Anda di halaman 1dari 12

• Erik Erikson merupakan seorang penuntut

Frued dan terkenal


dengan teori Psikososialnya yang
menegaskan pengaruh sosial dan
budaya ke atas pembentukan personaliti
seseorang.
Ciri Perkembangan Remaja
Erikson:
mempercayai manusia berpotensi
untuk perkembangan psikologi
yang sihat dan berupaya
mengatasi kesukaran yang timbul
dalam
proses perkembangan.
Lapan peringkat telah dikenalpasti oleh
Erikson di dalam perkembangan manusia iaitu :
PERINGKAT 1

Peringkat kepercayaan lawan curiga (lahir – 18 bulan)


Peringkat perkembangan ini adalah sangat penting
kerana ianya mempengaruhi perkembangan bayi
melalui pengalaman-pengalamannya. Bayi mula belajar
untuk mempercayai atau tidak mempercayai orang lain.
Kepercayaan akan memudahkan individu menghadapi
masalah dan kecurigaan akan melemahkan keupayan
seseorang untuk mengatasi masalah.
PERINGKAT KE-2
• Peringkat Autonomi lawan perasan
malu/ curiga ( 18 bulan – 3 tahun )
Pada peringkat ini bayi akan
membina kayakinan diri dan
autonomi apabila beliau merasa
bebas untuk melakukan sesuatu.
Jika terlalu banyak halangan atau
bantuan yang diberikan
kanak-kanak akan merasa curiga,
terhina dan kurang keyakinan diri
Peringkat Inisiatif lawan kesalahan ( 3-6 tahun )
Peringkat ke -3
Kanak-kanak mula membentuk satu cara
berdikari dan
ingin meneroka serta mencuba sesuatu yang
baru dan
mencabar. Inisiatif merupakan trait yang akan
membantu individu itu sepanjang hayatnya.
Melalui
galakan, kanak-kanak akan menyedari potensi
mereka
sebaliknya jika tidak diberi inisiatif dan terdapat
halangan akan mengakibatkan kanak-kanak
sering rasa
bersalah.
Peringkat ke-4

Peringkat Kerajinan lawan Kerendahan diri (6 – 12


Tahun

Pada peringkat ini kanak-kanak mula memasuki alam


persekolahan. Kebolehan berbahasa telah meningkat,
mula mencapai operasi konkrit, memahami konsep
ruang, kelajuan, masa dan sebab-musabab sesuatu
kejadian. Kanak-kanak lebih peka kepada ganjaran
yang mengakibatkan mereka akan menjadi lebih tekun
dan berminat dalam pelajaran. Sementara itu mereka
akan merasa kecewa dan perasaan rendah diri akan
terbentuk sekiranya keinginnan mereka dihalangi.
Peringkat ke-5

Peringkat Identiti lawan Kekeliruan Identiti (12 –


18
tahun)
Ini merupakan peringkat remaja di mana mereka
cuba
mewujudkan identiti dan persepsi sendiri terhadap
dunia mereka. Mereka cuba mendapatkan
kestabilan
diri dalam masyarakat sekiranya gagal mereka
akan
meragui peranan mereka dalam masyarakat
Perkembangan Ke -6
Peringkat Kerapatan lawan Pengasingan (18 –
35
tahun)
Individu akan melalui peringkat awal dewasa
yang
memerlukan perhubungan yang akrab dengan
individu
lain. Halangan akan menyebabkan pengasingan
diri.
Peringkat 7
• Peringkat Pewarisan lawan Pemusatan Kendiri (35
– 60
•tahun)
•Pada peringkat ini individu telah boleh
•dipertanggungjawabkan, boleh diwariskan untuk
•melakukan kerja-kerja yang baik. Bagi mereka yang
•gagal menjalakan tanggungjawab akan menjadi
•individu yang mementingkan diri sendiri dan akan
•merasa kecewa dengan hidupnya
Peringkat 8

Peringkat Kesepaduan lawan Putus Asa.


(60tahun–
akhir hayat)

Individu akan menerima hakikat kehidupan sebagai


proses semulajadi dan sentiasa melakukan refleksi diri.
Jika individu itu berpuas hati dengan tentang kehidupan
yang dilaluinya akan mencapai rasa kesepaduan
sebaliknya jika beliau menyesal tentang peluang yang
terlepas pada masa lalu, dia akan merasa putus asa.

Anda mungkin juga menyukai