Anda di halaman 1dari 1

ULASAN

Berdasarkan video yang telah saya tonton, saya telah dapati bahawa banyak kebaikan yang
secara tidak langsung dapat saya ambil daripada pengajaran video tersebut. Video tersebut
menjelaskan secara dengan lebih mendalam dan terperinci dalam hal kemahiran berfikir yang
kreatif. Antara kebaikan kemahiran berfikir secara kreatif terhadap diri saya ialah memupuk dan
mewujudkan pemikiran yang baik dan berkesan. Hal ini dapat memberikan saya kelebihan
dalam membuat satu satu kesimpulan atau sesuatu keputusan dengan lebih efektif. Segala
kritikan atau teguran juga dapat saya tukarkan kepada inspirasi buat diri saya sendiri. Hal yang
demikian menjadikan hasil kerja saya lebih berseni. Selain itu, saya juga dapat mengamalkan
budaya berfikir secara kritis dan kreatif. Hal ini mengajar saya untuk mengatasi dalam kesilapan
- kesilapan berfikir yang terburu - buru, bercelaru, kabur dan sempit. Saya juga akan dapat
mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih praktikal sama
ada di dalam atau di luar sekolah seterusnya akan meletakkan diri saya lebih bersikap terbuka
dalam menerima dan memberikan pendapat, membina keyakinan diri untuk memberikan hujah,
membuat pertimbangan berdasarkan alasan dan bukti serta berani memberikan pandangan dan
kritikan.

link youtube : https://www.youtube.com/watch?v=wbFVNBNl7Bk

Anda mungkin juga menyukai