Anda di halaman 1dari 1

PERBEZAAN ANTARA SUMBER LISAN DENGAN SUMBER BERTULIS

1. DEFINISI

Sumber Lisan: Keterangan sejarah yang diperolehi secara lisan biasanya dalam bentuk rakaman.

Sumber Bertulis: Sumber sejarah yang diperoleh melalui rekod-rekod bertulis yang mengandungi
keterangan sejarah.

2. TINGKAT SUMBER

Sumber Lisan: Sumber sejarah yang hanya menjadi penyokong kepada sumber bertulis serta mengisi
kekosongan dan kekurangan yang ada pada sumber bertulis

Sumber Bertulis: Sumber sejarah yang utama. Herodotus meletakkan dalam hierarki yang paling
tinggi. Para sejarawan moden menjadikannya sebagai tingkat sumber terpenting.

3. KATEGORI SUMBER

Sumber Lisan: terbahagi kepada dua iaitu sumber primer yang melibatkan keterangan proto dan
saksi mata. Keterangan kata dengar pula merupakan sumber sekunder.

Sumber Bertulis: Sumber bertulis adalah sumber primer seperti manuskrip, surat, catatan harian,
rekod kerajaan, surat perjanjian dan lain-lain. Sumber sekunder lain jarang digunakan melainkan
untuk hujah dan perbandingan.

4. PROSES PENYELIDIKAN

Sumber Lisan: Melalui proses wawancara dengan orang sumber kemudiannya ditranskripsi dan
dikritik sebelum didokumentasikan.

Sumber Bertulis: Melalui proses kritikan sumber dan tafsiran sebelum boleh dijadikan sumber yang
boleh digunakan.

5. OBJEKTIVITI

Sumber Lisan:Keterangan lisan biasanya dipengaruhi emosi, bias, memori yang lemah serta
penyembunyian fakta

Sumber Bertulis: Lebih bersifat objektif kerana kebanyakan sumber bertulis bersifat fakta bertulis
terutamanya rekod-rekod kerajaan

Anda mungkin juga menyukai