Anda di halaman 1dari 2

21 Cara Meningkatkan

Motivasi Diri
Oleh Taidin Suhaimin

Artikel motivasi ini memaparkan 21 cara berkesan untuk meningkatkan motivasi atau
memotivasikan diri anda terutamanya tatkala perasaan lemah, tidak bermaya, atau putus
asa melanda diri anda!

Berikut ini adalah 21 cara!

1. Kenal pasti apakah yang menyebabkan anda kehilangan semangat atau motivasi dan
fikirkan langkah terdekat yang anda patut lakukan untuk mengembalikan atau
meningkatkan motivasi diri anda.
2. Baca buku motivasi terutamanya biografi orang-orang yang berjaya.
3. Berdoa dan memohon kekuatan dan hidayah daripada Allah.
4. Mendengar lagu-lagu yang dapat memberi semangat dan inspirasi kepada anda.
5. Mencipta satu ritual – misalnya “Jika orang lain boleh, saya pun boleh.”
6. Tidur sehingga anda benar-benar sihat dan segar semula. Kurang tidur boleh
menyebabkan kelesuan dan kebosanan.
7. Bersenam atau melakukan aktiviti-akitiviti fizikal sekurang-kurangnya 3 kali
seminggu supaya badan dan minda sentiasa sihat cergas dan cerdas.

8. Bertekad untuk menyiapkan semua kerja anda yang tertunggak / menyelesaikan


masalah yang anda hadapi dengan penuh kesungguhan sehingga selesai!
9. Membuat atau mengkaji semula perancangan kerja atau hidup anda.
10. Menghadiri seminar motivasi.
11. Mendirikan sembahyang / solat khusus khusus untuk mendapat taufik, keampunan
dan petunjuk dari Allah S.W.T.

12. Bermain musik kegemaran anda sekiranya anda pandai bermain alat musik - mana
tahu dapat pula mencipta suatu musik atau lagu yang hebat!

13. Menatap gambar-gambar yang dapat memberi inspirasi dan semangat baru kepada
anda.
14. Meditasi.
15. Menyusunatur pejabat / rumah / fail, kemas rumah dsb. - pejabat / rumah yang
kemas mengarah kepada pemikiran yang cerdas, teratur, tenang dan produktif.

16. Berjumpa dengan kaunselor untuk mendapat khidmat nasihat.

17. Berjumpa dengan kawan-kawan yang positif untuk mendapat pandangan, nasihat
serta motivasi.
18. Keluar makan dengan ahli-ahli keluarga atau dengan kawan-kawan rapat lagi
positif.
19. Beriadah - bersiar-siar bersama ahli keluarga - tempat yang baik untuk melakukan
ini ialah bersiar-siar di Mall yang besar dengan berjalan agak laju sedikit atau sekali-
sekala ke pantai yang indah lagi nyaman.

20. Mengadakan kenduri doa selamat atau berjumpa dengan ibu-bapa jika masih ada.

21. Melancong di dalam atau ke luar negara dengan tujuan mendapat semangat atau
idea-idea baru.

Pilihlah mana-mana satu yang sesuai bila-bila masa anda memerlukan suntikan motivasi.
Insya-Allah, semangat, motivasi dan kecergasan diri anda akan kembali kuat.

Anda mungkin juga menyukai