Anda di halaman 1dari 12

1.

0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Dalam sesebuah organisasi, krisis merupakan perkara lumrah dan sesuatu yang

perlu di atasi, sekiranya fenomena ini dapat dikurangkan, kemantapan sesebuah

organisasi akan bertambah dan seterusnya boleh mencapai matlamat ke arah

kegemilangan yang dingini. Krisis boleh berupa pergeseran dan pertentangan di antara

beberapa pihak akibat perbezaan nilai, kehendak, pendirian dan perasaan dalam usaha

memenuhi keperluan dan matlamat. Ia merupakan fenomena biasa apabila wujud

interaksi di antara pelbagai pihak atau lebih manusia dan sentiasa berlaku dari masa ke

semasa.

Menurut Roark dan Wilkinson, "dalam sistem yang saling bergantungan, krisis

berkenaan matlamat, keperluan dan kekurangan sumber akan wujud". Krisis juga boleh

wujud melalui aktiviti iaitu persoalan apa dan bagaimana untuk melakukan sesuatu.

Sebab lain yang menyebabkan krisis ialah melalui bentuk atau cara dan sumber untuk

mencapai matlamat dan juga matlamat-matlamat yang tidak sesuai.

Di sini kita akan mengkaji dua jenis krisis yang wujud samada di dalam dan luar

negara kita. Kita akan kaji ciri-ciri krisis berkenaan serta bagaimana untuk mengurus

krisis berkenaan. Selain itu, kita juga akan meninjau komunikasi yang berlaku semasa

krisis serta hasil pengurusan krisis.

Akhir sekali kita akan melihat beberapa pandangan dan juga cadangan tindakan

pengurusan krisis.

1
2.0 KRISIS ORGANISASI

2.1 Krisis Air di Malaysia

Laporan Air Sedunia 2000 menyatakan punca krisis air di peringkat global

bukannya disebabkan oleh kekurangan air untuk penduduk tetapi oleh sebab masalah

pengurusan air yang kucar-kacir.

Masalah itu diseriuskan oleh sebab faktor-faktor deforestation, peningkatan paras

laut, kejatuhan pengeluaran pertanian, kekurangan air, bertambahnya ribut dan banjir,

merebaknya penyakit-penyakit atau wabak penyakit, kurangnya populasi ikan dan satu

lagi yang serius, konflik antara manusia, wilayah dan negara.

Menurut angka-angka yang terkandung di dalam Laporan terperinci Penilaian

Impak Alam Sekitar (EIA) bertajuk “Cadangan Projek Penyaluran Air Mentah dari

Pahang D.M. ke Selangor D.E.”, fasa III Skim Sungai Selangor dijangka dapat

meningkatkan kapasiti bekalan kepada 4,350 juta liter sehari (MLD). Bagaimanapun,

jumlah tersebut hanya mencukupi untuk memenuhi permintaan sehingga penghujung

2007.

2.2 Krisis Ekonomi Asia

Krisis ekonomi yang melanda Asia dan Malaysia khususnya merupakan lumrah

lazim kitaran sesuatu ekonomi, cuma krisis kali ini adalah terlalu padah yang pernah

direkodkan dalam sejarah ekonomi negara ini mahupun di negara Asia yang lain.

Indonesia, Korea Selatan dan Thailand adalah negara yang paling teruk terkena kesan

krisis ini. Hong Kong, Malaysia dan Filipina juga terpengaruh. China, Taiwan dan

2
Singapura hampir tidak berkesan. Jepun tidak terkena banyak tapi mengalami kesulitan

ekonomi jangka panjang.

Kesan krisis ekonomi tidak terbatas kepada pembolehubah ekonomi sahaja, tetapi

melampaui politik dan sosial sebagaimna yang terbukti di Korea, Thailand, Indonesia dan

Malaysia sendiri. Punca utama kepada krisis kewangan ini adalah proses globalisasi yang

mula bertapak dalam pasaran antara bangsa. Salah satu ciri utama globalisasi yang

mempengaruhi ekonomi dunia adalah perdagangan bebas dan aliran modal dan dana yang

liberal merentasi dunia.

Rasional kepada pensejagatan adalah; kapitalisme atau laissez faire seantero

dunia akan menghasilkan faedah kapitalisme sebagaimana yang dicapai oleh sesebuah

negeri secara berasingan. Aliran modal yang bebas telah mendorong spekulator mata

wang mengaut keuntungan daripada mata wang ekonomi negara membangun yang lemah

fundamental ekonominya seperti Malaysia. Struktur ekonomi dalaman Malaysia pula –

seperti di Indonesia dan Korea – dicirikan oleh sektor perbankan yang tidak telus,

kawalan bank yang longgar, pinjaman wang asing tanpa lindung nilai, dan amalan

kronisme mendedahkan gabungan "ahli politik-peniaga-bank" serentak kepada risiko

ketidakpastian. Jumlah pinjaman yang besar dan tidak dilindung nilai mengheret

gabungan "ahli politik–peniaga-bank" tadi dan seluruh negara ke kancah deflasi mata

wang yang serius.

Kesan krisis tersebut menjejaskan ekonomi terutama dari segi imbangan

pembayaran negara, kadar pertumbuhan KDNK dan kehakisan kekayaan pihak swasta

dan firma. Permintaan domestik menurun lantas melembapkan pengeluaran.

3
3.0 PENGURUSAN KRISIS

3.1 Langkah-langkah Mengurus Krisis

3.1.1 Krisis Air di Malaysia

Kerajaan akan menggubal satu akta khusus bagi menjamin kualiti dan

keselamatan air yang dibekalkan kepada pengguna. Kerajaan, khususnya

Kementerian Kesihatan, sudah mengkaji dan memahami keperluan diwujudkan

akta bagi menjamin bekalan air minum yang bersih dan selamat.

Akta ini jika diluluskan nanti akan menjadi pelengkap (kepada mekanisme

sedia ada) dan juga boleh dijadikan alat yang akan menambah keyakinan

pengguna terhadap kualiti air minum yang dibekalkan.

Akta sedemikian perlu diwujudkan supaya tindakan dapat diambil

terhadap syarikat bekalan air jika gagal menyediakan air bersih dan berkualiti

kepada pengguna.

Selain itu, sebagai satu lagi langkah untuk menampung keperluan air masa

depan negara, terdapat juga cadangan untuk membina empangan baru di samping

projek air antara negeri. Di samping membina empangan dan menyalurkan air

antara negeri, sebenarnya ada juga langkah yang boleh dibuat dengan kos yang

lebih rendah bagi menangani cabaran krisis air.

3.1.2 Krisis Ekonomi Asia

Krisis ini telah dianalisa oleh para pakar ekonomi kerana

perkembangannya, kecepatan, dinamismenya; dia mempengaruhi belasan negara,

memiliki efek ke kehidupan berjuta-juta orang, terjadi dalam waktu beberapa

4
bulan saja. Mungkin para pakar ekonomi lebih teratarik lagi dengan betapa

cepatnya krisis ini berakhir, meninggalkan ekonomi negara berkembang tak

berpengaruh. Keingintahuan ini telah menimbulkan ledakan di pelajaran tentang

ekonomi finansial dan "litani" penjelasan mengapa krisis ini terjadi. Beberapa

kritik menyalahkan tindakan IMF dalam krisis, termasuk oleh pakar ekonomi

Bank Dunia Joseph Stiglitz.

Satu-satunya pilihan yang ada bagi mengatasi krisis ini ialah untuk

mengenakan kawalan tukaran asing berpilih. Pada awal 1998, satu cadangan yang

meluas berhubung langkah kawalan dirumuskan. Unsur paling penting dalam

memastikan langkah kawalan kewangan yang dilaksanakan berhasil ialah untuk

menghalang sebarang bentuk mata wang sampai ke tangan peniaga mata wang.

Selain daripada itu, organisasi yang terlibat dalam krisis ini perlu

menitikberatkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) sebagai satu

pemboleh penting dalam mewujudkan tenaga kerja berprestasi tinggi. Secara

khusus, pengurusan ICT menekankan pencapaian kecekapan perniagaan dengan

memastikan maklumat yang betul dapat diperoleh tepat pada masanya. Untuk

mencapai ini, peranan ICT sentiasa ditambah baik bagi meningkatkan integrasi

dengan proses perniagaan. Ianya juga menjadi satu langkah dalam pengurusan

krisis ekonomi yang dialami oleh organisasi-organisasi di Asia.

Sektor institusi perbankan dan kewangan juga perlu bekerjasama untuk

mencari jalan penyelesaian yang terbaik bagi mengesyorkan program yang terbaik

kepada penstrukturan kembali hutang tidak kira pada peringkat mana sekalipun.

Selain itu, peluang-peluang baru umpamanya geran, pemfaktoran, pembiayaan

5
pesanan belian, modal teroka, overdraft, pinjaman untuk pelaburan yang

terancang dan sebagainya perlu diperluaskan dengan syarat-syarat yang

munasabah. Lebih banyak ‘perkongsian pintar dan keuntungan’ perlu diadakan

oleh institusi perbankan dan kewangan. Ini juga sebenarnya akan turut membantu

institusi kewangan dan perbankan dalam meningkatkan prestasi mereka dalam

pasaran saham dan ekuiti.

3.2 Komunikasi Semasa Krisis

Umum mengetahui perhubungan sosial dalam masyarakat terbentuk dalam

komunikasi. Komunikasi juga mempunyai pengertian yang lebih luas dan merangkumi

pelbagai aspek kehidupan. Dalam kehidupan juga terbentuk pelbagai macam dan tatacara

komunikasi bergantung pada budaya yang dianuti oleh individu. Individu juga tidak

terikat dengan pelbagai bentuk komunikasi yang boleh membelenggui kehidupannya.

Apabila disebut nama sesebuah organisasi, kita tidak hanya membayangkan siri

pencapaian yang telah dirintis oleh organisasi tersebut, bahkan turut melihat kepada misi

organisasi, objektif jangka panjang dan jangka pendek serta tenaga-tenaga kerja yang

mendokong organisasi tersebut.

Dalam menangani krisis dalam organisasi, komunikasi perlu diberi perhatian

khususnya komunikasi yang melibatkan pihak pengurusan dan juga kakitangan bawahan.

Melalui dua krisis yang telah dibincangkan, kita dapat mengenalpasti bahawa

penggunaan komunikasi ke atas dan ke bawah adalah sangat diutamakan.

6
3.3 Hasil Pengurusan Krisis

Hasil pengurusan krisis mendapati bahawa langkah-langkah yang telah diambil

bagi menangani kedua-dua krisis di atas adalah masih lagi di peringkat yang rendah.

Semua pihak perlu lebih peka dengan keadaan yang berlaku semasa krisis bagi

membolehkan mereka menangani krisis tersebut dengan lebih berkesan.

Bagi krisis air di Malaysia, masih terdapat kekurangan dari segi pelaksanaan

strategi untuk menangani krisis tersebut. Banyak pihak yang bersikap sambil lewa dengan

krisis yang melanda.

Begitu juga dengan krisis ekonomi di Asia. Setiap negara yang terlibat masih

kurang melibatkan diri dalam menangani masalah ini. Pelbagai langkah yang boleh

dianggap berkesan masih kurang dipraktikkan oleh sesetengah negara di Asia.

7
4.0 KESIMPULAN

4.1 Pandangan

Pada pandangan saya, krisis boleh berlaku pada sesiapa saja dan pada bila-bila

masa sahaja. Ianya boleh berlaku kepada individu dan juga organisasi. Krisis yang

berlaku dalam organisasi pula melibatkan pelbagai pihak. Oleh itu, setiap pihak yang

terlibat perlu peka terhadap pengurusan krisis.

Pengurusan krisis yang berkesan harus melihat daripada akar umbi bagaimana

sesuatu krisis itu lahir dan kemudiannya berkembang. Oleh itu dalam menguruskan

sesuatu krisis kemahiran dalam mengenalpasti punca atau sumber krisis adalah penting.

Daripada situlah kita dapat mengawal dan merancang dengan baik dan memanfaatkan

atau mengelak sesuatu krisis dari terus berakar umbi dan menjadi ancaman terhadap

sesebuah organisasi. Pengurusan krisis yang baik dan berkesan penting bukan hanya

kepada organisasi atau individu malahan kepada masyarakat antarabangsa.

Daripada perbincangan dua jenis krisis yang berlaku di dalam dan juga luar

negara, kita dapat meninjau pelbagai usaha yang dilakukan untuk menangani krisis.

Namun begitu terdapat banyak kelemahan yang boleh mengakibatkan krisis menjadi

semakin meruncing.

Bagi krisis air di Malaysia, pelbagai pihak perlu memberi perhatian yang lebih

terhadap masalah ini khususnya kerajaan dan juga Kementerian Alam Sekitar. Sementara

bagi krisis ekonomi yang berlaku di negara-negara Asia pula memerlukan mereka

bekerjasama dalam menangani masalah ini. Ini adalah kerana ianya mempunyai perkaitan

yang sangat kuat antara satu sama lain.

8
4.2 Cadangan Tindakan

i) Pengkorporatan

Tadbir urus korporat penting sebagai peraturan yang berkesan bagi

menyumbang kepada daya tarikan negara untuk pelaburan dalaman dan

perkembangan perniagaan. Ia juga menyumbang kepada kecekapan pasaran

modal dan keberkesanan dalam ekonomi sebenar. Mengekalkan piawaian tadbir

urus korporat yang baik amat penting kerana ia membantu mengukuhkan jenama

bagi pertubuhan atau syarikat, di samping meningkatkan budaya yang sihat

kepada tanggungjawab korporat. Ianya juga penting dalam pengurusan krisis

organisasi samada di dalam dan luar negara.

Amalan tadbir urus korporat di kalangan organisasi-organisasi di Malaysia

dan juga Asia semakin menunjukkan kemajuan terutamanya dari aspek kesedaran

dan amalan. Kesedaran yang kian meningkat dan menghargai amalan tadbir urus

korporat yang baik melibatkan penggunaan amalan mandatori hinggalah kepada

kewajipan. Pendekatan dalam meningkatkan kesedaran bagi mewujudkan tadbir

urus korporat yang baik perlu berpandukan kepada pelbagai disiplin yang

merangkumi disiplin pasaran, diri dan pengawalseliaan dalam pengurusan krisis.

Berdasarkan pemerhatian serta pertemuan dengan penganalisis pasaran di

seluruh dunia, didapati komen atau analisis negatif terhadap amalan tadbir urus

korporat di pasaran Malaysia dan juga Asia semakin berkurangan. Tetapi, masih

banyak ruang kosong yang perlu diperbaiki dan dipertingkatkan bagi memastikan

tadbir urus korporat menjadi sebahagian daripada budaya kerja organisasi-

organisasi khususnya dalam proses pengurusan krisis.

9
ii) Pengurusan yang Efisien

Pengurusan diperlukan di dalam semua organisasi, tidak kira sama ada

organisasi itu kecil atau besar, swasta atau badan kerajaan. Fungsi pengurusan

bukan saja merupakan tanggungjawab seorang pengurus besar atau pengarah

tetapi juga tanggungjawab penyelia atau ketua bahagian yang berada di dalam

organisasi.

Aktiviti pengurusan berbeza mengikut tingkatan di dalam organisasi.

Misalnya, pengurus atasan menggunakan kebanyakan masa mereka di dalam

perancangan jangka panjang, perhubungan awam, membuat dasar serta

menganalisis perkara-perkara yang berlaku di persekitaran luaran. Pengurus

pertengahan atau penyelia sebaliknya memainkan peranan yang lebih di dalam

penyelarasan dan pengawalan kerja pada peringkat operasi. Satu kenyataan yang

harus kita terima ialah pengurus lebih berhadapan dengan faktor-faktor yang tidak

dapat dikawal daripada faktor-faktor yang boleh dikawal. Misalnya, sumber

selalunya terhad, kuasa yang diberikan terbatas, pihak atasan mengharapkan

sesuatu yang mesti dicapai dan permintaan orang bawahan memerlukan

pertimbangan. Oleh yang demikian, untuk membolehkan sesuatu perkara itu

dilaksanakan, pengurus memerlukan kepakaran, keyakinan, dan mempunyai

kesabaran.

Kejayaan mengurus sesebuah organisasi boleh diukur dari aspek

kecekapan, keberkesanan, produktiviti dan kualiti produk, dan perkhidmatan yang

ditawarkan oleh organisasi serta kejayaan dalam pengurusan krisis dalam

organisasi.

10
iii) Pemikiran Sistem

Pemikiran system atau 'systems thinking' dapat membantu individu

memahami kompleksiti organisasi yang timbulnya daripada proses, pasukan kerja,

peralatan, pelanggan, persekitaran kerja dan sebagainya. la memberi gambaran

menyeluruh (the big picture) mengenai organisasi sebagai satu entiti kompleks

yang mengandungi pelbagai bahagian dan bagaimana bahagian-bahagian ini

bergabung menjadi satu dan seterusnya bagaimana pula gabungan ini menjadi

satu bahagian daripada satu lagi sistem yang lebih besar dan seterusnya.

Berbeza dengan pendekatan 'reductionist' yang mengasingkan bahagian-

bahagian yang dikaji untuk analisis, pemikiran sistem menumpukan kepada

interaksi antara bahagian dalam sistem yang mencorakkan bentuk perilaku. Ini

bermakna bahawa dalam pendekatan ini, analisis akan mengembang untuk

mengambilkira bilangan interaksi besar dan yang semakin membesar.

Penemuan yang diperolehi kadangkala adalah sangat berbeza terutamanya

dalam sistem yang kompleks dan dinamik berbeza dengan analisis secara

konvensional. Banyak masalah yang dihadapi sekarang adalah berbentuk

kompleks, melibatkan ramai pihak dan sedikit sebanyak disumbang oleh

tindakan-tindakan yang lalu bagi mengatasinya. Mengurus masalah-masalah ini

tidak mudah serta memerlukan analisis 'the big picture'. Pemikiran sistem dapat

membantu dalam hal seperti ini khususnya dalam pengurusan krisis yang berlaku

dalam organisasi.

11
4.3 Penutup

Dewasa ini banyak krisis yang berlaku samada di negara kita mahupun di

peringkat antarabangsa. Antara krisis yang sudah berlaku ialah krisis ekonomi dan krisis

kualiti udara serta yang terbaru dan berulang lagi iaitu krisis air.

Krisis-krisis yang tersebut mungkin akan berulang lagi sekiranya golongan yang

bertanggungjawab di dalam organisasi-organisasi tertentu tidak mempelajari daripada

krisis yang lepas. Lazimnya manusia ini pelupa dan tidak pernah belajar daripada sejarah.

Kesilapan yang lepas diulang lagi. Di negara-negara Asia, cara pengurusan

sekarang ialah keputusan dan tindakan dibuat pada ketika sesuatu krisis berlaku dan

setelah krisis selesai. Dengan itu semua orang akan rasa puas hati dan lupa akan krisis

tersebut.

Daripada hasil perbincangan mengenai dua jenis krisis yang berlaku di dalam

negara dan juga di luar negara, kita dapati bahawa pelbagai pihak telah mula sedar akan

kepentingan pengurusan krisis yang sesuai. Begitu juga dengan pendekatan komunikasi

semasa krisis yang telah dilaksanakan.

12

Anda mungkin juga menyukai