Anda di halaman 1dari 17

Topik  Kefahaman I

2
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menghuraikan maksud surah al-Fatihah, al-Nas dan al-Falaq;
2. Menghuraikan isi-isi penting daripada surah al-Fatihah, al-Nas
dan al-Falaq;
3. Menjelaskan pengajaran yang terdapat di dalam surah al-Fatihah,
al-Nas dan al-Falaq; dan
4. Merancang aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran
kemahiran kefahaman surah al-Fatihah, al-Nas dan al-Falaq
mengikut kesesuaian tahap pemahaman murid.

 PENGENALAN
Kemahiran kefahaman adalah kesinambungan daripada kemahiran bacaan dan
kemahiran hafazan yang terkandung dalam sukatan pelajaran Pendidikan Islam
Sekolah Rendah (bidang Asuhan Tilawah al-Quran). Oleh itu, topik ini
menumpukan kepada kemahiran memahami dan menghuraikan maksud surah
al-Fatihah, al-Nas dan al-Falaq. Di samping itu, topik ini juga mencadangkan
kaedah dan aktiviti-aktiviti yang boleh anda laksanakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


14  TOPIK 2 KEFAHAMAN I

2.1 SURAH-SURAH KEFAHAMAN I


Rasulullah SAW bersabda:

" ‫" ﺧﲑﻛﻢ ﻣﻦ ﺗـﻌﻠّﻢ اﻟﻘﺮءان وﻋﻠّﻤﻪ‬


Maksudnya: "Sebaik-baik kamu ialah yang mempelajari al-Quran dan
mengajarkannya."

Untuk menjadi sebaik-baik manusia, anda perlu mempelajari al-Quran dan


mengajarkannya kepada orang lain. Seseorang yang ingin mengajar ilmu-ilmu
dan pengajaran yang terkandung dalam al-Quran, tentulah seorang yang bukan
sekadar mempunyai kemahiran membaca dan menghafaz al-Quran, bahkan
mestilah seorang yang berkemahiran memahami ayat-ayat al-Quran dan mampu
menghuraikannya dengan jelas dan tepat. Rajah 2.1 menunjukkan seorang qari
sedang membaca al-Quran.

Rajah 2.1: Seorang qari membaca al-Quran

Dalam topik ini, kita akan membincangkan pengenalan, terjemahan, huraian dan
maksud ayat, serta isi-isi penting dan pengajaran yang terkandung dalam surah
al-Fatihah, al-Nas dan al-Falaq. Ini adalah penting untuk dikuasai bagi
memastikan murid-murid mencapai aras-aras yang ditetapkan dalam sukatan
pelajaran. Aras-aras yang sepatutnya dicapai oleh murid-murid dalam
kemahiran kefahaman adalah seperti berikut:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 KEFAHAMAN I  15

(a) Pada aras pertama, murid-murid seharusnya dapat menyebut terjemahan


ayat demi ayat daripada surah al-Fatihah, al-Nas dan al-Falaq.
(b) Pada aras kedua, murid dapat menyenaraikan isi penting yang terdapat
dalam surah-surah tersebut.
(c) Manakala, pada aras ketiga pula, murid dapat menghuraikan maksud
setiap surah dan menyenaraikan pengajaran yang terkandung dalam ke
tiga-tiga surah.

AKTIVITI 2.1

Perdengarkan bacaan surah al-Fatihah, al-Nas dan al-Falaq anda


kepada ustaz dan rakan-rakan secara bergilir dengan bacaan yang
betul dan fasih serta bertajwid.

2.2 SURAH AL-FATIHAH


Mari kita baca dan hayati Ummu al-Quran dalam Rajah 2.2. Kemudian, kita akan
baca pengenalan, terjemahan, huraian ayat dan pengajaran yang terkandung
dalam surah al-Fatihah ini.

Rajah 2.2: Surah al-Fatihah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


16  TOPIK 2 KEFAHAMAN I

2.2.1 Pengenalan Surah al-Fatihah


Surah Al-Fatihah diturunkan di Makkah sebelum Nabi Muhammad SAW
berhijrah ke Madinah. Surah ini mengandungi 7 ayat, 29 kalimah dan 131 huruf.
Ada pendapat mengatakan ia mengandungi 7 ayat, 25 kalimah dan 129 huruf.
Surah ini dipanggil dengan berbagai nama seperti Ummul Quran, Ummul Kitab
AssabÊul Masani dan al-Quran al-Azim. Surah ini mempunyai banyak fadilat dan
kelebihan. Salah satu kelebihan surah ini ialah ia merupakan bacaan wajib dalam
solat lima waktu.

2.2.2 Terjemahan Surah al-Fatihah


Jadual 2.1 menunjukkan terjemahan surah al-Fatihah:

Jadual 2.1: Terjemahan Surah Al-Fatihah

Ayat Al-Quran Terjemahan


1. Dengan nama Allah, yang Maha
Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

2. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan


yang memelihara dan mentadbirkan
sekalian alam.
3. Yang Maha Pemurah, lagi Maha
Mengasihani.

4. Yang menguasai pemerintahan hari


pembalasan (hari akhirat).
5. Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami
sembah, dan kepada Engkaulah sahaja
Kami memohon pertolongan.
6. Tunjukkanlah Kami jalan yang lurus.

7. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau


t telah kurniakan nikmat kepada
mereka, bukan (jalan) orang-orang
yang Engkau telah murkai, dan bukan
pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 KEFAHAMAN I  17

2.2.3 Huraian dan Maksud Ayat


Maksud surah al-Fatihah ini akan dihuraikan ayat demi ayat seperti dalam
Jadual 2.2. Cara ini akan memudahkan kita untuk memahami ayat dengan lebih
tepat dan menghayati pengajarannya.

Jadual 2.2: Huraian dan Maksud Ayat dalam Surah Al-Fatihah

Ayat Huraian
1. Memulakan sesuatu pekerjaan dengan membaca Basmalah akan memberi kesan
yang besar kerana seiring dengan pekerjaan itu ialah ingatan terhadap
kebesaran dan kekuasaan Allah SWT. Seseorang itu akan sentiasa mempastikan
pekerjaanya dalam lingkungan peraturan dan undang-undang Allah SWT.
2. Ucapan yang sering dilafazkan di akhir sesuatu pekerjaan. Sebagai satu
perakuan bahawa manusia hanya mampu berusaha dan berikhtiar, segala
keputusan adalah atas ketentuan Allah SWT sahaja. Segala bentuk pujian,
sanjungan, syukur, kasih sayang hanya kita tujukan kepada Allah sahaja kerana
Allah SWT yang maha mencipta, mengatur, memelihara, menghidupkan dan
mematikan segala-galanya di alam ini.
3. Al-Rahman bermaksud memberi rahmat kepada sekalian makhluk tanpa
melihat baik buruk makhluk itu. Al-Rahim pula hanya memberi rahmat kepada
orang yang dikasihi dan disayangi Allah SWT sahaja iaitu orang yang beriman,
bertakwa dan soleh.
4. Menarik perhatian mengenai hari pembalasan segala amalan. Kehidupan
selepas mati. Manusia akan menghadapi perbicaraan di hadapan Allah tanpa
dapat menyembunyikan sesuatu pun. Memberi kesan supaya manusia sentiasa
berwaspada.
5. Menunjukkan keesaan Allah SWT dari segi tumpuan peribadatan dan juga
memohon perlindungan, keselamatan, mohon rezeki dan sebagainya. Ia juga
merupakan peringatan kepada larangan melakukan amalan syirik kepada Allah.
6. Memohon petunjuk daripada Allah SWT kepada jalan yang lurus, jalan yang
benar, jalan yang membawa kepada kebahagiaan, jalan keselamatan daripada
kesengsaraan di dunia dan di akhirat. Allah sahaja memberi taufik dan hidayah.
7. Huraian kepada jalan yang lurus itu ialah jalan para nabi dan rasul. Syuhada,
siddiqin dan solihin. Bukan jalan orang-orang Yahudi dan Nasrani. Jauhi
golongan yang boleh mendorong kepada melakukan kemungkaran terhadap
Allah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


18  TOPIK 2 KEFAHAMAN I

2.2.4 Isi-isi Penting dan Pengajaran Ayat


Anda boleh membuat rumusan daripada huraian ayat dalam Jadual 2.2 untuk
mencari beberapa pengajaran ayat tersebut. Pengajaran ayat merupakan inti pati
yang dapat dijadikan teladan dan panduan hidup. Berdasarkan kepada ayat
tersebut, banyak pengajaran yang boleh kita ambil. Antaranya ialah:
(a) Hendaklah sentiasa memuji Allah SWT;
(b) Menyedari bahawa setiap amal perbuatan akan dibalas;
(c) Sentiasa beribadat dengan ikhlas;
(d) Sentiasa memohon pertolongan daripada Allah SWT;
(e) Berhati-hati memilih cara hidup supaya sentiasa berada di jalan yang lurus
dan diredhai oleh Allah; dan
(f) Mulakan dan akhiri sesuatu pekerjaan dengan mengingati Allah SWT.

SEMAK KENDIRI 2.1

Berikan isi-isi penting dan pengajaran ayat yang boleh didapati dalam
surah al-Fatihah.

2.3 SURAH AL-NAS


Mari kita baca dan hayati surah al-Nas di dalam Rajah 2.3.

Rajah 2.3: Surah al-Nas

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 KEFAHAMAN I  19

Berikut ialah pengenalan, terjemahan, huraian ayat dan pengajaran yang


terkandung dalam surah al-Nas ini.

2.3.1 Pengenalan Surah al-Nas


Surah al-Nas ini diturunkan di Madinah. Oleh sebab itu, ia termasuk dalam
surah Madaniyyah yang mengandungi enam ayat. Surah ini dinamakan surah al-
Nas (manusia) kerana pada awal surah ini, Nabi Muhammad SAW
diperintahkan memohon perlindungan kepada Allah pemelihara sekalian
manusia.

Surah ini merupakan surah yang terakhir dalam al-Quran. Al-Quran dimulakan
dengan surah al-Fatihah iaitu meminta pertolongan Allah SWT dan puji-pujian
untukNya dan diakhiri dengan surah al-Nas yang juga memohon pertolongan
Allah SWT.

2.3.2 Terjemahan Surah al-Nas


Jadual 2.3 menunjukkan terjemahan surah al-Nas.

Jadual 2.3: Terjemahan Surah Al-Nas

Ayat Al-Quran Terjemahan


1. Katakanlah: "Aku berlindung
kepada Tuhan (yang memelihara
dan menguasai) manusia.
2. Yang menguasai sekalian
manusia.

3. Tuhan yang berhak disembah oleh


sekalian manusia.

4. Dari kejahatan (bisikan) syaitan


yang sentiasa bersembunyi.

5. Yang membisikkan (kejahatan) ke


dalam dada manusia.

6. Daripada (golongan) jin dan


manusia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


20  TOPIK 2 KEFAHAMAN I

2.3.3 Huraian dan Maksud Ayat


Jadual 2.4 menunjukkan huraian dan maksud setiap ayat dalam surah al-Nas.

Jadual 2.4: Huraian dan Maksud Ayat dalam Surah Al-Nas

Ayat Huraian
1. Allah SWT memerintahkan kepada RasulNya agar memohon pertolongan
kepada Zat yang mendidik manusia dengan pelbagai nikmatNya dan memberi
pengajaran kepada manusia dengan berbagai ujianNya (Ahmad Mustafa al-
Maraghiy, 2001).
2. Yang menguasai manusia dan mengatur segala urusannya, pembuat syariat dan
penetap hukum-hukum yang menjamin kebahagiaan manusia di dunia dan
akhirat (Ahmad Mustafa al-Maraghiy, 2001).
3. Dalam surah ini, secara berurutan disebutkan „Rabbinnas‰, „Malikinnas‰ dan
„Ilahinnas‰ menunjukkan bahawa Allah SWT itu Pemelihara dan Penguasa
segala sesuatu dan menjadi sembahan segala sesuatu. Justeru, manusia itu
sendiri yang salah faham dalam memberikan sifat bagiNya, sesat dalam
memberi sifat-sifatNya itu daripada jalan yang lurus sehingga mereka membuat
sembahan yang dianggap memberi kenikmatan. Mereka menyangka bahawa
yang mereka jadikan sembahan itu adalah yang mengatur segala pergerakan
hidup mereka, menentukan batas hukum terhadap perbuatan mereka (Ahmad
Mustafa al-Maraghiy, 2001). Gambaran tersebut sebagaimana firman Allah SWT:

Bermaksud: "Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka


sebagai Tuhan selain Allah [*] dan (juga mereka mempertuhankan) al-Masih
putera Maryam, padahal, mereka hanya disuruh menyembah Tuhan yang Esa,
tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Maha Suci Allah dari apa
yang mereka persekutukan".

[*] Maksudnya: mereka mematuhi ajaran-ajaran orang-orang alim dan rahib-


rahib mereka dengan membabi buta, biarpun orang-orang alim dan rahib-rahib
itu menyuruh membuat maksiat atau mengharamkan yang halal.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 KEFAHAMAN I  21

4. Berlindunglah kepada Allah dan dapatkan naungan daripada godaan syaitan


yang sentiasa menimbulkan was-was, yang sentiasa bersembunyi dan mundur
tatkala disebut nama Allah. Sekiranya manusia mengingati Allah, syaitan akan
mundur dan takut. Sekiranya tidak disebut nama Allah ia mula bermaharajalela
di dalam hati manusia.

Ibn 'Abbas mentafsirkan ayat ini dengan katanya; "Syaitan duduk bertenggek di
dalam hati manusia. Apabila manusia lupa dan lalai (mengingati Allah) dia
akan membisikkan (kejahatan). Tetapi apabila disebut nama Allah dia terdiam
dan mengecut". (Dr. Wahbah al-Zuhaily 2001)
5. Syaitan yang melontarkan lintasan keinginan yang tidak elok dan buruk di hati
manusia. Disebut dada di sini ialah kerana ia merangkumi hati, sedangkan
lintasan keinginan itu tempatnya adalah di hati sebagaimana yang dimaklumi
dalam gaya bahasa orang Arab. (Dr. Wahbah al-Zuhaily 2001).
6. Allah menjelaskan bahawa yang membisikkan di hati manusia itu dua golongan
iaitu jin dan manusia. Ertinya yang membisikkan di hati manusia itu sama ada
syaitan jin yang membisikkan di hati manusia atau syaitan manusia yang
membisikkan di hati manusia dengan cara memperlihatkan dirinya sebagai
penasihat yang merasa belas kasihan. Dengan itu dia telah berjaya menusukkan
kata-katanya ke dalam hati manusia yang menganggapnya sebagai nasihat.
Akhirnya ia menjadi mangsa bisikan syaitan jin (Dr. Wahbah al-Zuhaily, 2001).

Al-Ustaz al-Imam Muhammad 'Abduh mengatakan bahawa pemberi bisikan itu


ada dua jenis, iaitu:
(a) Bangsa jin, iaitu makhluk tersembunyi yang tidak kita ketahui. Kita hanya
menemukan dalam diri kita suatu pengaruh atau kesan yang dinisbahkan
kepada mereka. Pada setiap orang terdapat syaitan ini iaitu suatu potensi
yang menarik kepada kejahatan dan memberi bisikan buruk pada hati
manusia.
(b) Bangsa manusia, godaan dan bisikan mereka kita lihat dan kita saksikan
dengan mata kepala dan telinga kita (Ahmad Mustafa Al-Maraghiy, 2001).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


22  TOPIK 2 KEFAHAMAN I

2.3.4 Isi-isi Penting dan Pengajaran Ayat


Terdapat banyak isi penting dan pengajaran daripada surah al-Nas berdasarkan
huraian di atas. Antara yang dapat kita nyatakan ialah:
(a) Allah SWT memerintahkan kita supaya memohon pertolongan dan
perlindungan hanya kepadaNya sahaja.
(b) Allah SWT adalah Tuhan yang memiliki dan menguasai manusia. Maka,
selayaknyalah manusia beribadah dan mengabdikan diri hanya
kepadaNya.
(c) Kita sebagai manusia mesti sentiasa berwaspada terhadap bisikan-bisikan
dan was-was syaitan yang sentiasa mengajak ke arah kejahatan.
(d) Bisikan dan was-was syaitan ada dua jenis, iaitu syaitan jin yang
menimbulkan bisikan di dalam hati manusia dan syaitan manusia yang
menggoda dan mengajak manusia berbuat kejahatan secara terang-terangan.
(e) Hanya dengan berzikir dan mengingati Allah SWT, manusia dapat
menghindarkan diri daripada tipu daya dan hasutan syaitan.

SEMAK KENDIRI

Huraikan maksud ayat dalam surah al-Nas.

2.4 SURAH AL-FALAQ


Sebelum kita mempelajari secara lebih jauh dalam usaha memahami surah ini
eloklah terlebih dahulu kita baca dan menghayati surah Al-Falaq yang terdapat
dalam Rajah 2.4.

Rajah 2.4: Surah al-Falaq

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 KEFAHAMAN I  23

2.4.1 Pengenalan Surah Al-Falaq


Surah Al-Falaq ini termasuk dalam surah Madaniyyah dan mengandungi lima
ayat. Surah ini dinamakan surah al-Falaq kerana pada awal surah ini, Nabi
Muhammad SAW diperintahkan memohon perlindungan kepada Allah yang
menciptakan sekalian makhluk, daripada bermacam-macam bencana dan bahaya.

Falaq ertinya berpecah dan bercerai antara satu sama lain. Ia termasuklah benih,
biji dan tumbuhan yang berpecah dari tanah, mata air di bukit, hujan dari awan
mendung dan anak dari rahim (Dr. Wahbah al-Zuhaily, 2001).

Dua Mauwwizah ini (surah al-Falaq dan surah al-Nas) ini diturunkan berikutan
sihir yang dilakukan oleh seorang Yahudi bernama Labid bin al-A'som terhadap
baginda SAW sebagaimana yang diriwayatkan dalam hadis sahih Bukhari dan
Muslim daripada 'Aishah. Dia telah menyihir baginda dalam sebuah perigi di
Qasr al-Tol'l. Di situ, terdapat gumpalan rambut baginda yang gugur selepas
disikat, gigi sisir dan tali busur panah yang disimpul dengan sebelas simpulan
yang dicucuk dengan jarum. Lalu, Allah menurunkan dua surah ini dan
ditakdirkan setiap kali dibacakan satu ayat, terungkailah satu simpulan sihir
tadi.

Baginda mendapati dirinya semakin ringan dengan terungkainya setiap


simpulan sehinggalah terungkai simpulan terakhir, lantas baginda pun bangkit
berdiri dengan tangkas bagaikan baginda telah terlepas daripada rasukan. Jibril
mula menjampi Rasulullah SAW sambil berkata: "Dengan nama Allah aku
menjampimu, daripada sebarang yang menyakiti (dirimu), daripada kejahatan
pendengki dan tenungan mata (beracun). Semoga Allah memulihkan (kesihatan)
mu" (Dr. Wahbah al-Zuhaily, 2001)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


24  TOPIK 2 KEFAHAMAN I

2.4.2 Terjemahan Surah Al-Falaq


Mari kita rujuk Jadual 2.5 untuk melihat terjemahan surah al-Falaq.

Jadual 2.5: Terjemahan Surah AL-Falaq


Ayat al-Quran Terjemahan
1. Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku
berlindung kepada (Allah) Tuhan yang
menciptakan sekalian makhluk".

2. "Daripada bencana makhluk-makhluk


yang Dia ciptakan".

3. "Dan daripada bahaya gelap apabila ia


masuk".

4. "Dan daripada kejahatan makhluk-


makhluk yang menghembus-hembus pada
simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan)".
5. "Dan daripada kejahatan orang-orang
yang dengki apabila dia melakukan
kedengkiannya".

2.4.3 Huraian dan Maksud Ayat


Jadual 2.6 menunjukkan huraian dan maksud setiap ayat dalam surah al-Falaq.

Jadual 2.6: Huraian dan Maksud Ayat dalam Surah Al-Falaq

Ayat Huraian
1&2 Berlindunglah dan mintalah naungan Tuhan waktu subuh kerana malam
telah berpisah darinya. Atau dengan Tuhan setiap suatu yang mencetus dan
mengeluarkan makhluk lain yang diciptakan oleh Allah seperti binatang,
benih, biji, dan segala yang berasal daripada tanah dan lain-lainnya. Aku
berlindung diri kepada Allah pencipta segala kejadian daripada bahaya
semua makhluk yang diciptaNya (Dr Wahbah al-Zuhaily, 2001).
3 Iaitu daripada kegelapan malam ketika malam itu datang dan menutup
segala sesuatu dengan kegelapannya. Malam hari yang gelap gelita itu
mengerikan dan menimbulkan ketakutan sebab kegelapan malam menjadi
tempat berlindung bagi orang jahat ketika bermaksud jahat dan kegelapan
malam menjadi penolong bagi musuh. (Ahmad Mustafa Al-Maraghiy 2001).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 KEFAHAMAN I  25

Dr Wahbah al-Zuhaily menyebutkan Allah mengkhususkan supaya kita


meminta pertolonganNya daripada tiga perkara antaranya adalah malam,
kerana malam sebagaimana yang disebut oleh Fakhru al-Razi adalah saat
binatang buas dan binatang melata keluar dari persembunyian mereka, saat
berlakunya kebakaran, kurangnya pertolongan dan saat di mana orang-
orang jahat bersemangat melakukan kejahatan.
4 Kata-kata ωs)ãèø9$#†Îû ÏM≈sV≈¤¨Ζ9$# ialah perempuan-perempuan bomoh sihir yang
berusaha menimpakan bahaya dengan cara memperdaya pancaindera dan
urat saraf seseorang dan menyampaikan saranan-saranan yang
mempengaruhi jiwa dan perasaannya. Mereka membuat simpulan-simpulan
tali atau sapu tangan dan menghembuskan pada simpulan-simpulan itu
sebagai satu amalan tradisional sihir dan cara menyampaikan saranan-
saranan. Ilmu sihir tidak mengubahkan hakikat-hakikat sesuatu dan tidak
pula mewujudkan satu hakikat yang baru, tetapi ia boleh membuat
pancaindera dan perasaan seseorang itu merasakan apa yang dikehendaki
tukang sihir (Sayyid Qutb, 2001).
5 Orang yang dengki mengharapkan hilangnya nikmat dari diri orang yang
didengkinya meskipun ia sendiri mungkin tidak dapat nikmat berkenaan.
Dengki ialah suatu perkara yang tercela. Adapun „ghibtah‰ atau iri hati yang
menjana persaingan tetapi tidak mengharapkan hilangnya nikmat orang lain,
maka itu diharuskan. Kerana dia hanya berharap agar nikmat yang sama
diperolehi oleh dirinya dan tidak pula suka nikmat itu hilang dari orang
yang ia beriri hati terhadapnya. (Dr Wahbah al-Zuhaily 2001). Dalam hal
kedengkian manusia, kita wajib memohon pertolongan dan perlindungan
Allah SWT kerana Allah sahaja yang berkuasa menolak tipu daya orang yang
dengki, mencegah bencana yang ditimbulkan olehnya dan menghapus
segala usahanya. Sesungguhnya Allah SWT adalah tempat memohon
perlindungan dan pertolongan.

2.4.4 Isi-Isi Penting dan Pengajaran


Terdapat banyak isi penting dan pengajaran daripada surah al-Falaq
berdasarkan huraian di dalam Jadual 2.6. Antara yang dapat kita nyatakan ialah:
(a) Allah SWT mengajar manusia supaya memohon perlindungan kepadaNya
daripada segala jenis bahaya dan kejahatan yang datang daripada segala
jenis makhluk.
(b) Dalam surah ini, Allah SWT mengajar supaya manusia memohon
pertolonganNya daripada bahaya yang datang daripada kegelapan malam.
Kegelapan malam adalah peluang kepada sebahagian besar daripada
makhluk jahat keluar dari tempat masing-masing untuk melakukan
kejahatan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


26  TOPIK 2 KEFAHAMAN I

(c) Allah SWT juga mengajar supaya manusia memohon pertolonganNya


daripada bahaya yang datang daripada makhluk yang berjiwa kotor.
Mereka berusaha membuat fitnah melonggarkan simpulan 'iktiqad,
menghuraikan ikatan mahabbah dan merosakkan masyarakat. Kejahatan-
kejahatan ini adalah angkara ahli-ahli sihir.
(d) Seterusnya, Allah SWT mengajar supaya manusia memohon
pertolonganNya daripada bahaya yang datang daripada orang-orang yang
ada di dalam hati mereka penyakit hasad dan dengki. Penyakit ini yang
menyebabkan berlakunya berbagai-bagai kederhakaan seperti iblis dan
Qabil yang mengingkari perintah Allah SWT.
(e) Sifat hasad adalah sifat yang tercela, manakala sifat „ghibtah‰ iri hati
adalah diharuskan.
(f) Surah ini juga diturunkan untuk menjadi penyembuh dan pendinding bagi
Rasulullah SAW dan umat baginda. Orang yang sentiasa membacanya,
akan dipelihara dan dilindungi Allah daripada segala kejahatan, insya-
Allah.

AKTIVITI 2.2

Bincangkan dalam kumpulan kecil maksud surah al-Falaq dan


pengajaran yang boleh diambil daripada surah tersebut.

2.5 CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN
Berbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran boleh dilaksanakan oleh guru-
guru di dalam kelas. Namun perlu diingat, aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan
nanti mestilah menjurus kepada memahami ayat atau surah. Cadangan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran kemahiran kefahaman dalam topik ini akan
dibahagikan kepada dua berdasarkan kepada tahap umur dan kemampuan
murid-murid, iaitu:
(a) Cadangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran kefahaman surah al-
Fatihah, seperti:
(i) Perdengarkan bahan audio bacaan surah al-Fatihah supaya murid
dapat mendengar bacaan yang betul mengikut hukum tajwid.
Perdengarkan satu ayat demi satu ayat. Kemudian, murid boleh
mengikut bacaan daripada bahan tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 KEFAHAMAN I  27

(ii) Sediakan isi pelajaran dalam bentuk carta untuk dipaparkan kepada
murid. kemudian, baca bersama murid berulangkali secara latih tubi.
Boleh juga minta pandangan murid mengenai isi-isi lain yang
berkaitan. Carta perlu menarik dan sesuai dengan murid tahun satu.
(iii) Adakan sesi sumbang saran dengan murid untuk mengeluarkan
pengajaran ayat. Catat isi perbincangan di papan hitam. Isi pelajaran
hendaklah sesuai dengan tahap murid. Teknik sumbang saran lebih
berkesan jika dilaksanakan di dalam kelas cerdas. Namun begitu,
anda perlu bijak memberi motivasi kepada murid untuk
mengeluarkan pendapat.
(iv) Untuk menilai kefahaman murid, anda boleh menyoal secara lisan
atau secara bertulis dalam bentuk lembaran kerja. Item ujian anda
perlu sesuai dengan tahap murid, seperti mengisi tempat kosong atau
menjawab „betul‰ atau „salah‰.
(b) Cadangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran kefahaman surah al-Nas
atau al-Falaq, seperti:
(i) Set Induksi: Memperdengarkan bacaan surah al-Nas atau al-Falaq
oleh qari terkenal melalui rakaman radio kaset atau tayangan VCD.
Kemudian, murid diminta menamakan surah tersebut dan
seterusnya, guru mengaitkannya dengan tajuk pelajaran iaitu
memahami surah.
(ii) Guru menerangkan kepada murid sebab dinamakan surah al-Nas
atau al-Falaq.
(iii) Kemudian, guru menayangkan surah al-Nas atau al-Falaq berserta
terjemahannya melalui LCD dan meminta semua murid
membacanya.
(iv) Murid membaca surah al-Nas atau al-Falaq dan terjemahannya secara
ayat demi ayat. Maksudnya, murid membaca ayat pertama surah al-
Nas atau al-Falaq, kemudian, membaca terjemahan ayat pertama tadi,
begitulah seterusnya sehinggalah ayat terakhir.
(v) Murid dibahagikan kepada dua kumpulan. Satu kumpulan membaca
ayat dan satu kumpulan lagi membaca terjemahan ayat. Kumpulan
yang membaca ayat dan terjemahan ini boleh digilirkan.
(vi) Murid diminta membaca ayat-ayat dan terjemahannya secara latih
tubi berdasarkan kumpulan.
(vii) Guru mengadakan perbincangan dengan murid mengenai huraian
dan maksud setiap ayat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


28  TOPIK 2 KEFAHAMAN I

(viii) Guru bersoal jawab dengan murid mengenai isi-isi penting dan
pengajaran daripada surah al-Nas atau al-Falaq.
(ix) Guru menyenaraikan isi-isi penting tersebut di papan tulis dan murid
menyalin ke dalam buku nota.
(x) Guru boleh memberikan kerja rumah kepada murid dengan meminta
mereka menyalin surah al-Nas atau al-Falaq dan terjemahannya
berdasarkan buku teks.
(xi) Guru sewajarnya memotivasikan murid supaya mengamalkan surah
al-Nas dan al-Falaq dalam kehidupan seharian.

Anda sebagai guru boleh memilih mana-mana cadangan aktiviti yang


dikemukan. Anda juga boleh melaksanakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran lain mengikut kekreatifan anda. Bahan bantu mengajar perlu
digunakan semaksimum mungkin untuk memudahkan murid-murid memahami
surah yang mereka pelajari dan menarik minat mereka untuk fokus terhadap apa
yang diajar di dalam kelas. Anda juga disyorkan untuk merujuk kepada kitab-
kitab tafsir yang muktabar bagi memperolehi pemahaman yang lebih mendalam
berhubung surah-surah yang telah dibincangkan agar anda dapat memantapkan
lagi pengajaran anda dalam kemahiran ini.

 Surah-surah kefahaman yang dipelajari dalam topik ini ialah surah al-
Fatihah, surah al-Nas dan surah al-Falaq.

 Kefahaman ayat atau surah al-Quran merangkumi aspek pengenalan surah,


terjemahan ayat demi ayat, huraian maksud, isi-isi penting, pengajaran
daripada surah dan sebagainya.

 Antara kaedah pengajaran yang boleh anda laksanakan di dalam bilik darjah
dalam pengajaran kemahiran ini adalah kaedah mendengar bacaan ayat,
perbincangan, sumbang saran serta latih tubi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 KEFAHAMAN I  29

Huraian Surah al-Fatihah


Kefahaman Surah al-Nas
Maksud Terjemahan
Surah al-Falaq Tilawah al-Quran

Abdullah Basmih. (1985). Tafsir pimpinan al-Rahman kepada pengertian al-


Quran. Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana
Menteri.

Ahmad Mustafa Al-Maraghiy. (2001). Tafsir al-Maraghiy. Kuala Lumpur: Dewan


Bahasa dan Pustaka.

Sayyid Qutb. (2000). Tafsir fi zilalil Quran. Yusuf Zaky Yacob, penterjemah. Kota
Bharu: Pustaka Aman Press Sdn. Bhd.

Wahbah al-Zuhaily. (2001). Tafsir al-Munir juz 'amma. Ahmad Hasan Mohd
Nazam, Penterjemah. Petaling Jaya: Intel Multimedia and Publication.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Anda mungkin juga menyukai