Anda di halaman 1dari 17

Topik

Adab Terhadap
Ibu Bapa,
Keluarga dan
Orang Tua

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1.

Mengenal pasti enam adab terhadap ibu bapa;

2.

Menerangkan beberapa dalil al-Quran atau hadis yang berkaitan


dengan adab terhadap ibu bapa, keluarga dan orang tua; dan

3.

Membincangkan kelebihan beramal dengan adab tersebut.

PENGENALANG

Dalam topik ini, kita akan membincangkan pembinaan akhlak mahmudah


melalui adab baik yang sepatutnya diamalkan oleh setiap Muslim dalam
menjalani kehidupan seharian. Adab yang dibincangkan dalam topik ini adalah
adab kepada ibu bapa, keluarga dan orang tua. Sebagai anak, ahli keluarga dan
masyarakat, kita perlu mengamalkan adab yang baik dalam pergaulan supaya
kita tidak menyakiti orang lain dan sentiasa disukai serta dihormati oleh orang
lain.

6.1

ADAT TERHADAP IBU BAPA

Kita tidak dapat lahir ke dunia tanpa kedua ibu bapa. Oleh itu, Islam memberi
kedudukan istimewa kepada ibu bapa.

118 X TOPIK 6

ADAB TERHADAP IBU BAPA, KELUARGA DAN ORANG TUA

Manusia pertama yang perlu dimuliakan sesudah Allah s.w.t. ialah kedua-dua
ibu bapa kita, sepertimana yang ditegaskan dalam firman Allah s.w.t. yang
bermaksud:
Janganlah kamu sembah melainkan kepada Allah dan berbuat baiklah
kepada kedua ibu bapa.
(Surah al-Baqarah, 2: 83)
Jasa kedua ibu bapa dalam menjaga dan membesarkan kita tidak akan dapat
dinilai dengan harta benda dan wang ringgit. Oleh itu, kita hendaklah membalas
jasa mereka dengan menunjukkan adab yang baik apabila bergaul dengan
mereka.

6.1.1

Kedudukan Ibu Bapa dalam Islam

Banyak ayat al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w. yang menggambarkan


kedudukan yang tinggi bagi ibu dan bapa. Islam memberikan kedudukan ini
dengan melihat kepada jasa, pengorbanan, didikan dan susah payah ibu bapa
membesarkan dan memberi segala keperluan anak-anaknya.
Firman Allah s.w.t.:

<5_O WXSXT  Y WDTiV" Y #cXn BW WV9k% W5kV]U l XT


QQSQ  S-jU XT ;=O <  SSXT _X.XT r\-W*XjXT rQm  slXT
| ESmv% 2)5U XT 1=K% 9Zj V Y 2)jXSV" 12 QQSs S"XXT
Maksudnya:
Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Kami mengambil janji dari
Bani Israel (iaitu): janganlah kamu menyembah selain Allah dan berbuat
kebaikanlah kepada ibu bapa, kaum kerabat, anak yatim dan orang
miskin serta ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia, dirikanlah
solat dan tunaikanlah zakat. Kemudian, kamu tidak memenuhi janji itu,
kecuali sebahagian kecil daripada kamu dan kamu selalu berpaling.
(Surah al-Baqarah, 2: 83)

TOPIK 6

ADAB TERHADAP IBU BAPA, KELUARGA DAN ORANG TUA

W 119

Firman Allah s.w.t. dalam surah lain:

rQm  skXT ;=_O WXSXT >k[ O Sn# YXT  TiXT
OXT <H qSIXT rQm  sl qSIXT _\-XT r\-W*XjXT
WD CW% p Vf Y  D  1=\-cU 0VQ W% W%XT #k XT =\H
qSbV <YW)c&
Maksudnya:
Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan
sesuatu pun dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu bapa, kaum
kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan
tetangga yang jauh, dan teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu.
Sesungguhnya, Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan
membangga-banggakan diri.
(Surah al-Nisa, 4: 36)
Juga Firman Allah s.w.t.:

[\i< CW Wc %  =_O WXSXT Pc +Y TiV" YU \vXq _VXT


\-I #XT \-FmSM@V" YXT G \-N # V" ZV \-FZ TU \-FiWPU Xn\
8-cm <YSV
Maksudnya:
Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah
selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan
sebaik-baiknya. Jika salah seorang antara keduanya atau kedua-duanya
sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali
janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan
janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka
perkataan yang mulia.
(Surah al-Isra, 17: 23)

120 X TOPIK 6

ADAB TERHADAP IBU BAPA, KELUARGA DAN ORANG TUA

Kesemua ayat tersebut dan banyak lagi mengandungi arahan Allah s.w.t. kepada
seluruh manusia agar menyembah Allah s.w.t. yang Esa dan tidak menjadikan
sekutu bagi-Nya. Arahan yang merupakan tujuan hidup manusia (beribadah
kepada Allah Taala) disertai seterusnya dengan arahan untuk melakukan
kebaikan kepada kedua ibu bapa. Susunan arahan Allah s.w.t. ini menampakkan
kedudukan ibu bapa di sisi Islam, betapa mereka dititikberatkan di dalam Islam.
Hadis daripada Abdullah bin Amr r.a. berkata:
Telah datang menemui Rasulullah s.a.w. seorang lelaki meminta izin
untuk keluar berjihad. Bersabda Rasulullah s.a.w., Adakah ibu bapamu
masih hidup? Jawab lelaki tersebut, Ya, wahai Rasulullah. Sabda
Rasulullah s.a.w., Kepada mereka berdualah kamu berjihad (membantu
dan berusaha melengkapkan urusan mereka).
(Riwayat Bukhari & Muslim)
Hadis daripada al-Mughirh bin Syubah r.a. Sesungguhnya, Rasulullah s.a.w.
bersabda:
Allah Taala mengharamkan ke atas kamu menderhakai ibu, membunuh
anak dan menahan (daripada memberi) serta meminta-minta.
(Riwayat Bukhari & Muslim)

6.2.2

Hak dan Adab terhadap Ibu Bapa

Menjadi kewajipan kepada setiap manusia supaya beradab, berakhlak mulia dan
menunaikan hak ibu bapanya. Islam menegaskan tentang kedudukan ibu bapa
yang tinggi agar manusia dapat memenuhi tanggungjawabnya terhadap keduadua mereka.
Apakah adab terhadap ibu bapa? Rajah 6.1 menunjukkan enam adab terhadap
ibu bapa yang perlu kita patuhi.

TOPIK 6

ADAB TERHADAP IBU BAPA, KELUARGA DAN ORANG TUA

W 121

Rajah 6.1: Enam adab terhadap ibu bapa

Begitulah Islam memberikan keistimewaan buat kedua ibu bapa bagi


menghargai mereka di atas pengorbanan yang telah dilakukan.

6.1.3

Perbuatan yang Bertentangan dengan Ajaran


Islam

Islam menentang segala perbuatan yang boleh menimbulkan kucar-kacir, huruhara dan pergolakan dalam keluarga. Ada lima perbuatan atau sikap yang
bertentangan dengan ajaran Islam, seperti diilustrasikan dalam Rajah 6.2.

122 X TOPIK 6

ADAB TERHADAP IBU BAPA, KELUARGA DAN ORANG TUA

Rajah 6.2: Lima adab yang bertentangan dengan ajaran Islam

6.1.4

Hikmah Adab terhadap Ibu Bapa

Anak-anak yang sentiasa beradab dan berbakti kepada kedua ibu bapa akan
beroleh lima hikmah yang berikut:
(a)

Ganjaran pahala daripada Allah;

(b)

Disenangi dan disayangi oleh ibu bapa;

(c)

Kehidupan mereka sentiasa mendapat keberkatan, rahmat dan keredaan


Allah;

(d)

Mereka hidup di atas dunia dengan tenang dan bahagia; dan

(e)

Mendapat kebahagiaan di akhirat dan balasan syurga.

6.1.5

Implikasi Tidak Beradab terhadap Ibu Bapa

Lima Implikasi anak derhaka iaitu yang tidak beradab terhadap ibu bapa adalah
seperti yang berikut:
(a)

Mengecewakan ibu bapa;

(b)

Dimurkai oleh Allah;

(c)

Dosanya tidak akan diampuni oleh Allah selagi tidak mendapat


keampunan daripada ibu bapa;

TOPIK 6

ADAB TERHADAP IBU BAPA, KELUARGA DAN ORANG TUA

W 123

(d)

Di dunia, mereka tidak akan memperoleh keberkatan, ketenangan hidup


dan sentiasa berada dalam resah gelisah; dan

(e)

Balasan akhirat adalah tidak dapat mencium bau syurga dan dimasukkan
ke dalam neraka.

Insaflah bahawa sesungguhnya manusia yang mendapat keredaan kedua ibu


bapanya pasti akan mendapat keredaan Allah. Sebaliknya, mereka yang sentiasa
menyakiti hati kedua ibu bapanya akan mendapat kemurkaan dari Allah Taala.
Bacalah kisah seorang sahabat pada zaman Rasulullah iaitu Alqamah r.a. yang
sukar untuk melafazkan syahadah di saat kematiannya kerana ibunya tidak
mengampuni dosa menderhakanya.

SEMAK KENDIRI 6.1


1.

Bagaimanakah kedudukan ibu bapa di dalam Islam?

2.

Nyatakan hikmah-hikmah beradab terhadap ibu bapa.

6.2

ADAB TERHADAP KELUARGA

Sekarang, mari kita pelajari adab terhadap keluarga yang terlibat.

6.2.1

Kedudukan Ahli Keluarga dalam Islam

Ahli keluarga juga tidak dilupakan di dalam Islam. Malah, mereka mempunyai
kedudukan istimewa yang tidak dimiliki oleh orang lain. Ahli keluarga juga
dikenali sebagai kaum kerabat atau di dalam bahasa Arab, al-qurba dan alaqrabun.
Banyak hukum Allah s.w.t. yang dikhaskan untuk kaum keluarga yang
mengisyaratkan kedudukan mereka yang berbeza dengan rakan atau orang lain.
Jika diperhatikan ayat sebelum ini yang membicarakan tentang kedudukan ibu
bapa, ia juga menyebut berkaitan ahli keluarga zi al-qurba.

124 X TOPIK 6

ADAB TERHADAP IBU BAPA, KELUARGA DAN ORANG TUA

Firman Allah s.w.t.:

CW% n CVXT !m\-XT n\- #W 1\FSBT SxXS" DU n `j
rQ"W W$\- rW$XXT ]CJk=XT W*XT R[Q \-XT m\)[ 4SXkXT  ]CW%X
rXT WXT #k WXT W_\-XT r\-W*XjXT cQm  sTVl OOO
Ti\IW Vl 1FiI\ |ESS-XT QQSs rW$XXT QQSQ  X4VU XT 8VJm
S\i_ W \V
T 
W WPXT n~XT \y
W r WnXT
WDS *- 1F \V
T XT
Maksudnya:
Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu

kebajikan akan tetapi sesungguhnya, kebajikan itu adalah beriman


kepada Allah, hari Kemudian, malaikat, kitab, Nabi dan memberikan
harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak yatim, orang miskin,
musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang yang meminta-minta;
dan (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan solat dan menunaikan
zakat; dan orang-orang yang menepati janjinya apabila dia berjanji, dan
orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam
peperangan. Mereka itulah orang yang benar (imannya); dan mereka
Itulah orang yang bertakwa.
(Surah al-Baqarah, 2: 177)
Firman Allah s.w.t. dalam ayat lain:

CW qV6=WcXT cQm  sl {W*c XT C_O0_XT $i\ m%


Wc  D
|ETm[kV" 1 \V 1Wc  WXT m[<-XT WU[
Maksudnya:
Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat
kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang daripada

TOPIK 6

ADAB TERHADAP IBU BAPA, KELUARGA DAN ORANG TUA

W 125

perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran


kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran.
(Surah al-Nahl, 16: 90)

Hadis daripada Abu Hurairah r.a.:


Rasulullah s.a.w. bersabda, Wahai Muslimin, bersedekahlah. Berkata
seorang lelaki, Wahai Rasulullah, jika aku mempunyai satu dinar?
Jawab Rasulullah s.a.w., Bersedekahlah ke atas dirimu sendiri. Kata
lelaki tersebut, Jika aku mempunyai sedinar lagi? Kata Rasulullah s.a.w.,
Bersedekahlah kepada isterimu. Berkata lelaki tersebut, Jika aku
mempunyai sedinar lagi? Jawab Rasulullah s.a.w., Bersedekahlah
kepada anakmu. Berkata lelaki itu lagi, Jika aku ada sedinar lagi? Jawab
Rasulullah s.a.w., Maka bersedekahlah kepada hambamu.
(Riwayat Abu Daud & al-Nasai)

6.2.2

Adab Bergaul dengan Keluarga

Manakala terhadap kaum keluarga, ada empat adab bergaul yang perlu kita
patuhi seperti ditunjukkan dalam Rajah 6.3.

Rajah 6.3: Empat adab bergaul dengan keluarga

Semua adab ini terdapat di dalam ayat Allah s.w.t. dan hadis Rasulullah s.a.w.
Umumnya, semua perkara yang baik mestilah dilakukan terhadap kaum
keluarga. Jika ada adab sesama Muslim dan hak yang wajib ditunaikan, maka
adab terhadap kedua ibu bapa dan kaum keluarga lebih dituntut dan menjadi
kewajipan yang besar kepada seluruh umat Muslim.

126 X TOPIK 6

6.2.3

ADAB TERHADAP IBU BAPA, KELUARGA DAN ORANG TUA

Faedah Mengamalkan Adab Bergaul dengan


Keluarga

Apakah faedah mengamalkan adab bergaul dengan keluarga? Berikut adalah


faedahnya:
(a)

Apabila seseorang menghormati serta mengasihi ibu bapa, dengan


sendirinya mereka akan mendapat rahmat daripada Allah s.w.t.;

(b)

Anak-anak yang mengucapkan perkataan yang baik apabila bertutur


dengan ibu bapa akan sentiasa mendapat kerahmatan dan keredaan Allah
s.w.t. Ini akan menjamin kehidupan yang lebih sempurna di dunia dan
akhirat;

(c)

Ibu bapa akan berasa bangga dan gembira apabila anak-anak mengambil
berat dan sentiasa menghormati mereka sama ada melalui perbuatan atau
perlakuan;

(d)

Ibu bapa pastinya akan menghargai setiap ucapan terima kasih yang
dilafazkan oleh anak-anak kepada mereka. Mereka juga akan berasa
gembira kerana anak-anak serta ahli keluarga yang lain menghargai setiap
pengorbanan yang dilakukan. Seterusnya, ia merapatkan lagi hubungan
kekeluargaan yang telah sedia terjalin, di samping dapat menyuburkan lagi
kasih sayang antara ahli keluarga;

(e)

Merapatkan hubungan antara ibu dan anak-anak serta akan wujud sikap
saling membantu antara ahli keluarga;

(f)

Anak-anak yang sentiasa berusaha sedaya upaya untuk mengenang jasa


ibu bapa akan diberikan ganjaran istimewa oleh Allah s.w.t. di dunia iaitu
dalam perjalanan menuju ke akhirat;

(g)

Abang dan kakak akan lebih menyayangi adik-adik yang pandai


menghormati bukan sahaja diri mereka, malahan orang lain juga; dan

(h)

Pengamalan akhlak yang baik ketika bersama keluarga akan membantu


mereka menjadi seorang insan yang berguna. Ia juga dapat menghindar
mereka daripada terikut dengan amalan yang tidak diingini.

SEMAK KENDIRI 6.2


Nyatakan faedah mengamalkan adab bergaul dengan keluarga.

TOPIK 6

6.2.4

ADAB TERHADAP IBU BAPA, KELUARGA DAN ORANG TUA

W 127

Akibat Tidak Mengamalkan Adab Bergaul


dengan Keluarga

Berikut adalah enam akibat kerana tidak mengamalkan adab bergaul dengan
keluarga:
(a)

Tidak disayangi oleh keluarga;

(b)

Tidak dihormati oleh keluarga;

(c)

Tidak dapat mengeratkan hubungan dan silaturahim bersama keluarga;

(d)

Keluarga tidak akan bahagia;

(e)

Tidak akan mendapat rahmat dari Allah; dan

(f)

Allah tidak akan murahkan rezeki.

6.3

ADAB TERHADAP ORANG TUA

Adalah perkara wajib untuk kita menghormati orang tua. Setiap agama, kaum,
budaya dan masyarakat di dunia ini menggalakkan kita berbuat dan beradab
baik terhadap masyarakat orang tua (lihat Rajah 6.4). Ini memandangkan
pengalaman, jasa dan pengorbanan mereka terhadap generasi muda.

Rajah 6.4: Setiap agama terutamanya Islam, sebenarnya menyuruh umatnya


menghormati orang tua
Sumber: www.heritage.gov.my

6.3.1

Pengertian Orang Tua

Tahukah anda pengertian orang tua?


Orang tua adalah orang yang lebih tua umurnya daripada kita, dan lebih
berpengetahuan, lebih bertakwa dan beragama, lebih berkedudukan dan
lebih mulia, sekiranya mereka ikhlas beragama dengan syariat Allah s.w.t.

128 X TOPIK 6

ADAB TERHADAP IBU BAPA, KELUARGA DAN ORANG TUA

Maka, wajiblah kita mengakui kelebihan, memenuhi haknya serta menghormati


mereka. Ini sesuai dengan sabda Rasulullah s.a.w. yang diperoleh daripada Anas r.a.:
Tidak ada seorang muda yang memuliakan seorang yang berumur lebih
tua daripadanya, melainkan akan Allah takdirkan yang dia akan
dihormati oleh orang lain ketika tuanya.
(Riwayat at-Tirmizi)
Golongan ibu bapa juga termasuk dalam kalangan orang yang lebih tua usianya
daripada kita. Maka, wajiblah kita menghormatinya sesuai dengan perintah
Allah seperti dalam firman-Nya:

[\i< CW Wc %  =_O WXSXT Pc +Y TiV" YU \vXq _VXT


\-I #XT \-FmSM@V" YXT G \-N # V" ZV \-FZ TU \-FiWPU Xn\
8-cm <YSV
Maksudnya:
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah
melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik
kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya atau keduaduanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu,
maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan
kasar) sekalipun perkataan "Ha" dan janganlah engkau menengking atau
menyergah mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang
mulia (yang bersopan santun).
(Surah al-Isra, 17: 23)

6.3.2

Huraian Adab terhadap Orang Tua

Sekarang, mari kita pelajari dengan lebih lanjut tentang adab terhadap orang tua
melalui huraian dalam Jadual 6.1.

TOPIK 6

ADAB TERHADAP IBU BAPA, KELUARGA DAN ORANG TUA

W 129

Jadual 6.4: Huraian Adab dengan Orang Tua Menurut Islam


Huraian Adab dengan Orang Tua
x

Orang tua haruslah ditempatkan di tempatnya yang layak dengan kemuliaannya.

Mendahulukan orang tua dalam semua hal. Dalam solat berjemaah misalnya;
orang tua diutamakan untuk berbaris di saf hadapan. begiru juga dengan hal-hal
lain seperti menyambut, membantu, memberi dan sebagainya, maka orang tua
didahulukan.

Menjauhkan sifat-sifat membesar diri, bongkak dan menghina golongan yang


lebih tua seperti bercakap kasar, memekik, berkelakuan biadab dan sebagainya.

Memberi bantuan kepada golongan yang tua seperti mengangkat barang,


memimpin tangan dan lain-lain.

Hendaklah mentaati perintah orang tua dalam perkara kebaikan dan jangan
dibantah arahan mereka.

Hendaklah bangun memberi hormat kepada orang yang lebih tua. Imam Bukhari
dan Muslim meriwayatkan bahawa suatu ketika, Saad bin Muaz (ketua kaum
Ansar) menghampiri Rasulullah s.a.w. yang sedang bersama kaum Ansar lalu
Baginda s.a.w. memerintahkan: Bangunlah kalian kepada ketuamu atau orang

paling baik dalam kalangan kamu.


x

Mencium tangan orang tua. Ini adalah kerana perbuatan tersebut dapat mendidik
kaum muda merendah diri dan menghormati orang lain yang lebih tua

Imam al-Bukhari dalam kitab al-Adab al-Mufrad meriwayatkan bahawa Zari,


pada suatu ketika bersama ahli rombongan Abdul Qais telah berhenti di Madinah
lalu turun dari tunggangan untuk mencium tangan Rasulullah s.a.w.

Namun, adab-adab ini hanya berupa pernghormatan dan tidak wajar melebihi
batasan hingga mencapai tahap peribadatan seperti ruku' dan sujud atau tanda
penyembahan lain. Maka hal itu dilarang dalam Islam, sekalipun terhadap ibu
bapa.

Selaku orang yang lebih tua, maka seharusnya kita menerima teguran dan nasihat
yang diberikan selagi mana ia tidak melanggar syariat Islam.

Ketika berbicara, sewajarnya orang yang lebih muda tidak menyampuk atau
mencelah perbualan orang tua melainkan meminta izin terlebih dahulu sebagai
tanda hormat.

Namun, adab ini hanya berupa penghormatan dan tidak wajar melebihi batasan
hingga mencapai tahap peribadatan seperti rukuk dan sujud atau tanda
penyembahan yang lain. Hal itu dilarang dalam Islam, sekalipun terhadap ibu
bapa.
Selaku orang yang lebih tua, seharusnya kita menerima teguran dan nasihat
yang diberikan, selagi ia tidak melanggar syariat Islam.

130 X TOPIK 6

6.3.3

ADAB TERHADAP IBU BAPA, KELUARGA DAN ORANG TUA

Hikmah Beradab terhadap Orang Tua

Ada lima hikmah di sebalik pengamalan adab dengan orang tua iaitu:
(a)

Apabila kita menjaga dan mengamalkan adab dengan orang tua seperti
yang dituntut oleh Islam, maka kita akan disayangi oleh keluarga,
dihormati oleh masyarakat dan orang yang berada di sekeliling kita;

(b)

Hidup akan lebih bahagia, tidak disisihkan oleh masyarakat kerana kita
mengamalkan adab yang terpuji ini;

(c)

Mengeratkan hubungan silaturahim antara golongan muda dan golongan


tua, sekali gus pengamalan adab yang mulia ini meningkatkan rasa
penghormatan kepada golongan yang lebih tua;

(d)

Mendapat pahala dan ganjaran kebajikan daripada Allah s.w.t. kerana


menjaga dan menghormati serta memenuhi hak yang selayaknya untuk
orang yang lebih tua; dan

(e)

Menjadi contoh dan teladan serta ikutan generasi muda khasnya untuk
mencontohi adab yang terpuji ini supaya golongan tua tidak disisihkan
atau dipinggirkan.

SEMAK KENDIRI 6.3


1.

Jelaskan adab yang perlu diamalkan dan dijaga oleh golongan muda
apabila berhadapan dengan orang tua.

2.

Senaraikan tiga kebaikan apabila mengamalkan adab dengan orang


tua.

6.4

CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN

Untuk mengajar topik ini, dicadangkan agar anda menerangkan dengan jelas isi
pembelajaran kepada pelajar supaya dapat difahami dengan baik.
Setelah difahami, dicadangkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berkenaan
seperti yang berikut:
(a)

Anda boleh mengaitkan isi pembelajaran dengan isu semasa agar pelajar
dapat mengukuhkan lagi kefahaman, di samping meluaskan pengetahuan
mereka;.

TOPIK 6

ADAB TERHADAP IBU BAPA, KELUARGA DAN ORANG TUA

W 131

(b)

Anda boleh meminta pelajar menghafal doa yang berkaitan untuk


dijadikan amalan harian;

(c)

Anda disarankan untuk menggunakan alat bantu mengajar seperti kad


bergambar yang menggambarkan adab yang sepatutnya diamalkan oleh
anak-anak kepada kedua-dua ibu bapa mereka, keluarga dan orang tua;

(d)

Kaedah menyanyi atau mengalunkan nasyid berunsur dakwah berkaitan


adab juga boleh menarik minat pelajar untuk menghayati dan
mengamalkan adab yang baik;

(e)

Menayangkan audio bergambar atau drama berunsur adab berkaitan topik


boleh digunakan di dalam kelas; dan

(f)

Anda juga boleh memimpin pelajar membuat lakonan seperti filem Si


Tanggang untuk menarik minat pelajar, seterusnya menghayati topik yang
diajar.

Pada pandangan Islam, kedudukan ibu bapa sangat istimewa dalam


kehidupan manusia. Oleh itu, Allah telah meletakkan kewajipan mentaati
ibu bapa secara bergandingan dengan ketaatan kepada-Nya.

Ada enam adab terhadap ibu bapa iaitu:

Menghormati dan mengasihani kedua-duanya;

Mensyukuri nikmat Allah s.w.t. dan berterima kasih kepada kedua ibu
bapa;

Mendoakan kesejahteraan kedua ibu bapa di dunia dan akhirat;

Mentaati perintah mereka selagi tidak menyuruh ke arah maksiat;

Bersopan santun terhadap mereka, memberi salam dan sentiasa menjaga


perasaan mereka agar tidak dilukai; dan

Membantu mereka di mana sahaja.

Keluarga dan kaum kerabat memainkan peranan yang penting dalam


kehidupan kita. Berikut adalah antara faedah mengamalkan adab bergaul
dengan keluarga:

Merapatkan hubungan antara ibu dan anak-anak serta akan wujud sikap
saling membantu antara ahli keluarga;

132 X TOPIK 6

ADAB TERHADAP IBU BAPA, KELUARGA DAN ORANG TUA

Abang dan kakak akan lebih menyayangi adik-adik yang pandai


menghormati bukan sahaja diri mereka, malahan orang lain juga; dan

Pengamalan akhlak yang baik ketika bersama keluarga akan membantu


mereka menjadi seorang insan yang berguna. Ia juga dapat menghindar
mereka daripada terikut dengan amalan yang tidak diingini.

Orang tua ialah mereka yang lebih tua daripada kita. Mereka kebiasaannya
sebaya dengan ibu bapa kita atau lebih tua daripada ibu bapa kita. Suatu hari
nanti, kita juga akan menjadi tua. Kita juga mengharapkan orang lain akan
menghormati kita.

Berikut adalah lima hikmah beradab terhadap orang tua:

Disayangi oleh keluarga, dihormati oleh masyarakat dan orang yang


berada di sekeliling kita;

Hidup akan lebih bahagia;

Mengeratkan hubungan silaturahim antara golongan muda dan


golongan tua;

Mendapat pahala dan ganjaran kebajikan daripada Allah s.w.t.; dan

Menjadi contoh dan teladan serta ikutan generasi muda.

Adab dengan orang tua

Menghormati

Ibu bapa

Mentaati

Keluarga

Abdullah Basmih. (1985). Tafsir pimpinan ar-Rahman. Kuala Lumpur, Malaysia:


Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.
Abdullah Nasih Ulwan. (2000). Pendidikan anak-anak menurut pandangan
Islam. Kuala Lumpur, Malaysia: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
Hasan Mohd Ali. (1996). 100 akhlak mulia. Kuala Lumpur, Malaysia: Utusan
Publication and Distributors.

TOPIK 6

ADAB TERHADAP IBU BAPA, KELUARGA DAN ORANG TUA

W 133

Hasnah Yahaya. (2003). Pendidikan Islam tahun 2. Kuala Lumpur, Malaysia:


Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Buku panduan pengajaran dan
pembelajaran pendidikan Islam tahun 2. Kuala Lumpur: Bahagian
Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Mohd Ali Hashimi. (1986). Keperibadian muslim (terjemahan). Kuala Lumpur:
Pustaka Salam.
Muhammad Khayr Fatimah. (1996). Adab & sopan dalam Islam. Mohd Sofwan
Amrullah, Penterjemah. Batu Caves, Selangor, Malaysia: Pustaka Ilmi.
Muhammad Shahid Talib. (1997). Etika Islam di jalan raya. Batu Caves, Selangor,
Malaysia: Pustaka Ilmi.

Anda mungkin juga menyukai