Anda di halaman 1dari 1

Matlamat dan Objektif Kurikulum Sejarah

Muhammad Farid bin Hashim v15

Matlamat Kurikulum Sejarah


1. Membolehkan murid memahami tingkah laku manusia, sebab dan akibat, keunikan
tanah air dan kegemilangan negara bagi melahirkan warganegara yang patriotik dan
menjunjung amalan demokrasi di Malaysia.
2. Menyemai ilmu pengetahuan dan asas Kemahiran Pemikiran Sejarah di samping
penerapan semangat patriotik melalui pengetahuan masa lalu yang mempengaruhi
masa kini.

Objektif Kurikulum Sejarah


1. Membolehkan murid memahami peristiwa masa lalu melalui sikap ingin tahu dan
mengenal pasti pelbagai sumber dan maklumat sejarah.
2. Menyatakan kepentingan sejarah dalam kehidupan dengan mengambil iktibar
daripada peristiwa sejarah sebagai usaha untuk mengukuhkan suasana
keharmonian dan memahami proses pembinaan tamadun manusia yang
mempengaruhi kehidupuan masyarakat.
3. Membolehkan murid mengenal pasti usaha dan sumbangan para pemimpin Negara
sebagai melahirkan perasaan bangga dan hormat.

Anda mungkin juga menyukai