Anda di halaman 1dari 8

NAMA SISWA PENDIDIK : AFIF RAMADHAN BIN KAMARUDIN

NO ANGKA GILIRAN : 2021052310002

NO KAD PENGENALAN : 021202110359

KUMPULAN / UNIT : PAI 1

KOD NAMA KURSUS : GPMK 1012 PENGANTAR BAHASA MELAYU KOMUNIKASI

NAMA PENSYARAH : EN MOHD MALIM ESANUDDIN

TARIKH HANTAR : 20 NOVEMBER 2021

1
DRAF KANDUNGAN

1.0 PENDAHULUAN.....................................................................................................................................3
2.0 PENGENALAN........................................................................................................................................3
3.0 MAKSUD KESANTUNAN.........................................................................................................................4
4.0 PRO DAN KONTRA.................................................................................................................................4
5.0 CADANGAN LANGKAH PENAMBAHBAIKAN...........................................................................................5
6.0 PENUTUP...............................................................................................................................................5
7.0 RUJUKAN...............................................................................................................................................6

2
1.0 PENDAHULUAN

Saya Afif Ramadhan bin Kamarudin daripada PPISMP PAI 1 telah ditugaskan oleh
pensyarah saya iaitu En Malim bin Esanuddin untuk menyiapkan satu tugasan penulisan
akademik di bawah kursus GPMK 1012 Pengantar Bahasa Melayu Komunikasi yang diberi
tempoh selama yang telah ditetapkan. Tugasan ini berkisarkan amalan kesantunan berbahasa
dalam diri masyarakat pada hari ini yang merangkumi pengenalan, pro dan kontra, cadangan
langkah penambahbaikan dan penutup. Tugasan ini juga diolah berdasarkan daripada
beberapa fakta dan sumber yang sahih serta beberapa kajian daripada internet.

2.0 PENGENALAN

Perkembangan teknologi informasi dan komunikasi yang semakin pesat menunjukkan


bahawa masyarakat semakin canggih dalam memanfaatkan produk - produk teknologi,
termasuk dalam memanfaatkan media sosial sebagai alat untuk mendapatkan informasi dan
berkomunikasi. Pemanfaatan media sosial yang seolah olah tanpa batasan ini telah sedikit
sebanyak memberikan pola kebergantungan yang tinggi dan memberikan impak positif dan
negatif bagi penggunanya, misalnya sering kali ditemui di jaringan sosial yang salah satunya
adalah Instagram. Contohnya, dapat memudahkan manusia untuk saling berkomunikasi dalam
jarak jauh secara cepat. Dengan menyebar luasnya sesuatu jaringan, maka secara tidak
langsung manusia pun akan merasa lebih mudah untuk saling berkomunikasi walau di mana
saja mereka berada. Namun tidak dapat dinafikan bahawa akan ada kesan negatif yang akan
timbul dengan kewujudan media sosial khusunya kehidupan dalam era digital ini. Hal seperti
kesantunan berbahasa perlu diterapkan dalam merentasi alam digital kerana kesantunan
berbahasa salah satu aspek yang sangat penting sebagai usaha untuk berkomunikasi dengan
individu yang lain dalam menggunakan strategi tertentu agar dapat mewujudkan keselarasan
sosial dalam menyesuaikan penggunaan bahasa dengan suasana dan aktiviti sosial yang
dilakukan.

3
3.0 MAKSUD KESANTUNAN

Kesantunan dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang dapat mengurangkan


pergeseran dalam sesuatu interaksi (Lakoff, 1975) dan berlaku apabila kontrak perbualan
digunakan oleh penutur dan pendengar sebagai usaha untuk mengekalkan komunikasi yang
harmoni tanpa menimbulkan sebarang konflik (Fraser & Nolan, 1981). Kesantunan berbahasa
juga merujuk penggunaan bahasa sehari - hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan,
dan rasa tersinggung daripada pihak pendengar (Asmah, 2000).

4.0 PRO DAN KONTRA

Meninjau dari skop yang lebih luas, amalan kesantunan berbahasa dalam alam digital
dapat melahirkan masyarakat yang bertamadun. Menurut konteks sejarah, masyarakat yang
bertamadun merupakan masyarakat yang memiliki tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan
yang luhur selain pencapaian lahiriah. Oleh itu, masyarakat pada masa tersebut dapat membina
empayar dan kerajaan yang kuat dan hebat seperti ketika tamadun Mesopotamia. Tamadun
Mesir Purba, tamadun Indus dan tamadun Hwang Ho walaupun pada masa itu teknologi yang
masih belum berkembang dengan sepenuhnya seperti sekarang. Dengan adanya keadaan di
mana semua masyarakat saling mengamalkan amalan kesantunan berbahasa, ia dapat
mewujudkan suasana yang harmoni seterusnya memelihara kedaulatan negara tersebut.

Namun begitu, pengabaian mengamalkan amalan kesantunan berbahasa dalam dunia


digital akan membawa kepada seperti penggunaan kata - kata kesat yang berleluasa contohnya
bodoh. Hal ini seolah - olah akan menggambarkan masyarakat kita masih lagi hidup dalam
Zaman Jahiliah yang mana nilai dan moral kehidupan masyarakat pada zaman tersebut
amatlah rendah. Perkara seumpama ini tidak sepatutnya wujud dalam masyarakat kita lagi
memandangkan negara kita telah lima dekad mencapai kemerdekaan.. Justeru, negara amat
memerlukan masyarakat yang berfikiran matang dan bijak untuk membina sebuah ‘ tamadun ‘
yang baharu lebih - lebih lagi dalam era digital ini.

4
Selain itu, pengabaian amalan kesantunan berbahasa dalam masyarakat Malaysia juga
boleh menjatuhkan maruah masyarakat Malaysia. Apabila masyarakat Malaysia tidak
mempunyai kesedaran terhadap kepentingan amalan kesantunam berbahasa, ini menyebabkan
pertelingkahan dan perselisihan faham senang berlaku di antara satu sama lain. Apabila
masyarakat tidak berbudi bahasa, rakyat akan saling tidak menghormati antara satu sama lain
dan ini sedikit sebanyak akan menyekat kerjasama antara rakyat untuk mencapai Wawasan
2020. Kelunturan kesantunan bahasa dalam masyarakat Malaysia juga mampu untuk
menjatuhkan maruah Malaysia di persada dunia. Apabila terdapat rakyat dari negara asing
mengunjung ke negara Malaysia sama ada untuk bekerja atau melancong, mereka akan
melihat amalan serta nilai rakyat Malaysia. Jika masyarakat Malaysia menunjukkan sikap serta
amalan yang tidak berbudi bahasa dan bertamadun, rakyat negara asing akan pandang rendah
terhadap negara Malaysia. Apabila pengunjung-pengunjung asing ini kembali ke negara
masing-masing, mereka akan memberitahu masyarakat mereka tentang Malaysia merupakan
negara yang tidak bertamadun, ini akan menyebabkan negara asing mempunyai pandangan
negatif terhadap Malaysia dan tidak mengiktiraf kedudukan Malaysia sebagai negara yang
bertamadun.

5.0 CADANGAN LANGKAH PENAMBAHBAIKAN

Langkah yang boleh dilakukan untuk meningkatkan amalan kesantunan berbahasa


dalam dunia digital ialah melalui media massa. Pada zaman yang serba moden ini, semua
informasi yang berlaku di dunia ini mudah didapati kerana kemudahan seperti internet,
televisyen dan banyak lagi memberi kita peluang untuk menerokai hal - hal yang berlaku pada
masa sekarang. Video atau iklan yang ditayangkan melalui media massa seperti televisyen
berupaya untuk mempengaruhi sikap seseorang. Untuk merealisasikan impian ini, pihak media
boleh menyediakan sebuah animasi atau grafik yang berbentuk poster yang mencakupi segala
hal di bawah tajuk kesantunan berbahasa contohnya kepentingan dan kesan. Seperti yang
sedia kita maklum, pendekatan sebegitu sentiasa menjadi daya tarikan dalam kalangan
masyarakat di negara kita. Oleh hal yang demikian, hal ini sedikit sebanyak dapat mengajar
masyarakat betapa tinggi nilainya amalan kesantunan berbahasa dalam dunia digital.

5
6.0 PENUTUP

Meskipun semakin canggih perkembangan teknologi saban hari, perlu diingat bahawa
kita masih lagi tetap memerlukan unsur - unsur kesopanan dan kesantunan ketika berbicara
atau berkomunikasi bersama - sama kenalan. Aspek tatabahasa juga sangat penting supaya
mesej yang disampaikan mudah difahami dan tidak disalah anggap. Ada antara kenalan di
media sosial yang merupakan kenalan rapat, ada juga yang dikenali sekadar adanya, ada juga
yang berstatus saudara - mara dan adik - beradik. Terdapat juga individu yang bergelar atau
berpangkat yang sangat perlu dijaga air mukanya. Oleh yang demikian, sewajarnya
penggunaan bahasa dalam dunia digital menepati kehendak kesantunan yang bertepatan
dengan status kenalan sapaan yang diajak berinteraksi itu. Walau apa pun alasan dan apa pun
definisinya bagi media sosial itu, interaksi kita pada medium terbuka haruslah selari dengan
adab dan sopan sebagai warganegara yang patuh pada prinsip rukun negara yang kelima, iaitu
kesopanan dan kesusilaan. Disebabkan cakupan alam digital itu luas serta netizennya yang
bersifat bebas, kita wajar berbicara dengan baik dan tidak melanggar norma kesusilaan sebagai
individu yang mampu mendidik generasi akan datang dengan leluhur budi yang sebatas dengan
budaya bangsa.

7.0 RUJUKAN

Asmah Haji Omar. (2000). Wacana, perbincangan, perbahasan dan perundingan. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Asmah Haji Omar. (2007). Kesantunan bahasa dalam pengurusan pentadbiran dan media,

Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Fraser, B., & Nolen, W. (1981). The association deference with linguistic form. Internasional

Journal of The Sosiology of Language, (27), 93–109

Lakoff, R. T. (1975). Language and women’s place. New York: Harper and Row

6
Rais Yatim. (2011). Tahap Kesopanan Generasi Muda Kini Semakin Menurun Berbanding

dengan Belia di Negara Luar. Utusan Malaysia, 1 Julai 2011

Riduan Makhtar & Abd Ganing Laengkang. (2016). Amalan dan penilaian kesantunan bahasa

dalam kalangan pelajar pascasiswazah Melayu Muslim. Journal of Social Sciences and

Humanities, (3),1–18.

Zaitul Azma Zainon Hamzah & Ahmad Fuad Mat Hassan. (2015). Kesopanan Berbahasa dalam

Kalangan Remaja. Malaysia-Indonesia: Bahasa, Sastera dan Budaya, 114–126. Bangi:

Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

7
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU
PENTAKSIRAN KERJA KURSUS
BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS

Nama Siswa Pendidik: Angka Giliran :

Kod : Nama Kursus :


Pensyarah :
Tarikh Hantar : Tarikh Terima :
Pengakuan Pelajar
Saya mengaku bahawa kerja kursus ini ialah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tanda tangan Pelajar : Tarikh :


Perincian Maklum Balas Kerja Kursus

Pemeriksa Moderator (jika berkaitan)


Kekuatan : Kekuatan :

Aspek yang boleh diperbaiki : Aspek yang boleh diperbaiki :

Tandatangan : Tarikh : Tandatangan : Tarikh :


Pengesahan Pelajar
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan
fahami.
Catatan

Tandatangan Pelajar : Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai