Anda di halaman 1dari 23

UNIVERSITI TEKNOLOGI

MARA (UITM) CAWANGAN MELAKA


SEMESTER 1 SESI 2020/2021
OKTOBER 2020-FEBRUARI 2021
CTU 552: FALSAFAH DAN ISU SEMASA

TUGASAN:

PENULISAN ULASAN ARTIKEL JURNAL:

TAJUK:

SEKULARISME: FAKTOR, PENYEBARAN DAN LANGKAH MENGATASINYA

DARI SUDUT PANDANG ISLAM

DISEDIAKAN OEH:

NAMA NOMBOR MATRIK


MUHAMMAD HAFIZUDDIN BIN ABDUL HALIM 2020627782
AMIRA NURFARHANIS BINTI JAMALUDIN 2020819212
NUR HAMI MAISARAH BINTI MUZAFFAR 2020828446
NOR IMANINA FATEHA BINTI NORAZLAN 2020898552
SITI NURSYAHMIMI BINTI BAKAR 2020853012
SYFIQAH SUEHADA BINTI SAHIR 2020608912
NUR FATIHAH BINTI NOR AZMAN 2020819948
KELAS: BA2461A

KUMPULAN: 8

DISEMAK OLEH:

USTAZ ABDUL AZIM BIN BAKAR

MARKAH PENILAIAN:

PERKARA MARKAH TUGASAN MARKAH PELAJAR


PENGENALAN 4
ISI DAN HURAIAN 12
CADANGAN / KESIMPULAN 4
RUJUKAN 5
ETIKA & MORAL PROFESIONAL 5

ISI KANDUNGAN
Bil Isi Kandungan Mukasurat
1. 1.0 Pengenalan 2
2. 2.0 Ulasan Menyeluruh 3-4
3. 3.0 Ulasan Kritis 5- 19
 3.1 Isi Kandungan Utama Yang Dibangkitkan Oleh
Penulis
 3.2 Adakah Isu Itu Menarik?
 3.3 Adakah Isu Atau Persoalan Kajian Yang
Dibangkitkan Oleh Penulis Releven Dengan
Keadaan Semasa Pada Hari Ini?
 3.4 Persetujuan Tentang Kandungan / Hasil
Dapatan Kajian Artikel
 3.5 Adakah Metodologi Atau Kaedah Yang
Digunakan Oleh Penulis Artikel Sesuai?
 3.6 Nyatakan Adakah Anda Bersetuju Dengan
Hasil Kajian Penulis, Mengapa?
 3.7 Kesan Atau Impak Artikel Tersebut Terhadap
Pemikiran Atau Pandangan Pelajar Dan
Hubungkaitkan Dengan Tajuk Yang Diberikan.
 3.8 Nyatakan Sama Ada Dapatan Kajian Oleh
Penulis Artikel Meyakinkan Dan Boleh Dipercayai,
Mengapa?

4. 4.0 Kesimpulan 20
5. 5.0 Rujukan 21-22

1.0 PENGENALAN (SYFIQAH SUEHADA BINTI SAHIR)

Tajuk artikel yang telah dipilih oleh kumpulan kami ialah sekularisme dan
pengaruhnya dalam dunia pendidikan Islam. Artikel ini telah dikarang dan diolah oleh

1
penulis yang berwibawa iaitu Ibrahim Bafadhol. Artikel ini telah diterbitkan dibawah
program pengajian pendidikan Agama Islam Stai Al-Hidayah Bogor yang bekerjasama
dengan Perkumpulan Sarjana Pendidikan Islam Indonesia (PSPII). Penulisan Ibrahim
Bafadhol ini telah dikeluarkan pada tahun 2015. Artikel ini mengandungi Sembilan halaman
bercetak yang merangkumi pendahuluan, perpaduan dalam pendidikan adalah tuntutan fitrah,
kesan buruk sekularisme dalam bidang pendidikan, latar belakang sekularisme pendidikan di
negeri-negeri Islam, perbezaan antara islam dan Kristian dalam memandang ilmu dan
pendidikan yang ideal menurut islam.

Pada pandangan penulis sekularisme dikenali sebagai laadiniyyah (tidak terikat ad-
dien) yang bermaksud sebuah gagasan yang menyeru untuk menegakkan kehidupan di atas
landasan ilmu dan akal serta memperlihatkan kemaslahatan tanpa terikat dengan agama.
Maksud yang telah disepakati dari perkataan sekularisme adalah memisahkan agama dari
negara serta kehidupan bermasyarakat dan menyempitkan ruang bagi agama sehingga hanya
tersimpan dalam jiwa setiap individu, tidak boleh melampaui hubungan khusus antara dia dan
Rabbnya.

Dari kata-kata yang ditulis oleh penulis sudah jelas bahawa sekularisme adalah
sebuah pola hidup yang jauh dari cahaya wahyu sepertimana yang telah disampaikan oleh
junjungan besar nabi kita Muhammad S.A.W. Banyak implikasinya apabila fahaman ini mula
tersebar di negara-negara Islam terutamanya dalam bidang ppendidikan yang telah penulis
nyatakan di dalam artikelnya.

Salah satu titik kelemahan sekularisme dalam penidikan adalah memisahkan antara
pendidikan akal (intelektual) dan rohani (spiritual). Walhal, manusia sepertimana yang Allah
S.A.W ciptakan tidaklah berpecah belah, manusia adalah kesatuan yang sempurna dan salah
satunya ialah kewujudan rohani yang tidak terpisah dari fiziknya, dan fiziknya tidak terpisah
dari rohani, akalnya tidak terpisah dari perasaanya, dan persaan tidak terpisah daripada
akalnya. Justeru itu, tujuan sasaran dan jalannya harus satu yang Islam tetapkan dengan
menjadikan Allah sebagai tujuan manusia dan sasarannya ialah akhirat kelak.

2.0 ULASAN MENYELURUH (NUR FATIHAH BINTI NOR AZMAN)

Berdasarkan artikel yang ditulis oleh Ibrahim Bafadhol, Sekularisme merupakan suatu
isu yang hangat diperkatakan oleh orang ramai tetapi masih terdapat segelintir masyarakat

2
yang tidak mengambil endah terhadap perkara tersebut. Hal ini jelas dikatakan bahawa ia
mampu mengubah corak kehidupan yang menyimpang jauh daripada kebenaran serta mampu
meliberalkan akidah juga minda seseorang individu .Menyedar hakikat tersebut, penulis telah
membuat kajian terhadap sekularisme dengan menghasilkan sebuah jurnal atas tujuan untuk
menarik perhatian masyarakat supaya dan lebih berhati – hati terhadap pengaruh sekularisme
yang kian meresapi dalam diri masyarakat hari demi hari.

Menurut kajian penulis, pengaruh sekularisme telah membuka pintu untuk kewujudan
fahaman atheism dimana ia merupakan fahaman suatu agama yang menafikan kewujudan
tuhan.Fahaman ini bertentangan dengan fahaman theism yang membawa maksud fahaman
yang mempercayai sekurang kurangnya satu tuhan. Hal ini terbukti apabila terdapat penafian
terhadap kewujudan tuhan-tuhan pada zaman kuno seperti pada zaman jahiliyah iaitu pada
abad ke-19, fahaman atheism membentuk ideologi dan aliran pemikiran. Fahaman ini
menjadi lebih luas apabila wujudnya terus terang menolak adanya tuhan dan mengemukakan
tuntutan mereka sendiri. . Perkataan "Ateisme" merupakan bahasa Yunani iaitu (atheos), yang
memberi maksud, "tanpa Tuhan" dan ini digunakan oleh segelinitir masyarakat yang
menafikan kewujudan Tuhan yang disembah oleh masyarakat lain. Dengan bantuan ahli fikir
dan kritikan terhadap agama, fahaman atheism kemudiannya menjadi lebih spesifik dan
kukuh. Pada abad ke-18, wujudnya individu pertama dimana ia menggelarkan diri mereka
sebagai "ateis', manakala Revolusi Perancis merupakan revolusi pertama yang menjadi saksi
pergerakan politik yang menyokong idea pemikiran manusia.

Hal ini yang demikian menjadikan isu sekularisme sebagai cabaran ideologi muslim
pada zaman ini. Cabaran ideologi yang dikatakan adalah bentuk atau fahaman yang
menjadikan sekularisme asas kepercayaan dalam diri masyarakat. Penyebaran sekularisme ini
terus menerus berlaku dalam masyarakat disebabkan perubahan budaya yang semakin lama
semakin mengikuti budaya barat. Hal ini menyebabkan masyarakat Islam cuba membebaskan
diri daripada pegangan agama Islam malah mereka juga cuba untuk menyesuaikan diri
mereka dengan nilai-nilai sekular. Kajian penulis juga menyatakan sekularisme memberi
pengaruh besar terhadap bidang pendidikan Islam kerana Syariah dan akidah Islam yang
dijadikan asas kehidupan bertentangan dengan sekularisme yang mengganggap satu
kongkongan dan batasan bagi mereka.

Seterusnya, tema kajian dalam artikel ini adalah tema kajian tentang factor dan kesan,
penyebaran dan juga langkah untuk mengatasi penyebaran sekularisme. Hal ini kerana

3
penulis artikel merangkan faktor yang menyebabkan sekularisme semakin berleluasaserta
kesan sekularisme terhadap masyarakat dan penulis juga menekankan cara cara penyebaran
sekularisme untuk mempengaruhi masyarakat serta langkah langkah untuk megatasi masalah
tersebut.

Dalam konteks ini, kaedah yang digunakan oleh Ibrahim Bafadhol untuk membuat
kajian adalah penyelidikan berdasarkan penilaian iaitu suatu bentuk penyelidikan yang
mengkaji kesan, faktor atau hasil daripada sesuatu perkara yang berlaku. Merujuk artikel
tersebut, penulis banyak menekankan dan membincangkan tentang cabaran - cabaran yang
dialami oleh masyarakat terutamanya masyrakat yang beragama Islam terhadap penyebaran
fahaman sekularisme. Beliau juga telah mencadangkan beberapa langkah yang boleh
diaplikasikan oleh masyarakat dan pihak-pihak tertentu bagi mengatasi isu sekularisme ini.
Oleh sebab itu, kaedah yang digunakan oleh penulis dalam membuat kajian dan penyelidikan
terhadap isu sekularisme ini adalah kaedah penialaian.

Secara ringkasnya, hasil daripada kajian penulis, sekularisme berpotensi untuk


menyebarkan fahamannya ke serata dunia terutamanya masyarakat dan negara Islam. Hasil
kajian juga mendapati fahaman sekularisme ini memberikan impak yang negatif kepada iman
dan akidah umat Islam walaupun fahaman ini memberi kesan positif dalam elemen yang lain
seperti pembangunan dan ekonomi negara.

3.0 ULASAN KRITIS (NUR FATIHAH BINTI NOR AZMAN)

Penulisan ulasan artikel ini adalah bertujuan untuk menganalisa serta mengulas artikel yang
telah diberikan kepada kumpulan kami yang bertajuk “Sekularisme : Faktor , penyebaran dan
Langakah Untuk Mengatasinya”. Kami juga akan mengutarakan pendapat kami tentang isu-

4
isu permasalahan yang dibangkitkan oleh penulis serta menghuraikan lagi dengan lebih jelas
tentang kandungan-kandungan yang terdapat dalam artikel tersebut melalu kertas kerja ini.

3.1 ISI KANDUNGAN UTAMA YANG DIBANGKITKAN OLEH PENULIS

Berdasarkan artikel yang ditulis oleh Ibrahim Bafadhol, isu utama yang dibangkitkan
olehnya ialah pengaruh Sekularisme terhadap bidang pendidikan islam pada waktu
kini.Beliau Mjuga bersepakat bahawa makna daripada sekularisme adalah memisahkan
agama dari negara serta kehidupan bermasyarakat.Hal ini juga mempersempitkan lagi ruang
bagi agama sehingga agama seseorang individu hanya tersimpan didalam jiwa mereka sahaja.
Jika teliti dengan lebih mendalam, fahaman sekularisme mempunyai persamaan dengan
agama Kristen dalam beberapa perkara seperti memisahkan antara agama dan negara iaitu
kewibawaan negara adalah urusan raja manakala kewibawaan gereja adalah urusan tuhan.

Mahupun begitu, penulis juga menyatakan bahawa fahaman sekularisme juga


mempunyai titik kelemahan dalam pendidikan iaitu mereka memisahkan antara pendidikan
akal (intelektual ) dan rohani (spiritual) . Pada hakikatnya, manusia telah diciptakan oleh
Allah tidak terbahagi dimana ia merupakan kesatuan yang sempurna dan rohani yang tidak
berpisah dari fizikal,akal dan perasaannya. Hal ini kerana ia dijadikan dengan disatukan
hanya untuk sembah kepada Allah dan sasarannya adalah akhirat.Apabila pendidikan dan
agama dipisahkan maka akan terjadinya kerosakan rohani pada diri seseorang individu.Oleh
yang demikian, pendidikan semestinya disatukan kerana sifat manusia juga terintergrasi.

Justeru, penulis juga telah menyatakan dalam artikel tersebut dimana fahaman
sekularisme membawa pengaruh terhadap bidang pendidikan Islam. Antaranya ialah
pendidikan di negara – negara islam yang berlandaskan fahaman sekularisme dengan cara
memisahkan sistem pendidikan dari campur tangan agama. Para penyokong fahaman
sekularisme berpendapat bahawa kemajuan tidak akan dapat dicapai kecuali jika kita telah
meninggalkan sifat- sifat agama dimana ia merupakan beban berat untuk mencapai kemajuan.
Oleh itu, ia menyebabkan andaian seperti itu banyak mempengaruhi cara pemikiran para
cendekiawan negara khususnya andaian daripada barat.Sebagai contoh, para cendekiawan
Eropah seperti Arnold Toynbee, berusaha menanamkan pendapatnya di pemikiran orang
ramai bahawa dengan memegang nilai nilai pemikiran budaya Eropah adalah aspek yang
penting untuk memperoleh kemajuan ,teknologi dan sains.Selain daripada itu, Arnold

5
Toynbee juga menegaskan bahawa terdapat hanya dua alternatif untuk kekal maju dihadapan
iaitu mengikuti jejak langkah Eropah atau hancur.

Seperti yang kita tahu, jika dianalisa secara kritis dan berpandukan ilmu agama,
andaian tersebut semestinya tidak tepat bahkan sesuatu yang pasti adalah sains dan teknologi
tidaklah terikat dengan negara atau kewarganegaraan tertentu kerana ia berkaitan dengan
alam (fizikal) yang undang- undangnya tetap serta tidak membeza- bezakan dan berkaitan
dengan perkara yang mempunyai sifat tetap.Oleh yang demikian, penulis ini juga berpesan
samada kita menginginkannya atau tidak, kita harus mengatakan bahawa andaian penyokong
sekularisme adalah ungkapan atau manifestasi sikap psikologi yang tidak benar terhadap
peradaban Eropah mahupun peradaban Islam.

Sehubungan dengan itu, salah satu punca sekularisme di Eropah yang dibangkitkan
oleh penulis didalam artikel ini adalah sikap gereja dan sikap pemimpin mereka yang
memusuhi ilmu sains. Gereja dengan semangat ajarannya yang tidak sainstifik, telah terbukti
berulang kali menyatakan sesuatu yang menyimpang jauh dengan ilmu pengetahuan. Sebagai
contoh, gereja berpendapat bahawa bumi adalah datar dan ia dijadikan sebagai sistem suria
bahkan pada hakikatnya, bumi adalah bulat dan ia berputar mengelilingi matahari.Selain itu,
penulis juga menyatakan bahawa gereja berkeyakinan bahawa 1+1+1=1, sedangkan dari
aspek ilmu matematik menyatakan hasil daripada pertambahan tersebut adalah 3. Maka
dengan itu, ia mengesahkan gereja hanya berdusta.

Lantaran itu, ajaran gereja yang bertentangan dengan ilmu pengetahuan menimbulkan
kekeliruan terhadap masyarakat dan pengikut - pengikutnya telah membuat kesimpulan
bahawa ilmu pengetahuan sentiasa benar sedangkan agamanya mengelirukan.Hal ini
menyebabkan berlakunya demonstrasi terhadap gereja daripada penganutnya dengan
melontarkan suara dimana ia mengatakan bebaskan ilmu pengetahuan daripada bekenggu
gereja.Maka dengan itu, terjadinya fahaman sekularisme ilmu pengetahuan di Eropah
disebabkan pemikiran yang bebas .

3.2 ADAKAH ISU ITU MENARIK? (NUR FATIHAH BINTI NOR AZMAN)

6
Pada pendapat kami, isu yang dibangkitkan oleh penulis Ibrahim Bafadhol sangat
menarik untuk dibaca dan ia juga merupakan artikel yang mudah dibaca. Hal ini kerana,
penulis dapat menerangkan beberapa perkara dengan jelas dan menghuraikan setiap
maklumat yang terdapat dalam artikel dengan lebih mendalam. Selain itu, penulis juga telah
menerangkan dengan lebih terperinci fahaman sekularisme pada awal artikel supaya pembaca
mudah untuk memahami serta mudah untuk menerima perkara yang disampaikan untuk
menyedarkan masyarakat. Penulis juga menyatakan situasi situasi yang berkaitan dengan
fahaman sekularisme yang berlaku di seantaro dunia sebagai contoh kepada isu yang
dibincangkan. Selain itu, artikel ini dikatakan menarik kerana ia membahaskan sesuatu
perkara dengan berpandukan ilmu pengetahuan yang benar seperti ayat-ayat alquran. Perkara
ini sangat membantu kami sebagai para pelajar untuk memahami dan mendalami artikel
tersebut untuk menjalankan tugasan yang diberi iaitu mengulas artikel yang dipilih.

Seterusnya, isu yang dibangkitkan oleh penulis adalah sangat menarik kerana isu yang
dibahaskan adalah isu semasa dimana ia merupakan isu yang hangat diperkatakan dari dewan
parlimen hingga ke mulut- mulut masyarakat kerana hal ini telah membawa impak yang
mendalam terhadap negara, bangsa dan agama. Selain itu, isu- isu yang timbul berkaitan
dengan aliran pemikiran telah menjadi intimidasi sejak awal zaman peradaban Islam lagi.
Umat Islam sering kali berhadapan dengan cabaran cabaran yang cuba untuk merosakkan
kesucian dan keharmonian agama Islam dengan munculnya fahaman atau pemikiran yang
melampau seperti fahaman sekularisme, atheism dan seumpanya.

Kemunculan fahaman dan pemikiran baru sekularisme dan seumpama dengannya ini
telah mewujudkan ancaman terhadap umat Islam di zaman ini. Intimidasi pemikiran yang
seding membelit umat ini sesungguhnya mendorong mereka kepada kerosakan iman dan juga
akidah. Pada era globalisasi ini, ancaman pemikiran sekularisme ini terus disebarkan dengan
semangat agar fahaman ini sentiasa ada yang menyokong hari demi hari sehingga mencapai
tahap dimana ia melanggar syariah dan akidah Islam.

Sehubungan dengan itu, isu yang dibincangkan juga memberi banyak hikmah dan
juga pengajaran serta meningkatkan kesedaran masayarakat Islam mahupun masayrakat

7
agama yang lain. Serangan pemikiran yang berlaku terhadap masyarakat ini merupakan salah
satu persoalan yang dibangkitkan dan oleh penulis untuk dikaitkan dengan sekularisme dan
pengaruhnya dalam dunia pendidikan Islam. Pengaruh sekularisme ini tersebar melalu dua
bentuk iaitu bentuk secara langsung dan secara tidak langsung. Ahli hujah fahaman
sekularisme akan berusaha dalam menyebarkan fahaman mereka supaya fahaman mereka
tidak pupus begitu sahaja.Kebanyakkannya, fahaman sekularisme mempengaruhi masyarakat
dengan melalui bentuk secara tidak langsung. Hal ini kerana masyarakat lebih susah untuk
peka jika minda dan fikiran mereka sebenarnya sedang dipengaruhi oleh fahaman
sekularisme sebagai contoh, andaian Eropah yang mengatakan masyarakat harus berfikir
secara bebas untuk mempunyai kemajuan dari segi aspek pembangunan ekonomi dan
sebagainya. Hal ini sedikit sebanyak dapat mempengaruhi pemimpin pemimpin negara yang
mengejarkan kemajuan.Tegasnya, isu dan persoalan yang hangat diperkatakan ini telah
menjadikan artikel sangat menarik untuk dibahaskan serta diulaskan oleh kami.

8
3.3 ADAKAH ISU ATAU PERSOALAN KAJIAN YANG DIBANGKITKAN OLEH
PENULIS RELEVEN DENGAN KEADAAN SEMASA PADA HARI INI? (NUR
FATIHAH BINTI NOR AZMAN)

Pada pandangan kami, isu dan persoalan tentang kajian yang dibincangkan oleh
Ibrahim Bafadhol adalah relevan dengan keadaan semasa pada hari ini. Hal ini kerana isu
yang dibangkitkan merupakan isu yang semakin lama semakin parah tanpa disedari dan
sering kali dibahaskan oleh masyarakat-masyarakat yang prihatin.Hal ini dapat membantu
dalam menyedarkan masyarakat bahawa pengaruh pemikiran seperti ini sedang
memepengaruhi mereka yang tidak sedar akan kewujudannya. Sebagai seorang penyelidik,
kami berpendapat bahawa hal ini relevan kerana pengaruh fahaman sekularisme lebih
difokuskan terhadap masyarakat islam disebabkan syariah dan akidah islam yang
bertentangan dengan fahaman mereka.Tambahan pula, majoriti masyarakat di Malaysia
merupakan masyarakat yang beragama Islam .Oleh sebab itu, hal ini relevan untuk
dibangkitkan dan dibahaskan supaya masyarakat di malasydia lebih peka dan prihatin
terhdapa isu tersebut.

Menurut Rosnani (Ghazali Basri 2002) tentang dualisme pendidikan Islam di


Malaysia, misi utama Pendidikan Islam ialah untuk melahirkan modal insan yang terbilang ,
melalui perkembangan segala potensinya secara seimbang, membolehkannya menjadi hamba
dan khalifah Allah yang berkemampuan untuk memikul amanah. Jika diperhatikan dari aspek
yang berbeza, Islam mampu menjadikan manusia menjadi umat yang terbaik serta
mewujudkan peradaban yang tinggi sekiranya semangat ajaran Islam difahami serta dituruti.
Di Malaysia, majoriti Muslim di negara ini adalah orang Melayu oleh sebab itu agama rasmi
Malaysia adalah agam Islam. Perlembagaan negara juga telah menetapkan orang Melayu
mestilah orang Islam.

Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan, sekularisme telah memberi banyak
memberi impak negatif terhadap akidah orang Islam serta terpesong dari landasan yang diajar
dalam Pendidikan Islam. Dekan Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia,
Prof Zakaria Stapa telah menyatakan bahawa tiada penyelidikan yang menunjukkan umat
Islam tidak prihatin atau peka terhadap agama mereka sendiri. Tetapi apabila dilihat secara
umum, sememangnya terdapat ramai umat Islam yang diperhatikan kelakuan mereka
bertentangan dengan agama Islam. Selain daripada itu, beliau juga berpendapat bahawa umat
islam pada zaman ini semakin lama semakin tidak mengambil berat terhadap larangan-
larangan agama Islam.Hal ini dapat dibuktikan apabila statistic masalah penagihan dadah

9
yang majoritinya daripada kalangan umat Islam walaupun perkara ini sudah jelas dinyatakan
bahawa dadah adalah haram dari aspek kandungannya yang membuatkan manusia mabuk dan
khayal.

Seterusnya, artikel ini relevan untuk dibahaskan kerana perkara yang dibincangkan
telah memberi banyak dampak buruk terhadap negara sekaligus memberi pengajaran terhadap
masyarakat yang leka akan dunia.Antara kesan negatif yang diutarakan oleh penulis ialah
fahaman sekularisme telah membuka fahaman atheism.Hal ini disebabkan oleh fahaman
sekularisme yang tidak menanamkan keyakinan hanya pada Allah S.W.T dalam jiwa
masyarakat malah menekankan dan mengajarkan teori yang mengarah kepada fahaman
atheism seperti teori Darwin, teori asal-usul terjadinya alam semesta dan sebagainya.
Menurut Ibrahim Bafadhol, beliau pernah menemu ramah seorang mahasiswa yang menuntut
ilmu di Amerika Syarikat. Mahasiswa tersebut mengaku bahawa setelah beberapa tahun
menuntut ilmu di negara barat , dia menjadi ragu dengan semua agama bahkan hingga ragu
dengan keberadaan Allah S.W.T. Perkara ini membuktikan bahawa pengaruh sekularisme
lebih berleluasa di negara barat dan mampu mempengaruhi seseorang individu dengan
mudah.

Selain itu, kesan lain yang membuatkan artikel ini relevan untuk dibahaskan ialah
fahaman sekularisme telah membuka pintu yang menuju kearah kerosakan akhlak.Hal ini
disebabakan fahaman sekularisme yang tidak memandang atau menerapkan adab-adab
pergaulan di dalam diri pengikutnya.Oleh yang demikian, pergaulan bebas berlaku antara
lelaki dan perempuan semakin berleluasa lebih- lebih lagi di kalangan remaja. Menurut
penulis, hal ini terbukti apabila penurunan akhlak dan kenakalan remaja tidak lagi dapat
dibendung oleh pihak tertentu di kota-kota besar Indonesia.Pergaulan bebas yang berlaku di
Indonesia sangat merisaukan apabila kajian menunjukkan kes-kes pembuangan bayi yang
semakin meningkat akibat pergaulan bebas sehingga mendorong kearah maksiat.Oleh sebab
itu, pendidikan Islam sangat menekankan adab-adab pergaulan kepada pelajar sekolah dan
mahasiswakerana usia semuda itu merupakan usia dimana seseorang individu masih lagi
tidak boleh membuat keputusan yang betul disebabkan pengaruh budaya luar.

Bukan itu sahaja, kesan yang merelevankan artikel ini ialah terputusnya hubungan
sejarah dengan tokoh-tokoh islam yang tersohor. Menurut penulis, pelajaran sejarah di
sekolah- sekolah Indonesia hanya diajarkan sejarah nasionaliaiti pembangunan kerajaan
Sriwijaya, Majapahit dan sebagainya. Sedangkan, sejarah-sejarah para khalifah seperti Al-

10
Khulafa’ Ar-Rasyidin sama sekali tidak terkandung dalam pelajaran yang diajarkan di
sekolah-sekolah Indonesia.Maka dengan itu, terputuslah ikatan sejarah para khalifah dengan
generasi – generasi akan datang. Hal ini menyebabkan generasi akan datang tidak berpeluang
untuk mengenali tokoh – tokoh islam yang banyak memberi jasa terhadap umat Islam sejurus
mengurangkan rasa minat oleh generasi baru terhadap agama islam.

Tambahan itu, kesan lain terbukti menjadikan artikel ini relevan untuk di bahaskan
ialah terabainya pendidikan rohani dan menjatuhkan keimanan terhadap perkara- perkara
ghaib serta perubahan nilai norma norma baharu di kalangan masyarakat. Hal ini kerana
sekularisme hanya memberikan perhatian dari segi aspek fizikal dan tidak mempedulikan
dengan tuntutan rohani. Hal ini secara tidak langsung, akan memicu kepada penyelewengan
dan kerosakan akhlak kerana keperluan rohani yang tidak dituntut oleh seseorang individu.
Menurut penulis, pelajaran agama yang berlangsung hanya dua jam dalam seminggu sama
sekali tidak dapat membantu pelajar – pelajar dalam pembinaan rohani dan pendidikan agama
yang mencukupi.Retetan daripada itu, Ujian yang dijalankan di sekolah-sekolah Indonesia
iaitu Ujian Nasional dimana ia menyatakan bahawa pendidikan agama tidak termasuk dalam
mata pelajaran yang diujikan.Hal ini menyebabkan para pelajar berpendapat bahawa mata
pelajaran agama tidak penting untuk dipelajari.Seterusnya, mengikut fahaman sekularisme
,fenomena –fenomena alam sekitar yang berlaku dikaji dan dianalisa secara eksperimental
dan terlepas dari kuasa Allah S.W.T. Di samping itu, fahaman sekularisme juga meremehkan
perkara-perkara ghaib seperti keimanan kepada hari akhirat.pahala,dosa dan sebagainya.
Akibatnya, hasil daripada pendidikan sekular tersebut mewujudkan suatu masyarakat yang
tujuan hidupnya adalah untuk dunia semata- mata.

11
3.4 PERSETUJUAN TENTANG KANDUNGAN / HASIL DAPATAN KAJIAN
ARTIKEL (NUR FATIHAH BINTI NOR AZMAN)

Setelah membuat penyelidikan dan kajian terhadap artikel ini, kami sekumpulan
bersepakat untuk menyetujui keseluruhan kandungan artikel yang ditulis oleh Ibrahim
Bafadhol yang bertajuk Sekularisme dan pengaruhnya di dalam dunia pendidikan Islam. Hal
ini kerana penulis menyatakan bukti- bukti untuk hal yang dibincangkan dengan jelas dan
bukti yang dikemukan untuk mengukuhkan artikelnya merupakan bukti yang sahih dan benar.
Kami juga bersetuju dengan pernyataan yang dikeluarkan oleh artikel tersebut iaitu andaian
Eropah yang menjanjikan kemajuan itu tidak mampu mengalahkan agama Islam kerana
agama Islam tidak perlu mengasingkan antara agama dan ilmu pengetahuan malah Islam
membuka pintu seluas luasnya bagi ilmu pengetahuan,pemikiran dan penyelidikan demi
kebaikan diri sendiri.Islam juga menyuruh kita untuk menuntutlah ilmu sehingga ke liang
lahad kerana Imam syafie pernah berkata “jika kamu tidak tahan akan lelahnya belajar, maka
kamu akan menanggung peritnya kebodohan”. Oleh sebab itu, andaian Eropah yang
mengandungi fahaman sekularisme untuk mengasingkan agama dan ilmu pengetahuan tidak
lagi sah untuk dijadikan rujukan.

Antara bukti yang disediakan oleh penulis didalam artikel yang telah kami setujui
adalah bukti dimana fahaman sekularisme yang memisahkan ilmu dan pengetahuan dengan
agama adalah tidak relevan. Hal ini kerana menurut penulis terdapat perdebatan antara ilmu
pengetahuan dan gereja di abad- abad pertengahan dimana gereja telah menyatakan sesuatu
yang sangat bertentangan dengan ilmu sebenar. Hal ini menunjukkan bahawa gereja hanyalah
berdusta menggunakan teori teori mereka. Ini terbukti apabila gereja bersepakat menyatakan
bahawa bumi adalah permukaan yang datar serta merupakan pusat sistem suria manakala
ilmu yang sebenar menyatakan bumi berbentuk bulat dan bergerak mengelilingi matahari.

Seterusnya, bukti lain yang terdapat didalam artikel tersebut ialah dimana gereja
berpendapat bahawa roti dan anggur yang disediakan untuk perjamuan tuhan mereka akan
berubah menjadi darah dan jasad Al-masih manakala ilmu pengetahuan telah menyatakan hal

12
itu semestinya mustahil untuk berlaku.Gereja juga menyatakan bahawa penyakit itu
datangnya daripada syaitan dan untuk mengubatinya manusia perlu melakukan kebaikan
kepada orang ramai dan mengusap atau memegang salib, manakala ilmu pengetahuan telah
mengenal pasti bahawa penyakit itu datang disebabkan oleh bakteria – bakteria yang terdapat
didalam tubuh badan dan perkara ini dapat disembuhkan oleh teknologi perubatan atau ubat
ubatan yang telah disediakan di hospital mahupun farmasi.Rentetan itu, hal ini menjadikan
pengikut- pengikutnya mengalami kekeliruan dan kebanyakannya telah menyetujui
pernyataan ilmu pengetahuan disebabkan pendapat-pendapat ahli gereja yang diutarakan
selalunya tidak benar. Oleh yang demikian, pada abad pertengahan itu telah berlakunya
protes pengikut agama Kristen terhadap gereja untuk membebaskan ilmu pengetahuan
daripada dibelenggu oleh ahli- ahli gereja.Hal ini juga merupakan faktor kewujudan
sekularisme ilmu pengetahuan di Eropah.

Selain itu, kami juga sebulat suara menyetujui sepenuhnya isi kandungan artikel yang
dibahaskan oleh Ibrahim Bafadhol. Hal ini kerana penulis sangat menekankan kekuatan iman
dan akidah seseorang yang akan mempengaruhi sesebuah masyarakat supaya mereka mampu
bertahan untuk mengelakkkan diri daripada melakukan perbuatan yang boleh menjatuhkan
iman dan akidah seseorang individu.Ini kerana sesebuah bangsa merupakan kunci utama
kejayaan dan kejatuhan sesebuah masyarakat. Oleh itu, jika masyarakat mempunyai masalah
kerosakan akidah serta iman yang lemah secara tidak langsung akan mempengaruhi sesebuah
masyarakat kearah yang negatif seperti mengalami kejatuhan tamadun. Hal ini juga dapat
menjadikan masyarakat Islam kurang mengambil endah terhadap akidah dan syariah Islam
lalu menjadikan sesebuah bangsa mahupun masyarakat tidak boleh berkembang maju.

13
3.5 ADAKAH METODOLOGI ATAU KAEDAH YANG DIGUNAKAN OLEH
PENULIS ARTIKEL SESUAI? (NUR FATIHAH BINTI NOR AZMAN)

Pada pandangan kami, metodologi dan kaedah yang digunakan oleh penulis adalah
sesuai digunakan untuk kajian artikel tersebut. Antara kaedah yang digunakan didalam artikel
ialah kaedah penyelidikan kuantitatif dan juga kaedah penyelidikan kualitatif. Hal ini kerana
kajian adalah satu kaedah yang digunakan oleh para cendekiawan untuk mengkaji sesuatu
perkara atau isu permasalahan dengan lebih mendalam supaya mereka dapat mempunyai
keputusan yang bersertakan bukti sahih dan sah. Kajian penyelidikan menggunakan kaedah
kuantitatif digunakan untuk mendapatkan kefahaman yang lebih jelas terhadap sesuatu
perkara yang ingin diselidik. Seterusnya, kajian penyelidikan menggunakan kaedah kualitatif
pula digunakan untuk mendapatkan sesuatu maklumat dengan lebih terperinci mengenai
sesuatu perkara yang dikaji. Daripada penjelasan diatas jelaslah bahawa, kedua dua kaedah
sangat membantu penulis kerana beliau telah mendapatkan maklumat yang jelas dan
terperinci untuk menjalani penyelidikan terhadap isu sekularisme ini.

Justeru, metodologi ini dapat menjelaskan situasi- situasi secara holistik dalam situasi
sebenar yang berlaku tanpa sebarang manipalusi oleh para pengkaji. Menjelaskan secara
holistik bermaksud pengkaji menjalankan kajian berkaitan sejarah, kesan- kesan,
kecenderungan, atau faktor- faktor sesuatu peristiwa yang telah berlaku dan ia membantu
penulis untuk menjelaskan perkara yang berlaku pada masa sekarang serta pada masa akan
datang. Contohnya, penyelidik atau penulis yang membuat kajian terhadap kesan pemanasan
global terhadap Negara Malaysia. Oleh yang demikian, penyelidik perlulah menyelidik
peristiwa sebenar yang menyebabkan pemanasan global sepanjang perubahan zaman dan
kesannya pada masa kini.

Lantaran itu, terdapat beberapa sebab - sebab tertentu penulis harus menggunakan
kaedah penyelidikan kualitatif dalam penyelidikan mereka seperti tujuan, rekabentuk, contoh
dan teknik. Menurut Lexy 2007, penyelidikan kualitatif adalah prosedur pengkajian yang
mengumpulkan data gambaran yang boleh diamati. Pendekatan kualitatif adalah suatu

14
penyelidikan yang dilakukan terhadap sesuatu peristiwa, sama ada yang berbentuk program
mahupun situasi sebenar yang terikat oleh waktu temapat atau ikatan tertentu.Kaedah ini juga
dignakan untuk mengumpul data, mencari makna dan memperoleh pemhaman yang
terperinci daripada sesuatu peristiwa. Contoh proses pengumpulan data ialah mendapatkan
rekod, data, maklumat, akses dan menyelesaikan isu – isu persoalan.

Seterusnya, pendekatan kuantitatif ialah penyelidikan yang menekankan kepada


fenomena-fenomena objektif dan dikawal melalui pengumpulan dan analisis data (Nana,
2005; Chua, 2006; Fraenkel, 2007). Kaedah ini merupakan suatu penyelidikan yang berkait
dengan pencarian pemboleh ubah dengan menggunakan bantuan saintifik dan eksperimen.
Penggunaan ujian statistik terhadap sesuatu penyelidikan adalah satu usaha untuk
menjelaskan atau mendapatkan perhubungan antara pemboleh ubah-pemboleh ubah dalam
suatu penyelidikan. Selain itu, kaedah kuantitatif juga merupakan penyelidikan pantauan iaitu
mengumpul maklumat dengan bertanya satu set soalan kepada seseorang individu yang
dipilih daripada satu kelompok yang hendak di selidik.Isu dalam kajian pemantauan ini
sering kali berkaitan dengan kepercayaan, fahaman serta tingkah laku yang hendak
diperhatikan. Hal ini menjadikan isu yang dibicarakan memerlukan pendapat atau pandangan
terhadap sesuatu yang sensitif.

Sehubungan dengan itu, metodolagi kuantitatif ini juga sesuai diguakan untuk
mendapatkan maklumat berkaitan pendapat, personaliti, sikap serta tingkah laku masyarakat
secara meluas berdasarkan satu kelompok yang diperhatikan sama ada kelompok besar
mahupun yang kecil. Hal ini melibatkan pengumpulan dan perekodan maklumat daripada
responden yang terlibat. Kaedah ini juga menggalakkan penyelidik untuk menggunakan
kaedah soal selidik secara langsung ataupu secara tidak langsung. Sebagai contoh, penyelidik
menggunakan bantuan eletronik untuk melakukan temubual langsung atau melalui telefon
dan lain lain untuk mencari dan mengumpul data. Dengan yang demikian, untuk dikaitkan
dengan artikel, Ibrahim Bafadhol juga telah menemu bual beberapa mahasiswa yang menetap
di Eropah dimana mereka tidak menafikan bahawa mereka juga hampir terpengaruh dengan
fahaman sekularisme setelah menetap disana selama tiga tahun.

15
3.6 NYATAKAN ADAKAH ANDA BERSETUJU DENGAN HASIL KAJIAN
PENULIS, MENGAPA? (NUR FATIHAH BINTI NOR AZMAN)

Setelah meneliti dan mengkaji artikel dengan lebih terperinci, kami sekumpulan telah
menyetujui dengan hasil kajian yang dihasilkan oleh penulis. Hal ini kerana artikel ini telah
membahaskan kepentingan menjaga agama dan akidah sebagai umat Islam supaya tidak
mudah terpengaruh dengan fahaman fahaman yang membimbing ke arah yang salah.
Sebagaimana tajuk artikel yang terang menjelaskan pengaruh sekularisme terhadap dunia
Islam. Penulis juga telah menyertakan beberapa langkah bagi umat Islam untuk bersama-
sama membanteras fahaman sekularisme daripada terus berleluasa.

Antara langkah- langkah yang digalakkan oleh penulis ialah, para cendekiawan
muslim digalakkan untuk lebih giat menulis buku-buku yang berpotensi untuk menarik minat
masyarakat akan bahayanya sekularisme.Para cendekiawan serta ulama juga boleh
menggunakan media social untuk mendapat lebih perhatian masyarakat untuk mengatasi isu
tersebut. Selain itu, Pihak sekolah hendaklah mengimbangkan antara kokurikulum dan
kerohanian pelajar supaya pelajar tidak terlalu taksub dengan duniawi dan juga tidak
mengabaikan kewajipan mereka. Seterusnya, pihak jabatan agama Islam juga boleh
mengatasi masalah ini dengan lebih mengadakan kempen kesedaran umat Islam seperti
mengadakan ceramah terbuka dan sebagainya.

Akhir sekali, penulis juga telah memberi kesimpulan bahawa agama Islam tidak ada
pertentangan antara sains dan agama sepertimana yang telah dinyatakan oleh fahaman
sekularisme. Malah, agama Islam sangat mendorong kemajuan teknologi sains dan agama
Islam merupakan agama yang terbaik dalam menjadikan berfikir sebagai landasan atas dasar
untuk mencerdaskan minda dengan penggunaan yang maksimum.

16
3.7 KESAN ATAU IMPAK ARTIKEL TERSEBUT TERHADAP PEMIKIRAN ATAU
PANDANGAN PELAJAR DAN HUBUNGKAITKAN DENGAN TAJUK YANG
DIBERIKAN. (NUR FATIHAH BINTI NOR AZMAN)

Pada pendapat kami, terdapat beberapa kesan atau impak daripada artikel yang dapat
dihubungkaitkan dengan tajuk yang diberikan. Memandangkan kami telah diberikan tugasan
yang bertajuk Sekularisme iaitu faktor, penyebaran dan langkah mengatasinya, sudah
semestinya kami dapat menghubungkaitkan artikel ini dengan tajuk tugasan kami. Artikel ini
telah mengubah cara pemikiran kami terhadap penerimaan pengaruh budaya barat yang
berasaskan fahaman - fahaman yang bertentangan dengan agama Islam.Hal ini kerana
sebelum ini kami hanya menerima pengaruh barat dengan hati yang terbuka kerana kemajuan
mereka dari segi teknologi pembangunan yang sedikit sebanyak dapat membantu manusia
dalam kehidupan seharian. Seperti yang kita sedia maklum, pengaruh besar kemodenan
dalam bidang teknologi kebanyakkannya datang dari Eropah. Halini telah mencatatkan
sejarah dalam ketamadunan manusia dimana sains dan teknologi dianggap sebagai ilmu alat
penting untuk mencapai kemajuan. Berdasarkan ilmu dan persepsi rasional, sekularisme
inilah antara kunci pembangunan beroperasi dalam peradaban Barat.

Walau bagaimanapun, setelah mengkaji artikel yang ditulis oleh Ibrahim Bafadhol ini,
kami mulai menyedari kesan- kesan negatif yang diberikan oleh pengaruh ideologi barat.
Ideologi sekularisme ini secara umumnya menimbulkan banyak kesan negatif berbanding
positif dalam dunia Islam, terutamanya dalam aspek akidah dan fahaman. Semua teknologi
tersebut diberi nafas oleh pihak Barat yang secara asasinya tidak selari dengan roh dan
semangat tamadun Islam, maka dengan itu kemudahan dan faedah yang dibawa oleh
teknologi tersebut secara tidak langsung telah membawa ancaman kepada pegangan akidah
dan penghayatan akhlak terhadap umat Islam. Aspek- aspek sekularisme disebarkan melalui
kecanggihan, kehebatan teknologi maklumat, teknologi telekomunikasi dan satelit.Oleh
disebabkan itu, fahaman sekularisme sangat berleluasa di Eropah kerana dengan fahaman
yang bebas seperti fahaman sekularisme tersebut ,pemimpin- peimpin negara barat dapat
melakukan pembangunan terhadap teknologi di negara mereka dengan pantas.

Jika teliti dengan lebih mendalam, kami juga telah menyedari bahawa secara
umumnya, isu-isu permasalahan yang berlaku dalam kalangan masyarakat Islam merupakan

17
kesan daripada pembangunan yang sudah dibangunkan daripada peringkat awal lagi. Hal ini
disebabkan oleh dunia pemikiran rasionaliti yang dibuat berdasarkan daripada kuasa mutlak
manusia dan secara tidak langsung ia dapat mencipta jurang kehidupan yang sangat luas
dalam dunia yang membangun.Seperti yang kita tahu, kehidupan yang bebas tanpa sebarang
batasan dan bimbingan semestinya akan membawa kecenderungan kepada kesesatan dalam
kehidupan. Pengamal ideologi Barat ini terus menerus mempengaruhi masyarakat Islam
dengan dunia moden. Hal ini sebenarnya sudah lama disedari tetapi disebabkan oleh terlalu
seronok dengan nikmat kehidupan ciptaan mereka sehingga leka terhadap agama
sendiri.Sehubungan degan itu, perasaan taksub ingin maju serta hormat terhadap budaya barat
ini telah menjadikan masyarakat Islam cuba membebaskan diri daripada pegangan akidah dan
syariah Islam malah menyesuaikan diri dengan nilai- nilai yang wujud dalam fahaman
sekularisme.

Pada hakikatnya, agama Islam tidak pernah menghalang umatnya untuk mencapai
kebahagian dalam hidup mahupun kemajuan dalam pembangunan agama, bangsa dan
negara.. Hal ini membuktikan bahawa, kecenderungan yang berlebihan oleh seseorang
individu terhadap nikmat kesenangan, kekayaan serta hiburan menjadikan manusia leka dan
alpa dengan tipu daya dunia dan mengubah tujuan hidup untuk dunia semata mata. Hal ini
telah dinyatakan oleh tokoh- tokoh islam terdahulu dimana keseronokan yang dikecapi
tersebut hanyalah bersifat sementara dan bukannya ketenangan yang hakiki manakala nikmat
kesenangan yang hakiki akan diberikan di akhirat kelak. Berdasarkan artikel ini, penulis juga
menyatakan pernyataan yang dikeluarkan oleh Lurofishia Faghrily iaitu seorang penyelidik
yang mengkaji tentang agam islam dimana beliau berkata sesungguhnya islam, agama yang
menjadikan berfikir sebagai landasannya dan menggalakkan manusia untuk memaksimalkan
potensi untuk berfikir dengan lebih luas dan cerdas dengan menggunakan akal yang diberikan
oleh Allah S.W.T. Beliau juga menyatakan bahawa sesungguhnya agama seperti ini tidak
akan menjadi penghalang untuk mendalami ilmu sains dan fizik untuk membangunkan
agama, bangsa dan negara.

Kesimpulannya, sebagai masyarakat yang bijaksana, kita masih lagi boleh


menggunakan ideologi barat bagi membantu kemajuan dan pembangunan negara akan tetapi
kita juga perlulah mengaplikasikannnya dengan bijak seperti masyarakat tidak terlalu lalai
dan sentiasa berpegang dengan akidah dan syariah Islam dalam menerapkan ideologi barat.
Contoh lain untuk masyarakat ialah masyarakat janganlah terlalu taksub dengan ideologi ini
sehingga mengambil mudah terhadap agama dan merosakkan akidah serta akhlak kita.

18
3.8 NYATAKAN SAMA ADA DAPATAN KAJIAN OLEH PENULIS ARTIKEL
MEYAKINKAN DAN BOLEH DIPERCAYAI, MENGAPA? (NUR FATIHAH BINTI NOR
AZMAN)

Sebagaimana kumpulan kami sedia maklum, isi- isi kandungan yang terkandung
didalam artikel yang ditulis oleh Ibrahim Bafadhol ini telah disertakan dengan sumber-
sumber rujukan untuk membuat kajian terhadap isu sekularisme tersebut. Oleh yang
demikian, fakta fakta yang dinyatakan dalam artikel tersebut secara tidak langsung boleh
dipercayai dan ia juga telah digunakan oleh penulis-penulis ilmiah lain sebagai rujukan
mereka untuk membuat penyelidikan.

Terdapat banyak penjelasan daripada kata-kata para cendekiawan yang dimasukkan di


dalam kajian ini.Oleh yang demikian, hal ini membolehkan seseorang individu yang
membaca artikel tersebut lebih yakin tentang apa yang ingin disampaikan dan dibahaskan
oleh penulis selain meletakkan pendapat dan pandangan sebagai sokongan dan bukti
pernyataan pada setiap isi huraian penulis. Sebagai contoh, terdapat penjelasan yang
diterangkan oleh Leopold Weiss ( Muhammad Asad ), pengkaji islam dimana beliau
menerangkan sesungguhnya kecenderungan meniru budaya asing akibat merasa kekurangan
dalam kehidupan merupakan penyakit yang menimpa kaum muslimin yang meniru budaya
barat. Maka dengan itu, bukti yang disertakan menunjukkan kenyataan penulis mendapat
sokongan, para pembaca dapat mempercayai fakta yang disampaikan dengan lebih yakin.

Sehubungan dengan itu, kami sekumpulan juga yakin dengan fakta yang disampaikan
oleh penulis. Dengan kaedah atau metodologi yang digunakan secara terperinci dan spesifik
dalam penyediaan rujukan di setiap halaman artikel.

4.0 KESIMPULAN (SYFIQAH SUEHADA BINTI SAHIR)


19
Penulis menyimpulkan beberapa isu penting antaranya ialah sekularisme sebagai
suatu sistem yang berasal dari Barat dan tidak dapat dinafikan ianya telah mewarnai pola
pendidikan di negara-negara muslim. Selain itu, isu penting yang dibangkitkan penulis ialah
tentang sejarah kemunculan sekularisme di Eropah yang bermula daripada penentangan
antara sains dan agama iaitu agama Kristian. Di dalam Islam tiada penentangan antara sains
dan agama bahkan ajaran islam tersebut sangat mendorong kemajuan sains. Oleh itu,
perkembangan sekularisme di Eropah mempunyai alasan yang kukuh dan logic, sedangkan di
negara-negara Islam tidak memiliki alasan untuk dikembangkan.

Antara kesan buruk sekularisme dalam pendidikan yang diutarakan oleh penulis ialah
membuka pintu bagi fahaman atheisme dengan melemahkan nilai-nilai keimanan dan kian
tersebarnya kerosakan akhlak di kalangan masyarakat muda. Oleh itu, pentingnya para
pendidik muslim menyusun semula sistem pendidikan yang islamik yang jauh dari fahaman
sekularisme. Penulis menyatakan pendidikan yang ideal menurut islam adalah pendidikan
yang mengabungkan antara iman dan sains, akhlak dan kemampuan, kecerdasan dan
ketakwaan.

Hasil kajian yang dilaksanakan penulis amat membantu membuka mata masyarakat
tentang pentingnya menuntut ilmu supaya fahaman sekularisme dapat dibanteras daripada
merosakkan pemikiran umat islam terutamanya dalam kalangan para pelajar. Dalam artikel
ini penulis amat menitikberatkan kepentingan pendidikan antaranya ialah dengan
mewujudkan sekolah-sekolah Islam yang menerapkan pendidikan kokurikulum bagi
membendung fahaman sekularisme ini. Selain itu, peranan masyarakat dalam membendung
fahaman sekularisme amat digalakkan dengan memberikan penekanan dalam soal ajaran
islam perlu diperhebat dan dilancarakn bagi membasmi keruntuhan akhlak dan social
masyarakat dan memastikan setiap ruang pendidikan, pentadbiran, ekonomi jauh dari unsur
fahaman yang boleh menghancurkan insitusi keluarga, masyarakat dan negara.

Konklusinya, sedarlah bahawa Islam sudah cukup sempurna dan sesuai untuk
dijadikan satu cara hidup tanpa memisahkan urusan dunia dan akhirat dalam setiap aspek
kehidupan manusia. Keseimbangan hidup haruslah selari dengan syariat memberi kehidupan
yang baik kepada manusia tanpa perlu memikirkan secara logik akal tentang kewujudan
Allah tetapi fikirlah melalui penciptaannya serta sentiasa bergantung kepada Allah kerana
Allah yang mencipta manusia, alam dan makhluk sebagainya.

20
5.0 RUJUKAN

1. Abd Jalal, A. F., Rahim, R. A. A., & Alias, A. W. ( 2018 ). ISLAM DAN CABARAN

SEKULARISME DI TANAH MELAYU: ANALISA KITAB JAWI TERPILIH.Retrieved


from Jurnal Socio-Politica, 8(2), 127-147

2. Ain, S. (2014, January 27). Sekularisme dan Kesannya terhadap masyarakat dan negara.
Retrieved from https://www.slideshare.net/sitinurain102/sekularisme-dan-kesannya-terhadap-
masyarakat-dan-negara

3. Amini Amir Abdullah. (2004). Islam Hadhari Menyanggah Prinsip Sekularisme.

Majalah Al-Islam, Kuala Lumpur. Retrieved from Utusan Melayu (M) Berhad.Oktober
2004(32-34).

4. Kuru. (2009). Secularism and state policies toward religion. Retrived from Google

Books. https://books.google.com.my/books?hl=en&lr=&id=UelQIS5mkGQC&oi=fnd&pg=P

R1&dq=sekularism+theory&ots=CRWUivhCCS&sig=zx4MIgjsBZbO2jua7MPX4PKiJE0&r

edir_esc=y#v=onepage&q=sekularism%20theory&f=false

5. Mardhotillah-Bp. (1970, January 01). SEKULARISME, Ancaman dan penyelesaian.


Retrieved from http://mardhotillah-bp.blogspot.com/2008/05/sekularisme-ancaman-dan-
penyelesaian.html

6. Musa, A. (1970, January 01). (Cara–Cara Mengatasi Sains Sekular Pada Masa Kini).
Retrieved from http://azizharjinesei2015oktober.blogspot.com/2015/10/caracara

mengatasi-sains-sekular-pada.html

7. Musa M. A. (2018). Fahami Pengertian, Manfaat Sekularisme. Retrieved from

https://www.beritaharian.sg

8. Muftiwp.gov.my. (2019). Bayan Linnas Siri ke-203: Bahaya Serangan Pemikiraan.


Retrieved from

https://muftiwp.gov.my/artikel/bayan-linnas/3613-bayan-linnas-siri-ke-203- bahaya-
serangan-pemikiran

21
9. Pusat Sumber Pendidikan Islam (2012). KESAN PENGARUH SEKULARISME
TERHADAP PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA. Retrieved from
http://pusatsumberislam.blogspot.com/2011/04/kesan-pengaruh-sekularisme-terhadap.html

10. Rosnani Hashim. (2002). Dualisme Pendidikan Umat Islam di Malaysia. Retrieved from
Sejarah, Perkembangan dan Cabaran Masa Depan, Jurnal Pendidikan Islam, Jilid 10,
Selangor : ABIM

11. Sitinorhanani. (2017, November 18). Sekularisme: Pertentangan Dengan Keilmuan

Islam. Retrieved from https://sitinorhanani.wordpress.com/2017/11/18/fahaman-


sekularisme-yang-bertentangan-dengan-keilmuan-islam/

12. Yusuf Al-Qardhawi. (1999). Pertentangan Islam Dan Sekular, Selangor. Retrieved from
Maktabah Al-Qardhawi

13. Zen Shah. (2013, Oktober 22) Kajian Kuantitatif. Retrieved from
https://www.slideshare.net/ZenShah/kajian-kuantitatif

22

Anda mungkin juga menyukai