Anda di halaman 1dari 1

ANALISIS PROSES KOMUNIKASI

Berdasarkan audio yang telah dikongsi , kita dapat dengar bahawa terdapat beberapa perbualan yang
telah terlibat secara langsung melibatkan lebih daripada satu pihak . Audio tersebut memberi gambaran
kepada kita bahawa satu situasi di mana juruterbang berkomunikasi dengan penerima komunikasi iaitu
disebut sebagai receiver yang berada di stesen komunikasi dengan menjalankan tugas sebagai pengatur
lalu lintas udara . Komunikasi ini dinamakan sebagai komunikasi penerbangan kerana komunikasi ini
adalah salah satu cara kru pesawat berhubung dengan pesawat lain dan orang di darat untuk
menyampaikan maklumat . Komunikasi penerbangan adalah komponen penting yang berkaitan dengan
keberhasilan fungsi pergerakan pesawat di darat dan di udara . Peningkatan kemajuan dalam
komunikasi ini mampu mengurangkan risiko kemalangan yang berlaku di udara . Lazimnya , juruterbang
akan memaklumkan kepada pengatur lalu lintas yang bertugas pada hari tersebut sebelum memasuki
kawasan udara itu . Jika dilihat dari perspektif di dalam bilik darjah , komunikasi tersebut juga turut
diaplikasikan oleh guru kepada para pelajar agar dapat menyampaikan sesuatu maklumat atau
merangsang minda seseorang secara jelas dan berkesan . Kekurangan kepakaran guru berkomunikasi
mampu berlakunya ketidaksampaian sesuatu maklumat dan berupaya untuk menyebabkan perselisihan
faham dalam kalangan pelajar . Proses komunikasi di dalam kelas boleh berlaku secara sehala sekiranya
guru tersebut hanya ingin menyampaikan sesuatu tugasan yang perlu dilakukan oleh para pelajar dan
boleh berlaku secara dua hala sekiranya guru tersebut memerlukan interaksi daripada para pelajar
sebagai tanda berkongsi pendapat atau idea - idea yang bernas .

Anda mungkin juga menyukai