Anda di halaman 1dari 18

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) SHAH ALAM

FAKULTI KOMUNIKASI DAN PENGAJIAN MEDIA

FALSAFAH DAN ISU SEMASA


CTU552
KOSMOLOGI MELAYU-ISLAM: SUATU PENGAMATAN SEJARAH
SOSIOPOLITIK MELAYU

DISEDIAKAN OLEH:
AHMAD DON MUJAHID BIN DON RAMLAN ONN 2021307429
SURIA ATHIRA BINTI SUATAU 2021352801
WAN AIQHA LIYANA BINTI WAN ZAIFUL ARMAN 2021352423
ZURIN ZULAIKHA BINTI AMIRUDIN 2021503779

KUMPULAN:
CTU552-MC19

Tugasan Ulasan Artikel dihantar kepada Ustazah Siti Khurshiah Binti Mohd Mansor dalam
memenuhi sebahagian keperluan untuk CTU552

TARIKH:
4 JULAI 2021

Kategori Penilaian Markah


Pengenalan / Pendahuluan
Isi + huraian
Cadangan / Kesimpulan
Rujukan / Bibliografi
Etika & Profesional
AKUAN PELAJAR

Dengan ini kami mengakui bahawa sesungguhnya semua hasil kerja dalam menyiapkan

tugasan akademik ini adalah hasil usaha dan kerja kami sendiri kecuali yang dinyatakan

sebaliknya secara jelas.

Tarikh: Julai 2021

Nama: AHMAD DON MUJAHID BIN DON RAMLAN ONN

No. Pelajar: 2021307429

Nama: SURIA ATHIRA BINTI SUATAU

No. Pelajar: 2021352801

Nama: WAN AIQHA LIYANA BINTI WAN ZAIFUL ARMAN

No. Pelajar: 2021352423

Nama: ZURIN ZULAIKHA BINTI AMIRUDIN

No. Pelajar: 2021503779

2
PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana limpah kurnia dan izinNya kami

untuk menyiapkan tugasan projek Ulasan Artikel bagi memenuhi sebahagian daripada

keperluan kursus CTU552, Falsafah dan Isu Semasa, bawah Universiti Teknologi Mara

(UiTM) Shah Alam.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Ustazah Siti

Khurshiah binti Mohd Mansor, pensyarah kursus CTU552 yang telah memberi bimbingan dan

nasihat sehingga tugasan ini dapat disiapkan. Penghargaan dan terima kasih juga kami

ucapankan kepada rakan-rakan seperjuangan dan ahli keluarga yang banyak memberi

sokongan dan bantuan bagi melengkapkan tugusan projek ini.

Akhir sekali, terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah membantu kami

sama ada secara langsung atau tidak langsung bagi menyiapkan tugasan projek ini. Semoga

Allah SWT memberikan balasan atas jasa yang baik jua. Amin.

3
Isi Kandungan

1.0 Pengenalan ........................................................................................................................... 5

2.0 Ulasan Kandungan Artikel ................................................................................................... 6

2.1 Tujuan Kajian ................................................................................................................................6

2.2 Konsep dan Tema Kajian ..............................................................................................................6

2.3 Teori yang Digunakan ...................................................................................................................7

2.4 Kaedah Kajian ...............................................................................................................................7

2.5 Hasil Kajian ...................................................................................................................................8

3.0 Ulasan Kritis ........................................................................................................................ 8

4.0 Cadangan dan Komentar .................................................................................................... 13

5.0 Kesimpulan ........................................................................................................................ 15

Rujukan .................................................................................................................................... 17

Lampiran .................................................................................................................................. 18

4
1.0 Pengenalan

Artikel kajian bertajuk “Kosmologi Melayu-Islam: Suatu Pengamatan Sejarah

Sosiopolitik Melayu” ini merupakan hasil penulisan Ahamad Jama’ Amin Yang, dari Pusat

Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang

diterbitkan pada tahun 2017.

Secara asasnya, kajian ini merangkumi perbincangan tentang perkembangan

pembentukan dan perubahan metamorfosis budaya Melayu yang selalu berkenaan dengan

pencirian agama Islam yang dianggap sebagai pegangan utama dalam pembentukan sifat am

kosmos bangsa Melayu. Selain itu, perdebatan dari ahli sarjana orientalis yang berbeza

pandangan tentang kosmologi Melayu serta pemikiran seperti spekulasi sekular dan sosialis

dalam weltanschauung dipercayai menjadi pengaruh asing yang mampu memberi kesan

kepada masyarakat Melayu.

Penulis juga memberikan gambaran tentang kajian melalui pernyataan tesis, “Polemik

tentang sejarah kosmologi sosiopolitik Melayu tidak pernah terhenti, malahan sentiasa

menimbulkan ruang perdebatan baharu dalam kalangan sarjana sama ada dari aspek konsep,

idea dan cabarannya.” Oleh itu, artikel kajian ini akan memfokuskan kepelbagaian pandangan

dan hujah yang berbeza tentang kosmos sosiopolitik Melayu dalam pelbagai aspek.

5
2.0 Ulasan Kandungan Artikel

2.1 Tujuan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji polemik tentang sejarah kosmologi sosiopolitik

Melayu, dan ruang perdebatan baharu dari aspek idea, persepsi atau rintangan yang seringkali

timbul dalam kalangan sarjana (Ahamad, 2017). Pengkajian ini telah membuka ruang untuk

berdebat di antara ahli-ahli falsafah untuk mebincangkan tentang tajuk tersebut dari pelbagai

aspek yang berbeza. Selain itu, kajian ini juga membincangkan dasar analisis sejarah tentang

interaksi, struktur pembinaan, dan tahap pengukuhan Islam di dalam sosiopolitik Melayu.

Menurut Ahamad (2017), nilai asas iaitu peranan agama Islam sering dikaitkan di dalam

perdebatan supaya dapat membentuk ciri yang menyeluruh dalam kosmologi sosiopolitik

Melayu.

2.2 Konsep dan Tema Kajian

Konsep dan tema yang digunakan di dalam kajian ini adalah sejarah peradaban dan

pemikiran bangsa Melayu-Islam. Hal ini kerana segelintir ahli-ahli berpendapat bahawa ia

mungkin melanggar pantang larang dalam peradaban bangsa Melayu jika proses asimilasi

dilakukan untuk membuat transformasi kosmologi Melayu-Islam. Menurut Ahamad (2017),

kosmologi Melayu-Islam dapat beralih ke dalam suasana baharu dan moden dan mungkin

diterima oleh masyarakat Melayu walaupun ia melanggar tatasusila adab dan budaya Melayu.

Selain itu, kewujudan polemik dan pertentangan berlaku apabila keadaan tersebut membezakan

hidup bangsa Melayu dan bangsa lain dari segi falsafah hidup diantara golongan sekular dan

agama.

6
2.3 Teori yang Digunakan

Secara keseluruhan, teori yang digunakan di dalam kajian ini adalah berkaitan dengan

pengajian ilmu kosmologi. Menurut Redd (2017), kosmologi adalah bidang astronomi yang

berkaitan dengan asal usul dan evolusi alam semesta, seterusnya Big Bang dan sehingga masa

kini dan seterusnya. Selain itu, definisi kosmologi, menurut NASA, adalah "kajian saintifik

mengenai aspek skala besar kosmos secara keseluruhan. Seterusnya, cara manusia berfikir

tentang alam semesta telah berubah secara dramatik dari semasa ke semasa. Bumi pernah dikira

sebagai pusat alam semesta, dengan planet dan bintang mengelilinginya pada awal astronomi

(Redd, 2017).

2.4 Kaedah Kajian

Kaedah kajian yang digunakan oleh penulis di dalam artikel ini adalah kajian kualitatif

menerusi strategi persampelan. Strategi persampelan digunakan untuk pengkaji menggunakan

ilmu pengetahuan dan kepakaran tentang sesuatu kumpulan untuk memilih subjek tertentu

yang hendak dikaji daripada populasi. Menurut Patton (2005), data dari pemerhatian kerja

lapangan langsung, wawancara terbuka, dan dokumen bertulis dianalisis dalam penyelidikan

kualitatif. Penyelidikan naturalistik digunakan oleh penyelidik kualitatif, yang meneroka

konteks dunia nyata secara induktif untuk memberikan deskripsi naratif dan kajian kes yang

kaya. Metodologi penyelidikan kualitatif sesuai apabila penyelidik sama ada menyiasat bidang

pengajian baru atau berniat untuk memastikan isu-isu penting adalah dalam bentuk teori

(Jamshed, 2014). Kaedah kajian tersebut telah digunakan sepanjang perbincangan artikel ini

sehinggalah kesimpulan yang telah disimpulkan oleh penulis tersebut.

7
2.5 Hasil Kajian

Hasil daripada kajian yang dilakukan membuktikan bahawa kebangkitan Islam dan

penyebarannya ke alam Melayu terutamanya Malaysia bermula pada abad ke-13 yang

membawa kepada perubahan baharu. Selain itu, hasil daripada kajian ini juga telah

menjelaskan tentang kosmologi Melayu-Islam dengan lebih mendalam, sebagai contoh

pertubuhan-pertubuhan parti politik terbesar Malaysia iaitu UMNO dan PAS banyak membuka

ruang untuk berdebat dan polemik (Ahamad, 2017). Seterusnya, kajian ini juga menerangkan

tentang prinsip pemikiran bangsa Melayu berbeza jika dibandingkan pada zaman terdahulu dan

sekarang dari segi nilai persaudaraan islamiah.

3.0 Ulasan Kritis

Berdasarkan artikel yang telah kami pilih yang bertajuk “Kosmologi Melayu-Islam:

Suatu Pengamatan Sejarah Sosiopolitik Melayu”, ditulis oleh Ahamad Jama’ Amin Yang, isu

utama yang dibangkitkan oleh penulis adalah tentang kepelbagaian pandangan dan hujah

yang berbeza tentang kosmos politik Melayu dalam pelbagai aspek daripada pandangan

Barat dan pandangan Melayu. Di samping itu, R. O. Winstedt, R. J. Wilkinson, dan W. G.

Shellabear merupakan orang yang berasal dari Barat, dan Snouck Hurgronje pula menolak

peranan Islam dalam meletakkan sejarah peradaban Melayu-Muslim di Melayu ke barat,

kemudian beberapa orang yang mengubah persepsi dengan pemikiran moden, yang sayangnya

menimbulkan sedikit kekecohan bersama Zainal Abidin Ahmad (Za ' ba), Syed Sheikh al-Hadi,

Ibrahim Hj. Yaacob, Dato Onn Jaafar, Syed Hussein al-Attas dan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Manakala, monoteisme falsafah dalam Islam mengakui etika yang bercabang dengan agama

yang dituntut oleh masyarakat sebelum kedatangan Islam, iaitu Hindu dan Buddha. Kosmologi

8
Melayu mula meresap dan mempengaruhi bahagian metafizik Islam yang didasarkan pada nilai

monoteisme secara berterusan melalui cabang kesusasteraan dari pertengahan abad ke-17

hingga abad ke-19. Akibatnya, penekanan dalam masyarakat Melayu terhadap rutin

merapatkan diri kepada Allah mewakili weltanschauung masyarakat yang beriman. Keadaan

ini memberi impak yang besar kepada domain jika dibandingkan dengan fokus sebelumnya

pada nilai persaudaraan Islam, susun atur cara pergaulan dalam kosmologi Melayu telahpun

runtuh dan menghasilkan pengaruh pelbagai etnik dan pemahaman tentang prinsip-prinsip

Melayu.

Isu yang dikemukakan oleh penulis adalah menarik dan relevan kerana ia melingkupi

pelbagai aspek, dan topik seperti kosmologi, sejarah Melayu sehinggalah ke era kemodenan,

sarjana Barat dan bagaimana mereka mahu mempengaruhi orang Melayu untuk bertukar

fikiran dan mula untuk memperoleh pandangan seperti mereka, sama juga kepada agama lain

seperti Hindu dan Budhha, tetapi gagal. Malah, disebabkan beberapa orang Barat datang ke

Malaysia untuk menjajah tanah Melayu, ia telah memberi impak yang tinggi kepada Melayu-

Islam dan membuat mereka ada pemikiran yang lain, selain dari Islam iaitu ideologi secular

dan sosialis dalam weltanschauung kosmologi Melayu-Islam. Selain daripada itu, isu ini adalah

menarik kerana ia menjelaskan tentang ideologi dan pemikiran Barat yang pelbagai, dan

beberapa cara untuk mereka menanamkan kedalam pemikiran Melayu, walaubagaimanapun,

mereka tetap gagal. Ini menarik perhatian kami sebagai penyelidik kerana ia memberi kami

sebuah pengetahuan yang baru tentang hal ini. Ia juga releven kepada masyarakat Melayu, yang

beragama Islam kerana ia sebenarnya menceritakan tentang sejarah Melayu-Islam dan

bagaimana mereka memperoleh pandangan, dan pemikiran yang sebegitu, dan juga dapat

mengetahui tentang bagaimana bangsa kita mengembang dan dilihat oleh orang Barat di

seluruh dunia.

9
Selepas menganalisis artikel tersebut, kami telah memutuskan bahawa kami bersetuju

dengan kandungan dan hasil kajian artikel kerana perbezaan yang jelas antara pandangan Barat

dan pandangan Melayu yang dibincang oleh Ahamad Jama’ Amin Yang adalah benar dan sahih

kerana walaupun ia berbeza, persoalan yang dikemukakan oleh penulis juga terjawab. Ini

adalah kerana nyatanya berpendapat bahawa struktur umum struktur falsafah kemajuan

manusia Melayu memfokuskan amalan, agama, dan kesesuaian kesan luar, di mana situasi

semasa semakin merumitkan konsep kosmologi bersama dan meningkatkan perbezaan antara

rakyat Malaysia dan Barat. Selain daripada itu, kami bersetuju bahawa cara yang tepat untuk

menjelaskan mengapa perbezaannya adalah melalui aliran yang membincangkan empat tahap

dalam pengaruh Islam. Manakala, dalam sains sosial rakyat Malaysia, faktor yang terbesar dan

berkuasa memainkan peranan yang mustahak dalam meningkatkan imej dan persepsi rakyat

Malaysia, dan gambaran konsep kuasa yang sangat nyata telah diberikan penekanan dan

selepas itu bertular kepada perdebatan.

Sekali lagi, kami setuju bahawa betul ia bertujuan untuk memperbetulkan fakta, dan ini

adalah untuk kita memahami sepenuhnya apa sebenarnya maksud Islam. Penekanan pada

perundangan mengubah persepsi negara tentang iman dan tingkah laku moral, serta proses

kerana kepercayaan kerohanian orang Melayu mula mempersoalkan hakikat tauhid. Ini amat

penting bagi mereka yang mempersoalkan kosmologi Melayu yang dibentuk oleh masyarakat

Melayu di Malaysia. Ini disebabkan oleh yang pertama, iaitu prolog Islam ke dalam kosmologi

Melayu, kedua, tahap penyatuan dan ketiga, tahap bantahan dan pertikaian. Oleh itu, lebih

banyak orang memahami bahawa dengan bantuan proses di atas, mereka secara langsung dapat

meningkatkan modus operandi reformasi nilai dalam kosmologi Melayu yang telah bercambah

dalam sejarah kemajuan Melayu.

10
Methodologi kajian yang digunakan oleh penulis sesuai dengan kajian ini. Hal ini

kerana, kajian tersebut berbentuk kualitatif kerana penulis telah membentuk penyelidikan

sendiri berdasarkan analisis dokumen dan sumber-sumber yang sahih. Penyelidikan dan idea

pengkaji merupakan penyokong utama bagi mengesahkan kandungan dalam kajian kualitatif

ini (Jasmi, 2012). Malah, penyelidik/penulis kajian ini telah menumpukan perhatian kepada

konteks mesej yang telah dikarangkan dan dibicarakan seluruh kajian Kosmologi Melayu-

Islam. Di samping itu, pemerhatian melalui penganalisis dokumen melalui maklumat sumber,

petikan dan rujukan daripada dokumentasi merupakan metodologi yang amat berkesan untuk

kajian ini kerana dapat menumpukan tentang sejarah Kosmologi Melayu-Islam. Dengan ini,

penganalisis kajian ini dapat mengenalpasti data yang sahih tentang kronologi sejarah Melayu-

Islam dan mengaturkan kandungan tersebut dengan cekap dan kemas.

Beberapa konteks kes kajian ini mengandungi petikan-petikan telah dicatatkan daripada

kajian ataupun pemimpin terdahulu sebagai bukti. Kaedah ini yang berbentuk penerangan

ilustrasi, dan mengimplikasikan kata-kata lisan atau tulisan (Taylor dan Bogdan, 1984) dapat

membuktikan bahawa penyelidik menggunakan bahan rujukan tersebut untuk mendapatkan

sokongan atas perkara-perkara yang telah dibincangkan dalam kajian ini. Namun demikian,

walaupun ia tidak disebut oleh penyelidik kaedah metodologi yang telah digunakan dalam

kajian ini, ia berdasarkan pendapat penyelidik sendiri yang memastikan kajian ini setara dan

berasas rujukan petikan-petikan dan kajian yang terdahulu. Kaedah ini mengaitkan strategi

persampelan yang memastikan pengkaji dapat menggunakan pengetahuan ataupun kepakaran

sendir tentang sesuatu kumpulan bagi memilih subjek yang hendak dikaji. Contohnya, dari segi

penyelidikan sejarah Kosmologi Melayu-Islam, penulis telah mengkaji rujukan daripada

sumber-sumber yang berkaitan kepada topik Pengamatan Sejarah Sosiopolitik Melayu supaya

11
dapat menghasil kajian yang ditafsirkan dengan bukti-bukti yang kukuh dan menyempurnakan

penjelasan idea dan pengetahuan sendiri dalam kajian tersebut. Dengan ini, penyelidik/penulis

dapat menyampaikan maklumat-maklumat tertentu kepada pembaca.

Setelah membaca dan memahami artikel ini, kami bersetuju bahawa kandungan yang

terdapat dalam artikel ini amat meyakinkan dan boleh dipercayai. Sumber yang telah

digunakan dalam kajian ini amat penting dan relevan untuk mengukuhkan kefahaman dan

perbincangan kosmologi Melayu-Islam. Terutamanya, kajian yang didapati berdasarkan

kosmologi Melayu-Islam dari segi falsafah bermula dari asal usul, proses dan struktur alam

menurut interpretasi sosiologi. Hasil pencarian yang didapati daripada kami sekumpulan serta

penulis dalam artikel ini menyentuh beberapa perkara yang sama seperti corak, karakteristik,

dan basis kosmologi Islam yang berkembang di antara kaum Melayu. Merujuk kepada

penyelidikan Kosmologi Islam Melayu dan Pentingnya Keseimbangan Ekologi: Pemikiran

Hamzah Fansuri, ia telah meyakinkan pendapat penulis dalam kajian ini bahawa pandangan

filsafat Barat tentang hubungan alam dan manusia amat berbeza dengan prinsip kosmologi

Islam yang berkembang di antara kaum Melayu (Humaidi, 2018).

Selain daripada itu, kajian ini amat meyakinkan dan boleh dipercayai kerana penulis

telah mengemukakan rujukan-rujukan sebagai bukti untuk kajian ini. Rujukan yang sahih

dikemukakan dan dikaitkan dengan sumber oleh penulis untuk memastikan terdapat penjelasan

yang senang dibuktikan dan difahami oleh pembaca. Penulis telah menggunakan pemimpin-

pemimpin sebagai rujukan seperti Syed Hussein al-Attas, Zainal Abidin Ahmad (Za’ba),

Tunku Abdul Rahman, Syed Syeikh al-Hadi, Mahadzir Mohd. Khir, Ibrahim Hj. Yaacob,

Zainal Kling, Nik Abdul Aziz Nik Hassan, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan lain-lain. Dengan

ini, pendapat penulis yang dibicarakan dan dibincangkan dari segi evolusi pembinaan,

12
perkembangan pemikiran peradaban Melayu serta pandangan yang berbeza dalam penyebaran

agama Islam ke Melayu yang dibincangkan dari segi aspek sosial, politik dan undang undang

juga dapat dikukuhkan dan difahamkan dengan jelas dan teliti.

4.0 Cadangan dan Komentar

Langkah yang boleh diambil oleh penulis untuk memastikan kepercayaan ini adalah

dengan merujuk kepada petikan-petikan dari sumber yang sah untuk penulis membuat

penyelidikan kajian. Rujukan dan petikan yang telah dicatatkan berdasarkan jurnal dan artikel

adalah bukti untuk mendapat sokongan daripada kajian atas perkara yang sama seperti kajian

ini. Malah, ia dapat membantu penulis untuk setiap perbandingan atau tuntutan yang telah

dicatatkan oleh penulis dan disokong dengan sepenuhnya dengan petikan daripada sumber-

sumber tersebut. Petikan-petikan daripada sumber yang sah yang terdahulu adalah daripada

pemimpin, penyelidik, pengkaji ataupun penulis yang relevan kepada kajian ini.

Selain daripada itu, penulis juga telah membuat rujukan secara menganalsis dan

membandingkan sumber-sumber kajian. Contohnya, membandingkan pemikiran barat

terhadap kosmologi, orientalis dan pemikiran nationalis Melayu. Penulis telah menggunakan

bahan-bahan kajian dan kertas kajian untuk menambah baik penulisan kajian ini. Malah, kajian

ini yang disertakan dengan idea-idea penulis dengan pernyataan dan sokongan daripada hasil

kajian yang didapati. Dengan ini, penulis bukan sahaja dapat menghuraikan setiap maklumat

mengenai isi kandungan kajian ini secara menyeluruh, maka, pada saat itu pengaturan pendapat

penulis dalam artikel itu jelas dan tidak sukar difahami. Setiap rujukan dan perbandingan yang

ditulis senang dibuktikan dari segala aspek yang ditulis oleh penulis. Di samping itu, sebagai

pembaca artikel ini juga, kewujudan langkah ini atas rujukan yang dianalisis dan dibandingkan

13
senang untuk pemeriksaan fakta serta mengetahui lebih lanjut tentang kajian yang dihasilkan

oleh penulis dan sumber-sumber kajian yang telah dikaitkan/dinyatakan.

Melalui penerangan mengenai perkara Kosmologi Melayu-Islam yang dibicarakan

dalam kajian ini oleh Ahamad Jama’ Amin Yang, ia telah memberi kesan terhadap

pemikiran/pandangan dan juga kepada penyelidikan yang akan datang. Kajian ini telah

mengubah perspektif serta cara pemikiran terhadap perkara Kosmologi Melayu-Islam. Hal ini

adalah kerana, kajian ini membincangkan perbezaan dalam pemikiran pemimpin-pemimpin

dan pengkaji yang terdahulu terhadap Kosmologi Melayu-Islam. Sebagai perusuh dan pakar,

saya dapat memahami bahawa sudut pandangan alternatif mengenai Islam juga mempengaruhi

kawasan tempatan sekitarnya sebagai falsafah umum dan komunis dalam kosmologi

weltanschauung Melayu-Islam. Walaubagaimanapun, dengan kajian ini, kami memahami

bahawa perbincangan yang telah menjadikan orang Melayu dapat diakses yang berbeza pada

tahap asas dan falsafah yang berbeza dengan bangsa Melayu masa lalu.

Selain daripada itu, hubungkait yang kami dapat mendalami dan mengetahui dengan

lebih adalah tentang pembentukkan kosmologi Melayu-Islam. Orang-orang Melayu Kosmos

yang dirangkai oleh kemajuan pembangunan dan peningkatan tamadun Melayu berubah

menjadi kesan yang signifikan dalam bangsa Melayu dan berperanan penting dalam

membentuk gambaran sebegai para perusuh kita dan seterusnya memikirkan orang Melayu. Ini

adalah kerana ruang pendebatan yang baru di kalangan sarjana dari sudut teori, pendapat dan

cabaran-cabaran sering ditimbulkan kerana olok-olok mengenai latar belakang kosmologi

sosio-politik Melayu tidak pernah berhenti. Perbincangan sering berlaku ketika

menghubungkan tugas Islam kerana dikatakan bahawa Islam adalah alasan untuk menyusun

sorotan komprehensif kosmologi sosio-politik Melayu. Memandangkan penyelidikan

14
mengenai susunan latar belakang orang Melayu-Islam, perbincangan telah dikaji mengenai

sistem pembangunan, pengukuhan komunikasi, dan tahap sosio-politik Islam dalam kosmologi

Melayu. Walaupun demikian, di antara para penyelidik Orientalis, mencela seperti perspektif

yang bertentangan dengan kosmologi Melayu yang bergantung pada sistem perintis. Terdapat

beberapa jenis pemahaman yang menyatakan bahawa ketika kosmologi Melayu-Muslim

berubah dalam keadaan canggih, hal itu diakui oleh siklus osmosis oleh kawasan setempat

walaupun pada hakikatnya ia tidak menghiraukan hiasan, kebiasaan, dan budaya. Keadaan

sekarang menyedari cara berfikir hidup orang Melayu dari pelbagai negara kerana menjadikan

budaya perbincangan dan konflik. Selama abad kedua puluh, kesan meliputi pemahaman

Kosmologi Melayu-Muslim pada waktu konflik di antara Islam dan inovasi orang Melayu

mempunyai kesan yang signifikan. Ini mempengaruhi kawasan tempatan dan kerangka sosial

yang merosakkan kosmologi Melayu. Walaupun begitu, ini juga melahirkan bangsa Melayu

dan pemahaman mengenai standard yang tidak dijangka berbanding dengan penghargaan

persaudaraan Melayu Islam yang lalu. Oleh kerana itu, ia telah membentuk pemahaman kepada

kami bahawa perspektif dan kandungan yang terdapat dalam kajian ini dapat memberi impak

dan kesedaran kepada kami sebagai bangsa Melayu bahawa pentingnya memahami dan

mendalami Kosmologi Melayu-Islam dan patut disampaikan untuk kesefahaman semua bangsa

Melayu dan kaum agama Islam.

5.0 Kesimpulan

Setelah memahami dan meneliti setiap isi kandungan artikel kajian ini, kami dapati

bahawa hasil kajian ini berjaya memberi penjelasan yang baik tentang sejarah kosmologi

Melayu-Islam dan kepelbagaian pandangan serta hujah dari para sarjana dalam aspek idea,

konsep dan cabaran yang sering menjadi perdebatan. Hal ini kerana polemik tentang sejarah

kosmologi sosiopolitik Melayu-Islam tidak akan pernah lapuk dan sentiasa dibicarakan dari

15
masa ke semasa. Walhal perdebatan ini amat penting dalam membahaskan isu kosmologi

Melayu-Islam kerana agama Islam dipercayai sebagai suatu nilai asas bagi membentuk ciri

insklusif dalam kosmologi Melayu-Islam.

Di samping itu, kami sebagai para penyelidik juga dapat menambah pelbagai ilmu

pengetahuan baharu serta mengukuhkan lagi pemahaman tentang perbincangan kosmologi

Melayu-Islam di dalam kajian ini. Bermula dengan kronologi sejarah peradaban Melayu-

Islam, evolusi dalam pembinaan dan perkembangan etika kehidupan masyarakat dalam

konteks Islam sehingga pembentukan kosmologi Melayu-Islam yang diamalkan hari ini.

Dapat disimpulkan di sini bahawa kosmologi Melayu-Islam telah mengalami pelbagai

transformasi baharu yang berlandaskan nilai persaudaran Islamiah serta pendapat yang berbeza

dari sudut pandangan Barat dan umat Melayu itu sendiri. Bukan itu sahaja, kita dapat

membezakan dengan teliti cara pemikiran orang Melayu selepas kedatangan agama Islam pada

abad ke-13 dengan pemikiran masyarakat masa kini. Isu ini juga telah berjaya melahirkan

beberapa pertubuhan politik terbesar di Malaysia seperti UMNO dan PAS yang dijadikan

sebagai ruang perdebatan sosiopolitik Melayu-Islam. Dengan adanya parti-parti ini dapat

mempengaruhi pemikiran secara positif dan weltanschauung dalam masyarakat Melayu.

Walaubagaimanapun, kita dapat lihat bahawa agama Islam masih kekal menjadi

pegangan hidup bagi golongan Melayu masa kini meskipun terdapat perubahan peradaban dan

etika yang telah dimodenasikan sehingga ke hari ini. Secara keseluruhannya, penulis berjaya

mengemukakan hasil kajian yang mentafsirkan bukti dan sumber berkaitan pengamatan

kosmologi sosiopolitik Melayu-Islam dengan baik dan jelas di samping mencapai setiap

objektif utama kajian. Secara tidak langsung, artikel kajian ini juga mampu untuk membuka

mata dan memupuk kesedaran tentang isu yang telah dibincangkan dalam kalangan umat

Melayu-Islam.

16
Rujukan

Ahamad Jama’ Amin Yang. (2017). Kosmologi Melayu-Islam: Suatu Pengamatan Sejarah

Sosiopolitik Melayu. Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, 10(1), 1-21.

http://jurnal.dbp.my/index.php/Melayu/article/view/931

Humaidi, H. (2018). Kosmologi Islam Melayu dan Pentingnya Keseimbangan Ekologi: Studi

Pemikiran Hamzah Fansuri. To Be Excellent Society: Comparative Analysis Between

Western And Muslim Philosophers. Seminar Serantau Peradaban Islam 2018, Institusi

Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia.

https://www.researchgate.net/publication/329269219_Kosmologi_Islam_Melayu_dan

_Pentingnya_Keseimbangan_Ekologi_Studi_Pemikiran_Hamzah_Fansuri

Jasmi, K. A. (2012). Metodologi Pengumpulan Data dalam Penyelidikan Kualitatitif in

Kursus Penyelidikan Kualitatif Siri 1 2012 at Puteri Resort Melaka on 28-29

Mac 2012. Organized by Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Temenggong

Ibrahim, Jalan Datin Halimah, 80350 Johor Bahru, Negeri Johor Darul Ta'zim.

Patton, M. Q. (2005, October 15). Qualitative Research. Wiley Online Library.

https://onlinelibrary.wiley.com/doi/abs/10.1002/0470013192.bsa514

Redd, N. T. (2017, September 26). What Is Cosmology? Definition & History. Space.

https://www.space.com/16042-cosmology.html

Jamshed, S. (2014). Qualitative research method-interviewing and observation. Journal of

basic and clinical pharmacy. 5. 87-8. 10.4103/0976-0105.141942

Taylor, S. J dan Bogdan, R. (1984). Introduction to Qualitative Research Methods: The Search

for Meanings. Second Edition. John Wiley and Sons. Toronto.

17
Lampiran

Gambar 1: Keputusan plagiat dari turnitin

18

Anda mungkin juga menyukai