Anda di halaman 1dari 22

1.

0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Bahasa merupakan alat pembentukan tamadun bangsa yang sangat

integratif; melalui bahasalah sesuatu bangsa itu memperkenalkan dirinya melalui

cara mereka menanggapi alamnya, baik alam sosial mahupun alam kosmos, dan

membentuk pandangan hidup atau sistem nilai bangsanya melalui proses

pemikiran, rasa hati, imaginasi dan renungan dirinya yang digambarkan dalam

pelbagai karya lisan dan tulisan yang dihasilkan oleh bangsa itu dan yang

membentuk ‘ingatan bersama’ atau ‘collective memory’ bangsa itu sepanjang

zaman. Itulah proses yang berlaku dalam pembentukan tamadun sesuatu bangsa.

Kita tahu dalam sejarah ketamadunan manusia bahawa tidak ada bangsa di dunia

ini yang membentuk budaya dan tamadunnya, seninya, kesusasteraannya, falsafah

hidupnya, mitosnya dan pandangan kosmologi dan ilmu dunianya melalui bahasa

orang lain.

Bahasa penting dalam segala aspek kehidupan manusia, masyarakat dan

negara. Inilah sebabnya mengapa bahasa tidak kira bahasa apa pun menarik minat

pelbagai golongan pengkaji dan pemikir, tidak hanya ahli bahasa. Ahli bahasa

deskriptif hanya tertarik untuk mengkaji dan menghuraikan sistem linguistik

bahasa itu, mengkaji peraturan tatabahasanya dan sistem fonologinya tetapi

kurang memberikan perhatian terhadap fungsi atau budaya dan nilai sosial bahasa

itu. Pakar-pakar sosiolinguistik pula mengkaji tentang fungsi sosial bahasa.

Tentang bagaimana bahasa digunakan hari-hari dalam masyarakat dan bagaimana

manusia membentuk makna berdasarkan konteks sosialnya.

1
Berdepan dengan apa jua kepentingan, walau berada di mana ruang dan

zaman, tidak ada yang lebih penting daripada ilmu. Lantaran ilmu memandu

kehidupan diri dan masyarakat, local dan global, dunia dan akhirat.

Ilmu wadah memartabatkan diri, kelompok, masyarakat, bangsa dan

ummah. Ilmu mewariskan budaya tinggi yang menjadi identiti negara dan bangsa

dan adalah menjadi kewajipan pewaris turunan mempertahan, mempertingkat dan

mengolah warisan budaya tinggi ini agar kekal segar berkembang, bukan saja

memberi faedah kepada turunan, tetapi sebagai kebanggaan yang turut sama

mengambil manfaat darinya alam jagat.

Beriringan dengan pembentukan satu rupa bangsa Malaysia, kepentingan

keilmuan yang berbudaya tinggi bagi Malaysia diasas yang akarnya tertanam

kejap di bumi Malaysia dan rimbunnya menerawang luas ke langit jagat.

Malaysia mengasaskan dasar pelajaran yang berpengantarkan bahasa

Melayu (bahasa Malaysia) yang menjadi bahasa kebangsaan dan rasmi negara.

Dari segi visinya dalam perjuangan menegakkan bangsa, diharap suatu masa

terdekat Malaysia akan bangkit sebagai sebuah negara maju yang mempunyai ciri

dan identitinya tersendiri.

1.2 Objektif Kajian

 Mengetahui tentang peranan bahasa Melayu dalam bidang pendidikan.

 Melihat dengan lebih mendalam peranan bahasa Melayu di peringkat

rendah dan juga di institut pengajian tinggi.

2
 Mengkaji dengan lebih terperinci sejauh mana bahasa Melayu mampu

berfungsi sebagai bahasa ilmu.

 Meninjau isu bahasa Melayu dalam bidang pendidikan yang sedang

hangat diperkatakan masa kini.

1.3 Kaedah Kajian

Kaedah yang digunakan dalam menjalankan kajian ini adalam melalui

pemerhatian ke atas isu semasa masa kini yang membincangkan mengenai

peranan bahasa Melayu dalam bidang pendidikan. Selain daripada itu, kaedah

pembacaan juga amat penting di mana buku-buku rujukan dari perpustakaan amat

penting dalam memberikan maklumat yang terperinci. Begitu juga majalah serta

suratkhabar yang banyak memperkatakan tentang isu ini.

Kaedah yang paling penting adalah tinjauan serta rujukan yang dilakukan

melalui internet. Terdapat banyak bahan bacaan ilmiah daripada laman web

tertentu yang boleh diperolehi daripada enjin carian seperti Yahoo dan Google.

1.4 Batasan Kajian

Kajian ini meliputi perbincangan mengenai peranan bahasa Melayu dalam

bidang pendidikan khususnya di peringkat rendah dan tinggi. Selain itu kita juga

akan membincangkan mengenai kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu

serta keterampilan bahasa Melayu khususnya dalam bidang pendidikan. Akhir

sekali kita akan meninjau isu semasa bahasa Melayu yang melibatkan sistem

pendidikan masa kini yang sedang hangat dibincangkan di negara kita.

3
1.5 Definisi Konsep

Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan Malaysia, Brunei Darussalam,

Indonesia (dikenali sebagai Bahasa Indonesia) dan Singapura. Di Timor Timur

bahasa Melayu digunakan sebagai salah satu "bahasa kerja" (Working Language).

Variasi kepada Bahasa Melayu juga ditutur di daerah di mana bangsa Melayu

wujud seperti di selatan Thailand, selatan Filipina, Kemboja, Vietnam, Sri Lanka

dan Afrika Selatan.

Bahasa Melayu Piawai ialah Bahasa Riau, seperti yang dipersetujui oleh

Indonesia, Malaysia dan Brunei. Bahasa Riau dianggap tempat kelahiran bahasa

Melayu. Di Malaysia, bahasa Melayu mengalami perubahan nama beberapa kali.

Pada awal 1970an, Bahasa Melayu dinamakan Bahasa Malaysia atas sebab

politik. Namun sejak akhir-akhir ini, nama "Bahasa Melayu" digunakan semula.

Bahasa Melayu mempunyai banyak dialek dan setiap dialek mempunyai

perbezaan ketara dari segi sebutan dan kosa kata. Misalnya, bahasa Melayu Jawa

mempunyai banyak perkataan yang tidak diketahui oleh penutur bahasa Melayu

yang lain. Selain itu, bahasa yang digunakan oleh masyarakat peranakan atau

Cina Selat (campuran pendatang China dan penduduk asal) merupakan campuran

antara Bahasa Melayu dan dialek Hokkien. Bahasa ini dahulunya banyak

digunakan di negeri negeri Selat seperti Pulau Pinang dan Melaka.

Walaubagaimanapun, kini kaum Peranakan lebih gemar berbahasa Hokkien atau

Inggeris. Bahasa Melayu merupakan bahasa aglutinatif, bermaksud makna

perkataan boleh diubah dengan menambah imbuhan tertentu. Umumnya, kata

dasar (atau kata akar) terdiri daripada kata kerja.

4
Penggunaan Bahasa Melayu di negara ini berbeza bergantung kepada

sejarah dan budaya. Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi di Malaysia pada 1968,

tetapi Bahasa Inggeris masih digunakan dengan luas terutama sekali di kalangan

masyarakat Cina dan India, sama seperti di Brunei. Berbeza di Indonesia, Bahasa

Indonesia berjaya menjadi bahasa perantaraan utama atau lingua franca untuk

rakyatnya yang berbilang kaum kerana usaha gigih kerajaan Indonesia dalam

menggalakkan penggunaan Di Singapura, Bahasa Melayu dikekalkan statusnya

sebagai bahasa kebangsaan walaupun Singapura mempunyai empat bahasa rasmi

(iaitu Bahasa Inggeris, Cina, India, dan Melayu.) Di selatan Thailand, bahasa

Melayu digunakan oleh orang orang daripada Kesultanan Melayu Pattani (orang

Melayu Pattani), tetapi tidak memperolehi sebarang pengiktirafan daripada

kerajaan.

5
2.0 BAHASA MELAYU DALAM BIDANG PENDIDIKAN

2.1 Bahasa Melayu dalam Sistem Pendidikan

Dari segi penyebaran ilmu, bahasa Melayu telah digunakan dalam semua

mata pelajaran di sekolah Melayu sejak pertengahan abad ke-19. Namun sekolah

Melayu pupus dalam pertengahan 1970-an. Ini kesan tindakan ibu bapa Melayu

yang lebih cenderung menghantar anak mereka ke sekolah Inggeris. Peluang

pekerjaan yang lebih baik hasil penguasaan bahasa Inggeris merupakan salah satu

faktor pendorong keputusan ibu bapa dan juga ibu bapa lain di Malaysia.

Hari ini di sekolah biasa (sekular), bahasa Melayu ditawarkan sebagai

bahasa ibunda. Majoriti penuntut mengambilnya sebagai bahasa kedua, iaitu

selepas bahasa Inggeris sebagai bahasa pertama. Tetapi bagi penuntut yang

tergolong sebagai 10 peratus terbaik di sekolah, mereka dapat mengambilnya

sebagai bahasa pertama.

Umumnya, untuk darjah satu (kelas dasar) sehingga enam, bahasa Melayu

diajarkan demi mengembangkan daya berfikir, menghayati tatabahasa, kemahiran

bertutur dan menulis serta berkomunikasi. Selain buku teks dan buku kerja

bahasa, murid memanfaatkan teknologi pandang dengar dalam mempelajari

bahasa seperti rancangan televisyen pendidikan, pita kaset, video dan kini pula

sedang dirancang penerbitan laser disc dan CD-Rom.

Pada peringkat sekolah menengah, murid yang mengambil bahasa Melayu

akan diajar ilmu yang lebih rencam berbanding dengan peringkat sekolah rendah.

Antara ilmu yang diajarkan menerusi pengajaran bahasa Melayu di sekolah

menengah ialah kesihatan dan kebersihan diri, perihal negara jiran dan dunia,

6
alam seni dan budaya. Bahan pengajaran yang digunakan meliputi buku teks,

buku kerja, pita kaset, video (untuk drama atau persembahan budaya misalnya),

kad gambar, transparensi (lutsinar) dan tidak lama lagi pula, terdapat CD-Rom

dan laser disc demi pemelajaran yang lebih berkesan.

Keseluruhannya, aspek-aspek kebudayaan Melayu menjadi pati utama

dalam pengajaran bahasa Melayu di sekolah Malaysia. Peranan bahasa Melayu di

Malaysia dalam bidang keilmuan dan sedikit sebanyak teknologi juga terpapar

dalam media, iaitu televisyen radio dan akhbar dan kini pula Internet (rangkaian

komputer).

Malaysia adalah salah sebuah negara dalam rantau yang secara rasmi

menggunakan sebutan baku untuk media elektronik dan juga pelajaran bahasa

Melayu di sekolah.

Usaha ini perlu dimantapkan semula, dari peringkat prasekolah hingga

peringkat pengajian tinggi. Kerajaan perlu memberikan penegasan yang lebih

berat kepada usaha pembudayaan bahasa Melayu sebagai asas peneguhan

tamadun bangsa Malaysia dalam dua aspek yang penting.

Yang pertama ialah pelaksanaan penggunaan bahasa Melayu sebagai

bahasa utama dalam proses pemerolehan dan pengembangan ilmu, selaras dengan

perancangan yang dilakukan oleh Jawatankuasa Pelajaran Razak 1956 yang

diperkukuh oleh Jawatankuasa Penyemak Pelajaran Rahman Talib 1960 dan

dimaktubkan dalam Akta Pelajaran 1961 dan Akta Pendidikan 1996. Sebarang

usaha berundur daripada keputusan yang penting dan bijaksana serta telah

membuktikan kejayaan dalam proses pembinaan negara hendaklah dielakkan.

7
Kejayaan Universiti Kebangsaan Malaysia dan universiti-universiti lain dalam

pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu untuk pelbagai bidang ilmu tidak

harus direncatkan.

Aspek yang kedua ialah pembudayaan bahasa  yang baik, teratur, santun

dan mewakili budaya tinggi melalui kegiatan pengajaran dan pemelajaran,

sukatan pelajaran, buku teks dan bacaan tambahan serta melalui pelbagai kegiatan

kokurikulum. Dengan demikian diharapkan landasan pelbagai ragam bahasa tidak

rasmi, sama ada bahasa sembang internet, bahasa SMS atau yang lain tidak akan

sampai menggugat bahasa yang mewakili budaya teras.

Negara bermulti rasial berbahasa kebangsaan dan rasmi, bahasa Melayu

yang berasal dan berakar umbi di negara ini. Demikianlah telah setengah abad

bahasa ini didukung dalam perhubungan dan dan dipupuk di dalam pengajian. Al-

hamdulillah jerit perih pejuang-pejuang bahasa dan cekal pendidik-pendidik

bangsa, bahasa Melayu telah bertapak dan membuktikan kemampuan sebagai

bahasa perhubungan, pentadbiran dan ilmiah pada berbagai-bagai peringkat

kemajuan dari peringkat rendah membawalah ke peringkat menengah dan

universiti.

Pada peringkat pengajian tinggi, bahasa Melayu telah membuktikan

kemampuan mendukung bidang-bidang keilmuaan perubatan, kejuruteraan, sains,

ekonomi, perundangan dan sebagainya. Bahasa Melayu telah membuktikan ia

adalah setaraf dengan bahasa-bahasa lain di dunia.

Jika pelajar-pelajar kita yang menyambung pengajian di universiti-

universiti di Jepun mereka perlu mengambil dan lulus bahasa Jepun terlebih

8
dahulu sebelum diterima belajar di universiti di Jepun, demikian perlu lulus

bahasa Jerman, Perancis, Rusia sebelum diterima belajar ke universiti-universiti

di negara tersebut, maka demikianlah di Malaysia yang kini ribuan pelajar dari

negara-negara luar datang belajar ke universiti-universiti di Malaysia, mereka

juga perlu mengikuti kursus, belajar dan perlu lulus bahasa Melayu menurut

standard minimum ditentukan sebelum diterima belajar di universiti-universiti di

Malaysia.

2.2 Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu

Satu lagi peranan Bahasa Melayu yang tidak kurang pentingnya dalam

proses pembinaan negara kita ialah sebagai bahasa ilmu. Selaras dengan usul

Penyata Razak 1956 dan Penyata Abdul Rahman Talib 1960 serta Akta

Pendidikan 1961 dan kemudian Akta Pendidikan 1996, Bahasa Melayu sehingga

kini telah berjaya menjadi bahasa penghantar ilmu yang utama dari peringkat

sekolah rendah hingga ke pusat pengajian tinggi dalam pelbagai bidang ilmu.

Sejarah perjuangan bangsa kita pula, selama puluhan tahun membuktikan

keutuhan cita-cita kita untuk mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa

kebangsaan dan bahasa rasmi, bahasa perpaduan dan bahasa ilmu serta bahasa

perantara dan bahasa perpaduan. Pengisian dan pendaulatannya menjadikan

kedudukan bahasa Melayu selangkah demi selangkah mengambil tempat yang

cukup penting dalam pembinaan bangsa Malaysia.

Dalam tempoh kurang daripada setengah abad, usaha Kerajaan untuk

mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang menyatupadukan

9
masyarakat pelbagai kaum di negara ini, semakin memperlihatkan kesannya.

Pimpinan negara melaksanakan pendekatan yang cukup bijaksana dengan

membentuk dasar-dasar kenegaraan seperti Dasar Pendidikan Kebangsaan dan

Dasar Bahasa Kebangsaan yang menyatukan rakyat menerusi penggunaan bahasa

yang serupa.

Langkah itu membuka ruang yang lebih besar kepada bahasa Melayu

untuk berkembang sebagai bahasa ilmu. Pengunaan bahasa Melayu sebagai

bahasa ilmu telah mencetuskan satu fenomena baru dalam negara. Jika dahulu

bahasa Inggeris dianggap sebagai satu-satunya bahasa yang wajib dikuasai bagi

membolehkan rakyat menguasai satu-satu bidang ilmu, kini bahasa Melayu pula

mesti dikuasai, jika rakyat Malaysia mahu menguasai satu-satu bidang ilmu.

Kita telah melahirkan ratusan ribu siswazah yang menerima ilmu dalam

bahasa Melayu. Ratusan tesis sama ada peringkat sarjana mahupun kedoktoran

telah ditulis dalam bahasa Melayu. Telah lahir pelajar, tenaga kerja profesional,

pendidik dan penyelidik yang dapat mengungkap ilmu-ilmu dalam bahasa

Melayu. Semua ini tidak terhad kepada pelajar Melayu sahaja, malah telah

melibatkan semua kaum di negara ini. Ini membuktikan bahasa Melayu mampu

menjadi bahasa ilmu.

Penerbitan hari ini lebih banyak buku-buku akademik berbahasa Melayu

dalam pelbagai lapangan ilmu teknologi, perubatan, kejuruteraan, undang-undang,

ekonomi, politik, sosial dan pelbagai disiplin ilmu telah menjadikan bahasa

Melayu sebagai bahasa yang amat relevan dalam proses perkembangan ilmu di

negara ini.

10
Semua ini adalah mercu tanda penting dalam pembangunan tamadun

bangsa Malaysia. Kedudukannya yang amat kukuh ini tetap perlu dipelihara

supaya ia kekal menjadi bahasa perantara utama, sekali gus memberi makna yang

besar dalam pembangunan negara.

Para pengkaji bahasa, baik ahli bahasa deskriptif, ahli sosiolinguistik, ahli

psikolinguistik, ahli budaya (antropologi) bahasa, ahli semiotik, mahupun ahli

falsafah bahasa, walaupun mereka menggunakan kaedah kajian yang berlainan,

semuanya sepakat tentang bahasa. Menurut pengkaji, bahasa tidak kira bahasa apa

pun mempunyai keupayaan yang tidak terhad untuk mengungkapkan fikiran

bangsa yang menggunakan bahasa itu sebagai bahasa utamanya.

Seperti kata seorang pemikir psikologi atau kognitif bahasa, Steven Pinter

(1994), yang mencipta bahasa ialah minda (fikiran) manusia. Jikalau fikiran

bangsa atau manusia itu maju, maka akan majulah bahasanya.

Setiap kali manusia berfikir dia mencipta makna dan makna ini boleh

disampaikan melalui kata-kata yang sudah ada dalam perbendaharaan kata

bahasanya. Atau melalui kata-kata dan istilah baru yang boleh diciptakan, sama

ada melalui proses peminjaman atau melalui cara lain, berdasarkan sistem

linguistik bahasanya.

Demikianlah caranya bangsa Inggeris misalnya, maju dalam bidang ilmu

bukan kerana bahasa Inggeris itu dilahirkan sejak asalnya sebagai bahasa yang

memang ‛sudah maju’ dari segi sistem linguistiknya atau dari segi kehadiran

peristilahan ilmunya. Tetapi bangsa mereka maju dalam bidang ilmu kerana dua

faktor iaitu, kerana di kalangan bangsa Inggeris wujud sekumpulan manusia yang

11
kita sebut ‛ahli fikir’ atau ‛ahli sains’ seperti Roger Bacon dan Isaac Newton

dalam abad ke-16 dan 17. Mereka juga memiliki ‛sasterawan besar’ seperti

Shakespeare yang berfikir dan menulis dalam bahasa Inggeris, bahasa ibunda

mereka. Kedua, bahasa Inggeris asal, iaitu bahasa Anglo-Saxon, tidak mempunyai

istilah sains untuk menyatakan konsep dan teori baru. Oleh itu, para pemikir dan

ahli sains Inggeris terpaksa meminjam istilah yang cukup banyak daripada bahasa

Latin dan bahasa Greek. Hari ini, tidak ada satu ayat bahasa Inggeris dalam

bidang apa pun yang tidak mengandungi istilah pinjaman.

Demikianlah juga proses yang berlaku pada bahasa Melayu sejak abad ke-

15, lebih-lebih lagi sejak abad ke-16 dan 17. Para pengarang, pemikir dan

sasterawan berbahasa Melayu di rantau ini menghasilkan seberapa banyak karya

besar dalam bidang kesusasteraan, ilmu teologi, ilmu metafizik dan tasawuf dan

falsafah dalam bahasa Melayu.

Mereka bertembung dengan pelbagai tamadun luar, terutama tamadun

Islam, lalu mempelajari ‛ilmu Islam’, meminjam istilah-istilah baru dari bahasa

Arab untuk menghasilkan karya-karya yang besar itu dalam bahasa Melayu. Daya

kreatif bahasa Melayu terkenal. Pemikir Melayu sering menggunakan bahasa

metafora (bahasa perumpamaan), bahasa kiasan dan bahasa alegorikal untuk

menyampaikan isi hati, pandangan hidup dan pemikiran mereka secara padat dan

mendalam.

Mereka tidak hanya menggunakan kata-kata yang literal atau leksikal.

Tetapi yang penting ditegaskan ialah, bahasa Melayu sudah berkurun-kurun

12
lamanya berfungsi sebagai alat penjana tamadun ilmu dan tamadun budaya tinggi

di seluruh rantau ini.

Jadi, kalau hari ini ada orang yang berkata bahawa bahasa Melayu tidak

mampu menjana tamadun tinggi, tidak mampu menjadi bahasa sains dan bahasa

teknologi, orang itu tidak membaca sejarah bahasa Melayu ini. Ataupun orang ini

sengaja menutup fikirannya terhadap peri pentingnya bahasa ini sebagai alat

kemajuan bangsa berbahasa Melayu di rantau ini.

Hari ini terbukti bahawa tradisi yang sudah terbina sejak berkurun

lamanya itu dapat disambung semula setelah dasar negara menjadikan bahasa

Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan

hingga ke peringkat pengajian tinggi.

Beribu-ribu sarjana dalam pelbagai bidang ilmu, termasuk antaranya

beberapa banyak pakar sains dan perubatan, dari semua kaum terdidik melalui

sistem kebangsaan ini. Jika dasar ini dikekalkan dan diperkukuhkan lagi, pasti

nilai bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu akan terus meningkat dan orang akan

terus tertarik untuk mempelajari bahasa ini kerana nilainya.

Yang penting ialah bangsa Melayu harus mengembangkan ilmu dalam

bahasanya, baru bahasa kita terus menjadi bahasa yang kreatif dan produktif ilmu.

Maksudnya, kita harus terus berfikir dalam bahasa kita sendiri, sebagaimana juga

bangsa lain maju dalam bahasa sendiri.

Inilah yang dimaksudkan dengan peranan bahasa sebagai alat pemikiran

bangsa. Ini tidak bererti bahawa kita tidak usah mencari ilmu yang ada dalam

bahasa-bahasa lain. Ada orang yang menyangka bahawa orang Melayu yang cuba

13
memperjuangkan bahasa Melayu mengamalkan ‛nasionalisme bahasa’ yang

sempit.

Kita patut menyedari bahawa orang yang dikatakan menganut faham

nasionalisme yang sempit ini banyak yang menguasai bahasa Inggeris tinggi.

Mereka tidak pernah membenci bahasa asing. Malah merekalah paling ke depan

menyokong segala usaha kerajaan untuk meningkatkan pengajaran bahasa

Inggeris di sekolah kita.

Tidak cukup kalau ‛martabat’ bahasa Melayu di negara ini kekal hanya

sebagai bahasa urusan pentadbiran kerajaan sahaja, atau sebagai lingua franca

biasa, jika taraf atau nilainya sebagai bahasa ilmu dan bahasa kemajuan tidak

dimajukan terus. Dan usaha ini tidak hanya mesti bergantung kepada dasar

kerajaan. Para pemikir, para sarjana, penulis Melayu sendiri harus melakukan

usaha ini dengan lebih gigih dan komited. Dengan usaha itu, tidaklah mustahil

suatu ketika nanti, bahasa Melayu boleh menjadi sumber ilmu yang penting di

rantau ini.

2.3 Keterampilan Bahasa Melayu

Bahasa Melayu juga merupakan bahasa yang mempunyai kemampuan

pelbagai bidang ilmu seperti matematik, sains, kejuruteraan, agama, peradaban

dan lain-lain yang sebenarnya menunggak falsafah ilmu.

Ini membuktikan bahawa bangsa Melayu ini sudah tinggi peradabannya

dan semestinya mampu menghasilkan falsafah ilmu yang sama tinggi dan

bernilai. Jika ditinjau setakat ini, didapati bahawa bahasa Melayu merupakan

14
bahasa hibrid dan dinamik tetapi bangsanya tetap bermaruah dan berilmu. Bangsa

Melayu pula sebenarnya telah lama menyulam disiplin-disiplin lain seperti

matematik, insurans, antropologi dan lain-lain sejak zaman awal lagi. Namun

demikian, amat penting sekali ialah kemampuan bahasa Melayu menjadi pembiak

komunikasi manusia seperti yang berlaku dalam bahasa Melayu Baba dan bahasa

Singlish.

Dari segi kreativiti bangsa dalam zaman kontemporari ini cara terbaik

meningkatkan peradaban bangsa ialah melalui perpustakaannya seperti negara-

negara yang berjaya iaitu negara Norway dan Finland yang menggunakan bahasa

mereka sendiri dan berjaya dengan teknologi perabot IKEA dan telekomunikasi

Nokia. Negara German merupakan satu lagi negara yang mundur selama 300

tahun kerana bahasa mereka dipelajari dalam bahasa Latin dan Perancis. Namun

demikian, mereka mula mencapai kemajuan apabila mula menggunakan bahasa

mereka sendiri.

Tanggapan ini membuktikan bahawa sesuatu bangsa itu boleh maju

dengan bahasanya sendiri asalkan bahasa itu mempunyai kemampuan ilmuan

yang tinggi berkat daripada khazanah bahan bacaannya yang meluas. Namun

demikian, sebelum perkara ini dapat direalisasikan, bangsa itu perlu menanam

semangat yakin diri dengan menyedari kepentingan melahirkan bangsa yang

kreatif.

15
3.0 ISU BAHASA MELAYU DALAM BIDANG PENDIDIKAN

Pendidikan bertujuan melahirkan individu yang berilmu pengetahuan, berakhlak

mulia, bertanggungjawab, dan berketerampilan dalam berbahasa. Untuk mencapai tujuan

murni ini, para pelajar mesti mempunyai wawasan diri dan sikap positif terhadap

pembelajaran mereka, termasuk pembelajaran bahasa Melayu (BM).

Dalam budaya masyarakat Melayu juga, berguru mestilah dilakukan dengan

serius, iaitu mesti sampai khatam, hingga dapat menguasai ilmu yang dituntut. Oleh yang

demikian, guru bukan sahaja mesti berilmu dan berketerampilan, tetapi mereka juga perlu

dedikasi, memiliki nilai-nilai murni, dan mempunyai iltizam terhadap tugas. Para guru

yang mempunyai pandangan jauh dapat melihat kemungkinan hari muka yang akan

dihadapi oleh murid-murid mereka. Saidina Umar Al-Khattab pernah mengungkapkan:

"Berilah ilmu kepada anak-anak kamu kerana sesungguhnya mereka dijadikan untuk

zaman yang lain dari zaman kita." Dalam situasi pendidikan hari ini, tugas yang paling

utama adalah untuk menyediakan dan mempersiap golongan anak Melayu yang mampu

menghadapi masa depan yang penuh dengan pelbagai cabaran. Salah satu cabaran itu

ialah pensejagatan atau globalisasi, satu cabaran hidup dalam dunia tanpa sempadan.

Kebelakangan ini, timbul pelbagai isu berkenaan pendidikan negara yang

mengundang perbahasaan yang hangat. Kementerian Pendidikan Malaysia memandang

berat terhadap isu tersebut dan bersedia menubuhkan sebuah jawatankuasa pelaksana

untuk meneliti, mengkaji, dan membuat keputusan terhadap isu itu. Walau

bagaimanapun, persoalan atau isu berkenaan berkait rapat dengan agenda Melayu yang

hendak dilaksanakan menerusi pendidikan. Maksudnya, membina manusia Melayu

sebagai manusia global atau sejagat dengan keutuhan dan keteguhan peribadi. Melayu

16
yang mempunyai jati diri dan Melayu yang bersifat sejagat, tetapi tidak tercabut daripada

akar budaya bangsa.

Pensejagatan merupakan satu bentuk penjajahan, penindasan, dan penaklukan

yang tidak mampu ditentang oleh orang Melayu tanpa persediaan yang rapi. Inilah

cabaran dan persoalan berkaitan dengan pendidikan yang amat runcing dan berat. Justeru

itu, tugas sistem pendidikan adalah untuk merangka kandungan sukatan pelajaran dan

menyediakan suasana pengajaran serta pembelajaran yang anjal untuk membentuk

manusia sejagat yang berjaya dalam kalangan anak Melayu.

Pastinya, orang Melayu tidak akan menolak usaha murni kerajaan untuk

meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar Melayu supaya anak-

anak Melayu generasi masa ini dan masa akan datang dapat bersaing dalam era

pensejagatan. Hanya orang Melayu yang tidak wajar dan tidak rasional yang menolak

usaha murni ini. Walau bagaimanapun, Kementerian Pendidikan Malaysia perlu terlebih

dahulu mengkaji kelemahan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar Melayu

dengan teliti dan mendalam untuk mengenal pasti punca sebenar kelemahan itu.

Dasar pendidikan negara mengiktiraf bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di

semua peringkat persekolahan dan pengajian tinggi. Guru-guru pada hari ini merupakan

produk zaman selepas merdeka yang telah memantapkan penggunaan bahasa Melayu

sebagai bahasa ilmu di semua peringkat pendidikan negara. Hal ini kerana usaha

memantapkan isi dan fungsi keilmuan bahasa Melayu akan menyemarakkan usaha

pemodenan bahasa Melayu itu sendiri sebagai asas tamadun Malaysia moden.

Dalam konteks ini, keupayaan dan kewibawaan bahasa Melayu sebagai bahasa

ilmu dan bahasa perhubungan yang penting tidak harus diragui. Bahasa Melayu sebagai

17
bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu hendaklah diberikan tempat yang seluas-luasnya

kerana dikhuatiri bahawa titisan ilmu yang akan dikembangkan nanti tidak dapat

menyerap ke semua lapisan masyarakat.

Memang benar bahawa penguasaan bahasa Inggeris penting kerana dunia telah

mengiktiraf bahasa ini sebagai salah satu bahasa sejagat atau global. Malaysia

memerlukan tenaga mahir yang mampu berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan

baik dan berkesan. Malahan, penggunaan dan penguasaaan bahasa Inggeris akan

mengangkat martabat orang Melayu. Oleh itu, memang wajar kerajaan berusaha

meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kurikulum pendidikan kebangsaan.

Walau bagaimanapun, usaha untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris

memerlukan perancangan dan pelaksanaan yang lebih berfokus. Selagi kekurangan guru

bahasa Inggeris yang berkelayakan belum dapat diatasi, selagi corak pengajaran masih

berpusatkan guru, selagi bilangan murid dalam satu kelas masih terlalu ramai, selagi

pengajaran bahasa tersebut sekadar untuk lulus peperiksaan dan bukan untuk kegunaan

jangka panjang, selagi status guru bahasa Inggeris masih di takuk lama, dan selagi

konteks budaya, sastera serta nilai Inggeris berkaitan bahasa itu tidak diwujudkan, maka

selagi itulah penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan anak Melayu akan terus lemah. 

Peningkatan kemahiran dan kecekapan dalam ICT merupakan usaha untuk

meningkatkan tahap keilmuan masyarakat bagi membentuk satu bangsa berilmu atau

knowledge society. Kementerian Pendidikan yang mewujudkan sekolah bestari perlu

menumpukan usaha dan perhatian terhadap sekolah-sekolah di luar bandar. Usaha dan

perhatian ini bukan sahaja untuk merapatkan jurang teknologi maklumat antara bandar

18
dengan luar bandar, tetapi juga untuk merealisasikan pendemokrasian pendidikan secara

menyeluruh.

Kerajaan telah mengambil langkah bijak, iaitu berusaha mewujudkan persaingan

dan integrasi nasional yang lebih meluas dalam kalangan pelajar Melayu dengan

membuka pintu Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan pusat-pusat matrikulasi

kepada pelajar bukan bumiputera. Sementara itu, sesetengah institusi pengajian tinggi

swasta (IPTS) milik bukan bumiputera menjanjikan bantuan biasiswa kepada pelajar-

pelajar Melayu yang diberi tempat di institusi-institusi mereka. Langkah ini akan

menjamin kelangsungan perpaduan dan integrasi nasional yang diharap-harapkan oleh

semua. Pada tahun 2000, terdapat 259 buah IPTS milik bukan bumiputera dengan jumlah

pelajar ijazah pertama seramai 12 217 orang bukan bumiputera dan 761 orang

bumiputera. Berdasarkan perangkaan ini bererti, ruang masih terbuka dengan luas kepada

anak Melayu untuk memecah tembok penghalang integrasi nasional ini. Pastinya, usaha

kerajaan dan pemilik IPTS itu mampu mewujudkan perpaduan tulen dalam kalangan

warga Malaysia.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menganjurkan prinsip pembelajaran

sepanjang hayat (life long learning). Hal ini bererti, masalah pendidikan tidak semata-

mata dilihat sebagai masalah sekolah, tetapi juga sebagai masalah budaya. Dengan

demikian, berlakulah pendidikan berterusan dari zaman kanak-kanak, remaja, dan

dewasa. Prinsip ini akan membolehkan pembentukan masyarakat berilmu serta

pembangunan berterusan. Melalui usaha murni itu, setiap orang Melayu dapat

merealisasikan fitrah manusia dalam mencari kesempurnaan hidup dan memberikan

sumbangan kepada bangsa, negara, dan agama.

19
4.0 KESIMPULAN

4.1 Penutup

Bahasa ialah jiwa sesuatu bangsa. Begitulah juga maka bahasa Melayu

ialah jiwa bangsa Melayu. Bahasa yang menjadi simbol dan membentuk jati diri

orang Melayu dan rumpun Melayu di rantau ini telah melalui proses yang begitu

pesat, terutamanya pada abad ke-17. Menurut statistik penggunaan bahasa di

dunia, penutur bahasa Melayu pada suatu ketika dianggarkan berjumlah lebih

kurang 195 juta, dan dikatakan sebagai bahasa kelima dalam urutan jumlah

penutur teramai bagi bahasa-bahasa di dunia. Menurut Muhlhausler dalam

bukunya, Linguistic Ecology, Language Change, and Linguistic Imperialism on

the Pacific Region bahasa Melayu dijangka akan dapat bertahan dan berkembang

dengan pesatnya sekurang-kurangnya 100 tahun lagi, meskipun beratus-ratus

bahasa lain dijangka pupus sebelum tahun 2100. 

Di seluruh dunia dianggarkan terdapat kira-kira 5000 hingga 6000 bahasa

yang kini sedang dipertuturkan, tetapi kebanyakannya kini hanya digunakan oleh

beberapa ribu, malahan beberapa ratus orang. Namun demikian, penutur bahasa

Melayu yang berjumlah ratusan juta itu terus berkembang dan kian bertambah

dari semasa ke semasa, sehinggakan pada tahun 2020 dijangkakan jumlah penutur

bahasa Melayu akan mencapai angka 300 juta. 

Sistem politik, ekonomi, ruang sosial, dan dimensi penggunaan bahasa

Melayu selama ini memberikan impak pada wibawa bahasa Melayu, termasuklah

kerana bahasa Melayu itu sendiri mempunyai sejarah, sistem, dan tradisi tulisan

yang begitu hebat. Keupayaan menulis dan membaca dalam dunia Melayu yang

20
tersebar luas pada abad ke-16 telah mengatasi kadar kemampuan orang Eropah

pada zaman yang sama. Umpamanya surat-surat Melayu yang tertua tertulis

sekitar tahun 1521 dan 1522 di Maluku Utara dan di Kepulauan Ternate yang

terletak di pesisiran Lautan Pasifik.

Para ilmuwan dan pengkaji bahasa menyebut bahawa tradisi ilmiah yang

mengkaji bahasa juga merupakan antara kaedah menentukan wibawa bahasa.

Dalam konteks ini ternyata pengkajian bahasa Melayu telah melalui proses yang

lebih awal daripada tradisi pengkajian setengah-setengah bahasa Eropah.

Umpamanya pada abad ke-16 telah pun terbit kosa kata Cina-Melayu, di samping

seorang penulis Itali, Antonio Pigafetta yang menerbitkan senarai kata Melayu-

Latin, Melayu-Itali dan Melayu-Perancis yang dicetak dan diedarkan di Eropah.

Penerbitan versi bahasa Melayu ini jelas mendahului karya bahasa Inggeris yang

dicetak 50 tahun kemudiannya di Westminster oleh Caxton. Tatabahasa Melayu

pertama telah diterbitkan pada tahun 1655, menjadikan bahasa Melayu antara 20

bahasa dunia yang terawal dilengkapi dengan tatabahasa bertulis. 

Tradisi pengkajian bahasa Melayu bukan sahaja menjadi bidang ilmiah

yang cukup tua yang bertapak di Alam Melayu, seperti di Malaysia, Indonesia,

Brunei, Negara Thai, dan Singapura, tetapi bahasa Melayu/Indonesia telah juga

diajar di universiti-universiti seperti di Jerman, Amerika Syarikat, Kanada, Jepun,

Korea, Rusia, China, Filipina, dan di beberapa buah universiti di Eropah. Menurut

Collins dalam Wibawa Bahasa Kepiawaian dan Kepelbagaian, di Jerman sahaja

terdapat 12 buah universiti yang mengajar bahasa Melayu/Indonesia dalam

jabatan yang berfokuskan pengkajian Asia Tenggara.

21
Bagi menjamin perkembangannya, antara lainnya bahasa Melayu perlu

memainkan peranan sebagai bahasa yang ekspresif dalam pelbagai bidang ilmu,

termasuk sains dan teknologi. Dengan demikian baharulah bahasa Melayu dapat

mencapai taraf kecendekiaan dan menjadi bahasa saintifik. Hal ini selaras dengan

ungkapan oleh Awang Sariyan dalam Manifesto Budaya bahawa bahasa Melayu

tidak lagi dilihat sebagai bahasa golongan petani, nelayan, buruh, dan yang

seumpamanya. Sebaliknya, bahasa Melayu diwakili juga oleh golongan cerdik

pandai yang bertanggungjawab meletakkan acuan pemikiran masyarakat dan yang

ikut bertanggungjawab membangunkan negara. 

Bahasa Melayu ialah jiwa bangsa Melayu. Bahasa yang telah mencipta

nama sebagai antara bahasa besar dunia, yang sejak zaman-berzaman menjadi

bahasa serantau dan bahasa antarabangsa. Bahasa Melayu memainkan peranan

besar sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara, bahasa ilmu dan

bahasa perpaduan, selain menjadi unsur terpenting akan kehadiran dan jati diri

bangsa Melayu di dunia. 

Kita perlu menggunakan bahasa kita sebagaimana keupayaan negara maju

yang lain seperti Jepun, Perancis, Jerman, Korea, dan sebagainya menggunakan

bahasa mereka dalam konteks budaya dan nilai bangsa mereka sendiri bagi

memajukan negara. Justeru itu, menjadi tanggungjawab kita mempertahankan

martabat bahasa Melayu, bahasa yang menjadi imej ketuanan Melayu.

Sesungguhnya bahasa kebangsaan kita tanggungjawab kita.

22

Anda mungkin juga menyukai