Anda di halaman 1dari 16

1.

0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pengajaran dan pembelajaran bahasa di Malaysia memperlihatkan ciri-ciri

unik yang sesuai dengan status negara ini sebagai negara berbilang bangsa, yakni

selain mempunyai bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di sekolah-

sekolah, bahasa Inggeris juga turut memainkan peranan penting sebagai bahasa

pengantar kedua.

Pelajar-pelajar Malaysia perlu mempunyai penguasaan yang mantap

terhadap bahasa Melayu dan Inggeris, terutamanya, demi mencapai penguasaan

ilmu yang optimum. Perkara ini memperlihatkan betapa pentingnya pengajaran

dan pembelajaran bahasa yang berkesan dilaksanakan di Malaysia. Keberkesanan

pengajaran bahasa pula amat berhubungkait dengan polisi dan kaedah pengajaran

bahasa, dan usaha penyelidikan bahasa yang mantap, yang merupakan teras dalam

memahami satu bahasa.

Para pendidik sentiasa mencari asas yang sesuai untuk membuat

keputusan tentang cara pengajaran harus disusun supaya pembelajaran dapat

berlaku dengan berkesan. Dalam usaha ini para pendidik biasanya mengalihkan

pandangan kepada bidang psikologi dan bidang-bidang yang berkaitan untuk

mendapatkan panduan. Kebanyakan amalan dalam bidang perkembangan

kurikulum dan pengajaran pada masa kini berdasarkan adalah berdasarkan

beberapa teori pembelajaran bahasa.

Linguistik dan pembelajaran bahasa berhubung rapat antara satu sama

lain. Ini disebabkan pengajaran bahasa seiring dengan pertumbuhan bahasa.

1
Begitu juga dengan tatabahasa. Ianya dikatakan sebagai peraturan atau undang-

undang berbahasa. Ia menjadi faktor penting dalam penulisan. Kegagalan

menguasai aspek tatabahasa akan mendorong ayat yang dibentuk oleh seseorang

itu menjadi tidak gramatis.

Sehubungan dengan itu, ilmu linguistik banyak memberi manfaat dalam

pembelajaran bahasa. Bidang linguistik yang digunakan dalam pembelajaran

bahasa merupakan linguistik gunaan atau terapan, iaitu sebagai suatu bidang ilmu

yang mempunyai tempat yang tersendiri dalam dunia keilmuan. Linguistik gunaan

berdasarkan teori dan prinsip dan bukan hanya semata-mata bergantung kepada

teknik, ataupun prosedur mempraktik sesuatu tetapi cuba melihat prinsip, rasional,

generalisasi, hipotesis serta teori yang dapat membantu menerangkan fenomena

atau aktiviti yang dihadapinya secara praktikal.

Begitu juga dengan penulisan buku teks sekolah yang digunakan oleh guru

sebagai panduan pembelajaran. Ianya perlu digarap dengan baik dengan

penggunaan bahasa yang sesuai dengan pelajar agar mereka lebih mudah

memahami pembelajaran tersebut. Penggunaan bahasa dan linguistik diterapkan

khususnya dari segi aspek morfologi, sintaksis, gaya bahasa, laras bahasa,

mekanis bahasa dan sebagainya. Penggunaan gambar dan ilustrasi adalah sebagai

pelengkap kepada buku teks tersebut untuk menjadikannya lebih menarik dan

mudah difahami oleh pelajar.

Kajian akan tertumpu kepada buku teks yang digunakan di sekolah

menengah khususnya pelajar Tingkatan 3 yang bakal menghadapi Penilaian

Menengah Rendah (PMR).

2
1.2 Objektif Kajian

 Melihat sejauh mana kepentingan linguistik dalam pengajaran dan

pembelajaran guru di sekolah.

 Meninjau beberapa konsep aspek linguistik seperti morfologi, sintaksis,

gaya bahasa, laras bahasa, gambar dan ilustrasi.

 Mengetahui beberapa kepentingan aspek-aspek linguistik tersebut dalam

penggunaan bahasa sesebuah buku teks sekolah.

 Memahami dengan lebih mendalam bidang linguistik dengan mempelajari

aspek-aspek yang diketengahkan agar dapat memberi penjelasan tentang

proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

 Melihat beberapa cadangan bagi memperbaiki penggunaan bahasa yang

terkandung di dalam buku teks kajian.

1.3 Kaedah Kajian

Kaedah awal yang digunakan adalah tinjauan ke atas skop kajian di mana

kita perlu memahami dengan lebih mendalam peranan linguistik dalam proses

pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Seterusnya tinjauan dan pembacaan

diteruskan terhadap buku teks kajian bagi memahami beberapa konsep mengenai

aspek linguistik yang akan dibincangkan.

Bagi mendalami kajian ini, kaedah pencarian maklumat amat penting bagi

memperlengkapkan pengetahuan terhadap kajian. Proses pencarian maklumat

dimulakan di perpustakaan dengan buku serta jurnal yang berkaitan dengan

3
linguistik. Selain itu, kaedah lain yang digunakan ialah melalui enjin carian yang

terdapat di internet seperti Yahoo dan Google.

1.4 Batasan Kajian

Kajian ini meliputi konsep-konsep mengenai linguistik seperti morfologi,

sintaksis, gaya bahasa, laras bahasa, mekanis bahasa, gambar dan ilustrasi.

Selepas itu, kita akan meninjau penggunaan bahasa yang terkandung di dalam

penulisan sesebuah buku teks sekoleh menengah iaitu Pendidikan Jasmani dan

Pendidikan Kesihatan Tingkatan 3.

Akhir sekali kita akan melihat dan meninjau beberapa cadangan bagi

memperbaiki penulisan buku teks ini dari segi penggunaan bahasa pada masa

yang akan datang bagi kepentingan pelajar-pelajar sekolah menengah khususnya

pelajar Tingkatan 3 yang bakal menghadapi Penilaian Menengah Rendah (PMR).

1.5 Definisi Konsep

1.5.1 Morfologi

Morfologi merupakan salah satu bidang ilmu bahasa yang

mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Dengan struktur kata

dimaksudkan susunan bentuk ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi

unit bahasa yang bermakna. Unit-unit tatabahasa yang menjadi unsur

perkataan disebut morfem. Sementara morfem pula adalah unit yang

terkecil dalam bahasa yang berfungsi gramatis atau yang menjalankan

tugas nahu.

4
1.5.2 Sintaksis

Sintaksis pula merujuk kepada cabang ilmu bahasa yang mengkaji

bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja

mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yang

menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat. Kajian dalam

bidang sintaksis lebih tertumpu kepada penggunaan ayat tunggal, ayat

majmuk dan klausa.

1.5.3 Gaya Bahasa

Gaya bahasa merupakan cara penyampaian sesuatu penulisan.

Sebagai contoh, gaya bahasa setiap penulis berbeza dengan penulis yang

lain. Begitu juga gaya bahasa penulisan seperti yang terkandung di dalam

sesebuah berita, rencana, novel, puisi dan sebagainya.

1.5.4 Laras Bahasa

Laras bahasa adalah semata-mata konsep linguistik yang dikaitkan

dengan ragam bahasa yang mempunyai antaranya (i) kosa kata yang

khusus, (ii) struktur sintaksis yang khas, serta (iii) strategi retorik yang

tertentu. Kosa kata, struktur, dan strategi itu merupakan ciri-ciri khas

tentang bentuk dan penggunaan bahasa oleh kumpulan profesional yang

tertentu, misalnya doktor untuk tujuan yang tertentu seperti membuat

preskripsi perubatan.

5
Dengan kata lain, laras bahasa merujuk kepada bentuk bahasa yang

digunakan dalam situasi-situasi yang melibatkan kumpulan-kumpulan

yang mempunyai pekerjaan atau minat yang sama. Bentuk bahasa itu

memperlihatkan corak dan sifatnya yang khusus istimewa untuk kumpulan

itu sahaja.

1.5.5 Gambar dan Ilustrasi

Gambar dan ilustrasi adalah penerapan aspek lukisan dengan

pengunaan warna dan rekabentuk yang menarik di dalam sesebuah buku

teks. Selalunya di dalam buku teks di sekolah menengah, penggunaan

gambar dan ilustrasi adalah aset terpenting kerana pelajar di peringkat ini

lebih mudah memahami pengajaran guru berkaitan matapelajaran tersebut.

6
2.0 LATAR BELAKANG BUKU TEKS KAJIAN

2.1 Pendahuluan

Kajian ini memilih Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Pendidikan

Kesihatan Tingkatan 3. Buku ini telah ditulis oleh empat orang penulis iaitu Aris

Fazil bin Haji Ujang, Mohd. Khairi bin Zawi, Salleh bin Mohamed Sheh, Teh Lah

Hoong. Buku Teks ini telah diterbitkan pada tahu 2004 oleh Dewan Bahasa dan

Pustaka sebagai panduan kepada pelajar Tingkatan 3.

Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 3 ini

ditulis berdasarkan huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan

Kesihatan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Penulisan buku ini selaras dengan

cita-cita murni dan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan

insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani dan jasmani

berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan, di samping menyediakan

pelajar dalam menghadapi arus globalisasi berasaskan pengetahuan pada abad ke-

21 ini.

2.2 Kandungan

Buku teks ini mengandungi enam bab yang ditulis berdasarkan tunjang

pembelajaran Pendidikan Jasmani iaitu Bab 1, 2 dan 3, bertujuan membantu

pelajar menjadi cergas, aktif dan berpengetahuan melalui pembelajaran aktiviti

fizikal dan amalan kecergasan. Bab 4, 5 dan 6 meliputi tunjang pembelajaran

Pendidikan Kesihatan yang bertujuan membantu pelajar meningkatkan

7
pengetahuan dan memupuk sikap positif terhadap kesihatan serta mengamalkan

cara hidup sihat.

2.3 Garapan Penulisan

Penulisan teks dalam buku ini dipersembahkan dan diperjelaskan

menggunakan ilustrasi, gambar foto, carta, peta minda dan jadual yang bertujuan

untuk membantu pelajar memahami teks dengan lebih mudah. Selain itu, buku ini

juga mencadangkan beberapa laman web untuk menggalakkan pelajar mengakses

maklumat tambahan. Nilai murni juga diterapkan dalam setiap topik agar pelajar

dapat mengimplementasikannya dalam kehidupan harian mereka.

Selain untuk keperluan pelajar, kandungan buku ini juga disusun bagi

membantu guru mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran

berasaskan 12 strategi pembelajaran. Hal ini perlu agar guru dapat menggalakkan

proses pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan potensi pelajar ke tahap

optimum.

8
3.0 PENGGUNAAN BAHASA DALAM BUKU TEKS

3.1 Morfologi

Perbincangan mengenai morfologi sering mengaitkan antara morfem dan

kata. Sebagaimana yang kita bincangkan dalam konsep tadi, morfem merupakan

unit yang terkecil dalam bahasa yang berfungsi gramatis atau yang menjalankan

tugas nahu. Dengan itu, perbincangan yang mendalam dalam aspek ini lebih

tertumpu kepada pelbagai jenis dan bentuk imbuhan serta penggolongan kata

dalam bahasa Melayu.

Dalam Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan

Tingkatan 3, terdapat 3 kategori imbuhan yang akan diketengahkan iaitu imbuhan

yang terletak di awal perkataan, di akhir perkataan dan juga yang terletak di awal

dan akhir perkataan. Mari kita kaji beberapa contoh di bawah :

a) Imbuhan Awalan

 Mem – (Membina; m/s 3, Membentuk; m/s 84)

 Ber – (Berjalan; m/s 84, Bertahan; m/s 111)

b) Imbuhan Akhiran

 – kan (Berikan; m/s 32, Lipatkan; m/s 99)

 – an (Lemparan; m/s 87, Ayunan; m/s 81, Jangkitan; m/s 192)

c) Imbuhan Awalan dan Akhiran

 Ke – an (Kecergasan, Kemahiran, Kesihatan ; m/s 1)

9
 Per – an (Pergerakan; m/s 111, Perhubungan; m/s 183, Perbezaan;

m/s 51)

 Peng – an (Pengambilan; m/s 175, Pengurusan; m/s 174,

Pengunduran; m/s 186)

d) Imbuhan Berganda

 Hormat–menghormati; m/s 169

 Berhati–hati; m/s 133

 Terputus–putus; m/s 132

3.2 Sintaksis

Melalui aspek sintaksis, kita akan meninjau serta membincangkan tentang

jenis dan bentuk rangkai kata (frasa), ayat kecil (klausa) dan ayat tunggal serta

ayat majmuk. Kita akan lihat beberapa contoh di bawah bagi memudahkan

pemahaman mengenai aspek tersebut.

a) Ayat Tunggal

 Pastikan kedudukan badan selari dengan lantai. (m/s 14)

 Gimnastik artistik dipersembahkan dalam bentuk rangkaian

pergerakan. (m/s 102)

 Kerjaya dalam sukan mempunyai kepelbagaian profesion yang

tinggi. (m/s 147)

10
b) Ayat Majmuk

 Daya tahan kardiovaskular ialah keupayaan sistem kardiovaskular

mengedar darah beroksigen ke otot-otot yang bekerja dan

seterusnya membawa keluar bahan kumuhan dari otot. (m/s 2)

 Aktiviti ini boleh dilakukan dengan bantuan rakan atau

menggunakan mesin bebanan. (m/s 13)

 Kesihatan mental melibatkan proses pemikiran termasuk

pebelajaran, menghadapi dan menyelesaikan masalah serta

merancang dan membuat keputusan. (m/s 181)

c) Rangkai Kata (Frasa)

 Daya tahan otot ialah komponen kecergasan yang memberi

tumpuan kepada keupayaan otot untuk bekerja dalam jangka masa

yang agak lama atau berulang-ulang tanpa cepat berasa lesu. (m/s

16)

 Konsep kesedaran beban adalah berkaitan dengan kualiti

pergerakan yang dihasilkan dengan cara mengawal kekuatan atau

keupayaan otot semasa melakukan pergerakan. (m/s 115)

 Ketidakupayaan menentang tekanan rakan sebaya dan keinginan

untuk diterima oleh rakan-rakan akan mendorong seseorang yang

kurang keyakinan diri mengambil dadah. (m/s 188)

11
d) Ayat Kecil (Klausa)

 Berdiri dalam kedudukan lunge. (m/s 101)

 Pengekalan jisim otot tanpa lemak. (m/s 23)

 Ansur maju kemahiran gulingan. (m/s 99)

Unsur-unsur binaan sintaksis dari segi benda (subjek), cerita (predikat)

serta unsur-unsur yang berkaitan dalam menganalisis ayat juga akan dikaji dalam

buku teks ini. Buku teks ini juga memperkatakan aspek ragam ayat yang

diistilahkan ayat bangun membuat (ayat aktif) berhubung dengan perbuatan

melampau (aktif transitif) dan perbuatan tak melampau (aktif tak transitif), serta

ayat bangun kena buat (ayat pasif).

a) Subjek dan Predikat

 Putar roda ialah satu variasi dinamik kedudukan dirian tangan yang

lurus. (m/s 98)

Subjek : Putar roda

Predikat : satu variasi dinamik kedudukan dirian tangan yang lurus

 Posisi dalam pergerakan menjejak adalah mengikut turutan

nombor ahli dan jawatan. (m/s 131)

Subjek : Posisi dalam pergerakan menjejak

Predikat : mengikut turutan nombor ahli dan jawatan

 Cara hidup seseorang dibentuk oleh corak tingkah laku atau tabiat

kebiasaannya. (m/s 161)

Subjek : Cara hidup seseorang

12
Predikat : dibentuk oleh corak tingkah laku atau tabiat

kebiasaannya

3.3 Gaya dan Laras Bahasa

Sebagaimana yang telah dibincangkan, gagasan dan tanggapan dasar

tentang laras bahasa ialah dalam apa-apa jua hal yang berkaitan dengan sesuatu

bahasa itu, baik dari segi bentuk atau penggunaannya, bahasa berkenaan tidak

terlepas daripada dihubungkan dengan bermacam-macam jenis latar situasi. Latar

situasi yang mempunyai pelbagai bentuk itu sudah tentu memerlukan bahasa

berkenaan digunakan dengan cara-cara yang berlainan dari segi kosa kata, nahu,

gaya, dan seumpamanya.

Dengan itu, hasil daripada kajian yang dijalankan ke atas Buku Teks

Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 3 ini, kita dapati

bahawa buku teks ini banyak menggunakan gaya dan laras bahasa yang ringkas

tetapi mudah difahami. Gaya bahasa yang digunakan agak teratur dan pendek

tetapi tetap padat dengan dengan maksud dan konsep bahasa.

Buku teks ini juga mengandungi gaya dan laras bahasa yang tidak

melibatkan bidang tertentu, mudah difahami, tiada istilah teknikal serta kurang

kata pinjaman.

Namun begitu, gaya bahasa setiap bab adalah berlainan dari segi struktur

ayat dan penggunaannya. Sebagai contoh Bab 1 hingga Bab 3 lebih menggunakan

perkataan yang ringkas bagi menonjolkan tentang kesihatan dan kecergasan

13
fizikal. Beberapa contoh latihan sukan diketengahkan dengan seringkas yang

boleh.

Ianya berbeza sekali dengan Bab 4 hingga 6 yang lebih banyak

memuatkan mengenai fakta kesihatan secara umumnya. Penggunaan ayat lebih

panjang dan mempunyai isi yang padat dengan fakta mengenai kesihatan,

kekeluargaan, pemakanan dan sebagainya.

3.4 Gambar dan Ilustrasi

Penggunaan gambar dan ilustrasi dalam Buku Teks Pendidikan Jasmani

dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 3 ini memainkan peranan yang sangat

penting dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Penggunaan

gambar dan ilustrasi adalah jelas di mana setiap bab memuatkan gambar bagi

menjelaskan setiap penulisan. Setiap gambar mencerminkan apa yang bakal

didedahkan oleh seseorang guru mengenai teknik dan kaedah latihan dalam

sukan.

Kita dapat lihat di mana setiap bab khususnya Bab 1 hingga 3 yang

mengetengahkan konsep kecergasan fizikal dan kesukanan, kita akan dapati

penulis lebih banyak menggunakan gambar dan ilustrasi posisi badan setiap jenis

dan bentuk sukan atau aktiviti kesihatan yang dipelajari.

Begitu juga dengan Bab 4 hingga 6 yang emuatkan lebih banyak gambar

mengenai situasi, lokasi, keadaan dan sebagainya bagi menjelaskan dan

membantu pelajar memahami pengajaran yang diajarkan.

14
4.0 KESIMPULAN

4.1 Penutup

Kita perlu menggunakan bahasa kita sebagaimana keupayaan negara maju

yang lain seperti Jepun, Perancis, Jerman, Korea, dan sebagainya menggunakan

bahasa mereka dalam konteks budaya dan nilai bangsa mereka sendiri bagi

memajukan negara.

Oleh itu pembelajaran bahasa adalah satu aspek penting yang perlu

diambil perhatian oleh setiap orang tidak kiralah yang bergelar guru, pelajar

mahupun sesiapa sahaja. Pembelajaran bahasa memerlukan seseorang yang dapat

membantu memberikan panduan bagi mempelajari bahasa.

Begitu juga dengan hasil garapan penulis dalam sesebuah buku teks yang

menjadi tunjak dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Penulis

perlu mahir menggunakan bahasa serta tahu mengenai konsep linguistik dalam

pengajaran. Penerapan aspek-aspek linguistik seperti morfologi, sintaksis, gaya

bahasa, laras bahasa serta gambar dan ilustrasi menjadi satu keperluan dalam

penulisan sesebuah buku teks bagi menjana minda pelajar.

Tidak kiralah sama ada buku teks matematik. Bahasa Melayu, Kemahiran

Hidup, Pendidikan Jasmani dan sebagainya. Penggunaan bahasa seperti yang

telah dibincangkan di atas menjadi asset tgerpenting dalam penulisan buku teks

berkenaan.

Daripada hasil kajian, kita dapati bahawa penggunaan bahasa dari sudut

morfologi, sintaksis, gaya bahasa, laras bahasa serta penggunaan gambar dan

15
ilustrasi adalah perkara terpenting untuk menghasilkan buku teks yang berkualiti

dan terbaik bagi penggunaan pelajar di peringkat menengah.

4.2 Cadangan

Bagi menjadikan Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Pendidikan

Kesihatan Tingkatan 3 ini lebih baik dan menarik, cadangan seperti penggunaan

ayat yang lebih lengkap dan padat perlu digunakan. Penggunaan bahasa yang

digunakan agak ringkas dan gaya bahasa adalah mendatar pada setiap bab yang

diketengahkan.

Oleh itu, dengan adanya kemahiran penulisan dan pengetahuan yang

mendalam terhadap bidang kesukanan, penulis boleh lebih banyak memasukkan

input yang berguna untuk kepentingan pelajar khususnya yang bakal menghadapi

peperiksaan seperti pelejar Tingkatan 3 yang bakal menduduki Penilaian

Menengah Rendah.

Walaupun penggunaan gambar dan ilustrasi banyak membantu

menjelaskan maksud tertentu ayat, namun penulis perlu lebih banyak memuatkan

frasa yang lebih lengkap agar dapat menjana minda pelajar. Gaya penulisan

perlulah lebih matang di masa akan datang kerana pelajar Tingkatan 3 kini sudah

melalui fasa remaja dan lebih berfikiran matang. Mereka perlu didedahkan kepada

sesuatu yang lebih bersifat terbuka dan mampu menarik minat mereka terhadap

matapelajaran tersebut.

16

Anda mungkin juga menyukai