Anda di halaman 1dari 3

TUGASAN 2-INDIVIDU (20%)

1. Setiap pelajar perlu menganalisis program latihan atau kursus yang anda hadiri (kursus
formal anjuran sesebuah organisasi). Anda dikehendaki menyediakan satu laporan yang
menilai (kekuatan dan kelemahan) perkara berikut: Kaedah Latihan, Alat Bantu Latihan,
Susunan Bilik Latihan, Penyampaian.

2. Anda dikehendaki membuat pemerhatian dan menilai perkara yang dinyatakan di atas
SEMASA menghadiri kursus atau mana-mana latihan anjuran organisasi anda atau
mana-mana organisasi. Anda tidak dibenarkan menilai latihan yang telah dihadiri
sebelum anda mendaftar kursus DCE3113 ini.

3. Anda juga boleh memohon untuk mengikuti mana-mana latihan di mana-mana tempat
walaupun latihan itu tidak berkaitan dengan anda. Anda hadiri latihan itu semata-mata
untuk melengkapkan tugasan ini.

4. Latihan yang dihadiri mestilah yang dirangka atau dirancang dengan tersusun dan
dianjurkan oleh pihak yang profesional (bukan latihan anjuran pelajar atau bukan
program ad-hoc).

5. Anda digalakkan untuk memilih kursus jangka pendek (tempoh kursus sehari adalah
lebih baik). Sijil penyertaan digalakkan dikepilkan di dalam Lampiran sebagai bukti
kehadiran anda atau bukti lain seperti brochure yang asli.

Susunan kandungan laporan Tugasan 2 perlu mengandungi maklumat berikut:


1. Isi kandungan (Table of Content)

2. Pengenalan (pengenalan kepada kursus/program latihan yang dihadiri)


- Nama kursus
- Organisasi penganjur
- Jumlah hari
- Tempat kursus
- Jumlah peserta
- Jadual kursus
- Objektif kursus/program dan objektif pembelajaran
- Dan lain-lain maklumat umum mengenai kursus

3. Kaedah Latihan
- Namakan kaedah-kaedah yang digunakan
- Huraikan pemerhatian anda
- Terangkan kekuatan dan kelemahan kaedah yang digunakan
4. Alat Bantu Latihan
- Namakan alat bantu latihan yang digunakan
- Lampirkan alat bantu latihan yang anda perhatikan (gambar diambil mesti asli)
- Terangkan kekuatan dan kelemahan alat bantu latihan yang digunakan

5. Susunan bilik latihan


- Namakan susunan bilik latihan yang digunakan
- Lampirkan gambar bilik latihan (gambar yang diambil mesti asli)
- Terangkan kekuatan dan kelemahan susunan bilik latihan yang digunakan

6. Penyampaian
- Terangkan kekuatan dan kelemahan penyampai
- Berikan cadangan anda bagi memperbaiki penyampaian penyampai

7. Rumusan dan Kesimpulan


- Rumuskan perkara utama dalam laporan anda (1-2 perenggan)
- Kesimpulan (kaitkan objektif program/objektif pembelajaran dengan
pemerhatian/penilaian anda terhadap keseluruhan program ini)

8. Lampiran-lampiran berkaitan (sebagai bukti anda menghadiri latihan-sijil, broshure)

Arahan/Panduan untuk Tugasan 2:


1. Panjang Tugasan 2 adalah 10-15 muka surat. Times New Roman, font-12, spacing-
1.5.
2. Format laporan adalah bebas, asal sahaja mengandungi maklumat yang diperlukan
seperti di atas. Kreativiti anda dalam menulis dan melaporkan hasil pemerhatian
anda akan diambilkira. Penggunaan tajuk utama dan tajuk kecil digalakkan dalam
penulisan Tugasan 2 ini.

HANTAR SEBELUM 28/4/2018 KEGAGALAN MENGHANTAR AWAL TUGASAN ANDA TIDAK


AKAN DILAYAN

-Selamat Maju Jaya-

Anda mungkin juga menyukai