Anda di halaman 1dari 1

Perbandingan antara sumber lisan dan sumber bertulis

Dari aspek definisi, sumber lisan merupakan keterangan sejarah yang diperoleh secara
lisan biasanya dalam bentuk rakaman. Sumber bertulis pula merupakan sumber sejarah yang
diperoleh melalui rekod bertulis yang mengandungi keterangan sejarah.
Dari aspek tingkat sumber, sumber lisan merupakan sumber sejarah yang hanya
menjadi penyokong kepada sumber bertulis serta mengisi kekosongan dan kekurangan yang
ada pada sumber bertulis. Bagi sumber bertulis, sumber ini merupakan sumber sejarah yang
utama.
Dalam kategori sumber, sumber lisa terbahagi kepada dua, iaitu sumber primer yang
melibatkan keterangan proto dan keterangan saksi mata. Keterangan kata dengar ialah
sumber sekunder. Sumber bertulis pula merupakan sumber primer meliputi manuskrip, surat,
catatan harian, rekod kerajaan, surat perjanjian, dan lain-lain. Sumber bertulis bertulis ini
jarang digunakan untuk kajian sejarah melainkan untuk perbandingan dan hujah.
Dalam proses penyelidikan, sumber lisan dijalankan melalui proses wawancara
dengan orang sumber, kemudiannya ditranskripsi dan dikritik sebelum didokumentasikan.
Manakala sumber bertulis dijalankan melalui proses kritikan sumber dan tafsiran sebelum
dijadikan sumber yang boleh digunakan.
Dari aspek objektiviti, keterangan sumber lisan kebiasaannya dipengaruhi oleh emosi,
bias, memori yang lemah, dan penyembunyian fakta. Sumber bertulis lebih bersifat objektif
kerana kebanyakan sumber bertulis bersifat fakta bertulis, terutamanya rekod-rekod
kerajaan.
Dari aspek akses dan transmisi, transmisi berlaku dari mulut ke mulut yang
sebahagiannya diturunkan dari generasi ke generasi dan akhirnya membawa kepada tradisi
lisan dalam sumber lisan. Manakala sumber bertulis pula bersifat statik. Akses kepada sumber
bertulis sbahagiannya bersifat prosedural dan sulit demi kerahsiaan dan keselamatan.
Bagi aspek keterlansungan, sumber lisan adalah singkat sekiranya tiada usaha
pengkajian dan pendokumentasian. Penurunan dan transmisi secara turun-temurun akan
menjadikannya sebagai tradisi lisan tidak terkawal yang tidak lagi berguna sebagai sumber
sejarah. Sumber bertulis pula bersifat keterlangsungan merentas masa melalui proses
penyimpanan yang bersistematik di arkib.
Dari segi ketulenan, sumber lisan hanya dianggap tulen sepenuhnya apabila
keterangan lisan disampaikan oleh sumber proto dan saksi mata. Manakala sumber bertulis
bersifat tulen yang kebiasaannya adalah sumber primer dan sekunder.
Manakala bagi aspek keutamaan, sumber lisan ditolak oleh sebahagian sejarawan,
terutamanya aliran objektif yang dipelopor oleh Leopold Von Ranke. Sumber bertulis pula
diterima oleh kesemua ahli sejarah sebagai tingkat sumber paling utama dan digunakan
secara meluas sebagai sumber sejarah.

Anda mungkin juga menyukai