Anda di halaman 1dari 3

ISL 2

Definisi Filolog

Ilmu filologi merujuk kepada ilmu yang meneliti pada naskhah-naskhah manuskrip

terutamanya manuskrip lama dan kuno.


Sebuah teks yang termuat dalam manuskrip lama seringkali sulit untuk difahami,
bukan disebabkan oleh penggunaan bahasanya yang sulit, akan tetapi disebabkan
oleh penyalinan manuskrip tersebut secara berulang kali.

Kekerapan penyalinan teks sejarah dalam manuskrip lama telah mengakibatkan


pelbagai kesalahan ditemui pada teks tersebut dari segi ejaan, struktur ayat dan
istilah.

Hal ini terjadi disebabkan oleh pelbagai faktor, akan tetapi antara faktor utama
termasuklah kecuaian penyalin ketika menyalin naskhah asal manuskrip, di samping
tindakan penyalin yang membuang dan melakukan tokok tambah ke atas teks asal.

Penyalinan semula teks daripada naskhah asal dilakukan atas pelbagai tujuan oleh
para pembaca teks berkenaan pada masa naskhah itu berlegar dalam kalangan
masyarakat. Antaranya termasuklah:
i.
ii.

Ingin memiliki teks itu sendiri sebagai satu koleksi;


Kekhuatiran akan berlakunya kemusnahan pada naskhah asal seperti hilang,

iii.
iv.

terbakar dsb;
Disalin untuk tujuan politik, agama, pendidikan dsb;
Untuk tujuan magis, iaitu dengan menyalin naskhah teks tertentu, orang akan
merasa kekuatan magis daripada teks yang disalin.

Proses penyalinan teks ini juga dikenali sebagai proses penggandaan atau
penurunan dan tradisi teks. Proses penurunan teks bukan hanya terjadi pada
naskhah asal, akan tetapi turut terjadi pada naskhah turunan pertama, kedua, ketiga
dan seterusnya.

Hasilnya, usaha untuk menentukan sesuatu naskhah itu sebagai naskhah asli atau
naskhah turunan oleh para pengkaji adalah amat sukar dan hampir mustahil.

Oleh itu, ilmu filologi adalah penting dalam membantu para pengkaji sejarah dalam
memahami teks sejarah yang mungkin ada kecacatan atau kekeliruan, seterusnya
melakukan penambahbaikan terhadap teks berkenaan.

Permasalahan Filolog

Dalam ilmu filologi, terdapat dua pola kesalahan dalam tradisi penurunan teks iaitu
perubahan yang berlaku kerana ketidaksengajaan dan perubahan yang berlaku
dengan sengaja oleh penyalin teks.

Untuk pola perubahan ketidaksengajaan, kesalahan mungkin berlaku disebabkan


oleh beberapa faktor termasuklah huruf yang hilang (haplografi), bahagian yang
tertinggal (lakuna), penyalinan maju dari perkataan ke perkataan yang sama (saut de
mme a u mme), ditulis dua kali (ditografi) dan penambahan (interpolasi).

Untuk pola perubahan yang dibuat secara sengaja pula, faktor perubahan berlaku
termasuklah disebabkan oleh faktor politik, agama, ideologi, budaya dsb.

Secara teorinya juga, semakin kerap frekuensi penyalin teks, semakin kerap
perubahan berlaku ke atas teks tersebut.

Oleh itu, bagi mengatasi kesalahan yang terdapat pada teks, ilmu filologi
membenarkan para pengkaji teks untuk menyunting teks tersebut supaya menjadi
sempurna dan boleh ditafsirkan.

Walaubagaimanapun, suntingan tersebut mestilah diperbetulkan dengan bentuk


yang paling dekat dengan teks aslinya. Untuk itu, ahli filolog telah memperkenalkan
beberapa kaedah dalam mengkaji teks termasuklah fenomenologis, paleografi,
etimologi dan etnolinguistik.

Definisi Anakronisme

Perkataan anakronisme berasal daripada perkataan anachronus yang merupakan


cantuman daripada dua perkataan iaitu ana dan chronus.

Perkenaan ana bermaksud bertentangan (against) manakala chronus bermaksud


masa. Hal ini bererti, perkataan anachronus bermaksud bertentangan dengan
masa.

Dalam sejarah, anakronisme merujuk kepada sesuatu peristiwa sejarah yang


menyentuh kepada keadaan masa bersalahan masa atau bertentangan dengan
waktu yang sebenarnya berlaku.

Funk & Wagnalls mentakrifkan anakronisme sebagai satu kesalahan dalam


penggunaan sistem tertibtarikh (kronologi) atau dinyatakan peristiwa yang berlaku
atau diwakilkan sebagai berlaku yang terkeluar dari masa yang betul dan
sewajarnya.

Secara umumnya, Muhammad Yusoff Hashim (1988) telah membahagikan


permasalahan anakronisme dalam pensejarahan Melayu tradisional kepada tiga jenis
iaitu:
1. Anakronisme pada Sebuah Karya yang Sama
2. Anakronisme pada Membanding Dua Teks Sejarah Berlainan dalam
Satu Peristiwa yang Sama
3. Anakronisme dengan Membanding Sebuah Sumber Sejarah dengan
Sumber Sezaman yang Lain

Anda mungkin juga menyukai