Anda di halaman 1dari 22

TUGASAN 4

FALSAFAH DAN ISU SEMASA (CTU552)

SEMESTER II, 2019/2020

TAJUK:

ANALISIS ARTIKEL JURNAL

DEWESTERNSASI ILMU

DISEDIAKAN OLEH:

ROSINAH HAYATI PUTERI BINTI MOHAMAD ROSIDIN


(2020952473)

NURUL IZZATI BINTI BADRUL HISHAM (2020339881)

NOR IZATTI ATIQAH BINTI YAHAYA (2020961003)

NOR AHLINA BINTI MUHD RODHI (2020969287)

MOHAMAD ISMA DANIEL BIN ABDULLAH (2020996727)

MUHAMMAD IKHWAN NIEZAM BIN REDZUAN (2020968773)

KUMPULAN:

KUMPULAN 8

DISEDIAKAN UNTUK:

USTAZ MUHAMMAD HAZIM BIN MOHD AZHAR

1
PENGESAHAN PENSYARAH

PENYERAPAN FALSAFAH MODERNISME DAN CABARANNYA

Disediakan oleh:

Rosinah Hayati Puteri Binti Mohamad Rosidin 2020952473

Nurul Izzati Binti Badrul Hisham 2020339881

Nor Izatti Atiqah Binti Yahaya 2020961003

Nor Ahlina Binti Muhd Rodhi 2020969287

Mohamad Isma Daniel Bin Abdullah 2020996727

Muhammad Ikhwan Niezam Bin Redzuan 2020968773

Kertas kerja penulisan ini dikemukakan untuk memenuhi keperluan bagi Penilaian
Sepanjang Semester bagi Kod Kursus CTU552 –Falsafah dan Isu Semasa, khusus
bagi pelajar dari Ijazah Sarjana Muda Semester 1, Universiti Teknologi MARA
Cawangan Puncak Alam.

Kami dengan ini membuat perakuan bahawa pada setiap masa semua hasil
tugasan yang diserahkan adalah hasil kerja kami sendiri, tidak meniru dan
plagiat daripada mana-mana sumber, atau mencuba untuk meniru mana-mana
pihak tanpa meletakkan sitasi yang sepatutnya. Kami sedar bahawa mana-mana
pelajar yang melanggar perakuan yang dibuat boleh dibawa kepada Jawatankuasa
Tatatertib Fakulti.

Disahkan oleh:

___________________
Muhammad Hazim Bin Mohd Azhar
Pensyarah Penilai
CTU552
Jun 2020

2
ISI KANDUNGAN
1.0 PENDAHULUAN .............................................................................................. 4

2.0 RINGKASAN ARTIKEL ................................................................................... 5

2.1 Tema Kajian .................................................................................................... 5

2.2 Objektif Kajian ................................................................................................ 5

2.3 Teori Kajian..................................................................................................... 6

2.4 Kaedah Kajian ................................................................................................. 7

2.5 Hasil Kajian ..................................................................................................... 8

3.0 ULASAN KRITIS ARTIKEL ............................................................................ 8

3.1 Dewesternisasi Ilmu ........................................................................................ 8

3.2 Dekolonisasi Ilmu ......................................................................................... 11

3.3 Islamisasi Ilmu .............................................................................................. 14

3.4 Perkaitan Antara Dewesternisasi, Dekolonisasi Dan Islamisasi Ilmu........... 17

4.0 PENUTUP/KESIMPULAN.............................................................................. 19

5.0 BIBLIOGRAFI ................................................................................................. 22

3
1.0 PENDAHULUAN

Nama diberi Syed Muhammad Naquib Al-Attas adalah ahli falsafah


Muslim Malaysia. Beliau adalah salah satu dari sedikit sarjana kontemporari
yang benar-benar berakar umbi dalam ilmu Islam tradisional dan sama
kompetennya dalam teologi, falsafah, metafizik, sejarah, dan sastera. Beliau
adalah pelopor dalam mengemukakan idea Islamisasi pengetahuan. Beliau
terkenal dengan gagasannya mengenai dewesternisasi dan Islamisasi. Beliau
juga termasuk ilmuwan yang memiliki perhatian besar pada dunia pendidikan.
Dewesternisasi dan Islamisasi bertujuan menghilangkan unsur-unsur sekuler
dari tubuh ilmu pengetahuan dan memasukkan unsur-unsur Islam ke dalam
ilmu pengetahuan. Antaranya ialah islamisasi pengetahuan, Islamisasi Bahasa,
taksir dan takwil. Dewesternisasi dan Islamisasi ini menyebabkan hilangnya
dikotomi antara agama dan ilmu pengetahuan umum tetapi juga memiliki
keperibadian Islami.

Falsafah dan metodologi pendidikan Al-Attas mempunyai satu tujuan:


Islamisasi minda, badan dan jiwa dan kesannya terhadap kehidupan peribadi
dan kolektif terhadap umat Islam dan juga yang lain, termasuk persekitaran
rohani dan fizikal bukan manusia. Beliau merupakan pengarang dua puluh
tujuh karya mengenai pelbagai aspek pemikiran dan peradaban Islam,
khususnya mengenai tasawuf, kosmologi, metafizik, falsafah dan bahasa dan
sastera Melayu. Antara penulisan beliau ialah Dewesternisasi Ilmu yang
diterbitkan pada tahun 2010 yang merupakan Jurnal Terjemahan Alam dan
Tamadan Melayu.

4
2.0 RINGKASAN ARTIKEL

2.1 Tema Kajian


Tema yang telah diutarakan penulis dalam kajian artikel ini adalah
tema berkaitan pengetahuan dan pemikiran, bagaimana setiap pemikiran
memberikan impak yang berbeza dengan mendalami sesuatu ilmu berdasarkan
hasrat hati atau mencari ilmu yang sejati yang mempunyai sifat yang hakiki.
Hal ini bertepatan dengan saranan utamanya iaitu Ilmu Islam adalah
bertentangan dengan Ilmu yang diketengahkan oleh Ilmu Barat.

2.2 Objektif Kajian


Objektif yang terdapat dalam artikel ini ialah ilmu itu perlu dikaji dan
bukan hanya sekadar menerima tetapi perlu diambil tahu asal usul dan impak
ilmu tersebut ketika dipelajari. Tidak semua ilmu yang dipelajari perlu
diamalkan seperti dilihat ilmu atau peradaban Barat yang hanya bergantung
kepada sains dan logik akal dan bukanlah dari Tuhan dan wahyu. Ilmu adalah
untuk mendamaikan dan menyelesaikan masalah yang menyelubungi
masyarakat dan bukanlah sebaliknya.

Ini menyebabkan kecelaruan yang menimpa masyarakat dimana bukan


kekurangan ilmu yang menyebabkan orang itu cetek pemahamannya atau jahil
tetapi dengan ilmu yang disebarkan dengan tiada tujuan hakiki menyebabkan
ilmu yang dipelajari itu tidak berguna malah merosakkan kefahaman sesuatu
individu itu. Hal ini menyebabkan, ilmu itu sendiri perlu dikaji dan difahami
untuk membolehkan ilmu yang ditimba dapat kembalikan tujuan yang
sepatutnya.

Dalam islam juga ia menerangkan bahawa ilmu ini berkait rapat


dengan adab, dimana orang yang berilmu adalah orang yang beradab.
Dewesternisasi ilmu ini adalah untuk menerangkan bahawa dalam Islam ia
adalah arus utamaan, ia adalah untuk menundukkan manusia modern dalam
Ilmu yang merangkumi satu semesta alam. Dimana dalam Islam Al-Quran dan
hadis menjadi teras kehidupan seorang muslim dan ia merangkumi semua
aspek.

5
Artikel ini juga menerangkan bahawa pandangan dan pemikiran tidak
boleh dipandang secara literasi, dimana semua aspek tidak dipandang dan
dipegang dengan kadar yang sama. Dari segi ilmu Barat, pembangunan dan
kemajuan adalah sesuatu yang terus tiada had dan tiada pengakhiran dan ia
didorong dengan rasa keraguan dan ketengangan mentaliti. Ini akan
menyebabkan manusia hanya akan menerima sesuatu yang sesuai dengan
keadaannya sahaja.

Ilmu adalah sesuatu pengetahuan yang perlu ditafsir alternatifnya dan


individu itu dapat mengenal hakikat dan tujuan sejati hidupnya dan dengan
adanya ilmu itu ia mencapai kebahagiaan, justeru itu adalah ilmu sejati.

2.3 Teori Kajian

Teori yang digunakan oleh pengkaji di dalam kajian ini adalah


berdasarkan teori Dewesternisasi Ilmu oleh Syed Muhammad Naquib Al-
Attas. Dalam kajian ini, penulis menyatakan beberapa teori yang menjelaskan
tentang hakikat manusia dan hakikat ilmu (Al-Attas, 2010).

Bagi teori hakikat manusia, penulis telah mengambarkan secara


ringkas perkara yang penting mengenai hakikat manusia yang dapat disebut
sebagai „dua sekutu‟: mempunyai dwi hakikat iaitu jiwa dan raga, jiwa akali
dan raga haiwani; dan bahawa ia adalah ruh dan sekaligus,wujud fizikal dan ia
mempunyai keperibadian yang disebut dengan diri; bahawa ia mempunyai
sifat yang mencerminkan sifat Penciptanya. Secara khusus telah penulis
katakan bahawa manusia mempunyai ilmu tentang nama pelbagai benda, dan
juga ilmu tentang Tuhan; bahawa ia mempunyai organ kognitif spiritual dan
rasional, iaitu berupa kalbu dan akal; bahawa ia mempunyai daya untuk
mendapatkan pandangan dan pengalaman baik secara fizikal, intelektual atau
kebatinaan; bahawa ia mempunyai potensi untuk menyimpan pedoman dan
kebijaksanaan dalam dirinya sendiri, dan bahawa ia mempunyai kuasa dan
kemampuan untuk berbuat adil kepada dirinya. Dan penulis juga mengatakan
bahawa pada dasarnya manusia bersifat pelupa sehingga ia dapat sahaja
terperangkap dalam keingkaran, kezaliman serta kejahilan.

6
Seterusnya ialah teori hakikat ilmu. Penulis menjelaskan didalam
artikelnya terdapat dua jenis ilmu yang diberikan Allah iaitu yang pertama
melalui wahyu-Nya kepada manusia Penulis ada menyatakan bahawa Kitab
Suci Al-Qur‟an, sunnah, shari„ah, al-„ilm al-ladunniyy dan hikmah adalah
unsur utama dari ilmu jenis yang pertama itu. Terkait dengan ilmu yang
disebut terakhir iaitu ilmu kerohanian dan kebijaksanaan yang manusia hanya
dapat memperolehnya melalui ibadah dan ketaatan kepada Allah. Hal ini
bergantung pada anugerah Allah serta kekuatan dan kemampuan spiritual yang
diberi Allah kepadanya sehingga ia dapat menerima ilmu ini. Manusia
menerima ilmu ini dengan cara diilhamkan secara langsung atau lewat
penikmatan kerohanian (dhawq) dan penyingkapan penglihatan spiritual
(kashf). Jenis ilmu yang kedua ialah merujuk kepada ilmu sains yang diperoleh
melalui pengalaman, pengamatan dan penelitian. Ilmu ini bersifat diskursif
dan deduktif dan berkaitan perkara yang bernilai pragmatis. Ilmu jenis
pertama diberikan oleh Allah kepada manusia melalui pengungkapan
langsung, sedangkan yang kedua melalui spekulasi dan usaha penyelidikan
rasional dan didasarkan atas pengalamannya tentang segala sesuatu yang dapat
ditangkap pancaindera dan difahami oleh akal.

2.4 Kaedah Kajian

Kajian ini dijalankan secara kaedah kuantitatif dengan menggunakan


intrumen kajian iaitu mengumpul data yang dikehendaki bagi menjawab
soalan penyelidikan yang telah ditetapkan. Instrumentasi ialah proses
menyediakan alat mengumpul data. Hakikat bahawa pemikiran sebenar
seseorang manusia bersifat rahsia. Selain itu, kajian ini dijalankan dengan
kaedah rujukan perpusatakaan. Pengkaji membaca pelbagai sumber seperti
buku, kamus, blog dan internet bagi mendapatkan maklumat yang berkaitan.
Kesannya, bahan bahan tersebut banyak membantu pengkaji menyiapkan
kajian ini.

7
2.5 Hasil Kajian

Hasil dari kajian ini menunjukkan bahawa Islam menitik beratkan


semua aspek ilmu dan bagaimana ilmu itu perlulah dipelajari untuk
menyelesaikan masalah dan mendamaikan masyarakat dan bukanlah
sebaliknya. Hal ini, menunjukkan bahawa ilmu yang Barat terapkan bukanlah
untuk memperluaskan lagi pemahaman malahan ia adalah sesuatu yang tiada
kesudahan dan penuh dengan keraguan yang tidak dapat dipuaskan. Oleh
demikian, dakwaan bahawa ilmu peradaban barat ini adalah ilmu sejati adalah
tidak benar sama sekali. Kajian juga mencadangkan bahawa sebagai orang
Islam kita perlu tahu bahawa ilmu yang ada di dalam Kitab Al-Quran adalah
pasti dan tidak akan berubah manakala ilmu Barat adalah berdasarkan falsafah
yang bermula dari tekaan dan ini akan sentiasa berubah dan tiada jawapan
yang pasti hanya keraguan tanpa titik noktah.

3.0 ULASAN KRITIS ARTIKEL

3.1 Dewesternisasi Ilmu

Penulisan jurnal yang digarap jelas sekali membahaskan tentang


hakikat manusia, hakikat ilmu, definisi dan tujuan pendidikan, dan sistem
aturan dan disiplin islam. Pembahasan oleh penulis ini dapat disokong oleh
hujah beliau yang menerangkan tentang hakikat manusia. Penulis
mengemukakan bahawa manusia mempunyai hakikat ganda atau dwi hakikat,
iaitu jiwa dan raga, kedua-duanya adalah sebuah wujud fizikal dan sekaligus
ruh. Nama-nama Allah yang umumnya diketahui oleh manusia pada asasnya
memberi maksud sebagai ilmu tentang segala sesuatu. Penulis juga
menyatakan bahawa Ilmu ini tidak merujuk kepada ilmu tentang esensi atau
dasarnya yang paling dalam (sirr) dari sesuatu (shay‟), sebagai contoh ruh, di
mana ilmu ini hanya sedikit yang diberikan Allah kepada manusia. Selain itu,
penulis juga menyatakan bahawa manusia juga bersikap pelupa. Ini disokong
oleh hujah beliau iaitu beliau mengatakan bahawa sifat pelupa ini adalah
penyebab keingkaran manusia dan sifat tercela ini mengarahkannya kepada
ketidakadilan (zulm) dan kejahilan (jahl). Seterusnya, manusia juga dikatakan
mempunyai dua jiwa iaitu jiwa tinggi yang dikenali sebagai jiwa akali (al-
nafs al-natiqah) dan jiwa rendah yang dikenali sebagai disebut jiwa haiwani

8
(al-nafs al- hayawaniyyah).

Seterusnya, penulis juga turut membahaskan tentang hakikat ilmu.


Hakikat ilmu yang dinyatakan oleh penulis terbahagi kepada dua jenis iaitu
jenis yang pertama ialah hidangan dan kehdupan bagi jiwanya manakala jenis
yang kedua ialah ilmu sains. Penulis menerangkan bahawa jenis ilmu yang
pertama itu diberikan Allah melalui wahyu-Nya kepada manusia dan ini
merujuk kepada Kitab Suci al-Qur‟an. Manakala ilmu yang kedua yang
diyatakan iaitu ilmu sains. Ilmu sains („ulum) yang diperoleh melalui
pengalaman, pengamatan dan penelitian. Ilmu ini bersifat diskursif dan
deduktif dan berkaitan perkara yang bernilai pragmatis. Penulis juga
menyatakan bahawa adanya batas terhadap ilmu jenis yang pertama dan tiada
batas bagi ilmu jenis yang kedua. Hujah ini disokong dengan kenyataan
beliau yang menceritakan bahawa selalu wujud kemungkinan pengembaraan
tanpa henti yang didorong akibat penipuan intelektual dan khayalan diri dalam
keraguan dan keingintahuan yang berterusan.

Beralih pula kepada isu yang dibincangkan oleh penulis tentang


definisi dan tujuan pendidikan. Penulis menyatakan bahawa kebijaksanaan
adalah ilmu yang diberikan oleh Allah untuk memungkinkan orang yang ilmu
tersebut berada padanya untuk mengamalkannya sehingga ia menyebabkan
lahirnya keadilan. Penjelmaan luaran keadilan dalam kehidupan dan
masyarakat itu tidak lain daripada hadirnya adab dalam kehidupan dan
masyarakat tersebut. Orang yang di dalam dirinya tersimpan adab
mencerminkan kebijaksanaan. Penulis juga mengemukakan bahawa tujuan
mencari ilmu dalam Islam adalah untuk menanamkan kebaikan atau keadilan
pada manusia sebagai manusia dan diri peribadi. Oleh kerana itu, tujuan
pendidikan dalam Islam adalah untuk melahirkan manusia yang baik.

Isu-isu yang digarap oleh penulis sememangnya menarik dimana


penulis menerangkan secara jelas tentang isu-isu yang dibangkitkan. Setiap
isu-isu yang diketengahkan oleh penulis mempunyai asasnya yang tersendiri
yang berjaya disokong dengan kukuh oleh hujah-hujah beliau. Hujah-hujah
yang diberikan amat menarik dimana penuis mengkaji dan mendapatkannya
melalui sumber yang kukuh seperti Al-Quran dan hadis yang

9
membolehkannya diterima dan diyakini oleh pembaca-pembaca. Selain itu,
isu-isu yang dibangkitkan oleh penulis amat relevan dimana penulis amat
menekankan tentang hakikat manusia dan ilmu diatas muka bumi Allah ini.
Isu yang dibangkitkan sekurang-kurangnya dapat memberikan pengajaran
kepada pembaca terutamanya kepada diri saya sendiri. Penerangan secara
terperinci yang diterapkan oleh penulis memudahkan saya untuk memahami
setiap apa yang diketengahkan oleh penulis itu sendiri.

Secara umumnya, artikel ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada


pemikiran saya terhadap peradaban ilmu. Sebelum membaca artikel ini,
pengetahuan saya tentang ilmu adalah terhad kepada definisi semata-mata.
Namun, selepas mentelaah artikel ini, saya didedahkan dengan lebih banyak
informasi tentang ilmu seperti hakikat ilmu. Penulis mendedahkan peradaban
ilmu di barat yang berteraskan dasar falsafah sebagai sumber utama. Dasar
falsafah ini berangkat daripada tekaan yang berkaitan hanya dengan
kehidupan sekular yang berpusat pada manusia sebagai entiti fizik dan
haiwan rasional. Berbicara pasal sekular, sudah semestinya peradaban ilmu
tersebut tidak bersandarkan kepada ilmu wahyu dan dasar keyakinan
terhadap agama. Hal ini memberi peringatan kepada saya supaya lebih
berhati-hati dalam menerima ilmu yang berasal dari peradaban barat kerana
ia mungkin dapat memberi kesan kepada kepercayaan saya terhadap agama.
Akhir kata, saya bersetuju dengan pandangan penulis bahawa konsep ilmu
peradaban barat adalah bukan bentuk ilmu yang sejati, hal ini kerana ianya
dibentuk berdasarkan pada kekuatan akal rasional manusia semata-mata
untuk membimbing manusia dalam kehidupan dan tidak berteraskan wahyu
dan kepercayaan kepada agama.

10
3.2 Dekolonisasi Ilmu

Dekolonisasi merupakan pinjaman daripada bahasa Inggeris iaitu


decolonisation. “De” di sini membawa maksud menghapus, melepas atau
menghilangkan manakala “kolonisasi” ialah proses untuk menetap serta
menanamkan pengaruh dan kawalan terhadap masyarakat pribumi suatu
daerah atau kawasan. Maka, perkataan “de” dan “kolonisasi” digabungkan
menjadi dekolonisasi yang bererti sebuah proses untuk melepaskan pengaruh
dan kawalan oleh para penjajah (Unwahas, 2018). Begitu juga dengan artikel
tulisan dari Dewan Redaksi Jurnal Pemikiran Sosiologi yang juga
mendefinisikan dekolonisasi sebagai suatu masyarakat mampu untuk
membebaskan dirinya dari belenggu penindasan dan eksploitasi kemanusiaan
sehingga mampu untuk menentukan arah perubahan sosial, ekonomi, politik
dan budaya bagi dirinya sendiri. Dalam erti kata lain, dekolonisasi adalah
suatu upaya mencapai kemandirian yang bermartabat bagi suat masyarakat
atau bahkan suatu komuniti yang besar seperti Negara-bangsa (nation-state).
Melalui kajian pascakolonialisme yang mana menjadi ideologi para filosofil
yang lebih banyak membahaskan berkaitan disiplin ilmu humaniora
terutamanya ilmu-ilmu budaya, ketimbang ilmu sosial termasuklah sosiologi
yang juga telah menggalakkan para intelektual dalam mengupayakan
dekolonisasi pengetahuan bagi masyarakat di wilayah-wilayah bekas jajahan
khususnya kekuasaan colonial Eropah. Namun ianya merupakan kontradiksi
dalam masyarakat modern yang kapitalis dimana mereka lebih menguasai
dalam pengetahuan mengekspolitasi kemanusiaan seperti praktik kaptalisme
neoliberal yang membolehkan eksploitasi sumberdaya alam dan relasi
kemanusiaan yang di dalamnya termasuk norma-nilai, system kepercayaan
dan tradisi untuk dimaksimalkan sebagai „komoditas‟ yang dalam kenyatannya
hanya menguntungkan segelintir orang sahaja. Makna kata, kajian
pascakolonial berkaitan dengan tema-tema sentral di dalam sosiologi seperti
sejarah modernitas, pembentukan kelas-kelas sosial, perkembangan sejarah
dunia termasuklah globalisasi dan perlembagaan ilmu pengetahuan yang
diwariskan dan dilembagakan secara moden (Sosiologi, 2019).

Melalui penulisan Wardani yang menerangkan tentang ideologi


Kuntowijoyo yang memegang konsep sama seperti Syed Naquib Al-Attas di

11
mana Kuntowijoyo juga menjadikan Al-Quran adalah sebagai sumber ilmu
pengetahuan atau epistemologis tentang ilmu-ilmu sosial yang boleh
dijelaskan dari aspek epistemologi dan aksiologi. Di sini, Kuntowijoyo
menjelaskan definisi ilmu sosial profetik sebagai reorientasi terhadap
epistemologi iaitu reorientasi terhadap mode of thought dan mode of inquiry
bahawa sumber ilmu pengetahuan itu bukan sekadar dari rasional dan
empirikal tetapi juga datang dari wahyu. Daripada gagasan berkaitan ilmu
sosial profetik ini, kerisauan berlebihan terhadap dominasi sains Barat tidak
perlu telalu ditekankan. Walau bagaimanapun, berdasarkan proses theory-
building, mustahil untuk menolak berkenaan hal tersebut kerana
sememangnya wujud peminjaman dari dan sintesis dengan khazanah ilmu
Barat.

Tambah Kuntowijoyo dalam pernyataan beliau juga, humaniora dalam


khazanah intelektual Barat berkemungkinan untuk dijambatani atau
dipertemukan dengan kajian-kajian Islam normatif iaitu kritikan epistemologi
tehadap ilmu-ilmu Barat dan muatan nilainya. Dalam konteks di atas, beliau
berpendapat bahawa wahyu harus dianggap sebagai sumber ilmu pengetahuan.
Lebih-lebih lagi sepertimana yang diserukan oleh kalangan sosiologi Muslim,
dekolonisasi disebut sebagai ilmu-ilmu sosial yang terdapat penelitian dan
perumusan teori (theory-building) yang berasas daripada tanggapan dasar
Islam dan di masyarakat Muslim sendiri. Manakala, berkenaan hal muatan
nilai, barangkali Barat telah mempengaruhi unsur humanisasi dan liberasi,
tetap faktor transendensi ini diabaikan.

Pun begitu, sebagaimana yang diusulkan oleh Dawam berkaitan


dekolonisasi, ia adalah upaya sterilisasi ilmu-ilmu dari kepentingan
kolonialisime yang telah menyertai kemunculan awal ilmu-ilmu tersebut.
Namun, pada masa yang sama epistemologi itu juga perlu diwujudkan sikap
kritis yang sama pentingnya pada umat Islam iaitu kritikan terhadap apologi,
kepentingan lain yang sama-sama berbahaya dalam konteks ilmiah.
Kemampuan dekolonisasi ilmu-ilmu itu juga menjadi target utama yang juga
digelar sebagai postkolonialisme.

12
Malahan, dasar keupayaan dekolonisasi yang telah diusulkan oleh
Dawam juga berkenaan keperluan dalam perumusan teori yakni theory-
building telah memasukkan unsur-unsur dari Islam secara sama rata tidak kira
sama ada pada tahap penelitian di masyarakat Muslim sendiri mahupun pada
tahap penyisipan ayat-ayat al-Quran yang relevan. Tahap dekolonialisasi,
khususnya, ilmu-ilmu sosial, menurut M. Dawam Rahardjo, adalah seperti
berikut;

No. Tahap Kerja Penelitian Domain

1 Grand Theory - Penemuan kecenderungan baharu


yang boleh mengawal arah
- Pengkritikan
- Visi tentang perkembangan akan
filosofis
datang
berdasarkan
- Kritikan terhadap keadaan masyarakat
keadaan yang
yang ada
ada

2 Middle Range - Kritikan terhadap sesuatu keadaan


Theory masyarakat pada grand theory,
- Hipotesis
diturunkan kepada “teori menengah”
- Penelitian
- Idea-idea dasar al-Quran ialah
empiris
keadilan, moderasi dan sebagainya
- Penelitian terhadap penerapan nilai-
nilai itu dalam masyarakat Muslim
- Pratikal,
3 Body of - Teori yang ada perlu dikembangkan
penelitian
Knowledge dan diikuti oleh praktikal.
- Aksi (seperti
(Teori dan
Praktik) penyedaran)
- Teori baru

Maka dengan ini, dapat disimpulkan berkenaan kedudukan al-Quran dalam


integrasi ilmu menurut pemikiran para intelektual Kuntowijoyo dan M. Dawam
Rahardjo. Kedua-dua intelektual ini telah menempatkan al-Quran dalam keadaan
seperti berikut. Al-Quran adalah sebagai sumber ilmu pengetahuan yang bukan

13
sekadar berkaitan dengan doktrin agama normative tetapi termasuk juga pengetahuan
ilmiah. Seterusnya, al-Quran telah dijadikan sebagai titik tolak dalam perumusan teori
(theory-building). Selain itu, al-Quran juga merupakan kerangka rujukan nilai atau
aksiologis pengembangan dan pemanfaatan ilmu pengetahuan. Ketiga-tiga fungsi ini
adalah tahap fungsionalisasi al-Quran yang berkait secara langsung dengan kerja ilmu
pengetahuan (epistemologi) dan nilai (aksiologi). Biarpun mempunyai arah yang
sama, iaitu menjadikan al-Quran sebagai fungsi dalam konteks integrasi ilmu secara
epistemologis dan aksiologis, namun kedua-duanya berbeza dalam beberapa perkara.
Misalannya, Dawam lebih menekankan sisi riset aksi, lebih praktis dan berdasarkan
pengalaman manakala Kuntowijoyo lebih filosofis dan teoretis (Wardani, 2018).

3.3 Islamisasi Ilmu

Pendidikan Islam sejak awal bersumber dari al-Qur'an dan al-Hadith.


Ayat al-Quran yang pertama diturunkan berhubungan langsung dengan
pendidikan ialah perintah membaca (iqra‟), sebagaimana terdapat pada wahyu
pertama QS. Surat Al-Alaq: 1-5.

Artinya: "Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan. Dia


telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah
yang Maha Pemurah. Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam.
Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."

(QS. al-Alaq [96]: 1-5)

Ayat di atas jelas mengandungi filosofi yang menjadi dasar bagi


kegiatan pendidikan. Dan ayat ini dapat kita lihat bahawa al-Quran
menekankan perlunya ilmu pengetahuan, diawali dengan perintah membaca,
kemudian memperhatikan serta mempelajari alam semesta beserta isinya.
Seiring dengan berjalannya waktu, pendidikan Islam mengalami
perkembangan yang pesat, pendidikan tidak lagi diselenggarakan di masjid-
masjid atau di surau-surau tetapi sudah diselenggarakan di lembaga-lembaga

14
pendidikan. Pendidikan Islam tidak hanya mengajarkan tentang agamt saja
tetapi ilmu-ilmu pengetahuan lain sesuai perkembangan zaman

Oleh itu, Islamisasi adalah sebuah proses transformasi. Dalam konteks


dewesternisasi dan dekolonisasi Pendidikan Tinggo dalam masyarakt Muslim
di era moden, terutama sekali semenjak awal 1970-an, sebahagian besar
wacana berkenaan produk akhir Islamisasi adalah penulisan buku-buku tek,
pembaharuan disiplin akademi, dan menciptakan atau mereformasi lembaga-
lembaga sosial-budaya dan ekonomi. Secara mata kasar dan tanpa penilaian
khusus, kenyataan dewesternisasi, dekolonisasi dan Islamisasi pengetahuan
dan pendidikan kontemporer harus berfokus pada penciptaan manusia yang
baik (good man) yang akan menjadi tunjang utama dalam masyarakat.

Idea Islamisasi ilmu mengarah pada ilmu-ilmu rasional seperti, ilmu-


ilmu kemanusiaan, ilmu-ilmu alamiah, ilmu-ilmu terapan, dan ilmu-ilmu
teknologi harus dibersihkan dari unsur-unsur dan konsep-konsep Barat lalu
dimasuki dengan unsur-unsur dan konsep-konsep Islam. Diantara mitologi
yang diberlakukan dalam proses Islamisasi ini adalah tafsir dan takwil. Namun
sebelum melakukan proses Islamisasi tersebut, hal yang harus dilakukan
adalah melakukan Islamisasi bahasa, kerana bahasa adalah sesuatu yang
penting dan merupakan refleksi pemikiran dan pandangan masyarakat.
Islamisasi bahasa ini merupakan langkah dan tunjang utama dalam proses
Islamisasi. Islamisasi bahasa ini dilakukan dengan menyusupkan kosa kata
dasar Islam ke dalam bahasa-bahasa masyarakat muslim.

Begitu juga pada artikel penulisan Nabila Huringiin dan Halima


Nisrina Azfathir berkaitan Islamisasi pengetahuan ialah manusia diciptakan
untuk menyembah Tuhan sebagai penciptanya. Menjadi penciptaan, manusia
lebih lemah daripada penciptanya. Kemudian, manusia meminta pertolongan
dari Sang Pencipta. Pujian dan keluhan disampaikan dengan rangkaian kata-
kata untuk mengungkapkan apa yang ada di fikiran dan hatinya. Ini tidak
berlaku hanya antara Tuhan dan hamba-hambanya, tetapi juga berlaku antara
manusia lain. Secara lisannya, frasa "perkataan" adalah disusun menjadi ayat
kemudian dipersetujui untuk menjadi "bahasa." Kewujudan pelbagai bahasa
hari ini menunjukkan kepelbagaian budaya sesuai dengan tempat tinggal

15
masing-masing. Kepelbagaian ini seharusnya menjadikan kita menjelaskan
lebih lanjut mengenai asal-usul bahasa yang dipersetujui oleh semua orang.
Segala sesuatu yang banyak datang dari satu perkara.

Selain itu, projek dekolonisasi, dewesternisasi dan Islamisasi bukan


sekadar reaksi untuk keadaan luaran yang tidak Islami sahaja, tetapi juga
menekankan kepada tujuan dan sifat asli manusia yang membawa manusia ke
tujuan penerimaan dan penyebaran pengetahuan dan makna dan tujuan
pendidikan. Pengembangan sumber daya manusia dalam Islam terpusat dan
berakar pada pendidikan, bukan hanya untuk menghasilkan seorang warga
negara yang baik (good citizen) bagi Negara bangsa mahupun pekerja yang
baik bagi suatu perusahaan, tetapi lebih mendasar, iaitu sebagai seorang
manusia yang baik, sebagai seorang yang beradab. Seorang warga negara yang
baik atau pekerja di sebuah negara sekuler atau organisasi belum tentu
menjadi orang yang baik, tetapi seorang manusia yang baik, bagaimana pun,
pasti akan menjadi pekerja dan warga negara yang baik. Hal ini jelas bahawa
jika majikan atau negara yang baik sebagaimana didefinisikan dari kerangka
holistik Islam, maka menjadi pekerja yang baik dan warga mungkin identik
dengan menjadi orang yang baik.

Pun begitu, sebuah negara Islam mengisyaratkan keberadaan dan


keterlibatan aktif dari masyarakat, lelaki dan perempuan yang berfikir Islami.
Menekankan pada aspek individu, mengimplikasikan diraihnya pengetahuan
tentang kecerdasan, kebajikan, dan roh, dan tentang tujuan dan kedudukan
tertinggi seseorang. Hal ini juga kerana kecerdasan, kebajikan, dan roh adalah
unsur yang melekat dalam individu. Sebaliknya menekankan pada aspek
masyarakat dan negara membuka pintu untuk legalisme dan politik. Fokus
utama pada individu sangat mendasar karena tujuan akhir dan puncak dari
etika dalam Islam adalah bersifat individu. Hal ini kerana gagasan tanggung
jawab individu dan akuntabilitas sebagai agen moral dalam Islam adalah
individu yang harus diberi ganjaran atau hukuman pada hari kiamat
(Purwaningsih, 2010).

16
Konsep ilmu, Islam dan Barat jauh berbeza, peradaban Barat tidak
memperoleh ilmu sumbernya dari al-Quran atau wahyu. Ia mencerminkan
bahawa tamadun Barat sama sekali berbeza dengan Islam. Seperti yang umum
ketahui, pengetahuan yang benar akan menuju ke jalan yang benar, sementara
yang buruk dan pengetahuan yang mengelirukan akan menuju ke jalan yang
salah. Selagi Tamadun Barat menjadikan manusia sebagai sumber
pengetahuannya atau sains, ia tidak akan mencapai jalan yang benar, kerana
manusia tidak selalu dalam keadaan stabil (Nabila & Halima, 2018).

3.4 Perkaitan Antara Dewesternisasi, Dekolonisasi Dan Islamisasi Ilmu

• Demokrasi • Perbankan
• Sistem Parlimen dan • Pasar Modal
Presiden
• Asuransi
• Multinational
Company

Politik Ekonomi

Budaya-
Intelektual
sosial

• Penghapusan Kuasa • Import disiplin-


Tokoh disiplin ilmu
• Penghapusan Sistem modern, termasuk
Pendidikan Ilmu Eknomi
Tradisional
• LGBT, Feminisme

Rajah 3.1 Perkaitan Antara Dewesternisasi, Dekolonisasi dan Islamisasi Ilmu


(Unwahas, 2018)

17
Secara amnya, konsep dewesternisasi adalah sebagai langkah pertama sebelum
ke tahap seterusnya iaitu Islamisasi pengetahuan yang bermula dengan melihat Islam
dari sudut pandangan dunia sebelum ini kerana ia memberi impak besar terhadap cara
seseorang berfikir. Dewesternisasi bererti mengenal pasti, memisahkan, dan
mengasingkan unsur-unsur lima yang disebabkan oleh westernisasi. Lima elemen
tersebut adalah bergantung pada kekuatan akal semata-mata untuk membimbing
manusia melalui kehidupan; pematuhan kesahihan dualistic visi realiti dan kebenaran;
penegasan terhadap realiti pandangan evensi yang mengunjurkan pandangan dunia
sekular; sokongan daripada doktrin humanisme; dan peniruan yang dikatakan
universal realiti drama suatu tragedi dalam rohani atau transendental. Selepas itu, ia
dilengkapkan dengan Islamisasi.Hal ini demikian, selagi manusia mempunyai
pandangan dunia Islam, maka dia akan selamat masuk jalan Islam.

Konsep linier dan evolusi dari sejarah dan kemajuan manusia dari pusat Barat
ini tidak mentoleransi adanya perbedaan pemikiran atau gagasan dari pihak lain yang
bertentangan dengannya. Gagasan-gagasan yang berbeda ini akan dianggap sebagai
reaksioner, anti-modern, anakronistik, tradisional, tidak wajar, radikal, anti-
kemanusiaan; atau akan dikemas ke dalam idiom dan kategori yang dapat diterima
oleh pandangan yang dominan dan kepentingan pusat (Barat). Pandangan non-Barat
tentang Kebenaran dan Realitas, dan bentuk serta perspektif pengetahuan dan
pembangunan mereka tentang manusia, dianggap sebagai bersifat lokal dan partikular,
dan karenanya tidak betsifat universal. Maka, kemanusiaan dianggap tidak akan
memiliki masa depan kecuali apa yang telah dipahamai dalam kerangka ilmiah dan
worldview demokrasi dan liberal Eropah.

Dengan itu, bahasa, masyarakat, kebudayaan, ekonomi, dan teknologi China


dan Timur Jauh, India dan Benua Asia, Negara-negara Melayu dan Pasifik, Amerika
Latin, Timur Tengah, dan Afrika telah berubah secara signifikan, yang bahkan dalam
beberapa kes tidak dapat dikembalikan lagi. Untuk menjadi modern dan beradab dan
agar dapat diterima sejajar dengan Barat, pada dasarnya suatu negara akan menjadi
kebaratan, sebuah persyaratan yang sebenarnya diragukan, namun banyak negara
bukan Barat dan negara muslim yang tampaknya menerima pandangan semacam itu
(Daud).

18
4.0 PENUTUP/KESIMPULAN

Pendek kata, penemuan baharu menurut artikel penulisan Syed


Muhammad Naquib Al-Attas tahun 2010, penulis telah mengkaji berkaitan
beberapa perkara berkenaan Dewesternasi Ilmu yang mana merangkumi
beberapa pembahagian yakni hakikat manusia dan hakikat ilmu. Menurut
Naquib Al-Attas melalui artikel yang ditulis, hakikat manusia dapat
didefinisikan sebagai dua sekutu yakni mempunyai dwihakikat iaitu jiwa dan
raga (jiwa akali dan raga haiwani). Malahan, penulis juga telah menyebut
bahawa dwihakikat tersebut mempunyai sifat yang mencerminkan sifat sang
Pencipta. Sebagaimana yang telah diperkatakan oleh Afrida di artikel bertajuk
Hakikat Manusia dalam Perspektif Al-Qur‟an, secara ringkas beliau memaknai
bahawa manusia adalah makhluk yang sempurna dicipta oleh Allah s.w.t yang
memiliki akal dan nafsu serta berfilasafat bahawa Islam memandang manusia
dari dua aspek yang terdiri daripada jasmani dan rohani (Afrida, 2018).
Melalui huraian tersebut, jelas menunjukkan bahawa hakikat manusia haruslah
dibatasi oleh akal dan nafsu (jiwa dan raga) yang mengutamakan ilmu tentang
Tuhan sebagai suatu aspek utama dalam pencarian ilmu tetapi dalam dirinya
juga terpateri sarana keselamatan dalam agama yang benar dan kepasrahan
sejati.

Seterusnya, hakikat ilmu juga antara pembahagian penting yang telah


penulis tekankan. Di sini, Naquib Al-Attas telah menceritakan konsep ilmu
dalam Islam di mana ilmu merangkumi iman dan kepercayaan berserta tujuan
menuntut ilmu adalah untuk menanam kebaikan dan keadilan dalam diri
manusia yang tidak pernah terpisah daripada masyarakat sekeliling. Malahan,
penulis juga telah mementingkan bahawa manusia bukanlah suatu objek fizik
yang dinilai melalui pragmatik atau utilitarian yang menonjolkan fungsinya
kepada Negara, masyarakat dan dunia. Begitu juga dengan pendapat penulis
Hakikat Ilmu Pengetahuan dalam Perspektif Modern dan Islam yang mana
beliau juga menceritakan tentang ilmu pengetahuan yang bersumberkan dari
wahyu Allah haruslah ditinjau melalui metode mencari kebenaran dengan
penyelidikan, pengalaman dan percubaan sebagai suatu ujian (Makhmudah,
2018). Dirumuskan daripada pandangan kedua-dua penulis bahawa hakikat
ilmu yang digarapkan melalui sumber yang ghaib iaitu berdasarkan keimanan
19
dan kepercayaan dapat menanamkan kebaikan dan keadilan dalam diri
manusia.

Pun begitu, secara umumnya tujuan mencari ilmu dalam Islam adalah
untuk menanamkan kebaikan atau keadilan pada manusia. Maka dari itu,
lahirlah ungkapan berkenaan manusia yang baik. Penulis menekankan bahawa
manusia yang baik itu adalah mereka yang mempunyai adab yang mana adab
di sini meliputi kehidupan kerohanian dan kebendaan manusia yang
menumbuhkan sifat kebaikan yang dicarinya sendiri. Sependapat juga dengan
Hidayat, Rizal dan Fahrudin, ketiga-tiga penulis menyokong bahawa
pendidikan dalam Islam dapat meningkatkan lagi potensi yang dimiliki oleh
manusia agar menjadi insan yang mulia, memiliki karakter keperibadian
Islami dari pola berfikir juga pola sikap yang Islami selain menguasai ilmu
pengetahuan dan teknologi dalam melaksanakan tugas sebagai hamba
(Hidayat, Rizal, & Fahrudin, 2018). Justeru itu, manusia yang baik itu
seharusnya memiliki sifat-sifat terpuji yakni adab bukan sahaja untuk diri
sendiri malah untuk persekitarannya juga.

Selanjutnya, kata penulis Dewesternasi Ilmu haruslah seseorang itu


mencatat hakikat bahawa dalam kebudayaan dan peradaban Barat adalah lebih
memfokuskan terhadap ilmu dalam pengertian sebagai usaha sains untuk
mengendalikan alam dan masyarakat. Barat telah menolak dalam memberi
perhatian atau merealisasikan usaha perbaikan, pengenalan dan peningkatan
keperibadiannya termasuklah dalam mempelajari aturan Ilahi di dunia dan
keselamatan. Sedangkan faktor yang disebutkan itu amat dititikberatkan dalam
Islam kerana hakikat sejati adalah melalui ilmu. Sebagai orang Islam,
seharusnya untuk seseorang mengutamakan beberapa hakikat penting yang
sepatutnya diamalkan kerana itulah ilmu dikategorikan kepada dua jenis dan
menjelaskan konsep ilmu prasyarat hendaklah menjadi asas dan teras bagi
semua pendidikan. Begitu juga dengan penulisan oleh Yassin tahun 2014,
kajian beliau tentang ilmu pengetahuan Barat adalah sering kali menggunakan
istilah knowledge dan science. Yassin menekankan bahawa Islam merupakan
satu-satunya agama yang mengutamakan kepentingan ilmu dunia dan akhirat
kepada setiap umatnya serta mengangkat tinggi darjat orang-orang yang

20
berilmu (Yassin, 2014). Secara jelas dapat dilihat hakikat ilmu dalam
peradaban manusia berbeza antara sudut pandangan Barat dan Islam. Barat
lebih berfokuskan terhadap usaha sains dan alam sedangkan Islam sentiasa
meletakkan Tuhan sebagai pengerak utama dalam menuntut ilmu.

Sebagai natijahnya, kajian yang telah dilaksanakan oleh Naquib Al-


Attas telah pun mengkaji mengenai hakikat manusia dan ilmu yang
sememangnya dapat dipraktikkan semula pada kajian yang akan datang.
Memandangkan kajian ini lebih menumpukan kepada beberapa skop
epistemologi yakni bidang-bidang berkaitan ilmu, maka kajian akan datang
boleh ditambah baik melalui kaedah atau model berajah yang dapat
menggambarkan lebih jelas berkaitan skop epistemologi yang mungkin
cabangan model tersebut boleh dikaitkan dengan kesahihan ilmu, pengelasan
ilmu dan lain-lain. Dalam meningkatkan kualiti kajian ini juga, boleh
ditambah baik lagi melalui isi kandungan yang lebih jelas seperti abstrak,
objektif kajian, kaedah kajian dan yang lain. Menambahkan sumber-sumber
rujukan dalam menguatkan lagi detail sokongan bagi setiap penghujahan
mahupun percanggahan juga boleh ditingkatkan lagi kualiti kajian ini pada
kajian yang selanjutnya. Hal ini demikian, para pembaca akan mudah untuk
memahami setiap kandungan artikel yang telah diterbitkan selain dapat
menambah ilmu pengetahuan pembaca.

21
5.0 BIBLIOGRAFI

Afrida, A. (2018). Al-Qisthu: Jurnal Kajian Ilmu-Ilmu Hukum. Hakikat Manusia


dalam Perspektif Al-Qur'an, 16, 58.

Al-Attas, S. M. (2010). Jurnal Terjemahan Alam dan Tamadun Melayu. Dewesternasi


Ilmu, 3-20.

Daud, P. D. (n.d.). E-seminar Dewan Bahasa Pustaka. Islamisasi Ilmu-Ilmu


Kontemperor Dan Peran Universitas Islam Dalam Konteks Dewesternisasi
dan Dekolonisasi, 1-48.

Hidayat, T., Rizal, A. S., & Fahrudin. (2018). Pendidikan dalam Perspektif Islam dan
Peranannya dalam Membina Keperibadian Islami. Pendidikan dalam
Perspektif Islam dan Peranannya dalam Membina Keperibadian Islami, 8,
224.

Makhmudah, S. (2018). Hakikat Ilmu Pengetahuan dalam Perspektif Modern dan


Islam. Hakikat Ilmu Pengetahuan dalam Perspektif Modern dan Islam, 205.

Nabila, H., & Halima, A. N. (2018). Jurnal Studi Agama-Agama dan Pemikiran
Islam. The Concept of Syed Muhammad Naquib al-Attas on De-Westernization
and its Relevancy toward Islamization of Knowledge, 266-284.

Purwaningsih, Y. (2010). Institut Agama Islam Negeri Sunan Ampel Surabaya.


Surabaya: Perpustakaan LAIN Sunan Ampel Surabaya.

Sosiologi, D. R. (2019). Jurnal Pemikiran Sosiologi Volume No. 1 . Dekolonisasi


Ilmu Sosial Humaniora: dari Pengetahuan Lokal ke Pemberdayaan
Masyarakat, 1-3.

Unwahas. (2018). The Politics of Language in African Literature. Dekolonisasi Ilmu


Pengetahuan: Kritik Terhadap Fondasi Ilmu Ekonomi Modern, 1-18.

Wardani. (2018). Posisi Al-Quran dalam Integrasi Ilmu: Telaah Terhadap Pemikiran
Kuntowijoyo dan M. Dawam Rahardjo (Vol. 4). Indonesia: UIN Antasari
Banjarmasin.

Yassin, K. B. (2014). MANU Journal. Hubungan Budaya dan Ilmu dari Perspektif
Barat dan Islam, 26-51.

22

Anda mungkin juga menyukai