Anda di halaman 1dari 22

SKRIP PEMAAF MELUNAKKAN HATI

DISEDIAKAN OLEH : HJ AWANG HAT BIN HJ


MOHD NOOR
LANGKAH SKRIP SLIDE/CATATAN
Assalamualaikum wbt. SLIDE 1
PENGENALAN  Bersua kita dalam Program Kelantan
DIRI eClass. Pada slot kali ini, pelajar akan
bersama saya Ustaz Hj. Awang Hat Hj
Mohd Noor untuk matapelajaran
Pendidikan Islam tingkatan 3.
 Kita akan lihat dan imbas kembali satu
SLIDE 2
tajuk akhlak islamiah iaitu Pemaaf
Melunakkan Hati. Jom Lihat gambar! Apa
komen pelajar?
 Gambar pelajar beradab..berkasih
sayang..saling bermaafan.
 Pemaaf merupakan salah satu amalan
terpuji yang tersemat di dalam hati.
SKRIP PEMAAF MELUNAKKAN HATI
DISEDIAKAN OLEH : HJ AWANG HAT BIN HJ MOHD
NOOR

LANGKAH SKRIP SLIDE/CATATAN


 Kita lihat dulu fokus penting untuk tajuk SLIDE 3
FOKUS ini.
PENTING.

1. Maksud pemaaf
2. Dalil naqli pemaaf
3. Contoh sifat pemaaf Rasulullah s.a.w.
4. Adab dan cara memohon kemaafan
5. Adab dan cara memberi kemaafan
6. Hikmah bersifat pemaaf
SKRIP PEMAAF MELUNAKKAN HATI
DISEDIAKAN OLEH : HJ AWANG HAT BIN HJ MOHD
NOOR

LANGKAH SKRIP SLIDE/CATATAN


SLIDE 4
MAKSUD  Maksud pemaaf dari segi Bahasa ialah
PEMAAF Melepaskan atau membebaskan
 Pemaaf dari segi Istilah pula bermaksud :
Melepaskan seseorang daripada
kesalahan atau membebaskannya
daripada sebarang hukuman

 LEPAS ATAU BEBAS -merupakan kata


kunci bagi maksud pemaaf
 Pelajar2 diingatkan perlu menyatakan
kata kunci tepat bila menjawab,
menerangkan dan menghurai sesuatu
istilah
 Bila dah jumpa kuncinya ..teruslah
lengkapkan ayat dengan menghuraikan,
lepas dari salah ..bebas dari hukuman
 Ingat kata kunci PEMAAF iaitu Lepas dan
LANGKAH SKRIP SLIDE/CATATAN
SLIDE 5
DALIL NAQLI  Bila kita kata pemaaf adalah ibadat
hati..jadi kita perlukan dalil dan bukti
ibadat tersebut adalah arahan dan perintah
Allah
 Dalil terbahagi dua
 Aqli dan naqli
 Bagi menerangkan pentingnya bersifat
pemaaf kita ceduk ayat-ayat Allah yang SLIDE 6
mewajibkan kita orang islam bersifat
dengan sifat tersebut.
 Dalil naqli ialah dalil yang diambil dari
petikan ayat al-quran dan al-hadis.
LANGKAH SKRIP SLIDE/CATATAN
SLIDE 7

DALIL Allah menjelaskan ciri-ciri orang muttaqin


NAQLI 2 yang layak dimasukkan dalam
syurgaNya..melalui surah ali Imran ayat
134 ..auzubillah..

SLIDE 8
LANGKAH SKRIP SLIDE/CATATAN
SLIDE 9

DALIL NAQLI 3
 Pelajar sekalian..sunnatullah.. Satu
aturan dari Allah..
 BUAT BAIK, DI BALAS BAIK.. PEMBALAS
YANG PALING KAYA DENGAN BALASAN
DAN KHAZANAH KEBAIKAN .ALLAH SLIDE 10
JALLA JALALUH, menetapkan satu
aturan melalui bimbingan Rasulullah
s.a.w. dalam pesanan baginda:
LANGKAH SKRIP SLIDE/CATATAN
Pelajar2 sekalian.. SLIDE 11
 Memohon kemaafan itu agak berat tetapi jika
CARA dilaksanakan dengan baik dan beradab, pasti akan
MEMOHON mudah dan berjaya dilaksanakan
KEMAAFAN 1. Bersegera memohon maaf.
Jangan bertangguh..bila kemaafan adalah ibadat dan
ibadat adalah baik.. Fastabiqul khairaat..semat di
dada..saya suka benda baik

2. Bertemu muka dan bersalaman.


Pkp.. Tangan di dada
3. Mengakui kesalahan tanpa alasan. Terus terang.. Jgn
malu buat pahala.
4. Memulangkan hak atau barang yang diambil. Jika
harta.
5. Berazam tidak mengulangi kesalahan. Dlm jiwa
6. Ikhlas memohon maaf- penuh penyesalan
LANGKAH SKRIP SLIDE/CATATAN
 Pelajar sekalian SLIDE 11

ADAB DAN CARA  ISLAM MENITIK BERATKAN ADAB DAN CARA UNTUK KITA
MEMBERI MEMBERIKAN KEMAAFAN AGAR IANYA TIDAK DISALAH
KEMAAFAN GUNAKAN OLEH MEREKA YANG TIDAK
BERTANGGUNGJAWAB

 1. Memaafkan kesalahan orang tanpa diminta.


 2. Melupakan kesalahan orang terhadapnya.
 3. Berdoa memohon hidayah dan keampunan untuk
orang yang melakukan kesalahan.
 4. Bersangka baik terhadap orang yang memohon
maaf.
 5. Mengelakkan diri daripada bersifat dendam.
 6. Ikhlas memberi kemaafan.
LANGKAH SKRIP SLIDE/CATATAN
Contoh Sifat Pemaaf Rasulullah S.A.W- kisah 1 SLIDE 13
MENCONTOHI  
SIFAT PEMAAF Usaha dakwah Rasulullah S.A.W kenegeri Tha'if telah
RASULULLAH ditolak secara terang oleh pemimpin qabilah saqif yang
S.A.W. menghuni kota Tha'if. Baginda telah dihina dan dilontar
dengan batu sehingga berdarah dan luka teruk.
Allah telah mengutuskan malaikat Jibrail dan malaikat
penjaga gunung untuk menimpakan gunung keatas
penduduk Tha'if. Lantas baginda menjawab : "Wahai Jibrail,
jangan lakukannya! Biarlah aku bersabar terhadap kaumku.
Semoga Allah S.W.T akan melahirkan daripada zuriat
mereka orang-orang yang beriman kepada Allah S.W.T".
Baginda lantas mendoakan penduduk Tha'if "Ya Allah,
berilah petunjuk kepada kaumku, sesungguhnya mereka
tidak mengetahui".
Rasulullah S.A.W sentiasa berlapang dada memaafkan
kesalahan orang lain.
LANGKAH SKRIP SLIDE/CATATAN
Kisah 2 :
  SLIDE 14
MENCONTOHI Habbar telah memanah unta yang dinaiki oleh
PEMAAF Zainab semasa dalam perjalanan ke Madinah
RASULULLAH 2
sehingga menyebabkan unta itu jatuh. Saidatina
Zainab terhumban dari atas unta hingga gugur
kandungannya. Habbar datang menemui
Rasulullah S.A.W di Madinah untuk memohon
maaf, lalu baginda S.A.W memaafkannya. Habbar
kemudiannya memeluk Islam. SLIDE 15
LANGKAH SKRIP SLIDE/CATATAN
SLIDE 16
HIKMAT BERSIFAT  
PEMAAF Hikmah Bersifat Pemaaf
 
*Hikmah Terhadap Individu
1. Memberi ketenanan jiwa.
2. Disenangi oleh orang lain
3. Menzahirkan keunggulan peribadi muslim.
4.Mendapat rahmat dan keampunan Allah
S.W.T SLIDE 17
LANGKAH SKRIP SLIDE/CATATAN
SLIDE 18
Hikmah Pemaaf 1. Hidup dalam suasana harmoni.
Terhadap 2. Mengangkat imej umat Islam.
Masyarakat 3. Menarik minat orang bukan muslim untuk
mendalami Islam.
4. Mewujudkan sikap toleransi dalam
kalangan masyarakat.
LANGKAH SKRIP SLIDE/CATATAN
KITA LIHAT PEMAAF DIGANDING SEBANDING DENGAN SLIDE 19
Penghayatan Ilmu ORANG YANG PEMURAH DAN MULIA SERTA BERAKHLAK
TINGGI

BACA HADIS

KITA JUGA DAPATI PEMAAF ADALAH ORANG YANG DIIKTIRAF


KUAT HAKIKI ..ZAHIR DAN BATIN..

BACA HADIS 2
LANGKAH SKRIP SLIDE/CATATAN
SLIDE 20
MAAF DAN MARAH ADALAH DUA YANG BERLAWANAN ..
TIPS MENGAWAL BILA KITA MARAH MAKA HILANGLAH MAAF DAN SIFAT
KEMARAHAN HATI YANG TENANG DAN TERPUJI

BAGI MENZAHIRKAN MAAF ..HINDARILAH MARAH..

USTAZ KONGSIKAN BEBERAPA TIPS UNTUK KITA


HILANGKAN MARAH

..BACA SLIDE
LANGKAH SKRIP SLIDE/CATATAN
SLIDE 21
PARA PELAJAR SEKALIAN..
SOALAN
PENGUKUHAN MARI KITA CUBA SELESAIKAN BEBERAPA SOALAN
PENGUKUHAN AGAR MENGUATKAN KEFAHAMAN KITA
SEMUA BERKAITAN TAJUK YANG DIBINCANG BERSAMA
SEBENTAR TADI..

SOALAN 1
MENGAPAKAH KITA PERLU MEMOHON KEMAAFAN
SESAMA MANUSIA DENGAN SEGERA?

SOALAN 2
ANTARA SIFAT ALLAH IALAH MAHA PEMAAF DAN
PENGAMPUN. JELASKAN CARA MEMOHON MAAF
DENGAN ALLAH S.W.T.
LANGKAH SKRIP SLIDE/CATATAN
SLIDE 22
JOM.. SAMA-SAMA KITA PEJAM MATA
1. MAAF DAN HALALKAN SEGALA SALAH SILAP ORANG LAIN..
PENUTUP
2. JUMPA SIAPA SAJA .. MAAFKAN SAYA 10 ORANG HARI
INI..MAAF ITU MUDAH..KITA MULAKAN DENGAN DIRI
KITA..CIKGU MAAFKAN SAYA JIKA TERLEWAT..

3. SERAYA KITA TADAH TANGAN POHON AGAR ALLAH


AMPUNKAN DOSA..

RABBANA GHFIRLANA ZUNUBANA WALIWALIDINA..


WAHAI TUHAN AMPUNI KAMI DAN KEDUA IBUBAPA KAMI

SEMOGA BERMANFAAT
AQULU QAULIHAZA..

Anda mungkin juga menyukai