. Muhammad Firdaus bin Haji Abdul Manaf

Anda mungkin juga menyukai