Anda di halaman 1dari 25

1.

0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Sejak terbinanya tamadun manusia berkurun-kurun lamanya dahulu,

komunikasi dan interaksi sosial sesama mereka adalah agak terbatas.  Seiring

dengan peredaran masa, manusia dengan bantuan akal fikiran yang dianugerahkan

tuhan mula mengorak langkah dalam semua lapangan kehidupan sekaligus

mencetuskan pembaharuan demi pembaharuan.

Sejarah telah membuktikan Bahasa Melayu telah menjadi bahasa lingua

franca (bahasa perantaraan) bagi daerah-daerah kepulauan Melayu sejak zaman-

berzaman. Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa perhubungan antara

orang-orang yang tinggal di kepulauan Melayu dan orang-orang mendatang

seperti pedagang-pedagang dan pengembara-pengembara dari Eropah, Asia

Tengah, Cina dan India.

Bermula dengan tercetusnya revolusi pertanian pada akhir kurun  ke-17,

tamadun manusia terus berkembang sehinggalah menempuhi zaman revolusi

perindustrian pada kurun ke 18 dan 19.  Pada abad ke-20 ini pula, kita

menyaksikan ledakan maklumat yang berlaku secara global dan membawa kepada

tercetusnya revolusi dunia ketiga iaitu revolusi era digital atau teknologi

maklumat sebagai peneraju dunia yang akan mengubah peradaban dan tamadun

manusia.

Masyarakat Malaysia di abad ke-21 merupakan masyarakat yang hidup

dalam era globalisasi yang berorientasikan sains dan teknologi. Masyarakat sangat

bergantung kepada penggunaan sains dan teknologi dalam semua aspek

1
kehidupan, dan pembaharuan dan penggunaan unsur-unsur kreatif sangat penting

dalam amalan hidup seharian. Penggerak utama kemajuan dan pembaharuan itu

ialah ilmu pengetahuan dan penyebarannya menerusi teknologi maklumat dan

komunikasi atau information technology and communication (ICT). Oleh kerana

kuatnya pergantungan kepada teknologi maklumat itu, maka abad ke-21, dicirikan

sebagai abad teknologi maklumat dan komunikasi.

Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) adalah diasaskan oleh

perkembangan dan kemajuan yang pesat dalam bidang mikroelektronik sehingga

menghasilkan pelbagai kemudahan teknologi maklumat seperti komputer

peribadi, telekomunikasi multimedia dan sebagainya. Seterusnya kemunculan

internet telah meluaskan penggunaan ICT dengan jaringan informasi bersepadu

sehingga membolehkan diaplikasikan sebagai media komunikasi yang melibatkan

teks, bunyi, grafik dan video. Fenomena ini secara langsung mempengaruhi dan

mencabar kewibawaan dan kedudukan bahasa Melayu di rantau Nusantara ini.

1.2 Objektif Kajian

 Mengetahui konsep Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dengan

lebih terperinci lagi.

 Mengetahui sejauh mana Bahasa Melayu digunakan dalam era ICT.

 Mengetahui tentang isu dan cabaran masa kini mengenai konsep Bahasa

Melayu dalam era ICT.

 Mendalami beberapa cadangan bagi memperkayakan bahasa Melayu

dalam era Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).

2
1.3 Kaedah Kajian

Kajian ini meliputi kaedah yang umum seperti pencarian maklumat

melalui buku, jurnal dan bahan ilmiah lain sama ada melalui perpustakaan

mahupun internet. Penggunaan enjin carian di internet seperti Yahoo dan Googles

amat penting dalam mendapatkan maklumat mengenai kajian yang dijalankan.

Selain daripada itu, pemerhatian dan pemahaman melalui media massa

lain seperti televisyen dan suratkhabar juga penting. Berita-berita yang

memaparkan mengenai isu yang sedang hangat ini juga menjadi satu kemudahan

bagi mendapatkan bahan rujukan mengenai kajian.

1.4 Batasan Kajian

Kajian ini meliputi konsep ICT secara menyeluruh di mana kita dapat

meninjau peranan Bahasa Melayu dalam bidang ini. Sehubungan itu, kajian ini

akan membincangkan aspek-aspek umum yang menjadi isu dan cabaran asas

kepada pengembangan penggunaan bahasa Melayu dalam era teknologi maklumat

dan komunikasi (ICT).

Pengupasan dan penghuraian yang dibuat di sini merupakan satu bentuk

pandangan dan tinjauan secara umum kepada masyarakat yang berbahasa Melayu

(masyarakat bahasa Melayu) tanpa melalui kajian empirikal yang memungkinkan

berlakunya bias kepada kenyataan-kenyataan yang dikemukakan kepada

pembaca.

Akhir sekali kita akan meneliti beberapa cadangan bagi memperkayakan

Bahasa Melayu dalam bidang ICT di masa yang akan datang.

3
1.5 Definisi Konsep

Menurut Kamus Dewan globalisasi didefinisikan sebagai fenomena yang

menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan

kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Manakala cediakawan barat

mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses kehidupan yang serba luas dan

infiniti merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial, dan ekonomi

yang boleh dirasai oleh seluruh umat manusia didunia ini. Ini bermakna segala-

galanya menjadi milik bersama dalam konsep dunia tanpa sempadan.

Konsep komunikasi pula menurut bahasa (Kamus Dewan,1984:598) ialah

perhubungan secara langsung atau dengan menggunakan alat perantara seperti

seperti surat, telefon, internet, bahasa dan sebagainya. Sementara menurut istilah,

komunikasi ialah sebagai aktiviti bersimbol iaitu individu atau kumpulan terlibat

sama menginterpretasi dan mempengeruhi dunia sosialnya (Muhd Mansur

Abdullah, 1998:8).

Sementara Teknologi Maklumat dan Komunikasi merujuk kepada era

masa kini yang menekankan aspek IT dan juga komunikasi dalam menjalankan

aktiviti seharian. Penggunaan peralatan berteknologi tinggi dan media interaktif

seperti komputer dan internet menjadi penghubung utama dalam era tersebut.

4
2.0 BAHASA MELAYU DALAM ERA ICT

2.1 Pengenalan kepada ICT

Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) adalah diasaskan oleh

perkembangan dan kemajuan yang pesat dalam bidang mikroelektronik sehingga

menghasilkan pelbagai kemudahan teknologi maklumat seperti komputer

peribadi, telekomunikasi multimedia dan sebagainya. Seterusnya kemunculan

internet telah meluaskan penggunaan ICT dengan jaringan informasi bersepadu

sehingga membolehkan diaplikasikan sebagai media komunikasi yang melibatkan

teks, bunyi, grafik dan video. Fenomena ini secara langsung mempengaruhi dan

mencabar kewibawaan dan kedudukan bahasa Melayu di rantau Nusantara ini.

Penekanan terhadap ICT di era globalisasi dan liberalisasi bermakna

penggunaan bahasa Inggeris menjadi semakin penting dan tidak dapat dielakkan

oleh masyarakat dunia. Era ICT telah menunjukkan bahasa Inggeris mengiringi

kelahiran pertama Internet dunia di Amerika Syarikat dan seterusnya diikuti

dengan pengeluar perisian dan perkakasan komputer seperti Microsoft, Dell dan

Hewlett-Packard yang semuanya diasaskan oleh mereka yang berbahasa Inggeris.

Perubahan persekitaran ini menimbulkan persoalan sama ada mampukan bahasa

Melayu digunakan di dalam era ICT sebagai bahasa perantaraan alternatif untuk

dimanfaatkan oleh masyarakat bahasanya? Mampukah pengiat-pengiat bahasa

Melayu menggunakan ICT sebagai alat penyelidikan, perkakasan, perisian dan

aplikasi untuk pembangunan bahasa Melayu?

Sebagai satu pandangan umum, masyarakat bahasa Melayu perlu

memperlihatkan sikap terbuka dan kesediaan untuk menghadapi cabaran

5
perkembangan yang pesat dalam ICT dengan pengaruh bahasa asing khususnya

bahasa Inggeris. Perlu diakui bahawa bahasa Melayu masih lagi ‘muda’ dari sudut

peristilahan sains dan teknologi berbanding dengan bahasa Inggeris. Usaha

supaya bahasa Melayu diterima dalam era siber hanya akan terlaksana jika

masyarakat bahasanya mempelajari pengalaman dan kejayaan yang telah dicapai

oleh bahasa Inggeris.

2.2 Bahasa Melayu di Era Globalisasi

Negara telah melangkah ke alaf baru empat tahun lalu. Dan pada tahun

2020 Malaysia dijangka menjadi sebuah negara maju, meninggalkan tarafnya

sebagai negara membangun. Perhitungan ini banyak disandarkan kepada

pembangunan fizikal dan terlalu sedikit kepada asas-asas jiwa dan penjiwaan,

kualiti hidup dan jatidiri bangsa. Kita, misalnya, sentiasa mengukur pencapaian

mengikut KDNK, pertumbuhan ekonomi sebenar, ketinggian bangunan yang kita

bina dan lain-lain pencapaian fizikal. Pada tahun 2020, iaitu sekitar 15 tahun dari

kini tentunya serba-serbi berjalan pantas. Kehidupan masyarakat Malaysia, seperti

yang diramal, akan dipenuhi pembaharuan demi pembaharuan. Teknologi

informasi dan komunikasi pada masa itu akan secanggih mungkin. Cara hidup

kita di Malaysia dan juga di merata dunia akan turut berubah.

Kita sedang diterap dan dicorakkan oleh nilai-nilai dan amalan dunia

global dengan hebatnya. Segala macam ilmu pengetahuan akan lebih pantas

diperolehi. Cara berfikir, cara bertindak dan cara hidup, semuanya akan berubah.

Banyak penyakit yang tidak terubat pada masa ini mungkin beroleh penawar yang

6
mujarab di zaman itu. Atau sebaliknya, masyarakat Malaysia, khususnya orang

Melayu, akan lebih terdedah kepada unsur-unsur baru. Unsur-unsur ini tidak

semestinya membina jatidiri atau yang membina bangsa yang dikehendaki kerana

proses yang ada pada masa itu ialah yang sesuai dipanggil osmosis di mana proses

nilai kuat lagi berpengaruh menyedut nilai lemah yang kurang berpengaruh. Salah

satu yang bakal disedut melalui proses osmosis itu nanti ialah menerusi

pencabulan bahasa, kebudayaan dan cara hidup yang mencorakkan sifat

keMelayuan mereka. Pandangan yang cenderung ke arah fenomena ini mungkin

akan dipertikai tetapi pada amatan kebanyakan pemerhati ianya pasti berlaku.

Seperti yang telah disaksikan kebelakangan ini, kesan kemajuan global

telah banyak mengubah cara hidup lama. Satu-satunya yang baru ialah hidup

dengan komputer dan internet. Orang kini mengirim berita pantas melalui e-mail

dan sms, dua istilah yang sudah pun menjadi sebahagian perbendaharaan kata

kita, dan sehubungan itu ramai yang berurusniaga melalui internet. Perkataan

terbaru sering memasuki perbendaharaan kata kita, kadangkala tanpa perlu ditapis

atau dihalusi terlebih dahulu. Istilah Infotenmen, misalnya, yang menimbulkan

kontroversi dalam penggunaan istilah bahasa Melayu juga merupakan satu istilah

baru yang dipertekaikan walaupun Menteri Penerangan telah menghujahkan

alasan-alasan penggunaannya di Parlimen. Hiburan, berita dan maklumat,

kebanyakannya disajikan oleh media sampai terus ke bilik tidur dengan nisbah

yang lebih ketara daripada yang disajikan secara tempatan. Alat-alat canggih

pengguna dipasarkan secara meluas lalu menggantikan peralatan lama. Bahasa

Melayu dituturkan separuh Melayu separuh Inggeris, di kalangan sector swasta

7
pertuturan adalah lebih kurang 70% dalam bahasa Inggeris dan hanya 30% dalam

bahasa Melayu, itupun adunan bahasanya dalam keadaan lintang-pukang seolah-

olah sekerat ular sekerat belut. Dan secara ketara, pendidikan negara mulai disalut

dengan kaedah-kaedah baru dengan perantaraan media baru iaitu bahasa Inggeris.

Nisbah perkataan baru yang diceduk dari bahasa Inggeris lalu jadi sebahagian

bahasa rojak kita. Dunia siber sudah bertapak dalam hidup kita. Bersediakah kita

mempertahankan diri agar jatidiri dan kesinambungan binabangsa terjamin?

Sebenarnya soalan ini tidak akan dapat dijawab secara tepat dan kalau dijawab

pun ianya belum pasti akur kepada apa yang mungkin terjadi.

Jika diamati generasi muda Melayu di pusat-pusat Bandar, akan tersua

amalan asas mereka. Mereka leka dengan perkelilingan baru seperti keluarga,

hiburan, sukan, tempat kerja dan tumpuan-tumpuan hidup yang lain lantas

dipengeruhi unsur-unsur global yang telah dipopularkan melalui media, dagangan

antarabangsa dan hiburan muzik serta wayang gambar hollywood dan bollywood.

Mereka kian lama kian jauh dari apa yang dahulunya boleh dikesan sebagai belia

Melayu. Sementara itu golongan korporat Melayu cuba berlumba-lumba

mendapatkan hak mereka dari “kuih” ekonomi yang ada, sekali pun tahap yang

dicapai setakat ini masih di paras 18%. Jelaslah 12% lagi masih di awangan dan

belum menepati janji serta aspirasi kita yang digurindamkan pada tahun 1971

dahulu.

Dalam perkelilingan beginilah masyarakat Malaysia hidup di negara ini.

Dan dalam perkelilingan beginilah kita kembali memperkatakan nasib bahasa

Melayu (BM). Cuma kali ini ditambah sedikit dengan kaitannya dengan senario

8
global. Sebenarnya memperkatakan tentang bahasa Melayu hakikatnya ialah kita

memperkatakan satu-satunya aspek asas orang Melayu itu sendiri. Survival bahasa

Melayu di peringkat yang maju dan beridentiti lantas juga mencerminkan bangsa

Melayu khasnya dan bangsa Malaysia amnya. Cuma bangsa Malaysia adalah

igauan politik yang hendak dicapai tetapi Bangsa Melayu sudah ada dan nyata.

Kebelakangan ini sudah begitu banyak pihak memperkatakan tentang

Bahasa Melayu. Tetapi boleh dikatakan kesemuanya membuat rungutan atau

dengusan yang negatif tentang keadaan terumbang-ambing beberapa aspek bahasa

Melayu itu. Dari tahun 1999 hingga 2003 terdapat secara rambang sekitar 94

rencana utama termasuk kertas-kertas symposium dan konvensyen yang

memperkatakan tentang bahasa Melayu dari pelbagai sudut dan aspek. Tajuk-

tajuk yang digemari ialah masalah bahasa rojak; keupayaan bahasa Melayu dalam

dunia moden, bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan bahasa ilmu,

kemampuan bahasa Melayu sebagai lingua franca di kepulauan Melayu, bahasa

Melayu dalam konteks pembudayaan bahasa persuratan, kelunturan bahasa

Melayu dan pelbagai lagi tajuk pokok yang kesemuanya menyentuh tentang

pusaka perhubungan Melayu ini. Malangnya tiada satupun di antara rencana-

rencana itu yang memuji atau memberi markah tinggi kepada usaha

memperkasakan bahasa Melayu. Sebenarnya usaha memperkasakan Bahasa

Melayu semacam sudah dilupai, seolah-olah seperti bidalan terpijak pergi terlanda

pulang. Boleh juga dikatakan bahawa piel atau sikap yang ada ialah sikap tangkap

muat atau taking things for granted dalam kiasan bahasa Inggerisnya.

9
Bahasa Melayu dalam era global adalah suatu tajuk yang sangat mencabar

dan penuh permasalahan. Ia berkait rapat dengan soal jatidiri orang Melayu dan

bangsa Malaysia amnya. Ia juga suatu masalah pembudayaan yang amat berat dan

rumit. Tajuk ini walaupun pernah dibincangkan dalam beberapa polemik yang

terdahulu lebih banyak menimbulkan masalah daripada jawapan. Ini adalah

kerana bahasa Melayu itu sendiri sedang menghadapi cabaran dan rintangan yang

hebat di dalam negara sendiri. Bercakap pasal bahasa Melayu di era global

semestinya memerlukan kita membincangkan terlebih dahulu beberapa isu bahasa

secara domestik. Jika tidak, perbincangan kita semacam belum tegak sudah

berlari.

Bahasa sebagai alat komunikasi antara manusia mempunyai berbagai-

bagai fungsi. Ia berfungsi mengungkapkan konsep, gambaran dan menjelmakan

perbuatan. Ia berfungsi menyampaikan kehendak mental. Ia berfungsi

mengungkapkan perasaan, rasa hati dan gerak hati. Pendeknya sesuatu yang

bermain-main dalam fikiran kita dapat kita ungkapkan melalui bahasa.

Dengan bunyi glottal atau vokal manusia melahirkan bunyi itu.

Pengalaman begini memakan masa dan merentas zaman. Perkataan baru sebelum

diterima pakai sebagai sebahagian bahasa sesuatu masyarakat itu mengalami ujian

‘penerimaan’ atau ‘penolakan’. Proses menerima atau menolak ini bergantung

kepada sekuat mana jati diri bangsa penuturnya. Jika lemah maka lebih banyaklah

kata-kata yang diimport sekalipun di dalam himpunan kata-kata bangsa sudah

sedia ada kata-kata sendiri.

10
Sesuatu yang bermain-main dalam fikiran secara umumnya disebut

bayangan dan secara khususnya disebut sebagai citra dalam Bahasa Sanskrit dan

atau imej dalam alih Bahasa Inggeris. Citra atau imej muncul dalam bentuk

simbol atau perkembangan. Misalnya apabila kita berfikir tentang kuda, kita

menuturkan sebagai kuda atau menulisnya dalam istilah-kata "Kuda". Ertinya

setelah membayangkan konsep "kuda" dalam fikiran, kita jelmakan ianya dalam

bentuk lisan atau tulisan sebagai kuda.

Bahasa (kata istilah dan konsepnya) cukup penting dalam mengungkapkan

tahap-tahap ilmu yang tertentu. Dalam hirarki mempelajari sesuatu ilmu, wujud

empat tahap keilmuan. Ilmu yang terbawah ialah ilmu empirikal (misalnya - ilmu

sains dengan berbagai-bagai cabang ilmunya), diikuti tahap yang paling tinggi

iaitu ilmu rasional ( ilmu falsafah dan ilmu pemikiran kreatif), ilmu laduni

(intuitive knowledge) iaitu ilmu terus daripada Allah dan ilmu tertinggi ialah ilmu

makrifah yakni ilmu tentang Ilahi yang merupakan ilmu yang tertinggi dalam

hirarki ilmu.

Setiap tahap ilmu mempunyai kata, istilah dan konsepnya yang tersendiri.

Misalnya bahasa yang di ungkapkan pada tahap ilmu empirikal adalah bahasa

saintifik. Bahasa saintifik membawa pengertian bahasa yang logik yakni yang

berfungsi dan bersifat tersendiri tetapi yang melibatkan erti tepat. Dalam konteks

inilah sayang sekali konsep tepat pengertian dan tepat penghasilan tidak didalami

sebelum kita mengaku kalah lalu bahasa Melayu tidak mampu menjadi wahana

sains dan matematik.

11
2.3 Bahasa Melayu Sebagai Penjana Ilmu dan Teknologi

Satu lagi peranan Bahasa Melayu yang tidak kurang pentingnya dalam

proses pembinaan negara kita ialah sebagai bahasa ilmu. Selaras dengan usul

Penyata Razak 1956 dan Penyata Abdul Rahman Talib 1960 serta Akta

Pendidikan 1961 dan kemudian Akta Pendidikan 1996, Bahasa Melayu sehingga

kini telah berjaya menjadi bahasa penghantar ilmu yang utama dari peringkat

sekolah rendah hingga ke pusat pengajian tinggi dalam pelbagai bidang ilmu.

Keupayaan Bahasa Melayu menjadi wahana komunikasi ilmu moden

memberikan makna yang cukup besar kepada pembinaan tamadun bangsa dan

negara kita kerana dalam sejarah tamadun manusia dari dahulu hingga kini,

ilmulah yang menjadi sendinya. Oleh sebab itu di samping kerajaan memberikan

perhatian kepada penguasaan bahasa-bahasa asing yang dapat memberikan

sumbangan kepada pembangunan negara, khususnya dalam bidang ekonomi dan

industri, peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tidak mungkin dapat

dikorbankan.

Selain kesan positif daripada sudut pengayaan Bahasa Melayu, dan secara

langsung pengayaan budaya Melayu dan Malaysia, peranan bahasa Melayu

sebagai bahasa ilmu telah juga berjaya membentuk generasi baharu

yang memperlihatkan kesatuan nilai, sikap, pandangan hidup dan cita-cita. Kini

Bahasa Melayu telah menjadi bahasa milik bersama dan digunakan oleh seluruh

generasi muda dengan fasihnya hingga sukar untuk kita bezakan keturunan asal

anak-anak kita itu berdasarkan bahasa yang digunakan.

12
Di pihak yang lain pula, usaha menyeiringkan Bahasa Melayu dengan

kepesatan kemajuan teknologi canggih hendaklah ditingkatkan agar Bahasa

Melayu tidak ketinggalan dalam arus perdana kemajuan dunia. Dalam bidang

teknologi maklumat khususnya, mesti diusahakan peluasan penggunaan Bahasa

Melayu supaya kita bukan sahaja kaya dengan ilmu dan maklumat dari seluruh

pelosok dunia melalui sistem langit terbuka, bahkan turut memajukan bahasa kita

dalam pelbagai bidang moden.

Ahli bahasa dan para ahli teknologi kita hendaklah berganding bahu

menghasilkan perisian komputer dalam pelbagai bidang dalam Bahasa Melayu

untuk dimanfaatkan oleh masyarakat, khususnya generasi muda. Kita tidak

seharusnya hanya terus-menerus menyalahkan pihak lain apabila khazanah

maklumat melalui teknologi canggih dipenuhi dengan maklumat dalam bahasa

asing.

13
3.0 ISU DAN CABARAN PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DI ERA ICT

3.1 Kewujudan Bahasa Melayu Dalam Konteks K-Ekonomi

Perkembangan yang pesat dalam ICT telah membawa perubahan-

perubahan yang pantas dalam mencorakkan bentuk perniagaan, struktur

masyarakat dan persaingan yang sengit dalam pasaran antarabangsa. Perubahan-

perubahan yang pantas ini telah mewujudkan ekonomi baru dunia yang dikenali

sebagai K-ekonomi atau pun ekonomi berasaskan pengetahuan.

Di dalam konteks ini, pengetahuan merupakan nadi kepada segala bentuk

perlakuan dan pemikiran manusia dalam bidang ekonomi. Kewujudan bahasa

merupakan kepentingan dalam aspek pengetahuan kerana ia sumber penting

dalam berkomunikasi. Sehubungan dengan itu, seharusnya ICT menjadi saluran

penggunaan bahasa Melayu untuk kesinambungan status sejarahnya sebagai

bahasa lingua franca dalam cabaran ICT.

Bahasa Melayu perlu cukup kukuh dan mantap untuk membolehkan ianya

berupaya memperkatakan apa sahaja bidang yang wujud dalam kehidupan dan

seiringan dengan bahasa-bahasa moden lain seperti bahasa Inggeris, Sepanyol,

Mandarin, Perancis, Arab dan Jepun.

3.2 Dominasi Bahasa Utama Dunia Di Peringkat Maya

Perkembangan ICT merupakan saluran kepada ‘penjajahan’ bahasa di

peringkat maya oleh bahasa yang mendominasi penggunaannya di peringkat

antarabangsa seperti bahasa Inggeris. Sejarah telah membuktikan bahasa Melayu

telah berjaya menempuh beberapa zaman yang mencabar kewibawaannya dalam

14
persaingan penggunaan bahasanya dengan bahasa-bahasa yang lain. Umpamanya,

kesan dari penjajahan negara-negara Barat di rantau kepulauan Melayu oleh

Protugis, British, Belanda dan Sepanyol telah memberi kesan yang mendalam

kepada perkembangan penggunaan bahasa Melayu di kalangan masyarakat

bahasanya kerana perluasan penggunaan bahasa kedua dalam kehidupan seharian

mereka.

Namun di atas kekuatan semangat nasionalisme dan kesedaran

kemerdekaaan di kalangan masyarakat bahasanya membolehkan bahasa Melayu

terus dipertahankan dan mengekalkan martabatnya di arena antarabangsa. Bahasa

Melayu juga telah diangkat sebagai bahasa kebangsaan seperti di negara

Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura. Malah di beberapa daerah di Thailand

Selatan dan Filipina Selatan masih terdapat masyarakat yang menggunakan

bahasa Melayu.

Walaupun kata-katanya diungkapkan dalam bunyi, tatabahasa, nahu dan

ungkapan yang berbeza serta dibatasi oleh sempadan antarabangsa tetapi ia tetap

dan masih dikatakan bahasa Melayu kerana asal-usulnya ialah dari bangsa Melayu

yang serumpun.

3.3 Kemampuan Menjana Idea Baru, Kreativiti Dan Inovasi Dalam

Memantapkan Penggunaan Bahasa Melayu

Masyarakat bahasa Melayu perlu menerima hakikat perkembangan ICT

adalah berhubung kait secara langsung dengan kemampuan menjana idea baru,

kreativiti dan inovasi dalam memantapkan penggunaan bahasa Melayu.

15
Ketrampilan bahasa Melayu di era siber adalah bergantung kepada sejauhmana

masyarakat bahasanya mampu menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan

persekitarannya.

Masyarakat bahasa Melayu perlu menukar mindset kepada penggunaan

bahasa Melayu yang didorongi oleh pengetahuan supaya memperolehi manfaat

daripada penggunaan ICT ekoran daripada hasil perkembangan global.

Sehubungan itu, strategi perlu dirancang dengan teratur untuk memantapkan

kekuatan dalaman bahasanya yang telah terbina sekian lama.

Pengalaman lalu membuktikan keupayaan masyarakat berbahasa Melayu

yang didokongi oleh bangsa Melayu telah dapat mempertahankan dan

mendaulatkan bahasa Melayu dengan cekap dan berkesan di arena antarabangsa

terutama di rantau Nusantara ini. Namun, pengalaman masa lepas belum pasti

menjamin kejayaan masa depan.

Senario abad ke 21 jauh lebih mencabar dan penuh ketidaktentuan serta

amat berbeza dengan perubahan yang dialami sebelumnya. Ini ditambahi lagi

perkembangan pesat ICT dan penggunaanya di dalam masyarakat dunia.

3.4 Persepsi Kedudukan Bahasa Melayu Terhadap Penguasaan Bahasa

Inggeris

Penekanan terhadap K-ekonomi yang dipercepatkan dengan kepesatan

perkembangan ICT telah menjadikan penggunaan bahasa Inggeris semakin

unggul sebagai bahasa pengantar masyarakat dunia selaras dengan pengiktirafan

yang diberikan kepadanya sebelum ini sebagai bahasa antarabangsa.

16
Perkembangan bahasa Inggeris ini telah menimbulkan reaksi yang berbeza-beza

di kalangan pemimpin-pemimpin, cendiakawan-cendiakawan, budayawan-

budayawan dan sasterawan-sasterawan di seluruh dunia berkaitan dengan

kesannya terhadap kedudukan bahasa-bahasa lain yang melambangkan identiti

sesuatu kaum atau bangsa.

Peluasan dan penguasaan bahasa Inggeris di peringkat antarabangsa tidak

dapat dielakkan. Masyarakat dunia secara langsung telah dipengaruhi oleh

peluasan bahasa Inggeris sebagai persediaan untuk menghadapi K-ekonomi.

Peluasan bahasa Inggeris ini didorongi oleh keperluan memperolehi maklumat

dan pembelajaran di peringkat maya melalui kemajuan ICT. Fenomena ini tidak

bermaksud untuk menidakkan kepentingan bahasa Melayu tetapi meletakkan

bahasa Inggeris sebagai bahasa alat berkomunikasi dalam teknologi maklumat,

internet dan dagangan antarabangsa.

Manakala, bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan, bahasa perpaduan dan

jati diri masyarakat bahasanya. Namun tidak mustahil dengan usaha-usaha yang

bersungguh-sungguh dari semua pihak akan menjadikan bahasa Melayu

mempunyai peranan yang besar dalam penggunaannya di dalam ICT. Sehubungan

dengan itu, penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris oleh masyarakat

bahasanya mempunyai peranan yang berbeza dan tidak seharusnya menimbulkan

konflik jika masyarakat bahasanya jelas tentang peranan penguasaan dan

penggunaan kedua-dua bahasa tersebut.

17
3.5 Memperkayakan Bahasa Melayu

Bahasa Melayu bersifat keterbukaan dan berkembang dari semasa ke

semasa. Sejak dalam penjajahan Portugis, Inggeris dan Belanda, bahasa Melayu

telah berkembang menyeresapi istilah-istilah asing dan lantas memperkayakan

bahasa Melayu. Istilah-istilah seperti lampu, almari, bendera, buku, bola dan meja

merupakan contoh-contoh istilah terbitan daripada bahasa-bahasa asing. Malah,

sebelum penjajahan, bahasa Melayu juga telah meminjam dari bahasa-bahasa

Sanskrit dan Arab seperti istilah sastera, bulan, akhirat dan zahir.

Pengembangan bahasa Melayu akan lebih ketara apabila kita memasuki

zaman baru seperti di era ICT. Seringkali ada istilah-istilah baru asing yang

diterbitkan dan diperkenalkan. Justeru itu, untuk bersaing dengan bahasa-bahasa

utama, bahasa Melayu harus berkembang dalam menerbitkan istilah-istilah baru

bagi menterjemaah istilah-istilah baru yang asing. Istilah-istilah baru seperti

tetikus, perisian, perkakasan, siber, laman, jaringan, internet dan batang bedek

telah berjaya diterbitkan dan digunapakai. Walaupun begitu, keterbukaan sifat

bahasa Melayu seharusnya sentiasa dipantau perkembangannya dengan ketat agar

tiada penyelewengan dalam memelayukan istilah-istilah asing.

3.6 Memasyarakatkan Bahasa Melayu Melalui Ruang Siber

Bahasa Melayu sebagai identiti buat masyarakat di beberapa negara di

rantau Asia Tenggara. Bangsa Melayu di Singapura mempunyai ‘Bahasa Melayu

Singapura’ dan bangsa Melayu di Indonesia mempunyai ‘Bahasa Indonesia’, dan

Malaysia berbangga dengan ‘Bahasa Malaysia’. Keberkesanan untuk

18
melaksanakan penggunaan bahasa Melayu di dalam era ICT terletak di bahu

masyarakat bahasanya. Inilah masanya untuk masyarakat bahasa Melayu

menempa nama di persada antarabangsa dengan menggunakan dunia siber yang

menghubungkan di seluruh pelusuk dunia.

Dalam merelisasikan penggunaan bahasa Melayu di peringkat maya

bukanlah satu perkara yang boleh diambil mudah dan remeh temeh. Banyak

kegiatan ilmiah dan langkah-langkah yang perlu dilaksanakan agar perkembangan

penggunaan bahasa Melayu dianggap ‘hidup’ dan ‘tidak mati’ oleh masyarakat

dunia. Kegiatan-kegiatan yang telah dan akan dilaksanakan dengan kemudahan

ICT seharusnya mempunyai matlamat yang sejajar dengan arus pemodenan dan

persejagatan masyarakat dunia agar ia dapat memaparkan bahawa semua kegiatan

yang diadakan adalah benar-benar menggunakan dan menjiwai sepenuhnya

bahasa Melayu.

Usaha orang perseorangan dan syarikat-syarikat masyarakat Melayu

dalam men’dotcom’kan bahasa Melayu ke dalam alam internet perlu diteruskan

dan diberikan sokongan sewajarnya oleh masyarakat bahasanya. Membawa

bahasa Melayu dalam konteks masyarakat Melayu di peringkat maya adalah satu

usaha yang perlu dilakukan dengan tekad dan azam yang kuat. Dengan

men’dotcom’kan bahasa Melayu di dalam gerbang internet akan menyediakan

ruang untuk pelunsur menggunakan bahasa Melayu di internet dan seterusnya

meningkatkan imej bahasa Melayu seiringan dengan bahasa-bahasa seperti bahasa

Inggeris, Perancis, Jepun dan Cina. Ia suatu nilai yang penting untuk menangkis

19
segala tanggapan bahawa bahasa Melayu tidak mampu bersaing atau tiada tempat

di persada dunia.

3.7 Pesejagatan Dasar Bahasa Melayu Di Peringkat Maya

Masyarakat di beberapa negara yang masih mendaulatkan bahasa Melayu

sekarang ini sedang mempelajari bahasa kedua ataupun bahasa ketiga adalah

kerana keperluan ICT dagangan. Namun penguasaan bahasa asing ini tidak

seharusnya melunturkan kepentingan bahasa Melayu itu sendiri. Masyarakat

bahasa Melayu mesti mengguna, mengukuh dan memperluaskan bahasa Melayu

di peringkat maya untuk tujuan kenegaraan dan membezakan jati diri masyarakat

bahasa Melayu dengan masyarakat-masyarakat bahasa yang lain. Bahasa asing

yang diketahui hanya digunakan sebaiknya apabila berdagang dan berkomunikasi

dengan masyarakat bahasa lain.

Bagi mencapai hasrat tersebut, peranan dan tanggungjawab negara-negara

yang masyarakatnya masih berbahasa Melayu adalah membina empayar dan

mengembangkan sastera, budaya dan penerbitan dalam bahasa Melayu di

peringkat maya. Persefahaman dan kerjasama dalam perkembangan di peringkat

maya ini perlu menggunakan teknologi terkini seperti ICT untuk dimanupulasikan

sebagai alat penyelidikan, perkakasan, perisian dan aplikasi dalam

memperkembangkan bahasa Melayu.

Munsyi Abdullah telah membuktikan bagaimana perkembangan bahasa

Melayu dapat dilaksanakan dengan tindakan proaktif beliau terhadap penggunaan

teknologi percetakan pada zamannya. Oleh itu, dasar persejagatan bahasa Melayu

20
di peringkat maya juga dapat direalisasikan dalam era ICT dengan

mengaplikasikan semangat nasionalisme, pengetahuan dan teknologi terkini.

3.8 Perubahan Sistem Pendidikan

Institusi pendidikan adalah medium penting untuk mengukuhkan lagi nilai

dan keperluan bahasa Melayu di kalangan golongan generasi muda bangsa

Melayu melalui sistem pendidikan yang mengambilkira penyerapan dan

penyebatian kemajuan dan perkembangan ICT. Misalnya, generasi muda akan

mempunyai peluang untuk menghalusi bahasa Melayu ke dalam jiwa mereka

melalui kegiatan dan aktiviti bercorak bahasa Melayu dengan menggunakan

teknologi maya yang diasaskan oleh kemudahan internet. Melihat kepada

dominasi bahasa Inggeris di internet adalah disedari bahasa ini merupakan

pencetus teknologi dan ilmu pengetahuan pelbagai bidang yang diinginkan oleh

masyarakat dunia.

Dalam hal ini, masyarakat bahasa Melayu mestilah tegas menentukan

kedudukan bahasa Melayu dan peranan bahasa yang diperlajari dalam sistem

pendidikan mereka. Jika bahasa asing yang diperlajari memerlukan makmal dan

program khusus dalam menguasainya maka tidak perlu diketepikan juga

kepentingan penyediaan prasarana dan program sedemikan kepada bahasa Melayu

dalam sistem pendidikan.

Di peringkat dunia, penutur bahasa Melayu adalah seramai lebih 250 juta

orang. Ini meletakkan kedudukan status bahasa Melayu ditempat keempat teramai

penuturnya selepas bahasa Mandarin, Sepanyol dan Inggeris. Jadi tidaklah

21
mustahil bahasa Melayu boleh menjadi bahasa komunikasi dan dipelajari di

seluruh dunia melalui teknologi maya jika masyarakat bahasanya mengambil

kesempatan dari pembentukan dunia sejagat tanpa sempadan dan sekatan yang

menjadi fenomena sekarang ini.

3.9 Evolusi Bahasa Melayu Dalam Perkembangan ICT

Proses evolusi bahasa Melayu turut berlaku dalam perkembangan era ICT.

Penggunaan bahasa Melayu di internet semakin meluas di mana semakin ramai

pengguna-pengguna bahasa Melayu mengeksploitasi kemudahan unsur

komunikasi tersebut. Ini dibukitkan dengan terdapatnya banyak laman-laman dan

penggelungsur berbahasa Melayu di internet yang dibentuk dari negara-negara

seperti Malaysia, Indonesia dan Singapura. Perkembangan ini juga diiringi

dengan penyediaan kemudahan e-mail dan chat yang secara tidak langsung

membantu melestarikan bahasa Melayu. Penerimaan pakai internet ini telah

membawa proses evolusi bahasa Melayu ke peringkat maya.

Sebagai contoh kesan dari penggunaan ruang siber yang serba mudah dan

serba luas telah menghasilkan istilah-istilah baru yang boleh digelarkan sebagai

‘bahasa Melayu Internet’. Misalnya, perkataan-perkataan seperti kang (nanti),

a’kum (assalamualaikum), w’lam (wa’alaikumsalam), dowang (mereka), tipon

(telefon) dan persal (mengapa). Pengubahsuaian juga telah dibuat kepada kata

gantinama seperti sayer (saya), dier (dia) dan nko (engkau). Begitu juga dengan

kata tanya telah diubah suai seperti biler (bila), camner (bagaimana) dan maner

(mana).  

22
Pada pragmatiknya, situasi ini merupakan satu percubaan yang menarik

dalam evolusi bahasa Melayu. Namun demikian manupulasi bahasa seumpama ini

jika tidak dibendung mampu memudaratkan pengguna dan nilai bahasa itu

sendiri. Amalan seperti ini akan menghasilkan ayat-ayat yang tidak gramatik

kerana menyeleweng daripada hukum-hukum tatabahasa. Timbul juga

perkembangan pemelatan kata-kata, kata-kata bersifat irama, istilah spesifik dan

penggunaan simbol-simbol dengan tujuan untuk memeriahkan suasana perbualan,

kemesraan dan peringkasan teks dalam berkomunikasi di peringkat maya.  

Walau bagaimanapun perkembangan seperti ini perlu dilihat sebagai satu

percaturan yang menarik dan sihat yang perlu dimantau supaya tidak berlaku

penyelewengan bahasa dari alam maya ke alam realiti. Pengguna-pengguna

internet seharusnya mewujudkan persefahaman untuk memastikan bahasa Melayu

tetap terpelihara. Sebagai langkah awal, bahasa Melayu internet sebaiknya

disimpan sahaja di dalam internet agar kemurnian dan kedinamikan bahasa

Melayu lebih terserlah dan kekal relevan serta biarlah ia berkembang mengikut

tapak penggunaannya.

23
4.0 KESIMPULAN

4.1 Penutup

Masyarakat bahasa Melayu tidak boleh mempertahankan bahasa Melayu

hanya dengan menguasai bahasa itu. Di samping strategik yang teratur,

masyarakat bahasa Melayu perlu menguasai bahasa-bahasa lain dan tahu cara

menyebarkan maklumat di dalam era ICT. Dengan mempelajari usaha-usaha dari

tokoh-tokoh bidang ICT seperti Bill Gate dan laman-laman perintis seperti

Yahoo, Hotmail dan MSN adalah perlu usahawan-usahawan dari masyarakat

bahasa Melayu memasuki peringkat ICT bukan sahaja persaingan di Malaysia,

Singapura, Indonesia dan Brunei malah di peringkat global.  

Perkembangan globalisasi dan liberasasi hendaklah dilihat sebagai satu

peluang masyarakat berbahasa Melayu untuk memastikan bahasa Melayu terus

kekal disanjung oleh bangsa Melayu serta masyarakat bukan Melayu dengan

memanupulasikan ICT sepenuhnya. Oleh itu, segenap sudut dan ruang yang

sempit perlu dilebarkan agar bahasa Melayu mempunyai nilai yang simbolik dan

tidak luput dek hujan, tidak lekang dek panas. Masyarakat berbahasa Melayu

perlu mencari jalan dalam menambah nilai bahasa di pasaran dunia. Ini

merupakan satu tugas berat bagi pengiat bahasa dan masyarakat Melayu

khususnya untuk terus berusaha mencari jalan, kaedah serta hipotesis

meningkatkan nilai bahasa Melayu di persada era ICT. Bagaimanapun, nilai

bahasa Melayu tidak boleh dijual beli dalam pasaran yang bersifat sejagat. Nilai

dan harga bahasa Melayu bergantung sejauh mana masyarakat Melayu di

24
Nusantara membuat ‘pelaburan’ sewajarnya di pasaran dunia globalisasi yang

sedang mengagungkan bahasa Inggeris sebagai ‘pelabur’ utama.

Bahasa Melayu di dalam era ICT perlu dilihat sebagi satu keperluan dan

bekalan yang penting dalam masyarakat bahasanya untuk menghasilkan satu

identiti bangsa yang tulen dan sejati. Pada masa yang sama, biarlah bahasa

Melayu dapat memupuk jati diri masyarakat bahasanya lebih-lebih lagi dalam

arus pemodenan dan penyejagatan dunia. Jangan biarkan bahasa Melayu

menyerantau di raung siber tanpa dipedulikan oleh masyarakat bahasanya sendiri

dan akhirnya pupus di mata dunia.

Secara rumusannya bolehlah dikatakan bahawa walaupun masyarakat

Malaysia terutama belia-belia telah tersedia menghadapi era ICT dan yakin akan

penggunaannya sebagai alat komunikasi dan ilmu pengetahuan yang boleh

membawa kepada pembaharuan dan pembinaan tamadun ilmu, budaya ICT belum

merentasi semua golongan masyarakat. Jurang digital berasaskan status sosio-

ekonomi dan lokasi Bandar dan luar bandar masih ketara berlaku. Masyarakat

bandar lebih maju dan lebih terdedah kepada penggunaan dan kaedah ICT ini.

Rata-rata boleh dirumuskan bahawa di sekolah dan di institusi pengajian tinggi,

budaya literasi maklumat masih belum menular walaupun proses mengajar dan

belajar menggunakan komputer telah bertapak. Penguasaan pelajar lebih ditahap

literasi komputer; penggunaan komputer untuk mencapai, mengedarkan juga

untuk menjadi perantara ilmu secara global masih terbatas. Justeru itu penguasaan

literasi maklumat perlu ditingkatkan segera untuk membolehkan belia-belia

Melayu memainkan peranan penting dalam era globalisasi.

25

Anda mungkin juga menyukai