Anda di halaman 1dari 10

SJHK3043 SEJARAH LISAN

TUTORIAL KE-2:
MENJELASKAN SECARA TERPERINCI PERDEBATAN
ANTARA ALIRAN RANKE DAN ALIRAN THOMSON
ALIRAN RANKE
• Terdapat satu aliran sejarah moden dalam ilmu sejarah yang
melihat sejarah sebagai satu disiplin ilmu yang sistematik dan
saintifik.
• Aliran ini telah dipelopori oleh Leopold Von Ranke dan
menggelarkan mereka sebagai Aliran Objektivisme.
• Aliran objektif ini menganggap sejarah “sebagai mana yang berlaku”
dan mengetengahkan prinsip sejarah berasaskan fakta dan
kenyataan sebenar tanpa penokokan dan penambahan.
• Ahli-ahli objektivis memperjuangkan sejarah yang ditulis
berdasarkan fakta sebenar serta bebas daripada dipengaruhi
perasaan, bias, emosi dan prasangka.
• Tradisi lisan (oral history) dan folkfore ditolak sebagai sumber
sejarah.
GARIS PANDUAN SEJARAH OBJEKTIF MENURUT RANKE:
 Mengenepikan terus pengadilan moral yang dianggapnya membawa kepada
kemasukan unsur berat sebelah dan prasangka sezaman;
 Penggunaan sumber sejarah berdasarkan sumber dan dokumen yang benar-benar
asli sahaja;
 Menolak unsur penilaian peribadi, mitos dan lagenda;
 Sumber-sumber yang penting adalah buku kenangan, catatan harian, surat-surat,
laporan diplomatik serta gambaran asli saksi-saksi.
 Menganggap rekod-rekod kerajaan sebagai tingkat sumber paling tinggi
(R.Suntharalingam, 1982)
 Sejarah tidak wujud tanpa dokumen (bukti)

Penggunaan sumber lisan sebagai sumber sejarah tidak begitu disokong.


Walau bagaimanapun, Ranke misalnya masih menerima keterangan-
keterangan pelaku sejarah (keterangan proto) dan keterangan saksi mata
iaitu orang yang benar-benar mengalami dan melihat sesuatu peristiwa dan
mampu menggambarkannya semula.
PERDEBATAN ANTARA
ALIRAN OBJEKTIF DAN SUBJEKTIF
• Pengkajian dalam sejarah tidak hanya bergantung kepada sumber
yang diperoleh tetapi turut bergantung kepada tafsiran yang khusus
daripada sejarawan yang mengkajinya.

• Menurut Walsh, sejarawan tidak dapat melepaskan diri daripada


pengaruh ‘satu set kepentingan, kepercayaan dan nilai’.

• Professor Carl Becker menyangkal ‘keobjektifan’ golongan objektif


kerana bagi beliau objektivis cenderung menafsir fakta-fakta dari
sudut tujuan-tujuan mereka sendiri atau kepentingan zaman
mereka sendiri.
• Becker turut menegaskan bahawa mustahil bagi seseorang sejarawan
menggambarkan secara keseluruhannya sebarang peristiwa sekalipun yang
mudah sekali. “Sejarah adalah sesuatu peristiwa adalah tidak semestinya
serupa untuk dua orang yang berbeza”.

• Professor Charles A.Beard mendakwa bahawa penyusunan dan pemilihan


bahan-bahan oleh sejarawan adalah dipengaruhi prasangka, kepercayaan,
kegemaran, asuhan am dan pengalaman mereka terutama sosial dan
ekonomi.

• Beard menyifatkan kesukaran dalam keobjektifan sejarah kerana banyak


peristiwa yang berlaku tidak dirakam oleh saksi mata atau peristiwa berlaku
di luar pengetahuan umum. Hal ini membuktikan bahawa akan tetap berlaku
keciciran maklumat sama ada secara sengaja atau tidak.
ALIRAN THOMSON
• Golongan subjektivis mempertikaikan kemampuan ahli sejarah untuk
menghasilkan penulisan sejarah yang benar-benar objektif.

• Kemunculan golongan subjektivis pada tahun 1890-an telah


mewujudkan satu aliran sejarah lisan (oralist) yang dipelopori oleh
Allistair Thomson, seorang sejarawan British.

• Aliran baharu dalam sejarah ini mengangkat keterangan lisan sebagai


satu sumber sejarah yang penting.

• Kemunculan aliran oralist di Britain telah menerima kritikan hebat


daripada golongan objektivis dan menimbulkan perdebatan.
PERDEBATAN ANTARA
GOLONGAN OBJEKTIVIS DAN SUBJEKTIVIS
• Antara perdebatan utama yang ditimbul oleh golongan objektivis
terhadap golongan aliran oralist adalah ruang lingkup sejarah dan berkait
dengan isu “memori dalam sejarah”.

• Misalnya, Harold Perkin pada tahun 1976 telah memperjuangkan


“sejarah dari bawah” dengan mengangkat tema sejarah rakyat marhaen
dan sejarah kaum buruh di United Kingdom.

• Usaha ini adalah dilihat menyaingi golongan objektivis yang melihat


sejarah dari ruang lingkup pemerintah dan negara dan kurang memberi
penekanan terhadap sejarah kemasyarakatan dan sosial.
PANDANGAN GOLONGAN OBJEKTIVIS TERHADAP ISU
‘MEMORI DALAM SEJARAH’

Memori yang
menjadi kunci
Kehilangan
utama kepada
Kekangan memori oleh
keterangan lisan
tempoh masa orang sumber
adalah tidak boleh
merentasi masa
dipercayai

Kecenderungan
peribadi (personal
bias)
• Hujah golongan oralist
Kaedah penyelidikan sejarah
• Boleh mengatasi masalah
The Handbook of Oral persoalan bias dan
History memihak serta kelemahan
• memperincikan kaedah ingatan orang sumber
kajian sejarah lisan • mengkritik sumber,
• tidak terkeluar daripada banding silang dan
penyelidikan sejarah yang merujuk sumber yang
saintifik. pelbagai

• Kebanyakan ruang sejarah • Keperluan sejarah lisan


masih berada di kotak juga diperjuangkan bagi
pemikiran manusia yang menulis sejarah golongan
tidak didokumenkan dan bawah
diselidiki. • golongan marhaen
• banyak sumber-sumber • golongan pekerja
sejarah yang boleh • golongan minoriti
diusahakan lenyap ditelan
zaman
RUJUKAN
R.Suntharalingam (1985). Pengenalan kepada Sejarah. Kuala Lumpur:
Marican & Sons (M) Sdn.Bhd.

Muhd.Yusof Hashim (2000). Ilmu Sejarah: Falsafah, Pengertian dan


Kaedah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Anda mungkin juga menyukai