Anda di halaman 1dari 4

KEUNIKAN HIKAYAT MISA MELAYU

Oleh Nurul Afida Kamar (ipgk Perempuan Melayu Melaka)


Keunikan Teks Asal Huraian
Pembinaan jati
diri islam
Maka ada jamnya yang dipakai oleh
kerajaan kepada zaman itu jam
gelas yang berisi serbuk
kaca yang halus. Maka dimulainya
daripada masuk matahari. Maka
dirempuhnya sekali turun dan sekali
naik sampai tiga rempuh turun naik.
Maka dipukulnya gong besar tiga
kali dan luchin tiga kali. Demikianlah
ikut rempuhnya pukul lima dan pukul
tujuh dan pukul sembilan sampai
kepada kelima kalinya hendak
dipukulnya cukup
rempuhnya. Maka dipukulnya pula
gong besar tiga kali bersambutan
dengan bunyi gendang Nobat
Subuh. Maka hari pun sianglah.
Kepada tiap-tiap dipukulnya gong
besar itu maka diikutnya dengan
luchinnya tiga-tiga kali.
Bukti pembinaan jati diri islam berdasarkan
beberapa peristiwa seperti berikut:

Diceritakan istana Negeri Perak ketika itu
memiliki sebuah jam besar berloceng yang
diperbuat daripada kaca dan raksa
serta dikawal secara rasmi oleh pengawal-
pengawal istana. Antara lain, jam
digunakan sebagai penanda waktu bagi
membunyikan semboyan (tembakan
meriam adat istiadat) sempena menyambut
bulan Ramadhan, perayaan Hari Raya
Puasa dan Hari Raya Haji serta acara-
acara rasmi istana yang lain.

Pembinaan masjid semasa menjelangnya
hari Raya Korban di Pulau Indera Sakti.
Menurut Muhammad Yusof Hashim (1992),
telah dilakukan pembinaan masjid-masjid di
negeri Perak pada zaman pemerintahan
Sultan Iskandar di samping pembinaan
sebuah mahligai tujuh tingkat yang tidak
dikatakan belum pernah dibina pada zaman
sultan-sultan terdahulu.


Di samping itu, penulisan Raja Chulan juga
banyak mengandungi ciri pensejarahan
Islam, antaranya ialah memulakan
penulisannya dengan lafaz "Bismi'llahi
rahmani'r-rahim" dan juga memasukkan
kata-kata seperti "dengan izin Allah",
"dibuka Allah ta'ala kepada hati baginda"

Jati Diri
Bangsa
Berketurunan
Jawa
Menurut Muhammad Yusof (1994), dalam Misa
melayu Raja Chulan juga telah memaparkan kisah
hidup masyarakat yang berketurunan Jawa di
Perak semasa penulisan karya tersebut. Raja
Chualan sendiri juga merupakan keturunan Jawa
yan tinggal di Perak ketika itu. Selain itu, menurut
W.E Maxwell dan R.O Winstedt nama judul karya
tersebut, iaitu Misa juga merupakan pengaruh
daripada masyarakat Jawa. Dalam bahasa Jawa
Misa bermaksud kerbau. Pengaruh Jawa dalam
penghasilan karya tersebut juga ialah beberapa
nama mengikut nama dan watak yang terdapat
dalam kesusteraan Jawa seperti Raja Daha, Raja
Raden, Raja Su, Raja Inu dan Raja Galuh. Oleh
sebab itu, tidak ragu lagi apabila mengatakan pada
masa ketika itu juga mempunyai jati diri yang
berketurunan Jawa.

Jati Diri
Bangsa yang
Mengamalkan
Adat Istiadat
Di samping itu, jati diri bangsa Perak yang
diperihalkan di dalam Hikayat Misa Melayu juga
ialah bangsa yang berpegang kepada amalan adat
istiadat. Menurut Jelani harun (2013), penulisan
yang berlebihan terhadap amalan adat istiadat
memang sengaja dilakukan oleh Raja Chulan bagi
menanamkan amanat tentang kepentingan adat
istiadat sebagai lambang kemuliaan raja-raja. Hal
ini demikian kerana, telah digambarkan oleh Raja
Chulan dalam karyanya iaitu sekiranya hilang adat,
maka hilanglah kebesaran dan kedaulatan raja-raja
Melayu. Hazman (2013) telah merihalkan terdapat
lima adat istiadat yang dikaitkan dengan
masyarakat.


a) Adat Istiadat Perkahwinan Diraja Perak
Menurut Muhammad Yusof Hashim (1992),
perihal berkenaan adat istiadat dalam perkahwinan
merupakan salah satu kisah yang melengkapi
pembinaan riwayat Misa Melayu. Dalam Misa
Melayu, adat isitadat perkahwinan Diraja Perak
telah digambarkan melalui kisah perkahwinan Raja
Muda Perak iaitu Raja Iskandar dengan Raja
Budak Rasul, iaitu puteri kepada Sultan Muzaffar
Syah yang juga merupakan salah seorang yang
pernah menjadi sultan Perak. Berdasarkan latar
belakang keturunan, Muhammad Yusaof Ibrahim
(1992) telah mengatakan bahawa Raja Iskandar
dan Raja Budak Rasul sebenarnya mempunyai
ikatan persaudaraan sebagai sepupu.
Sebelum perkahwinan Diraja berlangsung,
Hazman Azhar (2013), telah menyatakan bahawa
antara istiadat yang diamalkan sebelum
perkahwinan antara mereka adalah adat merisik
dan meminang telah dilakukan oleh Raja Alauddin
dan Raja Chulan atas perintah Sultan Muzaffar
Syah. Mereka juga turut membawa emas sekati
sebagai hantaran. Manakala, semasa perkahwinan
berlangsung pula telah dilakukan istiadat
perkahwinan yang dimulakan dengan upacara
pernikahan. Semasa upacara pernikahan, Raja
Iskandar telah membawa 100 tahil emas, 10
pasang hamba iaitu orang Jawa dan 1000 keping
timah. Selain itu, amalan yang turut dilakukan
semasa istiadat perkahwinan Diraja tersebut ialah
penyampaian khutbah nikah semasa bermulanya
akad nikah. Menurut Hazman (2013) juga, semasa
perkahwinan berlangsung pengantin turut
bersanding dan juga menjalankan upacara
bersiram.


b) Adat Istiadat Pertabalan Sultan di Perak
Semasa Raja Iskandar Syah, Raja Muda Perak
ditabalkan sebagai waris yang memegang tampuk
pemerintahan selepas kemangkatan Sultan
muzaffar Syah, Raja Iskandar telah diberi pakai
segala alat kebesaran kerajaan. Menurut Hazman
(2013), sepanjang upacara pertabalan
dilaksanakan upacara tersebut telah disertai
dengan paluan gendang nobat Ibrahim Khalil atau
disebut sebagai bermahalail. Namun begitu,
dalam tradisi pertabalan sultan di Perak upacara
pertabalan sultan telah dilaksanakan sebelum
jenazah almarhum Sultan Muzaffar Syah
dikebumikan. Selain itu, setelah selasai istiadat
pertabalan, Raja Iskandar telah diberi gelaran
Paduka Seri Sultan Zulkarnain Khalifatur Rahman
Johan Berdaulat Zillulahi Fil Alam.

c) Adat Melenggang Perut
Dalam Hikayat Misa Melayu telah menceritakan
bahawa semasa permaisuri kepada Sultan
Iskandar Syah sarat mengandung tujuh bulan, satu
temasya melanggang perut telah diadakan di Balai
Panca Persada selama 40 hari 40 malam. Telah
diperihalkan juga semasa berlangsungnya temasya
tersebut, seluruh masyarakat Perak termasuk Cina,
India dan Belanda datang mempersembahkan
hadiah kepada sultan. Sepanjang berlangsungnya
temasya melenggang perut, persembahan Menora
dari Kedah pimpinan Seri Indera dan Nakhoda
Jumaat turut dipersembahkan dalam istiadat
tersebut.

d) Istiadat Membayar Kaul
Raja Chulan telah menceritakan ketika Sultan
Iskandar telah jatuh gering di Pulau Indera Sakti,
pelbagai usaha telah dilakukan termasuklah bertilik
nasib, menurun jin, titk dan perdikiran. Selain itu,
Sultan Iskandar juga telah dimandikan dan diarak
dari Rantau Panjang ke Pulau Indera Sakti dengan
perahu. Oleh sebab itu, Raja muda dan rakyat
jelata telah bernazar agar baginda sembuh.
Peristiwa tersebut telah mengambarkan
masyarakat pada masa itu telah bernazar dan
membayar kaul.

Anda mungkin juga menyukai