Anda di halaman 1dari 9

Teks ucapan

Kong Selamat sejahtera dan selamat satu Malaysia kepada kedua-dua ahli panel dan
sidang hadirin yang dikasihi. Saya berasa sangat bersyukur kerana dapat kita
bersama-sama kumpul di sini untuk menjayakan forum ini pada pagi yang bening
lagi ceria ini.

Hadirin yang dihormati,

Sebelum saya memperkenalkan ahli-ahli panel kita yang segak-segak lagi tampan
bergaya pada hari ini, izinkan saya untuk mengupas terlebih dahulu tajuk forum
kita pada hari ini.

Tajuk forum kita adalah bertema budi bahasa dan kesantunan masyarakat
Malaysia serta isu dan cabaran kesantunan masyarakat Malaysia di samping
hubung-kait antara kesantunan dengan perpaduan masyarakat Malaysia.

Pada zaman yang penuh dengan pelbagai cabaran ini, isu berkaitan dengan budi
bahasa dan kesantunan telah menjadi suatu topik yang hangat dalam masyarakat
kita. Hal ini dikatakan demikian adalah kerana budi bahasa dan kesantunan
merupakan aspek yang sangat penting bagi membentuk rakyat yang berhemah
tinggi dan bersopan-santun. Di samping itu, amalan budi bahasa dan kesantunan
turut sangat dititikberatkan oleh masyarakat kita sama ada masyarakat Melayu ,
Cina ataupun India dengan mempunyai amalan kesantunan masing-masing.
Walaubagaimanapun, kita mendapati bahawa terdapat banyak isu dan cabaran
kepada masyarakat Malaysia dari aspek kesantunan. Sebagai contoh, media
merupakan salah satu isu yang sering dibincangkan dalam masyarakat kita.

Baiklah sidang hadiri, sebelum kita menelusuri lebih mendalam topik perbincangan
molek kiranya kita berkenalan dengan kedua-dua ahli panel kita pada hari ini.

Di sebelah kanan saya, saudara Farwizah yang merupakan ahli panel yang
pertama, selamat datang saudara, apa khabar?

Farwizah Terima kasih saudari pengerusi,saudari Kong Ka Men. Alhamdulillah,


khabar baik. Saudari bagaimana ?

Seterusnya, saya memperkenalkan ahli panel kedua, yang berada di sebelah kiri
Kong
saya iaitu saudara Farid. Selamat datang saudara, apa khabar?
Farid Alhamdulillah ,sihat sejahtera saudara  pengerusi. Datang ke sini dengan
semangat yang membara seperti saudara juga.

Usai salam perkenalan daripada semua ahli panel, kembali kita kepada topik forum
Kong
kita tentang budi bahasa dan kesantunan masyarakat Malaysia.
Sidang hadirin yang dihormati,

Sidang hadirin, apakah sebenarnya budi bahasa dan kesantunan masyarakat


Malaysia? Bagi menjawab persoalan ini, izinkan saya mengajukan soalan pertama
kepada ahli panel pertama. Saudara Farwizah, mohon saudara memberikan
penjelasan tentang maksud atau konsep budi bahasa dan kesantunan. Silakan
saudara.

Definisi budi Farwizah Terima kasih saudari pengerusi, Kong Ka Men


bahasa dan Sidang hadirin dan ahli panel yang dihormati.
kesantunan
Sungguh menarik persoalan yang diajukan oleh saudara pengerusi tentang budi
bahasa dan kesantunan masyarakat Malaysia.

Apakah sebenarnya kekuatan budi bahasa dan kesantunan sehingga kita berani
berbicara isu ini.

Saudara Pengerusi , ahli panel dan Sidang hadirin

Kita tidak bermimpi di siang hari kerana budi bahasa dan kesantunan amatlah
berkait rapat dalam kehidupan masyarakat Malaysia.

Masyarakat Malaysia amat menitikberatkan sikap budi bahasa dalam kehidupan


harian kerana ia dapat membentuk seorang individu yang berdisiplin dan
menghormati orang lain.

Budi dapat diertikan sebagai kelakuan dan watak

amalan budi bahasa memberi impak yang berbeza kepada individu, masyarakat,
dan termasuklah negara.

Manakala, kesantunan secara umum merujuk kepada penggunaan bahasa yang


baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi yang mulia dan menunjukkan
penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicaranya

Penerapan kesantunan bahasa dalam diri masing-masing adalah penting supaya


dapat melatih diri untuk berkomunikasi dengan lebih baik dan sopan.

Dengan ini, penggunaan kata yang kasar ketika berkomunikasi dapat dielakkan
dan pendengar akan berasa tenang serta selesa untuk bertutur.

Kong Sidang hadirin, penjelasan saudara Farwizah tentang budi bahasa dan
kesantunan yang ada pada saya merupakan penjelasan yang menarik. Apakah
pendapat saudara Farid pula tentang maksud atau konsep budi bahasa dan
kesantunan masyarakat ini?

Farid Jika ditinjau dengan lebih mendalam, maksud budi bahasa sangat berkait antara
satu sama lain.

Hal ini demikian kerana maksud budi bahasa adalah mempunyai budi bahasa
yang baik yang merangkumi pekerti, akhlak, watak dan kelakuan yang baik, sopan,
pemurah dan sebagainya yang disebut sebagai nilai-nilai murni.

Amalan budi bahasa bukan sahaja penting dalam masyarakat Melayu , malahan
dalam semua masyarakat sememang-memangnya mengajarkan cara hidup yang
baik.

Kong
Terima kasih atas penjelasan yang terperinci oleh panel kedua. Dengan
penjelasan yang cukup menarik tadi, saya yakin bahawa para hadirin dapat
fahaman yang lebih mendalam tentang budi bahasa dan kesantunan masyarakat
Malaysia. Seterusnya, saya mendapati bahawa terdapat banyak isu dan cabaran
dalam aspek kesantunan masyarakat Malaysia ini sejak kebelakangan ini. Antara
isu dan cabaran yang dapat tidak dapat dipandang sebelah ialah isu tentang
penggunaan media dari segi kesantunan masyarakat Malaysia. Oleh itu, soalan
saya yang seterusnya kepada ahli-ahli panel ialah apakah pendapat anda tentang
faktor-faktor yang menyebabkan isu penggunaan media dari segi kesantunan
masyarakat Malaysia. Dipersilakan ahli panel pertama, saudara Farwizah.

Isu media Terima kasih saudari Kong.

1 Pada masa kini, isu viral semakin berleluasa dan ia telah menguasai minda
masyarakat Malaysia.

Ini akan menyebabkan masyarakat ingin menyebarkan dan memperbesarkan


sesuatu berita.
Farwizah
Kita juga boleh lihat yang isu viral ini bergerak seiring dengan kepesatan teknologi,
dan gaya hidup yang semakin maju di negara Malaysia.

Viral merupakan fenomena yang semakin mudah tersebar.

Kerana, dengan hanya memetik satu kekunci, kita berupaya tergolong sebagai
penyebar maklumat yang kadang kala diragui kesahihannya.

Golongan muda malahan tua juga tidak terkecuali sebagai ejen penyebar mesej
tersebut.

Penggunaan aplikasi sosial yang popular seperti Facebook, Twitter, Instagram,


WhatsApp telah menggalakkan fenomena ini merebak dengan meluasnya.

Viral boleh dikatakan seperti virus walaupun pada asalnya ia sememangnya


berasal dari perkataan VIRUS

Kerana bahan yang disebarkan sudah tentu boleh merebak kepada manusia lain
secara pantas.

Budaya viral ini bukanlah suatu benda yang baru lagi di kalangan masyarakat
kerana ia sentiasa hangat diperkatakan.

Jika bahan itu sekadar lawak jenaka yang diperkatakan, mungkin ia boleh
dianggap hiburan ringan di kala menghilangkan tekanan,

Tetapi

Jika membabitkan unsur-unsur penghinaan, fitnah dan cacian, ia langsung


memberi impak negatif kepada imej individu dan negara.

Kerana ia mempunyai kaitan dengan peribadi individu tersebut.

Boleh dikatakan semua perkara berpotensi untuk dijadikan viral,

Daripada cerita manusia bermula dengan seorang bayi hinggalah kepada


pemimpin negara, tokoh-tokoh politik, usahawan hinggalah kepada binatang,
perangai manusia, dan pelbagai elemen boleh dijadikan bahan untuk mencetuskan
viral.

Pendek kata, viral tidak mengenal sesiapa, jika ada yang mencipta, dan ada pula
tukang sebar, jadi kita boleh katakan bahawa viral dapat menular bagaikan virus
menyerang.

Oleh itu, isu viral amat berkait rapat dalam kesantunan masyarakat kerana jika
bahan yang ditularkan tidak ditapis, penggunaan perkataan yang kasar akan dapat
disemai dalam minda masyarakat terutamanya masyarakat muda

Masyarakat muda sekarang lebih mudah terpengaruh dengan aspek-aspek yang


ganas.

Kesimpulannya, isu viral ini boleh menimbulkan pergaduhan dan boleh


mewujudkan perpaduan sekiranya kita lihat dari sudut positif.
Kong Terima kasih atas pendapat saudara yang cukup menarik tadi. Apakah
pendapat saudara Farid pula tentang faktor-faktor yang menyebabkan isu
penggunaan media dari segi kesantunan masyarakat Malaysia yang selain faktor
yang diterangkan oleh ahli panel pertama tadi?

2 Jika dapat dilihat pada masa ini, lelaki dan perempuan tidak berasa segan
dan silu untuk melakukan adegan yang memalukan di khalayak ramai adalah
merupakan isu yang boleh dikaitan kepada isu kesantunan melalui media. Hal ini
kerana perbuatan mereka tersebut boleh menjatuhkan maruah. Perkara ini adalah
dengan merekod video serta memuat naikkan di media-media sosial. Perkara
Farid tersebut telah membolehkan ramai pengguna media sosial untuk menonton video
adegan yang memalukan tersebut. Sebagai contoh, aplikasi tiktok telah dijadikan
sebagai salah satu platform untuk merekod video-video tersebut dan
mentularkannya. Melalui perkongsian tersebut membolehkan orang ramai
menonton aksi-aksi kurang sopan yang telah pun dirakam. Hal ini menyebabkan
orang akan mempunyai prepektif yang buruk terhadap mereka. Hal ini kerana
mereka telah pun melakukan perkara yang telah pun menjatuhkan maruah mereka
sendiri.

3 Terima kasih saudara Farid.


Saya ingin menambah satu lagi faktor iaitu masyarakat semakin gemar untuk
memburukkan persepsi orang lain terhadap seseorang.

Di sini kita dapat lihat bahawa masyarakat kita telah mempunyai fikiran yang
negatif. Ini amatlah tidak melambangkan kesantunan dalam diri masyarakat.

Seperti apa yang telah kita bincangkan tadi, kesantunan merangkumi dari segi
sikap tingkah laku,dan pertuturan. Jadi, berfikiran negatif telah termasuk dalam
aspek tersebut

Farwizah Kerana tanpa fikiran yang negatif, masyarakat tidak akan memburukkan orang lain
lalu memalukannya.

Oleh itu, masyarakat Malaysia haruslah mengamalkan kesantunan dalam


kehidupan harian bagi mengelakkan diri daripada mencalarkan air muka
seseorang.

Sebenarnya, berfikiran dan berpendapat negatif terhadap orang lain amatlah


bahaya kerana ia akan menyebabkan orang lain turut berfikiran yang sama
terhadap seseorang itu.

Contoh, sebagai influencer di twitter, kita mesti akan memuji peminat kita seperti
memuji mereka lawa. Akan tetapi, akan ada orang lain yang akan memburukkan
persepsi kita dengan mengatakan bahawa itu semata-mata ingin menjaga hati
peminat sahaja.

Perkara seperti itu selalu berlaku di media sosial terutamanya pada zaman
teknologi kini.

Kesimpulannya,kita hendaklah menanamkan kesantunan dalam diri agar lebih


berhati-hati ketika berkomunikasi supaya kita tidak menyinggung perasaan mana-
mana pihak.

Terima kasih atas pendapat saudara Farid yang begitu baik dan penerangan
yang secara terperinci. Selepas memahami faktor-faktor isu tersebut, persoalan
Kong
saya seterusnya ialah apakah kesan-kesan isu penggunaan media dari segi
kesantunan masyarakat Malaysia? Adakah isu tersebut akan memberi kesan
kepada individu, masyarakat ataupun negara dan seterusnya apakah cara
penyelesaian bagi isu tersebut? Silakan saudara Farid untuk menyatakan
pendapat anda?

Kesan Farid Penggunaan laman sosial seperti “Facebook” yang meluas dalam kalangan
masyarakat boleh menyebabkan fitnah dan mudah disebarkan kepada semua
pengguna laman sosial tersebut. Sebagai contohnya, negara kita pernah
digemparkan dengan satu berita perceraian yang berlaku dalam akaun facebook.
Hal ini telah mendapat kritikan daripada majoriti rakyat Malaysia yang menyifatkan
bahawa perbuatan sedemikian amat memalukan kita kerana telah mencemarkan
keluhuran peribadi sebagai penganut agama Islam. Selain itu, implikasi seperti itu
telah menyebabkan segelintir pengguna aplikasi tersebut yang tidak
bertanggungjawab dan mencetuskan kontroversi di alam maya, sehingga
mengaibkan seseorang. Jelaslah bahawa penggunaan laman sosial akan
menghakis semangat persaudaraan seerta mencemarkan kedaulatan negara
sebagai negara yang disegani dan berintegriti.

Terima kasih atas pendapat ahli panel kedua.Apakah pendapat lain jika dilihat
Kong
daripada perspektif ahli panel pertama pula ?

Ya benar hujah daripada saudara Farid.

Berita yang tidak sahih yang dilaporkan oleh media akan mewujudkan perasaan
negatif dalam kalangan masyarakat.

Ia sekali gus akan menimbulkan fitnah seperti yang dikatakan oleh saudara Farid.

Selain itu, perasaan negatif ini boleh mewujudkan perbalahan dalam kalangan
masyarakat.
Farwizah
Mereka tidak akan berfikiran rasional kerana perasaan mereka telah menguasai
semuanya.

Ini akan membawa kepada peperangan di laman sosial.

Semua akan mengemukakan pendapat sendiri dan ada juga yang mengeluarkan
kata-kata kasar semasa memberi pendapat kerana mereka terlalu geram dan
fikiran mereka telah dikawal oleh emosi.
Dengan itu, kita mestilah sentiasa berwaspada dengan berita-berita yang
dikeluarkan oleh media demi mengelakkan perkara sedemikian berlaku.

Kita hendaklah memeriksa terlebih dahulu sesuatu berita agar kita tidak
menyebarkan berita yang palsu kepada orang lain jua. Melalui ini, perasaan negatif
dapat dielakkan dan dihalang sebelum ia tersebar dengan luas.

Kesan penggunaan laman sosial yang seterusnya ialah tersebarnya pengaruh atau
unsur pornografi daripada Barat ke dalam kehidupan masyarakat. Unsur pornografi
Farid mudah didapati di laman sesawang internet. Unsur pornografi seperti bahan
bacaan, gambar, dan video mudah diakses dan disebarkan oleh pengguna laman
sosial tersebut. Hal ini demikian kerana, laman sosial seperti “Facebook” dan “My
Space” diakses bukan sahaja oleh rakyat Malaysia malahan seluruh penduduk di
dunia. Selain itu, budaya Barat seperti “Black Metal”, “Punk”, “Gothic”, dan “Skin
Head” akan menular dalam pemikiran remaja di Malaysia. Perkara ini akan
mempengaruhi remaja untuk meniru budaya sehingga wujud budaya hedonisme
dan gengsterisme di sekolah. Jelaslah bahawa penggunaan laman sosial dapat
mempengaruhi pemikiran anak muda sehingga menghakis nilai-nilai moral
masyarakat.

Penggunaan laman sosial juga memberikan kesan kepada kedaulatan bahasa


Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Kedaulatan bahasa Melayu akan tercemar
ekoran daripada kemunculan bahasa slanga atau lebih dikenali sebagai bahasa
rojak. Penggunaan bahasa rojak dalam kalangan masyarakat amat
membimbangkan cendekiawan bahasa di Malaysia kerana penggunaanya semakin
meluas. Penularan bahasa rojak ini akan menghakis keaslian dan nilai-nilai
estetika bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara kita. Oleh hal yang
demikian, jelaslah bahawa penggunaan teknologi ini boleh mencemarkan
kedaulatan bahasa Melayu yang menyebabkan kita seperti ditelan mati emak,
diluah mati bapak.

Kong Terima kasih atas penjelasan ahli panel kedua. Jelaslah kepada kita bahawa
isu penggunaan media dari aspek kesantunan masyarakat Malaysia haruslah
diambil berat serta semua pihak haruslah bertindak inisiatif untuk mengatasi
masalah tersebut. Seterusnya, marilah kita sama-sama membincang tentang
hubung-kait antara kesantunan dengan perpaduan masyarakat Malaysia. Negara
kita, Malaysia merupakan negara yang unik kerana masyarakat kita terdiri daripada
masyarakat yang berbilang kaum, budaya dan agama. Oleh itu, persoalan saya
ialah bagaimanakah kita dapat menghubungkaitkan antara kesantunan dengan
perpaduan masyarakat. Apakah pendapat-pendapat ahli panel ? Dipersilakan ahli
panel kedua, saudara Farid.

Hubungkait Seorang individu yang berbudi bahasa dan bersopan santun akan mudah
kesantunan Farid mendapat pertolongan ketika berada dalam kesusahan kerana disegani oleh orang
dan lain.Orang yang bersantun juga mudah didamping oleh orang lain kerana sifatnya
perpaduan terpuji. Kesantunan bahasa juga melahirkan individu yang beretika dan bersopan
santun dalam kehidupan seharian

Individu

Masyarakat Farid Kesantunan adalah sangat penting dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Ini
kerana Negara kita mempunyai masyarakat daripada pelbagai bangsa,agama dan
kaum yang hidup bersama. Kesantunan dapat membantu mewujudkan perpaduan
antara masyarakat berbilang kaum seperti yang terdapat dalam gagasan Malaysia.
Apabila wujudnya sikap-sikap seperti toleransi, bertolak-ansur dan saling hormat-
menghormati akan lahirlah masyarakat yang hidup dengan aman dan harmoni.
Dengan ini, kita dapat mengelakkan perbalahan sesama masyarakat seperti isu
Plaza Low Yat baru-baru ini. Kesantunan juga dapat masyarakat Malaysia yang
bertamadun dan disegani di mata dunia.

Kong
Terima kasih atas pendapat saudara Farid . Apakah pendapat ahli panel
pertama pula ? Dipersilakan saudara Farwizah.

Negara Farwizah Dari persepektif Negara pula, masyarakat yang berbahasa dapat
meningkatkan nama baik Negara dengan mempamerkan nilai-nilai positif kepada
pelancong asing seperti tolong-menolong,berbudi bahasa dan senyum. Keadaan
ini akan menarik minat pelancong asing utuk sentiasa berkunjung Negara kita
kerana mereka selesa dengan layanan yang diberikan oleh masyarakat Malaysia.
Apabila bila ramai pelancong mula berkunjung ke Negara kita ia secara tidak
langsung akan meningkatkan pendapatan Negara. Apabila pendapatan Negara
meningkat Negara akan menjadi maju dan menjadi stabil dari segi ekonomi sekali
gus mewujudkan suasana yang aman dan harmoni. Di samping itu, pemimpin yang
berdedikasi juga dapat dilahirkan untuk mentadbir Negara dengan cekap dan telus.
Hubungan diplomatik antara Negara serantau bagi menjamin kemajuan dan
keselamatan Negara dapat dijalinkan dengan mudah.

Penutup Kong
Terima kasih atas pendapat saudara Farid yang menarik tadi. Konklusinya,
budi bahasa dan kesantunan merupakan aspek yang sangat penting dalam
masyarakat Malaysia kita dan semua pihak termasuk pihak kerajaan, NGO, pihak
sekolah serta ibu bapa haruslah berganding bahu untuk mengatasi cabaran-
cabaran dalam kesantunan masyarakat. Seterusnya, kita dapat mengetahui
bahawa semua bangsa dan agama di Malaysia mempunyai konsep kesantunan
yang berbeza tetapi dengan matlamat yang sama iaitu membentuk insan dan
masyarakat yang berakhlak mulia. Secara langsungnya, amalan kesantunan dapat
menjalinkan hubungan perpaduan masyarakat kita yang berbilang kaum.

Terima kasih kepada semua ahli panel yang sudi hadir untuk membincangkan
tentang budi bahasa dan kesantunan masyarakat Malaysia. Semoga forum ini
dapat menyedarkan masyarakat kita tentang kepentingan amalan budi bahasa dan
kesantunan serta mengamalkan amalan tersebut dalam kehidupan kita.
Sidang hadirin yang dihormati..
Kalau berjalan dah sampai ke batas
Kalau berkayuh dah sampai ke pulau
Kalau mendaki dah sampai ke puncak
Kita telah sampai kepada penghujung bicara
Saya mewakili semua ahli panel mengucapakan setinggi-tinggi terima kasih
kepada semua hadirin yang sudi hadir menyaksikan forum hari ini.

Lantaran keterbatasan waktu, saya mohon mengakhiri bicara ini selanjutnya


mohon mengundru diri.

Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai