Anda di halaman 1dari 3

TUGASAN 1

i) Sebagai seorang CEO, bagaimana anda menyelesaikan masalah?


Konflik dan krisis dalam pengurusan organisasi merupakan keadaan yang
menyebabkan pertembungan kehendak, matlamat, konsep dan cara-cara untuk
mengurus serta membawa organisasi ke hadapan. Setiap organisasi tidak akan lari
dari berdepan dengan pelbagai konflik terutama yang melibatkan sumber manusia
dan pekerja organisasi itu sendiri. Konflik, dalam maksud yang mudah dapat
dihurai sebagai perbezaan pendapat antara dua pihak yang membawa kepada
percanggahan. Konflik tidak pernah diselesaikan apabila keputusan yang terhasil
tidak mewakili kepentingan pihak-pihak yang terlibat. Maka konflik memerlukan
kedua belah pihak bagi tujuan penyelesaian ataupun pihak ketiga sebagai
perantara bagi menyelesaikan masalah yang timbul dalam suasana yang terbaik.
Dalam situasi yang perlu saya tangani sebagai seorang CEO di organisasi ini,
konflik yang berlaku antara kerani yang sudah lama berkhidmat dengan pegawai
perhubungan awam yang baru saja berkhidmat merupakan sesuatu yang sangat
mencabar kredibiliti saya sebagai seorang CEO.
Apa yang perlu saya lakukan terlebih dahulu adalah menyelidik isu sebenar bagi
konflik ini agar saya tidak tersilap dalam membuat keputusan. Saya perlu
memanggil kedua-dua pihak yang berkonflik dan memberikan mereka peluang
untuk menyuarakan masalah mereka. Di sini saya akan menggunakan pendekatan
komunikasi ke bawah dan juga ke atas di mana saya akan memberikan peluang
untuk mereka menyuarakan pandangan masing-masing atau ketidakpuasan hati
mereka terhadap konflik yang berlaku. Dalam situasi ini, saya tidak boleh
bersikap berat sebelah dan perlu lebih teliti dalam menangani masalah ini agar
kedua-dua pihak yang terlibat berpuas hati.
Saya juga menggunakan gaya komunikasi consult style kerana ianya sangat
penting dalam menangani konflik antara dua orang pekerja. Sekiranya perkara ini
berlaku, selaku CEO dalam organisasi ini, saya perlu menjadi orang tengah atau
pemudahcara yang memiliki kebijaksanaan dan mengutamakan nilai profesional
yang tinggi walaupun pihak yang terlibat dalam konflik tersebut merupakan
individu yang menjadi kepercayaan atau kesayangan di syarikat ini. Apabila
wujud konflik pertentangan keperluan sebegini, sebagai CEO, saya wajar
meminimumkan konflik yang berlaku supaya tidak menyebabkan perpecahan

1
lebih besar pada masa hadapan. Salah satu kemahiran yang diharapkan daripada
seseorang CEO ialah kemahiran menyelesaikan masalah ahli-ahli di bawahnya.
Dengan itu, pendekatan consult style adalah penting bagi menangani masalah ini.
Mengikut gaya komunikasi ini, sebagai CEO dalam organisasi ini, saya akan
meminta pandangan daripada kedua-dua pihak yang berkonflik. Setelah itu, saya
akan berusaha untuk memberikan pandangan saya pula bagi kebaikan kedua-dua
pihak dan juga bagi kebaikan organisasi ini. Saya akan menggunakan consult style
untuk berunding dengan kedua-dua pihak secara adil dan saksama.
Bagi kerani ini, memandangkan dia adalah orang lama dan lebih memahami
tentang system pengurusan syarikat, dia perlu lebih bertolak ansur dan
memberikan peluang kepada pekerja baru untuk lebih memahami undang-undang
dan akta syarikat. Pendekatan dan komunikasi sangat penting dalam situasi ini dan
perlulah diamalkan oleh kedua-dua pihak yang berkonflik akan kata sepakat dapat
dicapai. Sementara pegawai baru itu juga perlu lebih bersikap merendah diri dan
belajar dengan pekerja yang lebih senior walaupun jawatannya lebih tinggi.
Dengan itu, konflik bagi kedua-dua pihak mampu ditangani dengan lebih baik
lagi. Sebagai seorang CEO, saya perlu bersikap tegas dan adil dalam menangani
perkara ini. Kedua-dua pekerja ini perlu bersikap terbuka dan mampu menerima
kekurangan dan kelebihan masing-masing agar mereka mampu bekerjasama di
masa akan datang.

ii) Sebagai seorang pegawai perhubungan awam yang baru di dalam organisasi
anda, bagaimana anda selesaikan masalah kerani itu dan bagaimana anda
ingin menerangkan kepada CEO?
Bagi saya, kecemerlangan sesebuah organisasi bergantung kepada sejauh mana
keupayaannya mengekalkan kesejahteraan persekitarannya sama ada dalaman atau
luaran. Bagi menjamin kesejahteraan persekitaran kerja dalam sesebuah
organisasi, aspek pengurusan konflik adalah satu kemahiran perlu dititikberatkan.
Konflik di tempat kerja adalah lumrah. Ia boleh terjadi disebabkan pelbagai punca
antaranya disebabkan perbezaan atau percanggahan pendapat antara individu
berkaitan sesuatu maklumat atau tujuan, cara menjalankan tugas, perselisihan
kefahaman terhadap sesuatu keterangan, fakta, atau nilai iaitu salah atau benar
sesuatu perkara membabitkan kepentingan organisasi. Secara umumnya, konflik
terbahagi kepada dua iaitu konflik kerja dan konflik emosi. Konflik kerja biasanya

2
membabitkan ketidaksefahaman dan percanggahan berkaitan proses pembuatan
keputusan, idea atau pendapat dalam menjalankan tugas bagi mencapai sesuatu
matlamat dalam organisasi. Konflik emosi pula terjadi apabila wujudnya perasaan
atau emosi negatif antara pekerja dalam organisasi seperti perasaan iri hati, rasa
tidak dihargai atau sensitif. Konflik atau perselisihan yang berlaku antara pekerja
perlu ditangani dengan cepat dan ia tidak seharusnya dibiarkan berlarutan. Ini
kerana jika ia tidak terkawal, konflik dalaman akan mengganggu kesejahteraan
persekitaran kerja organisasi serta boleh membantut produktiviti organisasi. Ia
juga boleh mengganggu proses kerjasama antara pekerja serta akan
mengakibatkan suasana tidak harmoni di tempat kerja.
Apabila memulakan sesuatu pekerjaan di tempat yang baru, walaupun diberikan
jawatan sebagai seorang pegawai, namun saya perlu lebih bersikap rasional dan
merendah diri. Apabila berdepan dengan situasi di mana saya menerima aduan
daripada seorang pekerja yang lebih senior, saya akan berdepan dengan pihak
tersebut untuk mengenalpasti punca sebenar masalah yang dihadapi.
Setelah saya menganalisis masalah yang dihadapi, saya akan menggunakan gaya
komunikasi verbal dan bukan verbal bagi memudahkan saya memberikan
penjelasan dengan mudah. Selain itu, saya juga menggunakan tell style dan juga
participate style semasa berdepan dengan kerani tersebut. Ini menunjukkan selain
menjelaskan tentang situasi ini secara terbuka, saya juga melibatkan diri saya
sendiri dalam permasalahan ini agar saya lebih memahami situasi yang berlaku
Dalam keadaan begini, saya perlu bijak dalam menganbil keputusan untuk
menyampaikannya kepada CEO syarikat ini. Dengan menggunakan komunikasi
ke atas dan komunikasi verbal yang betul, saya telah menyampaikan masalah ini
secara langsung dan meminta CEO menanganinya dengan peduh dedikasi dan
berhemah tanpa merugikan mana-mana pihak. Saya juga mengakui kesilapan saya
yang mencetuskan konflik dan menyebabkan berlakunya salahfaham dengan
kerani tersebut.
Bagi saya, langkah yang paling bijak adalah dengan meminta maaf dan mengakui
kesilapan serta memastikan ianya tidak berulang lagi. Saya meminta agar kerani
tersebut dapat memberikan kerjasama dalam memberikan tunjuk ajar
memandangkan saya adalah pekerja baru di syarikat tersebut. Oleh itu, konflik
sebenai akan dapat ditangani dengan mudah dan ianya menjadi pengajaran agar
tidak berlaku di masa hadapan.

Anda mungkin juga menyukai