Anda di halaman 1dari 31

FAKULTI PENDIDIKAN

GGGB6012
PENULISAN AKADEMIK

PENSYARAH
DR. MUHAMMAD HELMI BIN NORMAN

TUGASAN KUMPULAN

TAJUK :
KAJIAN LITERATUR PSIKOLOGI INTERNET DARI
TAHUN 2016 HINGGA TAHUN 2020

NAMA NO. MATRIK

AMINAH HANISAH BINTI MD SALLEH P105537

MARTINA RABAI ANAK LEE P105999

NUR SYAHIDA BINTI ABDUL KADIR P104957

NURR AZREEN BINTI ABDUL KARIM P105570

WONG YI SZE P104974

1
KAJIAN LITERATUR PSIKOLOGI INTERNET
DARI TAHUN 2016 HINGGA TAHUN 2020

Aminah Hanisah Md Salleh, Martina Rabai Anak Lee, Nursyahida A. Kadir, Nurr Azreen, &
Wong Yi Sze

Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
aminahhanisah@gmail.com , avey1216@gmail.com , nursyahidaabdulkadir@gmail.com ,
nurrazreen193@gmail.com , wongyisze@gmail.com

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau psikologi internet dalam kalangan masyarakat
yang berbilang bangsa baik dalam kalangan remaja, dewasa, berkerjaya dan juga berpendidikan
tinggi dari tahun 2016 hingga tahun 2020. Internet merupakan hasil daripada kemajuan ilmu
pengetahuan dan teknologi buatan manusia. Perkembangan capaian maklumat, hiburan dan
permainan yang diperoleh di internet menyebabkan masyarakat menghabiskan sebahagian besar
masa dalam kehidupan seharian dengan menghadap skrin untuk berada dalam talian (online) untuk
tujuan-tujuan ini. Penggunaan internet adalah bersifat neutral namun, kebergantungan dan
penggunaan yang melebihi had mampu mendatangkan kesan kepada perkembangan sosial,
kognitif dan psikologi kepada seseorang. Sejumlah 10 kajian dipilih daripada dalam dan luar
negara untuk kajian literatur yang membincangkan psikologi internet dalam kalangan masyarakat.
Masyarakat yang dimaksudkan di sini adalah terdiri daripada pelbagai latar belakang yang meliputi
kalangan pelajar sekolah menengah, golongan remaja, golongan mahasiswa sehinggalah lewat
dewasa yang berusia 63 tahun. Dapatan kajian menunjukkan psikologi internet pada masa kini
lebih banyak mendatangkan kesan negatif terhadap sudut kehidupan seharian. Kesimpulannya,
kajian ini dapat memberikan panduan kepada masyarakat tentang tatacara penggunaan internet
agar kebaikannya dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya.

Kata Kunci : Psikologi internet, remaja, media sosial, internet, kecelaruan

2
1.0 PENGENALAN
Secara estimologi istilah psikologi berasal dari bahasa Yunani yang bermaksud psyche yang
bermaksud jiwa dan logos bermaksud ilmu. Secara istilahnya psikologi ialah ilmu mengenai jiwa.
Secara umumnya psikologi bermaksud ilmu yang mempelajari tingkah laku manusia atau ilmu
yang mempelajari tentang gejala – gejala jiwa manusia (Marbun, 2018). Menurut Wilhem Wundt
tokoh psikologi eksperimental, psikologi merupakan ilmu pengetahuan yang mempelajari
pengalaman – pengalaman yang timbul dalam diri manusia seperti penggunaan pancaindera,
fikiran, perasaan dan kehendak (Marbun, 2018).

Internet umumnya ditakrifkan sebagai rangkaian sistem global yang menghubungkan manusia
seluruh dunia. Pada era globalisasi ini, penggunaan internet sangat meluas. Internet bukan sahaja
berfungsi memudahkan manusia berhubung, malah ia juga menjadi penghubung kepada capaian
pelbagai maklumat di seluruh dunia. Akhir – akhir ini pengguna internet semakin bertambah.
Bilangan pengguna internet merangkumi lebih daripada separuh populasi dunia (Meeker, 2018).
Kajian oleh Nielsen (2010) menunjukkan bahawa 22 peratus daripada semua masa yang
dihabiskan di internet adalah kini diperuntukkan untuk laman sosial (Fenton, 2016).

Majoriti pengguna internet merupakan remaja. Kekerapan pengguna internet semakin meningkat,
hal ini dibuktikan bahawa mahasiswa sering menggunakan internet di mana – mana sahaja tanpa
mengira masa (Wahidin et al., 2015). Tambahan lagi menurut Manap et al., (2016) media sosial
digunakan secara meluas oleh remaja generasi Z dengan pelbagai tujuan. Menurutnya lagi,
penggunaan media sosial didapati dapat membawa implikasi yang positif seperti dapat berhubung
secara langsung dan kerap dengan keluarga yang tinggal berjauhan, mengetahui perkembangan
terkini, mempelajari pelbagai perkara baru, membina dan mengukuhkan jaringan,
mendokumentasikan pemikiran, bakat dan minat, menjimatkan kos untuk berhubung, menambah
pendapatan melalui perniagaan (Manap et al., 2016). Di samping itu, menurut Winarso et al.,
(2017) dalam kajiannya mengenai pemanfaatan internet sihat menuju kehidupan berkemajuan
mendapati internet mempunyai peranan yang besar dalam pembelajaran iaitu sebagai rujukan ilmu
pengetahuan, alat pengurusan pengetahuan, jaringan penghubung antara institusi pendidikan dan
banyak lagi.

3
Namun begitu penggunaan internet juga membawa kesan negatif kepada remaja seperti remaja
akan kurang kemahiran komunikasi secara bersemuka, pembaziran masa di media sosial dan
pengabaian tanggungjawab, terdedah kepada maklumat/fakta yang salah, kebocoran maklumat
peribadi yang penting dan terdedah kepada fitnah, penipuan dan buli siber. Penggunaan internet
yang berlebihan boleh menyebabkan ketagihan internet di kalangan remaja. Berdasarkan hasil
kajian oleh Anderson et al., (2017) mengenai penggunaan internet dan penggunaan internet yang
bermasalah menunjukkan bahawa faktor individu merupakan faktor yang paling banyak diteliti
dan kajian telah menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan dengan Problematic Internet
Use (PIU) / penggunaan internet bermasalah dengan golongan remaja. Menurut Wahidin et al.,
(2015) kesan negatif penggunaan internet terhadap mahasiswa di universiti Islam Bandung seperti
ketagihan internet, mengakibatkan lalai terhadap pelaksanaan solat, melayari kandungan –
kandungan yang negatif akan menjadikan solat tidak khusyuk.

Tambahan lagi menurut kajian yang dijalankan oleh Fauziyah, Afifah, dan Ruhaena (2017)
mengenai hubungan antara ketagihan internet dengan kemampuan bersosial pada mahasiswa di
fakulti psikologi universiti Muhammadiyah Surakarta mendapati semakin bertambah tahap
ketagihan terhadap internet maka semakin berkurang tahap kemampuan bersosial di kalangan
mahasiswa di fakulti Psikologi Universiti Muhammadiya Surakarta, Indonesia. Justeru,
penggunaan internet yang berlebihan juga dapat mempengaruhi ketrampilan sosial remaja
(Fauziyah et al., 2017). Selain itu menurut kajian yang dijalankan oleh Nugraini, Indah, dan Neila
Ramdhani (2017) mengenai peranan ketrampilan sosial dalam mengenal pasti hubungan
penggunaan internet berlebihan dengan kesejahteraan psikologi remaja mendapati penggunaan
internet yang berlebihan menyebabkan tahap kesejahteraan psikologi remaja menjadi rendah
terutama sekali bagi remaja yang mempunyai ketrampilan sosial yang rendah.

Secara keseluruhannya, penggunaan internet akan memberikan kesan terhadap psikologi individu.
Kesan psikologi tersebut bergantung kepada tahap penggunaan dan jenis penggunaan internet
tersebut. Jika internet tersebut digunakan ke arah kebaikan ia akan mendatangkan kesan positif.
Namun begitu jika ia digunakan secara negatif ia akan mendatangkan kesan negatif kepada
penggunanya. Kajian ilmiah mengenai psikologi internet ini akan merungkai dan merangkai kesan

4
penggunaan internet terhadap psikologi manusia dan secara tidak langsung kajian ini dapat
dijadikan asas kepada kajian eksperimental berkaitan psikologi internet.

2.0 LATAR BELAKANG


Internet mempunyai kesan positif dan negatif terhadap interaksi sosial, terutamanya di persekitaran
asrama. Tidak ditemukan bentuk perilaku positif remaja yang mengalami ketagihan internet.
Dilihat dari impak positifnya, kewujudan internet menyebabkan remaja merasakan adanya
kemudahan untuk berkomunikasi. Manakala jika dilihat dari impak negatifnya, terhadap bentuk
perilaku remaja yang mengalami ketagihan internet seperti akan lebih memilih mengabaikan rakan
untuk terus fokus mengakses internet. Hasil kajian Siti dan Aliffatullah (2017) menunjukkan
bahawa kehadiran internet selain memberi kesan pada interaksi sosial dipersekitaran asrama
ternyata juga memiliki kesan positif dan kesan negatif lainnya. Menurut kajian oleh Lachmann et
al., (2018) berkaitan kecelaruan penggunaan internet dan telefon bimbit terhadap empati dan
kepuasan hidup mendapati semakin tinggi gangguan penggunaan internet dan gangguan
penggunaan telefon pintar, semakin rendah tahap empati dan kepuasan hidup.

Buli siber merupakan satu isu sosial yang muncul setelah berlakunya ledakan Teknologi Maklumat
Komunikasi. Penggunaan telefon bimbit dan media sosial membuka ruang komunikasi tanpa
sempadan, seterusnya mendedahkan pelajar kepada buli siber. Jika tidak diberikan perhatian
sewajarnya, buli siber boleh mendatangkan masalah yang lebih besar dan kompleks kepada sistem
dan nilai sosial masyarakat (Mokhlis, 2019). Hasil kajian Michelle et al., (2017) menonjolkan
kepentingan kesedaran klinikal mengenai gejala ketagihan internet. Sebagai penggunaan komputer
dan internet kini menjadi bahagian penting dalam pekerjaan dan pendidikan, doktor perlu
mengenal pasti tanda-tanda pengguna internet yang bermasalah dan membezakan antara ketagihan
internet, gangguan komorbid mental , dan penggunaan internet yang sesuai. Penggunaan internet
boleh mencegah perkembangan penyelewengan mengatasi tindak balas dan tingkah laku
ketagihan, sehingga mencegah akibat psikososial negatif masa depan.

Kajian Manap et al., (2016) mendapati penggunaan media sosial di kalangan remaja di Malaysia
berada pada tahap yang tinggi. Bagaimana pun, penggunaan media sosial yang tinggi turut

5
memberikan implikasi yang buruk kepada remaja sekiranya berlaku penyalahgunaan serta
pengurusan media sosial yang lemah. Tambahan lagi, kajian mendapati media sosial memberi
implikasi yang besar terhadap remaja sama ada positif ataupun negatif. Oleh itu, pendidikan dan
pemantauan yang ketat perlu diberikan sebaik sahaja ibu bapa mendedahkan anak-anak kepada
media sosial. Sejajar dengan kerancakan pengguna media sosial, pelbagai identiti remaja dapat
diperhatikan melalui bahasa pertuturan atau bahasa tulisan di media sosial, lebih-lebih lagi bagi
majoriti remaja Malaysia yang terpengaruh dengan ketagihan skrin. Nor Fazilah (2019)
mengatakan bahawa kajian ini berupaya memberikan pendedahan kepada masyarakat bahawa
terdapat hubungan yang signifikan antara bahasa yang digunakan remaja semasa berkomunikasi
di Facebook dengan gambaran identiti mereka secara tidak langsung.

Melalui kajian Melina et al., (2019) menggariskan bahawa satu potensi hubungan etiologi / kausal
(mediasi), lebih tepatnya daripada kesan interaksi yang diperhatikan (penyederhanaan) antara
pemboleh ubah yang jauh dari kronologi penilaian kendiri teras pada gangguan permainan internet.
Satu jalan berpotensi menuju gangguan permainan internet nampaknya berakar pada a kekurangan
masa kanak-kanak yang boleh menyebabkan konsep kendiri habis, yang seterusnya boleh
menyebabkan aktiviti ketagihan, menonjolkan satu proses dan pendekatan berorientasikan sistem
dalam pembangunan dan penyelenggaraan gangguan.

3.0 PENGUMPULAN DATA DAN ANALISIS DATA


Fraenkel dan Walten (1996) menjelaskan secara umumnya, data didefinisikan sebagai jenis
maklumat yang diperoleh penyelidik mengenai tajuk kajian mereka. Manakala Nor Taib (2000)
menyatakan data sebagai angka, kejadian atau fakta kasar yang diolah mengikut keperluan bagi
mendapatkan maklumat daripada sampel kepada penyelidik. Levin dan Rubin (2000) menjelaskan
data sebagai pengumpulan sebarang cerapan yang berkaitan.

Kaedah yang digunakan untuk mencari artikel bagi tujuan tinjauan literatur ini adalah
menggunakan Google Scholar pada Mei 2020. Pengumpulan dan analisis data dilakukan secara
dua peringkat. Peringkat yang pertama ialah dengan menggunakan maklumat atau data yang
terdapat di dalam laman sesawang Google Scholar. Dalam peringkat yang kedua, carian lanjutan

6
dilaksanakan untuk mendapatkan data berkaitan dengan artikel psikologi internet. Carian yang
dilakukan berfokus kepada artikel yang mengandungi maklumat berkaitan : i) psikologi , ii)
internet, iii) remaja, iv) kecelaruan, dan v) media sosial. Artikel yang disasarkan adalah berkaitan
dengan psikologi internet dan terdapat 10 artikel yang berkaitan telah dikenal pasti dan dianalis
serta diringkaskan dalam Jadual 1.

Jadual 1 : Pengumpulan data dan analisis data

Pengarang Responden / Konteks / Kaedah Kaedah Dapatan kajian


/ tahun Sampel / tujuan pengumpulan analisis
Negara kajian data

Fauziyah et 91 orang Mengenal Kajian jenis Analisis Dapatan kajian


al.,(2017) mahasiswa di pasti kuantitatif yang deskriptif menunjukkan
fakulti hubungan menggunakan‘ dan analisis terdapat hubungan
Universiti antara Accidental inferensi. yang negatif antara
Muhammadiya ketagihan Sampling’ ketagihan internet
h Surakarta, internet dengan kemampuan
Indonesia. dengan bersosial di
kemampuan kalangan
bersosialisasi. mahasiswa di
fakulti
Muhammadiyah
Surakata,
Indonesia.

7
Manap et Kajian Meneroka Kajian tinjauan Analisis Hasil kajian
al. (2016) kuantitatif penggunaan (ujian pra dan deskriptif mendapati, media
terhadap 750 media sosial ujian pos) dan dan analisis sosial digunakan
orang remaja dan temu ramah. kandungan. secara meluas oleh
di Malaysia implikasinya remaja generasi Z
dan kajian terhadap dengan pelbagai
kualitatif remaja tujuan. Selain itu,
terhadap 20 generasi Z di penggunaan media
orang Malaysia. sosial didapati
mahasiswa bukan hanya
universiti membawa implikasi
awam di yang positif (seperti
Malaysia. pengukuhan
hubungan, bakat
dan kemahiran)
tetapi juga negatif
kepada remaja.

Din & Isam 10 orang Mengenal Kajian Analisis Dapatan kajian ini
(2019) remaja iaitu (5 pasti identiti kuantitatif deskriptif menunjukkan
orang remaja yang berpandukan bahawa terdapat
lelaki & 5 dipamerkan kepada Social hubungan yang
orang remaja oleh remaja Identity Theory signifikan antara
perempuan) di Malaysia (SIT) bahasa yang
Malaysia menerusi digunakan semasa
bahasa yang remaja
digunakan di berkomunikasi di
media sosial Facebook dengan
Facebook. penyerlahan identiti
Secara mereka

8
khususnya,
kajian ini
berfokus
kepada
penyerlahan
imej remaja
lelaki dan
remaja
perempuan
kesan
ketagihan
skrin di
media sosial
Facebook.

Lachman et Data kajian ini Kajian ini Kajian Analisis Dapatan kajian
al., (2018) diperoleh bertujuan kuantitatif inferensi menunjukkan
daripada dua untuk melihat berpandukan terhadap hubungan
sampel iaitu perhubungan kepada : IUD - yang signifikan
daripada antara Pawlikowski’s antara IUD dan
University of Internet Use s-IAT dan SUD SUD dengan
Electronic Disorder - short version empati dan
Science dan (IUD) dan of Kwon’s kepuasan hidup.
Technology of Smartphone Smartphone
China, Use Disorder Addiction
Chengdu, (SUD) Scale.
China (N = dengan Manakala
612; 162 empati dan perbezaan
perempuan) kepuasan empati individu
dan sampel hidup. menggunakan -

9
kedua The
diperoleh di Interpersonal
Jerman (N = Reactivity
304; 207 Index (IRI) dan
perempuan) Kepuasan
hidup - SOEP-
Questionnaire
(Socio-
Economic
Panel,
Germany)

Safiek 2 orang pelajar Meneroka Kajian Analisis Dapatan kajian ini


Mokhlis perempuan buli siber Kualitatif iaitu kandungan menyokong dapatan
(2019) tingkatan 4 dalam temu bual - kajian-kajian lalu
dari sekolah kalangan secara yang menunjukkan
Menengah luar pelajar berasingan dan bahawa buli siber
bandar dalam sekolah separuh telah mula menjadi
daerah Kuala berstruktur satu bentuk jenayah
Nerus, dengan baru dalam
Terengganu, mengambil kira kalangan remaja
Malaysia kekangan masa yang bakal
dan keupayaan mendatangkan
responden implikasi yang
negatif.

Michelle et 628 orang Meneroka Kajian Analisis Dapatan kajian


al., (2017) responden dan kekecewaan, Kuantitatif iaitu deskriptif menunjukkan
seramai 449 kegelisahan, kaedah tinjauan bahawa remaja
orang sampel tekanan dan dan soal selidik menggunakan

10
mempunyai ketidaksesuai diisi secara internet untuk
(umur antara an antara online forum perbincangan
16-71) di remaja dan dengan tahap
Australia. orang dewasa pertimbangan yang
ada berkaitan tinggi dan rawatan
dengan diri yang rendah.
ketagihan Bagi orang dewasa,
Internet ketagihan internet
meramalkan cara
berikut penyertaan
dalam permainan
video dalam talian
dan aktiviti seksual,
penggunaan emel
rendah, kegelisahan
dan mood yang
tinggi . Pengguna
Internet yang
bermasalah
mendapat markah
yang lebih tinggi
dalam mengatasi
emosi orang
dewasa dan
penghindaran Di
kalangan orang
muda, ruminasi
lebih tinggi dan

11
rawatan diri lebih
rendah.

Shahrul 244 orang Mengukur Kajian Analisis Hasil kajian


Nazmi remaja yang tahap kuantitatif deskriptif mendapati bahawa
Sannusi et tinggal di penggunaan dengan kaedah dan analisis faktor-faktor seperti
al.,(2019) perumahan media sosial tinjauan regresi tingkah laku pro-
Rakyat Desa dan mengenal berganda sosial, keselamatan
Rajang, Pantai pasti faktor- persekitaran
Ria dan Seri faktor yang perumahan,
Pantai, mempengaru kesihatan seksual
Malaysia. hi dan semangat
Berumur dalam penggunaan perpaduan perlu
lingkungan 11- media sosial ditingkatkan
25 tahun khususnya dengan
remaja B40 mengadakan
yang menetap program yang dapat
di perumahan menggalakkan
rakyat (PPR) penggunaan media
sosial dalam
kalangan remaja
PPR.

Melina et Seramai 225 Mengkaji Kajian Kaedah 172 daripada 225


al., (2019) orang remaja hubungan kuantitatif bukan peserta memenuhi
(29 perempuan antara teori dengan kaedah parametrik kriteria IGD
dan 196 lelaki) penerimaan- tinjauan. sampling (Internet Gaming
Pemain atas penolakan bootstrap Diorder)
talian (Online ibubapa dan
gamer) masalah

12
berusia18 permainan
tahun di United dalam talian
Kingdom. Internet
Gaming
Disorder
(IGD)

Malihe 401 pelajar Tujuan kajian Kaedah Statistik Dapatan kajian


Farahani et dari adalah untuk kuantitatif dan deskripsi menyatakan
al.,(2018) universiti dari mengenal kaedah dan inferensi bahawa terdapat
Tehran, Karaj pasti Kualitatif iaitu (Analisis berlakunya masalah
dan Iran jangkaan dan dengan regresi) mental disebabkan
gaya menggunakan oleh ketagihan
permasalahan teknik internet di kalangan
penggunaan persampelan pelajar universiti.
internet di Internet
kalangan Addiction Test
remaja (IAT), Millon
Clinical
Multiaxial
Inventory -
Third Edition
(MCMI-III),
Structured
Clinical dan
Temubual
DSM (SCID-I).

13
Mohd Fikri 313 pelajar Mengenal Kaedah Analisis Penerimaan media
Yazan et sekolah pasti faktor- tinjauan dengan regresi sosial dalam
al.,(2019) menengah faktor yang menggunakan berganda kalangan pelajar
kebangsaan mempengaru persampelan sekolah menengah
yang dipilih hi berstrata. didapati
secara penerimaan dipengaruhi oleh
persampelan media sosial faktor gaya keibuan
berstrata di berdasarkan autoritatif,
daerah Kota gaya keibuan autoritarian dan
Setar dan autoritatif, permisif. Dapatan
Kuala Muda, autoriti dan merumuskan
Malaysia permisif bahawa ibu kepada
responden dalam
kajian ini
mengamalkan gaya
keibuan autoritatif,
autoritarian dan
permisif yang
didapati
mempengaruhi
pelajar dalam
penerimaan media
sosial.

14
4.0 DAPATAN KAJIAN PSIKOLOGI INTERNET

Hubungan Antara Ketagihan Internet Dengan Kemampuan Sosial Pada Mahasiswa


Fauziyah et al., (2017) melalui kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa terdapat hubungan
yang negatif dan signifikan antara ketagihan internet dengan kemampuan untuk bersosial terhadap
mahasiswa di Fakulti Psikologi di Universiti Muhammadiyah Surakarta, Indonesia. Tambahan
lagi, dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap ketagihan internet mahasiswa berada pada tahap
yang tinggi. Manakala tahap kemampuan untuk bersosial pada mahasiswa di Universiti
Muhammadiyah Surakarta, Indonesia didapati pada tahap yang sederhana.

Kesimpulannya, kajian mendapati tahap ketagihan internet dalam kalangan mahasiswa di Fakulti
Psikologi Universiti Muhammadiyah Surakarta, Indonesia berada pada tahap yang tinggi. Malah,
melalui kajian juga mendapati terdapat hubungan negatif yang signifikan antara ketagihan internet
dengan kemampuan untuk bersosial. Maknanya, semakin tinggi tahap ketagihan terhadap internet
semakin rendah kemampuan mahasiswa tersebut untuk bersosial.

Penggunaan Dan Implikasi Media Sosial Terhadap Remaja Generasi Z


Kajian oleh Manap et al., (2016) mendapati penggunaan media sosial di kalangan remaja di
Malaysia berada pada tahap yang tinggi. Bagaimana pun, penggunaan media sosial yang tinggi
turut memberikan implikasi yang buruk kepada remaja sekiranya berlaku penyalahgunaan serta
pengurusan media sosial yang lemah dan tidak terkawal. Kajian juga turut mendapati bahawa
remaja menggunakan pelbagai jenis media sosial. Tambahan lagi, kajian mendapati media sosial
memberikan implikasi yang besar kepada remaja sama ada positif ataupun negatif. Oleh itu,
pendidikan dan pemantauan yang ketat perlu diberikan sebaik sahaja ibu bapa mendedahkan anak-
anak kepada media sosial.

Penyerlahan Identiti Remaja Kesan Ketagihan Skrin Di Media Sosial


Kesan ketagihan dikenalpasti daripada aspek linguistik iaitu melalui kekerapan paparan (posting)
di Facebook yang diserlahkan daripada gaya penulisan dalam kalangan remaja. Kajian yang
dijalankan oleh Din & Isam (2019) menumpukan kepada penyerlahan imej remaja lelaki dan

15
remaja perempuan serta kesan daripada ketagihan skrin di media sosial Facebook. Hasil kajian
menunjukkan penyerlahan identiti remaja lebih kepada aspek negatif disebabkan ketagihan skrin
di media sosial.

Kecelaruan Dalam Penggunaan Internet Dan Telefon Bimbit Terhadap Empati Dan
Kepuasan Hidup
Menurut kajian yang dijalankan oleh Lachman et al., (2018) yang bertujuan untuk mengkaji
hubungan antara empati dan tahap kepuasan hidup dalam kecelaruan penggunaan internet dan
telefon bimbit dalam kalangan remaja perempuan dari University of Electronic Science and
Technology of China, Chengdu, China (N = 612; 162 perempuan) dan sampel kedua diperoleh di
Germany (N = 304; 207 perempuan). Mendapati, terdapat hubungan yang signifikan antara IUD
dan SUD dengan empati dan kepuasan hidup. Kesimpulannya, semakin tinggi IUD dan SUD,
semakin rendah tahap empati dan kepuasan hidup.

Buli Siber Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah : Penerokaan Awal


Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Safiek Mokhlis (2019), buli siber merupakan satu isu
sosial yang muncul setelah berlakunya ledakan teknologi maklumat. Penggunaan telefon bimbit
dan media sosial membuka ruang komunikasi tanpa sempadan. Malah mendedahkan pelajar
kepada buli siber. Sekiranya tidak diberikan perhatian sewajarnya, buli siber boleh mendatangkan
masalah yang lebih besar dan kompleks kepada sistem dan nilai sosial masyarakat.

Hasil kajian mendapati bahawa responden mempunyai tahap kefahaman yang baik tentang maksud
dan ciri buli siber iaitu kiriman mesej berbentuk ancaman, negatif dan tidak benar secara
berulangan menerusi medium komunikasi elektronik. Selain itu, fenomena buli siber adalah
refleksi remaja yang memberontak terhadap nilai-nilai tradisional dan budaya masyarakat yang
terpaksa dipatuhi dalam etika pertuturan seharian seperti tidak berupaya untuk berterus-terang dan
terpaksa menyembunyikan ketidakpuasan hati, perasaan negatif dan pergolakan jiwa (Safiek
Mokhlis, 2019).

16
Ketagihan Internet , Tekanan Psikologi Dan Tindak Balas Di Kalangan Remaja Dan Orang
Dewasa
Berdasarkan dapatan kajian yang dijalankan oleh Michelle et al., (2017), semakin tua usia,
semakin rendah tahap ketagihan internet , tetapi berbeza terhadap responden dewasa. Responden
dewasa menyatakan menggunakan pelbagai aktiviti yang menggunakan internet secara kerap dan
berbeza. Manakala bagi tekanan psikologi, skor ketagihan internet positif berkolerasi dengan
kemurungan, kegelisahan, dan tekanan kepada remaja dan orang dewasa. Kesimpulannya,
kepentingan kesedaran klinikal dapat membantu menangani gejala ketagihan internet.

Penggunaan Media Sosial Dalam Kalangan Remaja B40


Secara keseluruhannya, remaja menunjukkan tahap penggunaan media sosial yang sederhana ke
tahap yang tinggi. Kajian oleh Shahrul Nazmi Sannusi et al.,(2019) mendapati faktor tingkah laku
prososial menyumbang pengaruh yang besar dalam mempengaruhi golongan remaja untuk
menggunakan media sosial. Golongan remaja juga turut dipengaruhi oleh faktor persekitaran
dalam menggunakan media sosial. Hasil kajian memberikan kesan positif kepada pihak
berkepentingan seperti Kementerian Komunikasi dan Multimedia dalam usaha meningkatkan
tahap penggunaan media sosial secara positif khususnya untuk remaja B40 yang tinggal di PPR
(Shahrul Nazmi Sannusi et al.,2019).

Peranan Keluarga Dan Sifat Keperibadian Dalam Masalah Permainan Dalam Talian
Hasil kajian oleh Melina et al., (2019) menunjukkan penolakan ibu bapa yang dirasakan positif
berkolerasi dengan IGD (Internet Gaming Disorder). Gangguan permainan atas talian baru-baru
ini diakui sebagai gangguan kesihatan mental oleh World Health Organzation dan termasuk dalam
Klasifikasi Penyakit Antarabangsa.

Pengaruh Gaya Keibuan Terhadap Penerimaan Media Sosial Dalam Kalangan Pelajar
Sekolah Menengah
Mohd Fikri Yazan et. Al, (2019) menyatakan bahawa penerimaan media sosial dalam kalangan
pelajar sekolah menengah didapati dipengaruhi oleh faktor gaya keibuan autoritatif, autoritarian

17
dan permisif. Melalui dapatan kajian merumuskan bahawa ibu kepada responden kajian
mengamalkan gaya keibuan yang bersifat autoritatif dan permisif.

Faktor Psikologi Termasuk Aspek Demografi, Masalah Mental Dan Personaliti : Jangkaan
Penyebab Masalah Ketagihan Internet
Malihe Farahani et al, (2018) pelajar mengalami masalah kesihatan mental apabila ketagihan
menggunakan internet. Melalui kajian terhadap 401 pelajar universiti di Tehran menunjukkan tiada
perbezaan antara faktor demografi terhadap penggunaan internet. Data kajian menyatakan bahawa
peningkatan kepada masalah kecelaruan emosi terhadap pelajar yang ketagihan internet.

Rumusan Dapatan
Secara keseluruhannya daripada 10 jurnal artikel yang berkaitan psikologi internet mendapati
penggunaan internet mendatangkan lebih banyak kesan negatif berbanding kesan positif.
Berdasarkan jurnal artikel, didapati penggunaan ketagihan internet menyumbang kepada
penurunan tahap kemahiran bersosial dikalangan remaja. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh
Fauziyah et al.,(2017) dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang negatif antara
ketagihan internet dengan kemampuan bersosial di kalangan mahasiswa di fakulti Muhammadiyah
Surakata, Indonesia. Dapatan yang serupa diperoleh daripada kajian yang dijalankan oleh Manap
et al., (2016) yang mendapati remaja yang mengalami ketagihan internet akan mempunyai
kemahiran komunikasi secara bersemuka yang rendah.

Selain daripada itu, kajian mendapati penggunaan internet yang berlebihan ini akan menyebabkan
gangguan mental atau lebih dikenali sebagai mental disorder. Menurut kajian yang dijalankan oleh
Malihe Farahani et al.,(2018) mendapati bahawa masalah mental di kalangan pelajar universiti di
Tehran, Karaj dan Iran adalah disebabkan oleh ketagihan internet. Dapatan yang hampir sama
diperoleh menerusi kajian yang dijalankan oleh Michelle et al., (2017) mendapati tekanan
psikologi, skor ketagihan internet positif berkolerasi dengan kemurungan, kegelisahan, dan
tekanan kepada remaja dan orang dewasa. Hal ini jelas menunjukkan bahawa ketagihan internet
boleh mendatangkan kesan negatif terhadap psikologi seseorang.

18
Disamping itu, ketagihan internet sama ada terhadap media sosial mahupun permainan atas talian
‘Online gaming’ boleh membuang masa seseorang individu yang sepatutnya boleh diisikan dengan
sesuatu yang bermanfaat untuk kehidupan dan masa depannya. Menurut Manap et al., (2016)
dalam kajiannya mendapati antara kesan negatif ketagihan internet ialah pembaziran masa di
media sosial dan pengabaian tanggungjawab. Tambahan lagi dalam kajian yang dijalankan oleh
Melina et al., (2019) menunjukkan penolakan ibu bapa yang dirasakan positif berkolerasi dengan
IGD (Internet Gaming Disorder). Ini menunjukkan ibu bapa menolak ataupun kurang bersetuju
terhadap permainan atas talian yang dianggap sebagai aktiviti yang membuang masa anak – anak
mereka.

Namun begitu tidak semua penggunaan internet memberikan kesan negatif kepada pengguna.
Ianya bergantung kepada cara penggunaan, tujuan penggunaan dan cara mengawal pengawal
penggunaan internet itu sendiri. Menurut kajian yang dijalankan oleh Mohd Fikri Yazan et
al.,(2019) mendapati penerimaan media sosial dalam kalangan pelajar sekolah menengah didapati
dipengaruhi oleh faktor gaya keibuan autoritatif, autoritarian dan permisif. Tambahan lagi dalam
kajian yang dijalankan oleh Manap et al., (2016) mencadangkan bagi mengelakkan kesan negatif
penggunaan internet ialah ibu bapa perlulah memantau komuniti maya remaja di media sosial.

Tambahan lagi menurut Manap et al., (2016) penggunaan internet secara positif dapat
memudahkan seseorang berhubung secara langsung dan kerap dengan keluarga yang tinggal
berjauhan, berhubung dengan rakan, mengetahui dan memantau perkembangan ahli keluarga,
mengetahui perkembangan terkini, mempelajari pelbagai perkara baru, membina dan
mengukuhkan jaringan, mendokumentasikan pemikiran, bakat dan minat, menjimatkan kos untuk
berhubung dan menambah pendapatan melalui perniagaan.

19
5.0 PERBINCANGAN

Hasil daripada kajian literatur yang dilakukan mendapati bahawa penggunaan internet yang tinggi
banyak mempengaruhi kemahiran bersosial di kalangan pengguna internet terutamanya ke atas
pengguna media sosial. Menurut Suhaniya Kalaisilven & Mohamad Fauzi Sukimi (2019), media
sosial menjadi sebahagian dalam hidup manusia terutamanya generasi muda kini sehingga
menyebabkan isu ketagihan media sosial. Di sini akan dibincangkan juga beberapa faktor, kesan
dan cadangan kepada penggunaan internet.

Faktor Penggunaan Internet


Menurut Zuraida Shamsuddin & Mohd Jasmy Abdul Rahman (2018), penggunaan telefon bimbit
yang memiliki perisian perkhidmatan internet tanpa wayar dapat menghubungkan pelajar ini
dengan sesiapa sahaja dan di mana jua mereka berada. Perkhidmatan internet tanpa batasan di
hujung jari atau “klik” telah memudahkan pelajar berkomunikasi dengan sesiapa sahaja tanpa
bersua muka di mana-mana sahaja. Menurut Johari Hassan & Raja Shahrina (2012) pula, antara
tempat yang mudah mendapat kemudahan internet seperti di kafe, restoran, lapangan terbang, hotel
dan pusat membeli belah.

Penggunaan internet pada zaman sekarang adalah bertujuan memudahkan dan membantu
pengguna dalam mencari atau memperolehi maklumat yang ingin dicari menggunakan capaian
internet. Pada masa kini, capaian internet berkembang dengan sangat pantas dan menjadikan dunia
berhubung tanpa sempadan dan batasan. Menurut Zuraida & Jasmy (2018) juga, selain itu, internet
menjadi teknologi pilihan kerana ia berupaya mengubah cara hidup dan berkomunikasi antara
masyarakat di seluruh dunia. Menurut Riffe, Lacy & Varouhakis (2008), terdapat empat kelebihan
internet berbanding dengan media tradisional. Pertama, internet menyampaikan maklumat secara
spontan yang menjadikannya lebih pantas berbanding media cetak. Kedua, internet bersifat
interaktif yang membenarkan lebih banyak maklum balas spontan berbanding media lain. Ketiga,

20
internet membenarkan penyebaran kandungan multimedia yang tidak terdapat dalam media lain.
Keempat, internet membenarkan penyebaran maklumat yang banyak secara mendalam dan lebih
murah.

Namun, keinginan yang tidak terkawal pada penggunaan internet menyebabkan ia menjadi negatif
terhadap diri pengguna. Menurut Young (2004), faktor-faktor yang mempengaruhi ketagihan
terhadap penggunaan internet adalah sebagai berikut, unlimited akses atau akses penggunaan
internet yang mudah dan tanpa batas. Menurut Young (2008), individu yang mengalami ketagihan
terhadap penggunaan internet merasa puas dengan kemudahan akses internet yang tanpa batas.
Individu tersebut belum mampu menentukan tujuan yang jelas dari penggunaan internet sehingga
terpengaruh oleh kelajuan dan kemudahan dalam mengakses internet. Faktor kedua ialah pengaruh
yang banyak dari rakan sebaya. Remaja sangat berisiko terhadap penggunaan media interaktif
kerana dari awal sudah diperkenalkan oleh ibu bapa mereka dengan teknologi internet pada zaman
kanak-kanak lagi. Golongan terdekat remaja adalah rakan sebayanya. Remaja meniru dan
menyesuaikan diri dengan rakan sebayanya yang telah mengubah tingkah laku kehidupan mereka
dengan menggunakan media interaktif (Young, 2009). Faktor ketiga ialah kurang kawalan diri.
Ketagihan terhadap penggunaan internet boleh terjadi salah satunya kerana secara berulang
individu tersebut gagal dalam mengawal atau menghentikan penggunaan internet sehingga
melebihi dari waktu yang telah ditetapkan (Young, 1996). Faktor keempat ialah masa lapang yang
banyak. Individu dengan masa lapang yang banyak dan tidak disibukkan dengan aktiviti pekerjaan
yang padat, berusaha untuk berada di dalam talian di waktu senggangnya atau mengambil jam
kerja untuk menggunakan internet (Young, 1996).

Kesan Penggunaan Internet


Penggunaan internet pada zaman sekarang telah memberi banyak kesan kepada cara kehidupan
manusia sama ada kesan positif atau kesan negatif. Internet membuka ruang dan peluang kepada
manusia untuk berkomunikasi dengan seluruh manusia di seluruh dunia. Ia juga membantu
manusia mengatasi masalah-masalah yang mereka hadapi dalam kehidupan dengan mencari cara
penyelesaiannya dengan hanya menggunakan internet. Menurut Syarwan (2011), di era informasi
sekarang ini, pelajar harus dididik supaya mereka menjadi celik informasi (information literate).

21
Teknologi khususnya internet boleh membantu pelajar mengembangkan higher-order thinking
skill iaitu menilai, mengevaluasi dan menggapresiasi (Bloom’s Taxonomy). Dengan ini murid akan
berjaya di pasaran kerana pelajar tidak hanya mengingat maklumat tetapi juga sanggup mengakses
dan menganalisa dan pada gilirannya mereka akan menjadi pemikir yang bebas, bukan robot yang
tidak berfikiran (mindless) (Syarwan, 2011).

Kemudahan internet dapat membantu merancakkan aktiviti perniagaan di dalam talian dan
meningkatkan ekonomi individu dan keluarga juga negara. Dalam senario semasa, media sosial
memberikan platform perbincangan untuk mengabaikan isu-isu pembakaran, dan ia bermanfaat
untuk belia dalam bidang pendidikan serta dalam menentukan norma sosial (Shabir, Hameed,
Safdar & Gilani, 2014). Bagi remaja, menggunakan laman rangkaian sosial dianggap sebagai salah
satu aktiviti kegemaran mereka. Di samping komunikasi tatap muka, laman web ini menjadi antara
tempat paling penting untuk ekspresi diri, bangunan identiti, sosialisasi, penghubung, dan
komunikasi (Eleuteri et al., 2017). Menurut Shahrul Nazmi (2019), laman rangkaian sosial
mempunyai beberapa faedah untuk individu pada umur yang berbeza, tetapi mereka mempunyai
lebih banyak manfaat untuk kanak-kanak dalam hal melibatkan orang dewasa sebagai ibu bapa
mereka untuk membimbing penggunaan perisian pendidikan dan mengunjungi laman-laman web
ini. Faedah perkembangan kanak-kanak melalui media sosial adalah kemahiran sosial, kemahiran
pengiraan, kemahiran literasi, faedah intelektual, faedah kreatif, kesedaran politik dan sosial, dan
nilai dan motif (Undiyaundeye, 2014). Ada juga kemungkinan untuk menggunakan media sosial
oleh kedua ibu bapa dan remaja sebagai alat untuk memudahkan penglibatan ibu bapa sama ada
melalui mengintegrasikan media dalam proses keluarga mereka, bercakap tentang media, atau
dengan menggunakan media bersama (Coyne, Padilla-Walker, Fraser, Fellows & Day, 2014).
Laman rangkaian sosial juga mempunyai beberapa pengaruh positif terhadap belia seperti lebih
mudah untuk mewujudkan persahabatan dan berhubung dengan rakan-rakan mereka bila-bila
masa, di mana sahaja; membolehkan belia berkongsi pengalaman mereka, bercakap tentang diri
mereka, perasaan mereka, dan membantu untuk bergaul antara satu sama lain; menawarkan
kelajuan komunikasi dengan orang lain dengan cara teratur (Sinha et al., 2016).

22
Namun, penggunaan internet yang tidak terkawal boleh memberi kesan negatif ke atas
penggunanya. Malahan terdapat kajian yang telah mengenal pasti tahap ketagihan internet dan
tahap kemampuan bersosial pada penggunanya. Penggunaan internet yang tidak terkawal atau
ketagihan internet selalunya memberi kesan negatif kepada personaliti dan persepsi penggunanya.
Mereka akan menghabiskan masa dengan internet melalui penggunaan media sosial dan bermain
permainan secara dalam talian dengan berlebihan tanpa mengambil kira risiko-risiko yang bakal
mereka hadapi. Menurut Young (2004) seseorang yang mengalami ketagihan internet memiliki
intensiti penggunaan internet dalam tempoh waktu 40-80 jam dalam seminggu dan sekali
menggunakan internet boleh sampai 20 jam. Young (1998) juga mengatakan bahawa seseorang
yang ketagihan internet menggunakan internet di luar kepentingan akademik mahupun pekerjaan.

Malahan, masa mereka untuk berkomunikasi dengan ibu bapa semakin singkat kerana banyak
dihabiskan dengan berkomunikasi di media sosial (Zuraida & Jasmy, 2018). Perkara ini
menyebabkan mereka hanya mahir berkomunikasi menggunakan telefon pintar tanpa perlu
berkata-kata dan menyebabkan tahap kemahiran berkomunikasi mereka apabila bersua muka
adalah semakin rendah. Kajian-kajian yang dijalankan banyak dilakukan ke atas golongan remaja
atau pelajar sekolah kerana secara purata, golongan tersebut telah menggunakan media sosial
selama 11.6 jam sehari (Manap et.al, 2016). Kekerapan penggunaan internet mereka adalah
menjurus kepada aplikasi media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter, Youtube, Whatsapp,
Wechat dan Telegram. Mereka juga banyak menghabiskan masa dengan permainan secara dalam
talian (online game). Menurut Widyanto, Griffiths & Brunsden (2011), internet mempunyai
cakupan yang sangat luas. Dapat digunakan untuk bertukar informasi, mendapatkan penelitian
dalam keperluan akademik, hiburan, perbelanjaan dan lain-lain.

Dengan capaian internet, mereka mampu memperolehi segala maklumat yang diperlukan, namun
atas beberapa tujuan , mereka menggunakannya dengan menghabiskan masa pada perkara yang
sia-sia dan membuang masa. Malah cara berkomunikasi mereka juga menjadi bermasalah apabila
mereka boleh menaip apa-apa sahaja perkataan yang ingin digunakan tanpa mengambil kira
perasaan orang lain dan risiko yang bakal mereka hadapi. Menurut Din et.al (2019), kesan
ketagihan dikenal pasti daripada aspek linguistik iaitu melalui kekerapan paparan (posting) di

23
Facebook yang diserlahkan daripada gaya penulisan dalam kalangan remaja. Antara risiko
penggunaan internet yang tidak terkawal, boleh menyebabkan mereka bakal menghadapi beberapa
masalah antaranya ialah buli siber, kekecewaan, kegelisahan, tekanan, dan ketidaksesuaian antara
remaja dan orang dewasa yang berkaitan dengan ketagihan internet.

Ketagihan internet merupakan pencetus kepada masalah-masalah yang mereka hadapi. Pada ketika
ini, buli siber antara masalah yang sering diperkatakan dalam masalah penggunaan media sosial
yang tidak terkawal. Menurut Safiek et.al (2019), buli siber boleh menyebabkan kesedihan,
tekanan perasaan dan hilang keyakinan diri, seterusnya menjejaskan tumpuan pelajaran. Menerusi
penggunaan permainan secara dalam talian pula, ia turut mampu menunjukkan gejala yang sama
iaitu menyebabkan kegelisahan, tekanan perasaan dan menjejaskan tumpuan pelajaran. Ini
menunjukkan bahawa penggunaan internet yang tidak terkawal sehingga menyebabkan ketagihan
mampu mempengaruhi personaliti dan persepsi seseorang terutama di kalangan remaja dan pelajar
sekolah.

Pemanfaatan teknologi internet pada internet gaming menunjukkan bahawa internet merupakan
fenomena yang mempengaruhi dunia dengan memberikan manfaat dan sekaligus kesan negatif
bagi penggunanya (Young, 2009). Obsesi terhadap permainan dalam talian memberi kesan negatif
ke atas hubungan di dalam kehidupan. Ia membuatkan pemain kurang prihatin dengan
persekitaran, agresif, sentiasa tertekan, bermasalah dengan memori verbal, merasa tidak bahagia
dan sentiasa bersendirian. Ia juga mempengaruhi masa tidur pemain. Pemain akan memnghabiskan
masa yang lama di hadapan komputer terutama pada permainan yang berpasukan. Kajian terdahulu
mendapati bahawa ketagihan permainan tidak hanya dialami oleh remaja, tetapi juga kanak-kanak
dan orang muda (Kuss., 2012). Kebanyakan ketagihan ini terjadi di negara-negara Asia yang
sebahagian besar terjadi kepada remaja lelaki berusia 12-20 tahun.

24
Cadangan Penggunaan Internet
Penggunaan internet yang terkawal dapat membantu meningkatkan potensi diri dan mampu
mengubah kehidupan seseorang ke arah yang lebih baik. Sebaliknya, penggunaan internet yang
tidak terkawal sehingga menyebabkan ketagihan internet mampu mengubah kehidupan seseorang
menjadi tidak terarah terutamanya di kalangan remaja yang masih mencari jati diri dalam
kehidupan mereka. Jika keadaan ini mampu diatasi dengan baik, ia mampu menjadikan seseorang
lebih berilmu dan mempunyai potensi diri yang baik. Menurut Suhaniya et al., (2019), isu
ketagihan media sosial terutamanya dalam kalangan kanak-kanak semakin meningkat dan didapati
isu ini dapat diatasi dengan adanya kawalan sosial oleh ibu bapa terhadap anak-anak dalam
penggunaan media sosial.

Faktor ibu bapa memberi kesan yang tinggi ke atas pembentukan tingkah laku anak-anak mereka
berbanding faktor media (Ahmad Munawar Ismail & Mohd Nor Shahizan Ali, 2011). Di mana,
tidak dapat dinafikan bahawa gaya didikan ibu bapa sangat penting dalam mengatasi isu ketagihan
internet dalam kalangan remaja (Leung & Lee , 2012). Di samping itu, didapati gaya didikan ibu
bapa atau parenting style mempunyai impak secara tidak langsung terhadap risiko ketagihan
internet dalam kalangan anak-anak (Kalaitzaki & Birtchnell, 2014). Ibu bapa merupakan asas
kepada pembentukan jati diri kepada golongan remaja yang menghadapi ketagihan internet. Ini
kerana, semestinya mereka yang membuka ruang kepada anak-anak mereka untuk menggunakan
telefon pintar dan mereka juga pastinya sedia maklum dengan risiko-risiko yang bakal mereka
hadapi apabila anak-anak mereka mula menggunakan telefon pintar sekaligus penggunaan internet
dan media sosial yang sering golongan remaja pada zaman sekarang lakukan.

Pengaruh rakan sebaya juga boleh menjadi faktor kepada kecenderungan remaja zaman sekarang
menggunakan internet dengan tidak terkawal. Menurut Suhaniya et al., (2019), hubungan baik
antara rakan sebaya dengan remaja menyebabkan isu peningkatan hiburan di internet, interaksi
sosial di internet dan motivasi untuk melarikan diri semakin meningkat. Seharusnya, rakan-rakan
yang baik mempengaruhi setiap rakan mereka ke arah kebaikan. Penggunaan internet yang
terkawal dan dibimbing juga oleh rakan-rakan sebaya mampu mengatasi masalah penggunaan

25
internet yang tidak terkawal. Oleh itu, antara individu yang mempunyai kaitan dalam ketagihan
internet golongan remaja adalah ibu bapa terutamanya dan rakan sebaya mereka. Mereka adalah
individu yang menghabiskan lebih banyak masa dan kerap bersemuka dengan remaja tersebut. Jika
ibu bapa dan rakan sebaya turut sama menyedari kesan negatif penggunaan internet, mereka juga
akan turut mengambil berat dengan individu yang sering mereka luangkan masa dengan sama-
sama memberi bimbingan untuk mengawal penggunaan internet remaja tersebut dengan
sebaiknya.

Maka, dapatlah dikatakan semua pihak mempunyai peranan masing-masing dalam menjadikan
penggunaan internet menjadi satu kepentingan yang memberikan manfaat dalam kehidupan
seharian. Bermula daripada peranan didikan ibu bapa di rumah. Ibu bapa seharusnya menunjukkan
contoh teladan dengan mendidik anak-anak tentang penggunaan internet dengan cara yang
sepatutnya. Pemantauan daripada ibu bapa terhadap penggunaan internet, laman-laman web yang
boleh dilayari dan juga tempoh masa yang diperuntukkan dalam melayari internet dalam sehari-
hari. Melalui pendisiplinan seperti ini yang bermula di rumah, maka anak-anak akan terbiasa
meneruskannya apabila meningkat remaja.

Peranan institusi pendidikan seperti di sekolah dengan menerapkan dan pengamalan budaya
melayari internet secara berhemah dan menjadikan pelajar akan sentiasa mendapat bimbingan dan
dalam pantauan yang sewajarnya. Mata pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
telah mula diperkenalkan di peringkat sekolah rendah untuk murid-murid Tahap 2 bermula pada
tahun 2014. Menurut Anjuman dan Rozali (2013), pengenalan kepada mata pelajaran TMK ini
boleh membantu pelajar dalam pembinaan daya kreativiti dan inovasi di samping dapat memupuk
kecekapan penggunaan teknologi dalam mengakses maklumat daripada pelbagai sumber yang
sejajar dengan perkembangan global berasaskan e-pembelajaran dan k-ekonomi. Penyataan ini
turut disokong oleh Bates dan Waldrup dalam Ting (2009) yang menyatakan bahawa seramai
48.5% pelajar telah mendapat manfaat melalui pengenalan mata pelajaran TMK di dalam bilik
darjah.

26
Peranan institusi kerajaan ataupun swasta juga tidak kurang pentingnya. Melalui penguatkuasaan
undang-undang dan akta komunikasi, akan mendidik setiap daripada ahli masyarakat akan
berwaspada dalam penggunaan internet. Sebagai contohnya, Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia (MCMC) sebagai agensi kerajaan telah menubuhkan Pusat Keselamatan
Rangkaian (Network Security Centre atau NSC) bagi menangani pelbagai ancaman siber.

KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, kajian literatur yang terdiri daripada sepuluh artikel ini adalah untuk
melihat psikologi internet dalam kalangan masyarakat pada masa kini. Psikologi internet ini
meliputi bagaimana pemerolehan maklumat membawa kepada pembentukan pemikiran dan yang
seterusnya membawa kepada penghasilan tindakan dalam kehidupan seharian. Akses kepada
internet dan pengaruhnya juga yang semakin meningkat sehingga penggunaan internet menjadi
elemen dominan dalam kehidupan setiap daripada penggunanya.

Namun, penggunaan internet secara berlebihan dan tidak terkawal memberikan kesan dalaman dan
luaran kepada pengguna. Ini jelas terbukti melalui dapatan kajian daripada kesemua artikel ini
yang menunjukkan kesan negatif daripada psikologi internet. Kesan-kesan ini meliputi ketagihan
kepada internet, buli siber, kepuasan dan empati dalam kehidupan serta pembentukan identiti dan
sahsiah diri yang tidak mapan. Kesan yang dirasai ini telah melibatkan dalam kalangan masyarakat
sejak usia yang muda lagi iaitu pada peringkat sekolah menengah sehinggalah pada peringkat lewat
dewasa.

Penggunaan secara berhikmah dan keseimbangan adalah kunci utama bagi memaksimumkan
penggunaan internet. Keseimbangan inilah yang membolehkan pengguna-pengguna internet dapat
menapis dan juga menilai segala informasi yang diperoleh dengan pertimbangan yang sewajarnya
sebelum membentuk satu kepercayaan yang akhirnya mempengaruhi kepada corak pemikiran dan
tingkah laku dalam menjalani kehidupan seharian.

Maka, pelbagai pihak harus memainkan peranan dan saling bekerjasama dalam memastikan
psikologi internet dalam kalangan masyarakat berada pada tahap yang seimbang dan terkawal.

27
Bermulanya daripada institusi kekeluargaan di rumah iaitu peranan ibu bapa dan ahli keluarga
yang sepatutnya menyokong penggunaan internet oleh anak-anak dengan peraturan atau limitasi
yang munasabah. Kajian ini selari dengan kajian Jones (2006), Lou dan rakan-rakan (2010), dan
Valcke dan rakan-rakan (2010) yang mendapati majoriti ibu bapa mengamalkan gaya keibubapaan
internet secara autoritatif. Gaya keibubapaan ini seterusnya memberikan pengaruh dan impak
dalam menggalak atau menghadkan pendedahan kanak-kanak terhadap internet.

Seterusnya peranan pendidik dalam institusi pendidikan dan peranan masyarakat dalam
menyokong dan membimbing penggunaan internet ke arah yang baik dan bermanfaat bagi
melahirkan anggota masyarakat yang tidak taksub dan akhirnya seringkali berselindung di sebalik
personaliti alam maya yang menjadi rekaan dan ilusi semata-mata. Pengenalan mata pelajaran
TMK telah menjadi satu titik tolak yang baik di mana terdapat 5 modul yang ditekankan dalam
mata pelajaran ini iaitu dunia komputer, eksplorasi multimedia, sistem rangkaian dan dunia
internet, dunia pangkalan data dan pengaturcaraan. Namun, dengan hanya peruntukkan masa
selama 60 minit dalam seminggu yang bergilir dengan mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi
(RBT), pihak KPM hendaklah melihat pengagihan masa ini daripada sudut yang lebih praktikal.
Ini ekoran daripada stigma mata pelajaran elektif tidak menjadi satu kepentingan dan seringkali
diambil alih oleh mata pelajaran teras yang lain yang mempunyai tuntutan menghabiskan silibus.
Tuntutan kepada penggunaan internet menjadi satu keperluan yang penting pada masa kini baik
dalam kalangan dewasa sehinggalah kanak-kanak. Melalui kesedaran dan tindakan tentang
penggunaan internet secara berhemah, budaya penggunaan internet secara sihat mampu untuk
diaplikasikan dalam kalangan masyarakat.

28
RUJUKAN

Ahmad Munawar Ismail & Mohd Nor Shahizan Ali. (2011). Media penyiaran: Implikasinya dalam
pembentukan akhlak penuntut-penuntut melayu di sekolah menengah kebangsaan di
Malaysia. Akademika 81(3): 3-8.

Anderson, E. L., Steen,E., & Stavropoulos, V. (2017). Internet use and Problematic Internet Use:
A systematic review of longitudinal research trends in adolescence and emergent
adulthood. International Journal of Adolescence and Youth, 22(4), 430-454.

Ayu.P.S, Asmidir.I,Ifdil.I. (2018). Tingkat Kecanduan Internet Pada Remaja Awal. Jurnal
Penelitian Pendidikan Indonesia, Volume 3 Nomor 2, 2017,hlm 110-117.

Curran, J., Fenton, N., & Freedman, D. (2016). Misunderstanding the internet. Routledge.
Din, N. F. N., & Isam, H. (2019). Penyerlahan Identiti Remaja Kesan Ketagihan Skrin Di
Media Sosial (Teenagers’ Identity Exposure From Screen Addiction In Social Media).
JURNAL PSIKOLOGI MALAYSIA, 33(1).

Eleuteri, S., Saladino, V., & Verrastro, V. (2017). Identity, relationships, sexuality, and risky
behaviors of adolescents in the context of social media. Sexual and Relationship Therapy,
32(3-4), 354-365.

Fauziyah, A., & Ruhaena, L. (2017). Hubungan Antara Kecanduan Internet dengan Kemampuan
Sosialisasi pada Mahasiswa Fakultas Psikologi Universitas Muhammadiyah Surakarta
(Doctoral dissertation, Universitas Muhammadiyah Surakarta).

Johari Hassan dan Raja Shahrina Raja Abdul Rashid (2012). Ketagihan penggunaan internet di

29
kalangan remaja sekolah tingkatan 4 di Bandaraya Johor Bahru. Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor.

Lachmann, B., Sindermann, C., Sariyska, R. Y., Luo, R., Melchers, M. C., Becker, B., ...&
Montag, C. (2018). The role of empathy and life satisfaction in internet and smartphone
use disorder. Frontiers in psychology, 9, 398.

Lokithasan, K., Chua, A. F., Joanna, K. H. T., Subramanian, R., Kamarul Zaman, W., &
Krishnan, S. (2020). The Correlation between Aggression, Self-esteem and Cyberbullying
among Undergraduates in Malaysia. Jurnal Sains Insani, 5(1), 205-211. Retrieved from
http://sainsinsani.usim.edu.my/index.php/sainsinsani/article/view/189.

Manap, J., Hamzah, M. R., Amin, A. S., Mohd Izani, N. N., Idris, F., Hamjah, S. H., & Tambi, N.
(2016, November). Penggunaan dan implikasi media sosial terhadap remaja Generasi Z. In
International Conference on Social and Economic Development, (November) (pp.1-12).

Marbun, S. M., Th, S., & PdK, M. (2018). Psikologi Pendidikan. Uwais Inspirasi Indonesia.

Meeker, M., & Wu, L. (2018). Internet trends 2018.

Melina A. Throuvala, Mari Janakian, Mark D. Griffiths, Mike Rennoldson & Daria J. Kussi
(2019). The role of family and personality traits in Internet gaming disorder:A mediation
model combining cognitive and attachment perspectives. Journal of Behavioral Addictions
8(1), pp. 48–62 (2019).

Michelle L.M, BPsych.H, Einar B.T. (2016). Internet Addiction, Psychological Distress, and
Coping Responses Among Adolescents and Adult. Cyberpsychology, Behavior, And Social
Networking, Volume 20, Number 5, 2017.

Nugraini, I., & Ramdhani, N. (2017). Keterampilan sosial menjaga kesejahteraan psikologis

30
pengguna internet. Jurnal psikologi, 43(3), 183-193.

Safiek. M. (2019). Buli Siber Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah : Satu Penerokaan
Awal (Cyberbullying among Secondary School Students:An Initial Exploration). Jurnal
Dunia Pendidikan, e-ISSN: 2682-826X, Vol.1, No.2, 7-18.

Shabir, G., Hameed, Y. M. Y., Safdar, G., & Gilani, S. M. F. S. (2014). The impact of social
media on youth: A case study of bahawalpur city. Asian Journal of Social Sciences and
Humanities, 3(4), 132-151.

Shahrul Nazmi Sannusi, Fauziah Ibrahim, Azianura Hani Shaari, Nasrudin Subhi (2019).
Penggunaan Media Sosial dalam Kalangan Remaja B40 di sekitar Lembah Klang. Jurnal
Komunikasi, Jilid 35(4) 2019: 101-118.

Sinha, M. A., Yadav, M. R. K., & Kanodia, M. R. (2016). Social media: Positive vs negative
effect on young generation. International Journal of Science Technology and Management,
5(1), 484-491.

Suhaniya Kalaisilven & Mohamad Fauzi Sukimi (2019). Kawalan Ibu Bapa terhadap Anak-Anak
dalam Penggunaan Media Sosial. Akademika 89(1), April 2019: 111-124.

Wahidin, A., Effendi, M. R., & Shaleh, K. (2015). Pengaruh penggunaan internet terhadap
religiusitas mahasiswa Universitas Islam Bandung.

31

Anda mungkin juga menyukai