Anda di halaman 1dari 4

CABARAN PELAJAR MASA KINI

Pendahuluan

Pelajar yang terdiri dari pelajar sekolah hingga ke institusi pengajian tinggi adalah golongan yang paling
ramai berbanding dengan golongan dewasa. Mereka adalah golongan yang sedang mencari ilmu dan
kebenaran, berpegang dan beramal dengan kebenaran. Dalam Islam pelajar mempunyai kedudukan
yang tinggi dan mulia . Mereka dilindungi oleh para malaikat di mana sahaja mereka berada. Malah
seluruh makhluk dibumi dan ikan di air turut berdoa dan memohon keampunan untuk mereka.

Walau bagaimanapun pelajar amat terdedah kepada pelbagai cabaran dan dugaan. Keadaan pelajar
pada masa kini amat berbeza dengan pelajar zaman silam.

Ketika dunia semakin maju , ramai pelajar yang berjaya, semakin banyak cabaran dan ujian yang
dihadapi oleh pelajar. Berikut adalah antara beberapa jenis dan contoh cabaran tersebut:

1. Cabaran dari segi Akidah

Beriman kepada Allah adalah teras kehidupan seorang muslim. Iman juga merupakan tapak yang teguh
untuk melahirkan amal perbuatan yang baik. Iman umpama pohon yang dapat menghasilkan buah-
buahan yang baik dan kemudian dikecapi oleh semua orang. Akidah atau iman menambahkan
kesedaran menentang bahaya, menggoncang gunung dan bukit, menukar bentuk zaman, merubah jalan
sejarah, melenyapkan bimbang dan ragu, membangkitkan keyakinan dan keberanian dan tidak tunduk
melainkan kepada kehendak yang satu. Walau bagaimanapun iman ibarat laut , yang kadangkala surut.

Beberapa contoh perbuatan meruntuhkan iman atau akidah :

i. Memuja syaitan ( Black Metal )


ii. Anti hadis
iii. Memuja artis.
iv. Kristianisasi

i. Memuja Syaitan ( Black Metal)

Negara kita telah dikejutkan dengan kemunculan kumpulan ‘ Black Metal’ yang memuja syaitan
berkepala kambing hitam, meminum darah kambing hitam, memakai baju hitam dan berambut punk di
Sungai Petani, Kedah.
Ada pelajar membawa bahan-bahan dan buku-buku yang disebarkan oleh kumpulan ini ke sekolah.
Pelajar menyimpan buku-buku memaparkan kegiatan dan ungkapan kata-kata kumpulan ini dalam
bentuk buku scrap dan diletakkan di dalam meja di kelas.

ii. Anti Hadis

Golongan anti hadis ini sudah lama bertapak di Malaysia. Suasana ini dikeruhkan dengan kemunculan
buku ‘ Satanic Verses’ tulisan Salman Rushdi yang memesongkan pemikiran yang sudah terpesong.
Pelajar tidak terlepas dari pengaruh ini. Hidup dan beramal secara songsang, mengaku beragama Islam
tetapi enggan belajar Pendidikan Islam, kerana pada pandangan mereka ajaran Islam yang dibawa oleh
Nabi Muhammad s.a.w sudah tidak sesuai lagi di zaman ini.

iii. Memuja golongan artis.

Sebut sahaja nama-nama artis seperti Shah Rukh Khan, Salman Khan, Mariah Carey , Siti Nurhaliza dan
lain-lain lagi , biodata mereka di hujung jari, alamat, isteri, suami, nama kereta, kegemaran mereka
semua dapat diterangkan dengan jelas. Gambar-gambar artis pujaan memenuhi ruang-ruang dinding di
dalam bilik, malah gambar separuh bogel mereka ditampal di bilik tanpa segan silu.
v. Kristianisasi
Gerakan kristianisasi yang dibiayai oleh Muballigh kristian bergerak cergas di seluruh dunia, tidak
terkecuali di Malaysia. Ramai pelajar dan remaja yang terpengaruh dengan cara penyelesaian masalah
yang dibawa oleh pendakyah golongan ini. Surat khabar telah memaparkan berita penukaran agama
beberapa orang pelajar IPT di Malaysia. Malah ramai lagi yang tidak mengisytiharkan penukaran agama
mereka supaya tidak menimbulkan masalah kepada diri mereka.

Kesan cabaran ini.

a. Akidah akan rosak.


b. Syirik kepada Allah tidak akan diampunkan oleh Allah.
c. Kegagalan dalam pelajaran
d. Umat Islam menjadi lemah.
e. Nama baik keluarga tercemar.
f. Agama Islam tidak dihormati.

Cabaran kedua : Dari segi sosial.

Manusia adalah makhluk sosial yang mesti hidup berkelompok dan bermasyarakat. Pelajar adalah satu
kelompok masyarakat yang dikaitkan dengan sekolah dan persekitarannya. Di sekolah mereka dididik
dengan nilai dan etika yang luhur dan murni. Tetapi segelintir pelajar membelakangkan nilai-nilai dan
etika yang dididik mengakibatkan kehancuran dan menurunkan martabat mereka yang tinggi. Berikut
beberapa cabaran yang dihadapi oleh pelajar di bidang ini.
i. Bahan-bahan dan perbuatan lucah.

Kewujudan bahan lucah, bercumbuan di dalam kelas, berkhalwat dan mengeluarkan kata-kata lucah
sesama rakan telah menyumbang kepada masalah sosial di Negara kita. CD dan VCD lucah banyak
dijual di pasaran secara terbuka yang memudahkan pelajar mendapatkannya, walaupun kerajaan giat
membenteras kegiatan ini.

ii. Kekemasan diri

Terdapat pelajar yang berambut panjang, berpakaian tidak mengikut peraturan , tidak kemas dan tidak
bersih.

iii. Ponteng sekolah

Kajian secara rambang mendapati seramai 53,826 orang pelajar ponteng sekolah pada tahun 1997.
Terlibat dengan bohsia 1993 448 orang dan 773 orang pada tahun 1994.

iv. Penyalahgunaan dadah dan merokok.

Angka tidak rasmi menunjukkan hampir 2 juta penagih dadah di pusat Serenti. Dari jumlah ini 90 %
adalah orang Melayu termasuk pelajar yang telah cicir dari persekolahannya.
Kajian secara rambang mendapati pelajar yang kurang sopan kepada guru dan pengawas serta
menghisap rokok seramai 30,123 orang pada tahun 1997.

v. Sumbang Mahram.

Sesungguhnya pada masa kini ramai pelajar terutama pelajar perempuan terdedah kepada sumbang
mahram. Bapa, datuk, saudara mara , jiran dan penjaga belum tentu dapat memelihara dan menjaga
dengan baik anak-anak di bawah jagaan mereka.
Lihat beberapa kes ini didapati dari Berita Harian .
a. Dua sepupu berusia 11 dan 13 tahun telah ditahan kerana disyaki mencabul kehormatan seorang
kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun.
b. Pelajar berumur 13 tahun dirogol jirannya sejak 6 tahun lalu.
c. Seorang penoreh getah ditahan kerana disyaki merogol dan meliwat anak perempuannya berumur 11
tahun.

Kesan Cabaran ini.

a. Lalai dalam pelajaran


b. Hidup tidak berkat
c. Perlanggaran hukum Allah
d. Kemurungan
e. Masyarakat tidak aman.
f. Hidup dalam ketakutan.

Cabaran Ketiga dari Segi Kemajuan Teknologi.

Kemajuan ICT sepatutnya disyukuri oleh semua pihak, namun kedatangannya telah mencabar kesabaran
semua pihak terutama pelajar. Ramai pelajar yang melayari internet bukan untuk mencari portal
pendidikan , bahkan menghabiskan masa untuk chatting , melihat gambar-gambar lucah dan bermain
games. Jika sukar melayari internet di rumah mereka akan ke Cyber Café.

Bagi pelajar lain yang tidak bermain internet, mereka menonton TV , ramai ibu bapa melanggan Astro.
Masa akan dihabiskan di depan TV.

Kesan cabaran ini.

a. Masa terbuang.
b. Pemikiran tidak berkembang.
c. Ketinggalan dalam pelajaran
d. Akhlak tercemar
e. Pembaziran wang.
f. Solat fardhu terabai.

Penyelesaian dan cara mengatasinya.

Langkah mengatasi Cara mendapatkannya


1. Mendalami ilmu agama dan beramal dengannya 1

2.
3. Mendampingi orang yang berilmu.
Menghadiri kuliah agama.
Membaca buku-buku agama
2. Melibatkan diri dengan aktiviti yang berfaedah 1.
2.

3. Berpersatuan.
Menyertai program anjuran masyarakat seperti gotong royong.
Qiamullail
3. Motivasi diri 1. Selalu berjumpa kaunselor
4. Pengurusan masa 1. Menyediakan jadual waktu harian dan mematuhinya.
5. Mengawal hawa nafsu 1.
2.
3.

4.

5.

6. Banyakkan membaca Al Quran.


Berzikir.
Solat dan puasa sunat
Berhenti menonton bahan lucah.
Menjaga batas pergaulan.
Menutup aurat dan berpakaian sopan.
6. Memilih rakan 1.

2. Bergaul dengan rakan yang berakhlak mulia.


Bersahabat dengan rakan yang mematuhi ajaran Islam , contohnya tidak meninggalkan solat solat.

Penutup

Pelajar adalah bakal pemimpin masa hadapan. Persiapan diri sebagai pemimpin hendaklah dimulakan
dari bangku sekolah. Kekuatan iman dan ketinggian ilmu pengetahuan merupakan asas kepemimpinan
yang baik. Cabaran yang berada di sekitar kehidupan seharusnya menjadi pendorong kearah
kecemerlangan diri di masa hadapan. Sebagai pelajar muhasabah diri hendaklah dilakukan dari masa ke
semasa supaya wujud pembaikan dalam diri masing-masing. Ambillah contoh kehidupan Rasulullah,
para sahabat dan golongan yang beroleh kejayaan dalam menghadapi kehidupan dunia tanpa sempadan
ini.

Kata cendikiawan : (Buku Mutiara Hikmat )


Orang yang berilmu itu menyedari bahawa:
i. Timbulnya keinsafan dari perasaan.
ii. Timbulnya kemahuan dari keinginan
iii. Timbulnya keyakinan dari kepercayaan
iv. Timbulnya kemajuan dari perubahan.
v. Timbulnya kepandaian dari kerajinan
vi. Timbulnya kesihatan dari kebersihan
vii. Timbulnya cinta dari mata
viii. Timbulnya dengki dari iri hati
ix. Timbulnya kekuatan dari persatuan
x. Timbulnya bencana dari kebodohan
xi. Timbulnya kesusahan dari kemiskinan

Anda mungkin juga menyukai