Anda di halaman 1dari 13

SEJARAH ISLAM SEHINGGA KERAJAAN ABBASIYAH

Topik 3: Zaman Khalifah Ar-Rasyidin

Khalifah Orang yang memegang jawatan sebagai ketua negara Islam


Khalifah Ar-Rasyidin Gelaran kepada 4 orang sahabat yang memegang jawatan
ketua negara Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad
SAW

Pemerintahan Khalifah Ar-Rasyidin

Khalifah Abu Bakar As- Biodata


Siddiq  Abdullah bin Abu Quhafah
(11-13H / 632-634 M)  Keturunan Bani Tamim
 Gelaran as-Siddiq kerana mengakui kebenaran
Rasulullah dalam peristiwa Isra’ dan Mikraj
 Dilahirkan pada tahun 572M, 2 tahun selepas
kelahiran Rasulullah SAW di Mekah
 Wafat pada 23 Jamadil Akhir tahun 13 Hijrah

Perlantikan
 Selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW, orang
Ansar berkumpul di Saqifah dan mencadangkan
Saad bin Abi Ubadah daripada suku Khazraj
sebagai khalifah
 Orang Muhajirin datang ke tempat yang sama dan
melakukan perbincangan bersama sebelum Abu
Bakar mencadangkan Umar al-Khattab dan Abu
Ubaidah sebagai khalifah
 Kedua-dua calon membantah dan memberi baiah
kepada Abu Bakar sebagai khalifah dan disokong
oleh umat Islam yang lain

Polisi Pentadbiran
 Memerangi golongan murtad iaitu golongan yang
terpengaruh dengan nabi palsu
 Memerangi golongan yang enggan membayar zakat
 Menggerakkan semula tentera Usamah bin Zaid
untuk memerangi penduduk Ghassan
 Melantik khalifah selepas beliau untuk mengelakkan
perselisihan

Sumbangan dan jasa


 Mengumpul tulisan-tulisan al-Quran
 Mendaulatkan kerajaan Islam daripada ancaman
golongan murtad, nabi palsu dan golongan yang
enggan membayar zakat
 Membebaskan negeri di bawah pengaruh Rom dan
Parsi

Khalifah Umar bin al- Biodata


Khattab  Umar bin al-Khattab bin Naufal
(13-23H / 634-644M)  Berketurunan Bani Adi
 Gelaran al-Faruq yang bermaksud orang yang
dapat membezakan antara kebenaran dan kebatilan
 Memeluk Islam selepas tahun keenam kerasulan
Nabi Muhammad SAW
 Dilahirkan 13 tahun selepas kelahiran Rasulullah
SAW
 Wafat pada akhir Zulhijjah tahun 23 hijrah

Perlantikan
 Khalifah Abu Bakar mencadangkan Umar al-
Khattab sebagai pegganti beliau selepas jatuh sakit
dan merasakan ajalnya semakin tiba
 Khalifah Abu Bakar meminta pandangan daripada
para sahabat yang lain dan mereka telah bersetuju
 Uthman bin Affan dikehendaki untuk menulis wasiat
tersebut dan beliau mengumumkan kepada orang
ramai dan mendapatkan persetujuan
Polisi pentadbiran
 Menyusun semula pentadbiran tanah yang dikuasai
oleh tentera Islam dalam peperangan sebagai
Ghanimah sebaliknya dijadikan sebagai harta
negara
 Tidak membenarkan para sahabat keluar atau
meninggalkan kota Madinah tanpa keizinan

Sumbangan dan jasa


 Menyusun pentadbiran Majlis Syura
 Menubuhkan beberapa jawatan pentadbiran seperti
Dewan al-Jund dan Dewan al-Kharaj
 Menyusun undang-undang tanah negara
 Mengisytiharkan kalender mengikut tahun hijrah
 Menubuhkan pasukan polis dan tentera laut

Khalifah Uthman bin Biodata


Affan  Uthman bin Affan bin Abil As bin Umaiyah
(644-656M)  Keturunan Bani Ummayyah
 Digelar Zul Nurain kerana mengahwini dua puteri
Rasulullah SAW
 Dilahirkan 5 tahun selepas kelahiran Rasulullah
SAW
 Wafat pada 18 Zulhijjah tahun 35 hijrah kerana
dibunuh oleh pemberontak ketika berusia 80 tahun

Perlatikan
 Khalifah Umar al-Khattab mencadangkan 6 orang
sahabat ketika dirawat akibat ditikam oleh Abu Lu’lu
iaitu Uthman bin Affan, Ali bin Abi Talib, Talhan bin
Ubaidah, Az-Zubir bin Al-Awwam, Saad bin Abi
Waqas, Abdul Rahman bin Auf
 Umar al-Khatab melantik anaknya, Abdullah
sebagai saksi
 Perbincangan dijalankan dan beberapa calon telah
menarik diri dan Abdul Rahman telah bertanyakan
kepada para sahabat yang terkemuka dan kaum
wanita tentang calon yang layak
 Akhirnya, Uthman bin Affan telah dilantik sebagai
khalifah ketiga

Polisi Pentadbiran
 Memberi peluang kepada sesiapa yang ingin
berjihad menyebar dan meluaskan pengaruh Islam
 Sahabt tidak lagi dilarang meninggalkan kota
Madinah
 Melonggarkan syarat penggunaan harta Baitul Mal
 Menetapkan bahawa al-Quran dibaca hanya
menggunakan lahjah Quraisy
 Gabenor dilantik dari kalangan Bani Ummayah

Sumbangan dan jasa


 Menyumbang harta dan kekayaan untuk pertahanan
negara
 Mengumpul dan membukukan al-Quran dalam satu
naskhah
 Membesarkan angkatan tentera darat dan laut

Khalifah Ali bin Abi Talib Biodata


(35-40H / 656-661M)  Ali bin Abi Talib bin Abdul Mutalib bin Hasyim
 Gelaran Karramullahu Wajhah yang bermaksud
orang yang dimuliakan wajahnya kerana tidak
pernah menyembah berhala
 Kanak-kanak pertama yang memeluk Islam (10
tahun)
 Dilahirkan pada tahun ke-10 sebelum kerasulan
Nabi Muhammad SAW
 Wafat pada tahun ke-40 hijrah
Perlatikan
 Selepas pembunuhan Khalifah Uthman, negara
berada dalam keadaan tidak stabil
 Pemberontak meminta Ali untuk mengambil alih
jawatan khalifah tetapi Ali menolak
 Namun, selepas melihat keadaan yang semakin
kucar-kacir, akhirnya Ali bersetuju menjadi khalifah
 Beberapa puak dari kalangan keluarga Ummayah
termasuk Muawiyah bin Abi SUfian, Gabenor Syam
tidak bersetuju dengan perlantikan ini

Polisi Pentadbiran
 Menukarkan pegawai-pegawai yang berketurunan
Bani Ummayah yang dilantik semasa zaman
Uthman kepada pegawai yang baru
 Meneruskan Majlis Tahkim walaupun mendapat
tentangan dari golongan Khawarij

Sumbangan dan jasa


 Menerima jawatan khalifah ketika negara tidak
berada dalam keadaan aman
Perpecahan Mazhab – Ahmadiyah, Ahli Sunnah wal Jamaah (Sunni), Syiah, Muktazilah
dan Khawarij

Faktor pembentukan mazhab

Faktor dalaman  Khalifah dipilih dan dipersetujui oleh rakyat tanpa


mengira sama ada kabilah itu berpengaruh
ataupun tidak. Ia sebagaimana dicadangkan oleh
kumpulan Ansar. Pandangan ini menjadi asas
kepada pemikiran Muktazillah.
 Khalifah dipilih daripada kalangan keluarga Nabi
Muhammad SAW. Ini sebagaimana dicadangkan
oleh beberapa kerabat Baginda (ahlul Bait).
Pandangan ini menjadi asas kepada lahirnya
aliran Syiah.
 Khalifah itu dipilih oleh umat Islam dan mesti
daripada kalangan kaum Quraisy yang merupakan
kabilah yang paling berpengaruh ketika itu.
Pandangan ini diutarakan oleh majoriti Sahabat
yang akhirnya diterima oleh kumpulan Ansar dan
Ahlul Bait dalam melantik Khalifah pertama,
Sayidina Abu Bakar al-Siddiq. Pandangan ini
diterima dalam kalangan Ahli Sunah Waljamaah.
 Kumpulan keempat pula berkecuali daripada
memberi sokongan dan menyerahkan urusan
kepada Allah SWT. Pandangan ini menjadi asas
kepada lahirnya kumpulan Murji'ah.

Faktor luaran  Individu yang memeluk Islam tetapi masih


berpegang pada ajaran agama lama atau amalan
silam.
 Individu yang menganut Islam secara berpura-
pura dan menyebelahi golongan yang
bertelingkah.
 Penterjemahan buku-buku karya sarjana-sarjana
bukan Islam secara bebas, tanpa menilai
keperluan diterjemah. Ini mengakibatkan campur
aduk pemikiran umat Islam ketika itu.
 Penyusupan ideologi asing oleh musuh Islam yang
akhirnya melahirkan sekurang-kurangnya 3 aliran
yang dinilai sesat, iaitu Qadariah, Jabariah dan
Syiah Pelampau.

Pegangan akidah

Ahli Sunnah Waljamaah  Berpegang dan mentafsirkan hukum-hukum Islam


(Kumpulan yang berpegang berlandaskan sumber perundangan utama, iaitu
teguh dengan al-Quran, al-Quran, hadis, ijmak dan qiyas
sunnah Rasulullah serta  Berpegang kepada ajaran Islam yang meliputi
perkara yang dibawa oleh perkara tentang iman, iaitu akidah. Islam iaitu
sahabat baginda serta syarak. Ihsan iaitu akhlak.
menentang perkara bid’ah)  Percaya bahawa semua para sahabat bersikap
benar dan adil
 Percaya dan beriman kepada perkara ghaib
melalui al-Quran dan hadis
 Orang mukmin dapat melihat Allah di syurga pada
hari kiamat
 Pelaku dosa besar dikira sebagai mukmin tetapi
dikira sebagai fasik kerana melakukan dosa besar
Syiah Syiah Imamiah
(Golongan yang mendokong  Jawatan pemimpin hanya layak disandang oleh
cita-cita untuk menjadikan ahlul bait
Saidina Ali sebagai khalifah  Jawatan imam dianugerahkan oleh Allah seperti
Rasulullah) kenabian (Dianggap sebagai maksum)
 Menolak semua hadis yang bukan diriwayatkan
oleh ahlul bait
 Beramal dengan Taqiyyah iaitu menyembunyikan
iktikad apabila berjumpa dengan orang yang
berbeza pegangan
 Mengharuskan perkahwinan Mut’ah
Syiah Zaidiah
 Kedudukan pelaku dosa besar berada di antara
keimanan dan kekufuran
 Perbuatan manusia adalah dilakukan oleh
manusia dan bukan Allah SWT
 Menolak kemaksuman imam mereka kecuali Ali,
Fatimah, Hassan dan Hussin

Syiah Batiniah
 Syiah yang paling radikal dan sesat
 Menghalalkan kemungkaran seperti minum arak
 Saidina Ali dan imam dianggap sebagai tuhan
 Imam mereka, Muhammad al Hanafiah masih
hidup
Khawarij  Pelaku dosa besar sebagai kafir
 Mengkafirkan dan menghalalkan darah umat Islam
yang berbeza iktikad dengan mereka
 Membataskan sumber syariat hanya al-Quran

Perundangan Fiqah

Mazhab Hanafi Mazhab ini sangat berpengaruh di Iraq, dan menjadi


(Diasaskan oleh Imam Abu mazhab rasmi kerajaan Uthmaniah. Mazhab ini juga
Hanifah) dianuti oleh penduduk Mesir,Syria,dan Bosnia. Sementara
di Turki pula mazhab ini berpengaruh dalam ibadat.
Mazhab Maliki Mazhab ini diamalkan di Utara Afrika dan sebahagian
(Diasaskan oleh Malik bin Afrika Barat. Menjadi panduan hukum Arab Saudi.
Anas bin Malik bin Amar al-
harith)
Mazhab Syafie Diamalkan oleh negara Selatan Mesir, Barat Arab Saudi,
(Diasaskan oleh Imam Syria, Indonesia, Malaysia, Brunei, Filipina Selatan,
Syafie atau Muhammad bin Bahrain
Idris al-Syafie)
Mazhab Hanbali Diamalkan di Semenanjung Arab, seperti Mekah dan
(Diasaskan oleh Ahmad bin Madinah, pedalaman Oman dan Teluk Parsi
Muhammad bin Hanbal)

Topik 4: Zaman Kerajaan Umaiyah Tahap 1 (Damsyik)

Latar Belakang Penubuhan

 Diasaskan oleh Muawiyah bin Abu Sufyan selepas peristiwa penyerahan kuasa
daripada Saidina Hassan dengan syarat Muawiyah hendaklah memimpin negara
berdasarkan al-Quran dan Sunnah, menghormati dan memuliakan keluarga nabi
Muhammad SAW, pemilihan jawatan berdasarkan syura
 Menggunakan gelaran khalifah
 Tahun memerintah 41 hijrah sehingga 132 hijrah

Era Kegemilangan Pemerintahan

Politik  Meluaskan wilayah Islam di Rom, China, India, Afrika Utara


dan Eropah
 Pelantikan gabenor yang berwibawa mengahpuskan
pemberontakan khawarij dan syiah
Ekonomi  Pengurusan Baitul Mal yang cekap sehingga hasil pendapatan
negara melebihi keperluan
 Kerajaan memanfaatkan hasil daripada pertanian dan
pembangunan
Sosial  Penjagaan kebajikan rakyat menerusi bantuan kepada
golongan yang memerlukan dan penyediaan kemudahan asas
seperti masjid, jalanraya dan hospital
 Hubungan yang erat antara pemimpin dan rakyat

Tokoh dan sumbangan

Muawiyah bin Abu Sufyan  Mewujudkan perkhidmatan pos berkuda


 Khalifah yang pertama (Dewan Al-Barid)
 Tempoh 41H – 60H  Memperkenalkan cop mohor rasmi kerajaan
Umaiyah (Diwan al Khatim)
 Menubuhkan jawatan setiausaha (Dewan al-
Rosaili), jabatan cukai dan jabatan urusan
awam
 Memperkasakan armada laut
Abdul Malik bin Marwan  Menetapkan bahasa Arab sebagai bahasa
 Khalifah kelima rasmi dalam pentadbiran
 Tempoh 65H – 86H  Menaiktaraf jabatan pos dan sistem
pengangkutan awam
 Mengarahkan pembinaan Kubah Sakhrah di
Baitul Maqdis
 Menubuhkan Diwan al Jund
 Mencetak wang dinar Islam pertama bertulisan
Arab dan berteks al-Quran
Al- Walid bin Abd Malik  Pembukaan wilayah Islam baharu seperti
 Khalifah keenam Andalus dan India
 Tempoh 86H – 96H  Memperbaiki dan mencantikkan Masjid Nabawi
 Membina banyak masjid baharu seperti Masjid
Umawi di Damsyik
 Menubuhkan jabatan khas untuk golongan
yang berkeperluan khas dan warga emas
 Menggalakkan pembinaan bangunan baharu
bercirikan seni bina Islam
 Memperbaiki jalanraya menuju ke Hijjaz untuk
memudahkan urusan Jemaah Haji
Umar bin Abdul Aziz  Mengecualikan bayaran cukai Jizyah kepada
 Khalifah kelapan kafir Zimmi sehingga mereka memeluk Islam
 Tempoh 99H – 101H  Membina rumah transit untuk para pedagang
 Mengeluarkan arahan rasmi kepada Ibnu
Shihah az-Zuhri untuk membukukan hadis
Rasulullah SAW
 Menaiktaraf infrastruktur untuk kemudahan
rakyat seperti hospital, jambatan, perigi,
jalanraya, sistem pengangkutan awam
 Mengasaskan Dewan Penasihat yang
dianggotai oleh para ulama untuk menasihati
khalifah
Era kemerosotan dan kejatuhan kerajaan

Politik  Sistem lantikan khalifah secara warisan menimbulkan


perebutan kuasa dan persaingan dalam kalangan
anggota keluarga
 Pemberontakkan oleh puak syiah dan khawarij serta
golongan yang tidak berpuas hati dengan penubuhan
kerajaan Umaiyah
Sosial  Sikap taksub antara kabilah arab utara dan selatan
sehingga mencetuskan peperangan dan gerakan sulit
untuk menumbangkan kerajaan
 Sikap diskriminasi sebahagian khalifah terhadap golongan
Mawali seberti bangsa Parsi dan Barbar dalam pemilihan
jawatan gabenor
Akhlak  Khalifah mengamalkan cara hidup mewah dan boros
dalam perbelanjaan hingga menimbulkan rasa tidak puas
hati rakyat
 Keruntuhan moral dalam kalangan khalifah kerana
cenderung kepada hiburan dan keganasan

Topik 4: Zaman Kerajaan Umaiyah Tahap 2 (Andalusia)

Latar belakang penubuhan

 Selepas kejatuhan kerajaan Umaiyah di Damsyik, Abdul Rahman al Dakhil dan kaum
keluarga Bani Umaiyah telah ditangkap, diseksa dan dibunuh oleh pemerintah Bani
Abbasiyah.
 Abdul Rahman al Dakhil telah berjaya meladdikan diri ke Palestin, kemudian ke
Mesir dan pantai Maghribi.
 Baginda mengutuskan Badr untuk ke Sepanyol bagi mendapatkan sokongan dan
Badr telah berjumpa dengan ketua kumpulan tentera Syria (Syamiyyin) dan berjaya
meyakinkan pemimpin tentera.
 Pada September 755M, mereka berangkat ke Sepanyol.
 Pada Mei 756M, Abdul Rahman al-Dakhil dan tentera Syria bertempur dengan
tentera suku Qais.
 Kemudian, apabila menang, Abdul Rahman al Dakhil telah diisytiharkan sebagai
Amir di Andalus.
Era kegemilangan pemerintahan
Politik  Menekankan kepentingan ilmu dalam masyarakat dan
membina frasarana keilmuan seperti perpustakaan dan
masjid
 Pemerintah meminta pandangan daripada para ahli ulama
dalam memerintah
Ekonomi  Membuka pusat perindustrian yang pertama iaitu di
Balansia, Syathiba dan Toledo
 Menghasilkan kertas, inovasi senjata api, penjualan alatan
perang
 Meningkatkan kualiti pertanian: Penyakit pokok dan cara
mengubatinya, sistem pertanian, sistem pengairan (sistem
hidraulik)
Sosial  Menyediakan kemudahan yang lengkap kepada rakyat
seperti pembinaan masjid, tempat mandi, premis
perniagaan.
 Menaiktaraf sistem pos untuk memudahkan penyampaian
maklumat
 Membina hospital untuk memastikan kualiti kesihatan
rakyat terjamin setelah ramai pakar perubatan dan doktor
dilahirkan di Cordova
 Masyarakat saling hormat-menghormati di mana para
sarjana tidak mementingkan pangkat dan masyarakat
memandang tinggi terhadap pencapaian akademik
berbanding status atau harta yang dimiliki

Tokoh dan sumbangan


Abdul Rahman Al-Dakhil  Membina Masjid Cornova
 Amir yang pertama  Menjadikan iku kota Carnova sebagai
 138H / 756M pusat pemerintahan yang gah
 Menubuhkan sekolah di bandar-bandar
besar
 Pembinaan jalan raya, memperbaiki
perkhidmatan pos
 Pembinaan bangunan baru yang
menjadikan wilayah Andalus sebagai
wilayah yang maju dan lengkap
Al-Hakkam  Melakukan terjemahan bahasa latin
dan bahasa Yunani ke bahasa Arab
secara besar-besaran
 Membina perpustakaan dan universiti
 Menaiktaraf masjid utama Mezquita
 Mengukuhkan pengaruhnya ke atas
wilayah Kristian, Navvare, Castile dan
Leon

Era kemerosotan pemerintahan


 Andalusia telah berpecah kepada 20 buah kerajaan kecil disebabkan oleh semangat
puak dalam kalangan masyarakat.
 Pemimpi di Cordova berselisihan fahaman disebabkan ingin merebut kuasa sebagai
pemerintah.
 Berlakunya pergolakan dalam kalngan anak-beranak diraja disebabkan oleh sikap
Abu Abdullah yang tidak berpuas hati dengan perwarisan takhta yang diputuskan
oleh baoanya, sehingga beliau membunuh ayahnya
 Penyerahan Granada dalam bentuk perjanjian yang ditandatangani oleh pihak Islam
dan Kristian untuk menyelamatkan maruah pemimpin Islam di bawah pimpinan Abu
Abdullah
 Tiada mekanisme dlaam mencari pengganti yang layak untuk meneruskan
pemerintahan di mana kebanyakkan mereka mewariskan kepimpinan kepada anak
beranak atau ahli keluarga
 Ketiadaan sokongan dari pemerintah Islam di wilayah Andalusia, melainkan diterima
hanya Afrika Utara

Anda mungkin juga menyukai