Anda di halaman 1dari 5

SULIT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS


TAWAU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN


(PPISMP)

Semester 2 Tahun 1
KUIZ 1
KEMAHIRAN BELAJAR

KOD : GPPP1092 TARIKH: APRIL 2022

ANGKA GILIRAN: 2 0 2 1 0 5 2 3 1 0 0 0 2 MASA : 30 MINIT

NO. KAD

PENGENALAN : 021202 - 11 - 0359

ARAHAN KEPADA CALON


1. Kertas soalan ini mengandungi dua (2) soalan struktur.
2. Jawab semua soalan.

UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA

BAHAGIAN NO. SOALAN/ MARKAH JUMLAH

1 2

JUMLAH KESELURUHAN

BUKU SOALAN INI MENGANDUNGI 4 HALAMAN


BERCETAK

1
Kod : GPPP1092

1. Bagi melahirkan guru yang mempunyai kesedaran dan daya pemikiran untuk
mengendalikan pengajaran dan pembelajaran secara interaktif, serta dapat
memperkembangkan potensi murid agar dapat membudayakan ilmu dalam
masyarakat, seorang guru perlu memahami konsep pendidikan serta
mempunyai ciri-ciri seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Guru.

b) Nyatakan empat ciri-ciri seorang guru yang terkandung dalam Falsafah


Pendidikan Guru.

i) Tenaga mental tinggi

ii) Berwibawa

iii) Daya kepimpinan

Iv) Kendiri positif

(4 markah)

2. Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjadi garis panduan untuk semua aktiviti


dalam sistem pendidikan di Malaysia, terutamanya guru bagi membantu hala tuju
menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran. Maka, seorang guru perlu
mengetahui elemen-elemen yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan kerana elemen-elemen dalam FPK menjelaskan tujuan dan
matlamat pendidikan negara Malaysia.

Jelaskan tiga elemen yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan


Kebangsaan.
Pendidikan adalah suatu usaha yang berterusan. Pendidikan adalah suatu proses pemerolehan dan
pemindahan ilmu, kemahiran dan nilai-nilai murni. Proses pemerolehan dan pemindahan berlangsung
secara berterusan bermula dari kecil sehingga ke akhir hayat. Pendidikan awal kanak-kanak amat
penting untuk membentuk asas sahsiah kanak - kanak yang berada dalam lingkungan umur antara
satu hingga enam tahun. Sahsiah yang dibentuk akan terus berkembang sepanjang tempoh
persekolahan. Setelah tamat persekolahan, setiap individu masih terus meningkatkan ilmu,
kemahiran dan akhlak mereka. Proses pendidikan yang berterusan bagi membantu individu
menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan. Seterusnya, perkembangan potensi individu. Setiap
individu telah dikurniakan oleh Tuhan dengan bakat, potensi dan kebolehan yang mungkin
terpendam. Bakat, potensi dan kebolehan seelok-eloknya dicungkil, dipupuk, dikembangkan dan
dipertingkatkan. Bakat, potensi dan kebolehan akan terjelma melalui interaksi sosial dengan orang
lain dan alam sekeliling. Pendidikan seharusnya memberi peluang individu untuk berkembang bakat,
potensi dan kebolehan mereka. Akhir sekali, insan yang seimbang dan harmonis. Amat penting bagi

1
Kod : GPPP1092

individu memiliki ilmu (intelek), sahsiah yang baik (emosi), percaya kepada Tuhan serta mempunyai
akhlak yang baik (rohani) dan kesihatan diri yang baik (jasmani). Keseimbangan antara keempat-
empat aspek di atas akan menghasilkan individu yang mampu hidup secara harmonis dengan diri
dan orang lain. Syarat untuk mendapat bimbingan dan hidayah dari Allah adalah setiap manusia
perlu seimbang dari aspek luaran dan dalaman iaitu manusia yang jujur, benar, baik tutur dan
amalannya. Individu sedemikian memiliki ketahanan untuk menghadapi segala cabaran hidup serta
sanggup berhadapan dengan apa jua masalah yang timbul.

1
Kod : GPPP1092

1
Kod : GPPP1092

(6 markah]

SOALAN TAMAT

SULIT

Anda mungkin juga menyukai