Anda di halaman 1dari 15

DAIJ – KIAS SEMESTER 2, 2019/2020

SUBJEK:

ACARA JENAYAH MAHKAMAH SYARIAH (SHA 5620)

TAJUK:

KAJIAN KES-KES JENAYAH SYARIAH


LAWATAN KE MAHKAMAH SYARIAH NEGERI KELANTAN

PENSYARAH:

ASSOC. PROF. DR. TAJUL ARIS BIN AHMAD BUSTAMI

NAMA PELAJAR:

AWANG HAT BIN MOHD NOOR (G1917217)


TENGKU MUHAMAD ROSFAI ATINUR BIN TUAN AB KADIR (G1919349)
MUHAMMAD NAZIR BIN MOHD NOOR (G1823255)

1
KAJIAN KES-KES JENAYAH SYARIAH

LAWATAN KE MAHKAMAH SYARIAH NEGERI KELANTAN

1.0 PENDAHULUAN

Tanggal 23 Januari 2020, saya Awang Hat bin Mohd noor, Matrik bernombor G1917217, dan

dua rakan lagi telah membuat satu lawatan sambil belajar bertempat di Mahkamah Syariah

Negeri Kelantan Kompleks Mahkamah Syariah,Bandar Baru Tunjung, Jalan Pasir Mas- Salor,

15510 Kota Bharu Kelantan. Lawatan ini sempena peendedahan awal subjek Acara Jenayah

Mahkamah Syariah (SHA 5620) di bawah bimbingan pensyarah kami iaitu

Assoc.Prof.Dr.Tajul.Aris Ahmad Bustami. Lawatan ini sebagai landasan kami mahasiswa

DAIJ membina keyakinan diri melalui aktiviti sosial yang bersesuaian.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Lawatan tersebut dilakukan adalah untuk membuka minda kami dengan suasana dan

pengalaman yang baru dalam mengenali lebih dekat fungsi Jabatan Kehakiman Syariah Negeri

Kelantan (JKSN).

Objektif lawatan juga agar dapat memberi keyakinan kepada kami untuk berhadapan dengan

cabaran dunia luar, masyarakat dan dunia kehakiman.

Ianya juga bertujuan untuk memahami dengan lebih jelas terma-terma yang berkaitan dengan

akta-akta dan pengurusan perbicaraan di dalam mahkamah

2
3.0 KAEDAH KAJIAN

Kami telah menggunakan tiga kaedah kajian utama iaitu menemubual, memerhati dan menulis

catatan penting.

Kami telah menulis permohonan kajian melalui Ketua Penolong Pendaftar Mahkamah iaitu

Tuan Mohd Hafiz Bin Daud. Selepas kebenaran diperoleh, kami telah menghubungi dan

membuat temujanji dengan dua orang hakim utama iaitu Hakim Kanan Dewan Satu Yang Arif

Tuan Mohd Anwan Bin Abd Muttalib dan Hakim Dewan Dua Yang Arif Tuan Zahari Bin

Mohd Yusoff di Mahkamah Rendah Syariah Kota Bharu.

Temubual selama hampir dua jam berlangsung Bersama kedua-dua hakim di Kamar Hakim

masing-masing berkisar tentang prosedur perbicaraan, kes-kes jenayah dan pengalaman

penghakiman.

Kami juga diberi peluang untuk memerhati perbicaraan langsung yang berlaku pada hari

tersebut dan ulasan penghakiman lisan dijelaskan selagi lagi di Kamar Hakim Kanan Dewan

Satu selepas perbicaraan kes selesai. Pemerhatian terhadap fail-fail dan catatan bertulis

penghakiman dipapar dihadapan kami untuk rujukan dan pembelajaran langsung.

4.0 PEMBENTANGAN LAPORAN KAJIAN

Kami telah memilih tiga kes jenayah untuk kajian iaitu

4.1 Kesalahan Berkhalwat

4.2 Kesalahan Berkelakuan Tidak Sopan

4.3 Kesalahan Poligami Tanpa Kebenaran

3
4.1 Kesalahan Berkhalwat

Dalam Mahkamah Rendah Syariah Jajahan Kota Bharu

Kes Jenayah bill: 03011-143-0016-2020

Antara

Pendakwa Syarie Negeri Kelantan

Lawan

Defenden 1

Nama: Muhammad Aizat Luqman bin Ismail

Alamat: Kampung Kedai Buluh, Badang 15350 Kota Bharu, Kelantan.

&

Defenden 2

Nama: Nur Syazana Izyan Binti Suhaimi

Alamat: Lot 1731, Simpang 3 Pengkalan Chepa, 16100 Kota Bharu, Kelantan.

4
4.1.1 Krologi Kes

4.1.1.1 Permulaan Pertuduhan

Kes dimulakan dengan aduan di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan P.S.KN(T)K

277/19. Beralamat Balai Islam Lundang Kota Bharu. Bertarikh 19 September 2019.

Pertuduhan oleh Pembantu Penguatkuasa Agama dan kes tersebut dibawa ke Mahkamah

Rendah Syariah di Kota Bharu, Kelantan dengan pendakwaan berikutnya dibawa oleh

Pendakwa Syarie Negeri Kelantan.

4.1.1.2 Pendaftaran Kes

Pada 07/11/2019 kes didaftar dan diterima Mahkamah Rendah Syariah Kota Bharu.

Pendaftaran Kes Jenayah Syariah (Khalwat) Dewan II, Dalam Mahkamah Rendah Syariah

Kota Bharu, Kelantan. Kes disebut/didengar pada 17/02/2020 kerana kedua-duanya YKT

disaman/dilepaskan dengan jaminan oleh PPA Kota Bharu sehingga tarikh tersebut.

4.1.2 Keputusan Penghakiman

Setelah mendengar pengakuan salah serta rayuan daripada kedua-dua tertuduh sendiri dan

kedua-dua yang kena tuduh mengaku betul semua fakta kes yang dikemukakan oleh Pendakwa

Syarie. Mahkamah sabit kedua-dua yang kena tuduh bersalah. Kedua-dua tertuduh membuat

rayuan. Tertuduh 1 membuat rayuan supaya dikurangkan denda kerana sudah insaf. Tertuduh

2 membuat rayuan yang sama kepada Hakim. Mahkamah mensabitkan ke atas kedua-dua

Tertuduh di bawah Seksyen 9 (1)&(2) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Kelantan) 1985.

Mahkamah memerintahkan kedua-dua Tertuduh membayar denda sebanyak RM1900 seorang.

5
4.1.3 Rumusan dan Cadangan

Penghakiman ini berlaku terhadap kedua-dua remaja lelaki dan perempuan masing-masing

masih muda iaitu berumur 21 dan 20 tahun yang mana telah disabitkan dengan kesalahan

khalwat telah mengundang pendakwaan dibawah Kes Jenayah Menurut Seksyen 9(1) Kanun

Jenayah Syariah No.2/85 Negeri Kelantan. Berdasarkan Enakmen-Enakmen Negeri-Negeri di

Malaysia, khalwat bererti berdua-duaan di antara seorang lelaki dan seorang perempuan yang

tiada ikatan yang sah di tempat sunyi atau tertutup dan boleh menimbulkan syak bahawa

mereka telah melakukan perbuatan tidak bermoral. Khalwat merupakan mukadimah kepada

berlakunya jenayah zina dan persetubuhan luar nikah.

Berdasarkan penghakiman ini, jika dilihat secara teliti mempunyai nilai pengajaran terhadap

induvidu itu sendiri mahupun masyarakat. Pada pandangan pengkaji, pihak Jabatan Hal Ehwal

Agama Islam Kelantan, Pegawai Penguatkuasa Agama, Pendakwa Syarie dan Mahkamah

Syariah telah adil dan saksama dalam melaksanakan amanah penghakiman dan tidak pernah

abai,cuai apalagi memandang remeh akan kes dosa dan maksiat sebegini, bahkan memandang

serius akan kesalahan khalwat yang melibatkan golongan muda mudi yang sedang dibuai cinta

palsu dan nafsu berahi yang melanggar syarak. Pergaulan tanpa batasan pada masa kini dilihat

seperti satu perbuatan biasa seolah-olah bukan menjadi satu kesalahan sehingga mereka berani

melanggar hukum syarak. Dalam kes ini, dilihat Pegawai Penguatkuasa Agama dan Pendakwa

Syarie yang telah bersungguh-sungguh membawa kes ini ke Mahkamah demi melaksanakan

tugas dan yang lebih penting adalah menjaga maruah agama Islam orang awam agar

terpelihara. Melihat kepada keputusan penghakiman, setelah kedua-dua YKT membuat rayuan

supaya dikurangkan hukuman, maka mahkamah memutuskan kedua-dua YKT masing-masing

dikenakan denda dengan bayaran RM1,900 seorang atau penjara selama tiga bulan.

6
Hukuman bagi kes khalwat ini secara tidak langsung memberi pengajaran terhadap pesalah,

ahli keluarga, rakan-rakan dan masyarakat disamping memperlihatkan imej Mahkamah

Syariah berkuasa mengambil tindakan terhadap kesalahan yang dilakukan oleh orang Islam

menurut undang-undang yang diperuntukkan. Namun begitu, pengkaji berpendapat adalah

lebih baik jika pihak Mahkamah Syariah memberatkan lagi bentuk hukuman sedia ada dan

ditambah dengan hukuman sebat bagi memberikan kesedaran kepada pesalah khalwat dan

masyarakat. Tambahan pula, khalwat merupakan muqadimah kepada zina maka sekiranya

berzina boleh dihukum dengan hukuman sebat, maka adalah wajar sekiranya muqadimah

kepada jenayah zina iaitu khalwat turut dikenakan hukuman sebat.

Isu kemudaratan hukuman sebat kepada pesalah tidak seharusnya timbul kerana hukuman sebat

di mahkamah syariah sangat berbeza dengan hukuman sebat di Mahkamah Sivil dan tertakluk

kepada prosedur-prosedur tertentu. Selain itu, penambahan hukuman alternatif seperti perintah

menghadiri kelas bimbingan dan agama ke atas pesalah perlu dijalankan dalam usaha untuk

mencegah jenayah khalwat daripada terus berleluasa disamping mencapai tujuan utama

perlaksanaan hukuman ta’zir iaitu untuk mencegah dan memberi pengajaran di samping

pemulihan dan pendidikan. Oleh itu, sudah tiba masanya untuk pihak mahkamah memberikan

suatu hukuman yang agak berat kepada pesalah khalwat bagi menangkis tanggapan masyarakat

seolah-olah Mahkamah Syariah tidak memandang serius kes-kes jenayah syariah seumpama

ini. Kami yakin, pihak berkuasa sedang merangka satu langkah yang amat baik untuk menaik

taraf hukuman terhadap pesalah jenayah Syariah agar menjadi inzar serta amaran yang amat

berkesan terhadap para remaja sekolah dan muda mudi kita.

Kewibawaan seorang hakim juga nampak menyerlah dalam menerapkan nilai adab bila

menegur sikap YKT pertama yang meletakkan tangan di dalam poket serta bercakap tanpa

memandang ke arah hakim.

7
4.2 Kesalahan Berkelakuan Tidak Sopan

Dalam Mahkamah Rendah Syariah Jajahan Kota Bharu

Kes Jenayah bill: 03011-160-0242-2019

Antara

Pendakwa Syarie Negeri Kelantan

Lawan

Defenden

Nama: Siti Nor Farrahana Binti Abd Aziz

Alamat: Lot 45-F, Lorong Haji Mahmood, Kg Padang Bongor,

Jln Pengkalan Chepa,15400 Kota Bharu, Kelantan.

4.2.1 Krologi Kes

4.2.1.1 Permulaan Pertuduhan

Kes dimulakan dengan aduan di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan No.Rujukan

P.S.KN(T)K109/19. Beralamat Balai Islam Lundang Kota Bharu. Bertarikh 26 Mei 2019.

Pertuduhan oleh Penguatkuasa Agama dan kes tersebut dibawa ke Mahkamah Rendah Syariah

di Kota Bharu, Kelantan dengan pendakwaan berikutnya dibawa oleh Pendakwa Syarie Negeri

Kelantan.

8
4.2.1.2 Pendaftaran Kes

Pada 15/7/2019 kes didaftar dan diterima Mahkamah Rendah Syariah Kota Bharu. Pendaftaran

Kes Jenayah Syariah (Tidak Sopan) dilangsungkan di Dewan II, Dalam Mahkamah Rendah

Syariah Kota Bharu, Kelantan. Kes disebut/ didengar pada 23/09/2019 kerana kedua-duanya

YKT disaman/dilepaskan dengan jaminan oleh PPA Kota Bharu sehingga tarikh tersebut.

4.2.1.3 Saman dan Waran Tangkap

Apabila pertuduhan bertulis telah nyata lengkap sempurna. Saman kepada tertuduh dikeluarkan

dan di sampaikan kepada tertuduh untuk tampil ke Mahkamah Rendah Syariah di Kota Bharu,

Kelantan untuk perbicaraan kes bertarikh pada 23 September 2019 (Isnin) Jam 09.00 Pagi.

Namun tertuduh tidak hadir pada tarikh yang ditetapkan dalam saman yang diserahkan

(ditampal di alamat YKT) di rumah tertuduh. Oleh kerana itu, mahkamah mengeluarkan notis

waran tangkap agar tertuduh menghadirkan diri ke mahkamah untuk perbicaraan. Kes akhirnya

berjaya dibicarakan pada Tarikh 09/02/2020 selepas notis waran tangkap berkuatkuasa

08/02/2020 dikeluarkan oleh mahkamah.

4.2.2 Keputusan Penghakiman

Setelah mendengar pengakuan salah serta rayuan daripada tertuduh. Hakim Tuan Zahari Bin

Yusoff telah mengeluarkan keputusan/hukuman bertarikh 09/02/2020. Mahkamah hukum

denda RM50 atau penjara 3 hari serta amaran keras tidak mengulangi kesalahan yang sama di

9
masa hadapan berdasarkan seksyen 5 (1) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan

No.2/85 Negeri Kelantan.

4.2.3 Rumusan dan Cadangan

Pertuduhan ini berlaku terhadap remaja perempuan berumur 20 tahun yang mana telah

disabitkan kesalahan tidak menutup aurat ditempat awam mengundang pendakwaan dibawah

Kes Jenayah Menurut Seksyen 5(1)Kanun Jenayah Syariah No.2/85 Negeri Kelantan. Pada

pandangan umum kes ini tidaklah berat yang boleh membawa mudarat yang besar melibatkan

orang lain. Menurut kamus dewan bahasa, maksud jenayah itu sendiri ialah perbuatan

kejahatan seperti mencuri, merompak, membunuh dan lain-lain yang salah disisi undang-

undang, perbuatan salah, perbuatan kriminal yang mana polis menganggap itu sebagai

perbuatan nekad.

Namun pendakwaan ini jika dilihat secara teliti mempunyai nilai pengajaran terhadap individu

itu sendiri mahupun masyarakat. Pada pandangan pengkaji, pihak Jabatan Hal Ehwal Agama

Islam Kelantan, Pegawai Penguatkuasa Agama dan Pendakwa Syarie tidak memandang remeh

isu ini, bahkan memandang serius perlakuan tidak menutup aurat lebih-lebih lagi golongan

hawa. Namun, keputusan Hakim, denda RM50 dengan memberi amaran kepada tertuduh

sebagai peringatan tegas tidak mengulanginya lagi. Tiada denda atau hukuman berat

dikenakan. Ini menunjukkan hakim atau pihak mahkamah mendahulukan budi bicara dan

cenderung untuk memberi nasihat dan bimbingan dalam bab ini.

Kisah ini tidak mustahil berkemungkinan besar akan tersebar di kalangan rakan-rakan tertuduh

atau kalangan saudara-mara, rakan-rakan ibu bapa, ia menjadikan peringatan kepada

masyarakat agar sentiasa menutup aurat dengan baik dan sekali gus menunjukkan imej

10
Mahkamah Syariah berkuasa mengambil tindakan terhadap kesalahan yang dilakukan oleh

orang Islam menurut undang-undang yang diperuntukkan. Bersesuaian dengan ungkapan

“Amar Makruf Nahi Mungkar”. Oleh itu, pengkaji mencadangkan Mahkamah agar

mengutamakan nasihat untuk golongan muda sebegini atau memasukkan mereka kelas

berbentuk membina akhlak, menganjurkan program, memberi peringatan, nasihat dan

kesedaran kepada ibu bapa supaya bersifat tegas memantau pemakaian anak-anak mereka

supaya tidak mengambil mudah tentang aurat. Dicadangkan agar jadual majlis ilmu diberi

kepada pesalah jenayah ini dan mesti sentiasa berada di bawah pemantauan penguatkuasa

dalam tempoh 3 tahun sekurang-kurangnya agar sentiasa bersopan dalam bersosial. Hukuman

sebegini bagi mengajar mereka yang bersalah menghormati larangan agama dan tidak lari dari

hukuman bila didapati bersalah.

11
4.3 Kesalahan Berpoligami Tanpa Kebenaran

Dalam Mahkamah Rendah Syariah Jajahan Kota Bharu

Kes Jenayah bill: 03011-166-0077-2020

Antara

Pendakwa Syarie Negeri Kelantan

Lawan

Defenden 1

Nama: Mamat Bin Mat Salleh

Alamat: Kampung Pantai Sabak, Pengkalan Chepa 16100 Kota Bharu, Kelantan.

&

Defenden 2

Nama: Wan Limah Binti Wan Yusoff

Alamat: Lot 492, Jln Sabak, Kg Pulau Gajah Hilir, 16100 Kota Bharu, Kelantan

12
4.3.1 Krologi Kes

4.3.1.1 Permulaan Pertuduhan

Kes dimulakan dengan saman yang dikeluarkan oleh Ketua Pendakwa Syarie Kota Bharu di

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan iaitu Hj Zaini Bin Sulaiman membenarkan

Timbalan Pendakwa Syarie Kota Bharu mendakwa kedua-dua YKT dan direkodkan di bawah

fail P.S.KN(SK) 1331/19.

4.3.1.2 Pendaftaran Kes

Pada 21/1/2020 kes didaftar dan diterima Mahkamah Rendah Syariah Kota Bharu.

Pendaftaran Kes Jenayah Syariah (Poligami Tanpa Kebenaran) Dewan II, Dalam Mahkamah

Rendah Syariah Kota Bharu, Kelantan. Kes disebut/didengar pada 02/02/2020 kerana kedua-

duanya YKT disaman/dilepaskan dengan jaminan oleh PPA Kota Bharu sehingga tarikh

tersebut.

4.3.2 Keputusan Penghakiman

Setelah mendengar pengakuan salah serta rayuan daripada kedua-dua tertuduh sendiri dan

kedua-dua yang kena tuduh mengaku betul semua fakta kes yang dikemukakan oleh Timbalan

Pendakwa Syarie. Mahkamah hukum lepas dan bebas dengan amaran keras tidak mengulangi

kesalahan yang sama di masa hadapan mereka berdua. Hukuman berdasarkan Seksyen 40 (2)

dibaca Bersama Seksyen 124 Enakmen yang sama.

13
4.3.3 Rumusan dan Cadangan

Pertuduhan ini berlaku terhadap kedua-dua pasangan suami isteri masing-masing

berumur 71 dan 64 tahun yang mana telah disabitkan dengan kesalahan poligami tanpa

kebenaran telah mengundang pendakwaan dibawah Kes Jenayah Menurut Seksyen 40 (2)

Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam No. 6 tahun 2002 Negeri Kelantan.

Berdasarkan pendakwaan ini, jika dilihat secara teliti mempunyai nilai pengajaran

terhadap individu itu sendiri mahupun masyarakat. Pada pandangan pengkaji, pihak Jabatan

Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Pegawai Penguatkuasa Agama, Pendakwa Syarie dan

Mahkamah Syariah tidak memandang remeh akan kes ini, bahkan memandang serius akan

kesalahan poligami tanpa kebenaran sebegini yang melibatkan golongan dewasa yang sedang

sudah matang dan mampu untuk bertanggungjawab.

Perkahwinan yang sah namun tidak didaftarkan akan mendatangkan susah di hari muka

khususnya bagi yang ingin menuntut hak selepas kematian, pesaka, harta sepencarian dan

banyak lagi.

Pihak mahkamah telah melakukan tindakan yang wajar dengan memberi nasihat dan amaran

yang keras agar orang dewasa lain jangan cuba-cuba untuk mengambil jalan pintas untuk

berpoligami. Pihak berwajib sentiasa peka terhadap keperluan pasangan untuk mendaftarkan

perkahwinan bahkan rujuklah imam-imam mukim selaku penolong pendaftar nikah yang

bertanggungjawab memberi masihat dan bimbingan memudahkan proses mendaftarkan nikah

agar kelansungan hidup diri dan keluarga terjamin.

14
5.0 Penutup

Kami mengucapkan jutaan terima kasih terutama kepada pensyarah kanan Assoc. Prof. Dr.

Tajul Aris Bin Ahmad Bustami, para hakim dan seluruh kakitangan Mahkamah Syariah Negeri

Kelantan serta semua sahabat yang membantu dalam menjayakan proses penyelidikan,

pemerhatian, penulisan, temubual dan kongsi pengalaman dalam kehakiman dan proses

tatacara perbicaraan jenayah Syariah di Negeri Kelantan ini.

Kami dapat rasa suasana adil sedang dan sentiasa berlangsung di dalam Mahkamah-Mahkamah

seluruh Malaysia. Kami amat rasa bertuah kerana dapat menyertai proses keadilan dan Dapat

memerhati sendiri keadilan ditegakkan dengan penuh tanggungjawab oleh para hakim dan

pegawai mahkamah.

Kami rasa terpanggil untuk lebih bersedia dengan ilmu dan pengalaman agar dapat membantu

golongan yang tertindas mendapatkan hak mereka melalui jalan yang betul dan teratur serta

amat komited untuk sedia berkhidmat bagi seluruh masyarakat di dalam negara kita Malaysia.

Sesungguhnya masa depan Mahkamah Syariah adalah amat cemerlang dan mampu berdaya

saing sebaris dengan Mahkamah lain di seluruh dunia bahkan akan dijulang teratas apabila

hukum hakam Allah ditegakkan dengan sebenarnya.

15

Anda mungkin juga menyukai