Anda di halaman 1dari 3

Dunia tanpa sempadan, era globalisasi, dan era siber merupakan beberapa nama yang diberikan

kepada zaman sekarang, iaitu abad ke-21. Era siber yang bermula di Amerika Syarikat pada awal abad
ke-21 itu telah melahirkan budaya siber yang begitu berbeza. Konsep budaya siber yang lahir daripada
era siber telah mula diperkatakan oleh William Gibson, yang telah mencipta istilah ruang siber dalam
karyanya yang bertajuk Neuromancer, pada tahun 1984.

Dalam era globalisasi ini kita berdepan dengan konsep dunia tanpa sempadan atau borderless world
dan kita tidak memerlukan sebarang kebenaran untuk mengetahui tentang negara lain. Walaupun jarak
beribu batu, tetapi dengan adanya teknologi, dunia semakin kecil.
Segala aspek kehidupan manusia, termasuk bahasa menghadapi pelbagai cabaran. Salah satu perkara
yang menunjangi perubahan arus perdana dunia siber ini ialah teknologi maklumat (Information
technology). Teknologi maklumat mula bertapak di Malaysia menjelang era 90-an. Kini, teknologi
sudah mampu berdiri teguh membentuk satu revolusi yang baru di negara ini. Aspirasi kerajaan
memberi satu pendekatan baru yang lebih maju dan mampu bergerak seiring dengan arus persaingan
pada alaf baru ini.

Teknologi maklumat yang diasaskan oleh perkembangan dan kemajuan yang pesat dalam bidang
mikroelektrik telah menghasilkan pelbagai kemudahan teknologi maklumat seperti komputer,
telekomunikasi multimedia, dan sebagainya. Teknologi maklumat ialah suatu ilmu penggunaan dan
satu bentuk komunikasi antara pelbagai pihak. Teknologi ini berfungsi sebagai medan rangkaian
maklumat yang merangkumi semua dimensi kehidupan manusia.

Era ini juga memperkenalkan kita kepada sistem perhubungan komunikasi yang semakin canggih.
Dengan menggunakan telefon mudah alih yang semakin kecil, kita dapat berhubung ke serata dunia
dalam sekelip mata. Fenomena ini dapat kita beri gelaran sebagai ‘dunia hanya berada di dalam saku
kita’ sahaja (Syed Muhammad Dawilah al-Edrus, 2002).

Apabila membicarakan perkara berkaitan teknologi maklumat (Information technology), tanpa kita
sedar kita juga sedang membicarakan perubahan budaya baharu yang dicetuskan oleh revolusi
teknologi maklumat dan ledakan pengetahuan yang disertai oleh pengaruh globalisasi yang membawa
idea liberalisasi budaya dan bahasa.

Teknologi maklumat memainkan peranan penting dalam hidup manusia masa kini. Teknologi
dahulunya merupakan satu gaya hidup golongan tertentu, kini menjadi satu kemestian dalam
kehidupan kita seharian. Teknologi komunikasi membolehkan kita berkomunikasi pada jarak jauh dan
mendapatkan maklumat yang dahulunya mungkin sukar didapati dengan pantas, cekap, dan banyak.
Hari ini, teknologi komunikasi telah menjadi sebahagian daripada keperluan kehidupan manusia
(Musa Abu Hassan, 2002).

Setiap orang tidak mampu untuk menolak gelombang perubahan yang dibawa bersama teknologi
maklumat kerana teknologi tersebut ditunjangi oleh ilmu pengetahuan, maklumat, dan ilmu yang
berubah secara pantas.

Perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi bertujuan untuk mewujudkan satu golongan
masyarakat yang berteraskan maklumat atau informasi untuk membolehkan mereka bersaing pada
peringkat global. Dewasa ini kita amat sedar perubahan radikal dalam kehidupan kesan pendedahan
kepada teknologi maklumat, tetapi kurang menyedari kesan teknologi tersebut.

Dalam keghairahan kita untuk mempelbagaikan peralatan dan kegunaan teknologi maklumat, kita
terlupa kesan penggunaannya terhadap bahasa Melayu itu sendiri. Menurut Noriah Mohamed (2005)
dianggarkan bahawa 80% tapak jejaring yang kini adalah dalam bahasa Inggeris, walaupun
diramalkan bahawa peratusan itu akan menurun dengan perkembangan tapak jejaring dalam bahasa
lain seperti bahasa Peranchis, Sepanyol, Arab, dan Cina (Awang Sariyan, 2005).
Kenyataan ini memperlihatkan kepada kita betapa kurangnya aktiviti yang melibatkan bahasa Melayu,
bahasa ibunda kita sendiri dalam dunia siber. Tiada usaha dilakukan untuk mempromosikan bahasa
Melayu di peringkat antarabangsa melalui dunia siber. Pelbagai laman web yang diwujudkan di
Malaysia menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dan bahasa Melayu diletakkan
sebagai bahasa alternatif di dalam laman web tersebut.

Bahasa Melayu suatu ketika dahulu merupakan bahasa yang mengandungi kekayaan dari segi
rangkaian dan bunga bahasanya. Bahasa Melayu digunakan bukan sahaja untuk menyampaikan
maksud secara halus dan tertib, tetapi menggambarkan kepada kita pencapaian kebolehan daya
intelektual pemikiran penutur melalui bahasa kiasan, pantun, perumpamaan, bidalan, dan sebagainya.
Malah bahasa Melayu juga diiktiraf sebagai salah satu bahasa yang memiliki ciri bahasa antarabangsa.
Menurut James T. Collins, bahasa Melayu merupakan sebuah bahasa antarabangsa kerana sentiasa
memperlihatkan ciri antarabangsa sejak zaman prasasti lagi (Azhar Salleh, 2005).

Kehadiran telefon bimbit jenis wap dan android yang berkebolehan menghantar mesej dengan
keupayaan e-mail dan internet, merupakan teknologi yang menuntut supaya dalam perhubungan
antara pengguna peralatan tersebut, bahasa yang digunakan biarlah berbentuk pendek, jelas dan kalau
boleh bersifat ikonik. Ini bererti manusia Melayu yang terbawa dalam arus perkembangan teknologi
seperti itu akan kian kurang mengamalkan kekayaan bahasa, sebaliknya mula mempopularkan bahasa
segera.

Kita tidak menafikan kesan positif yang dibawa arus kemajuan teknologi maklumat hari ini, tetapi
begitu bimbang dengan ancaman yang berlaku ke atas sistem bahasa Melayu kesan daripada
penggunaan teknologi tersebut. S. Nathesan (2005) menjelaskan, namun begitu, banyak perkara yang
berlaku dalam masyarakat bahasa tersebut mula diancam. Hal yang sedemikian sudah berlaku dalam
kebanyakan bahasa di dunia, dan bahasa Melayu tidak terkecuali dalam hal tersebut.

Rohaidah Mashudi dan J. Sham Wahid (2005) mengatakan, kecanggihan dalam penggunaan telefon
bimbit juga sebenarnya mendatangkan kegoyahan kepada bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi
dalam dunia pendidikan. Sekali lagi kedudukan bahasa komunikasi ini diabaikan dan diubah suai,
terutama apabila mereka menggunakan sistem mesej singkat (sms) ataupun pelbagai aplikasi
terbaharu seperti Whatapps, Wechat, Line dan sebagainya.

Kekacauan penggunaan bahasa Melayu dalam komunikasi berantara teknologi seperti telefon bimbit
dan komputer mendapat perhatian daripada beberapa pihak. Fenomena ini dilihat sebagai satu
ancaman kepada penggunaan bahasa Melayu yang lebih harmoni walaupun tidak gramatis. Ada yang
berpendapat fenomena pencemaran bahasa melalui sms ataupun aplikasi perhubungan yang lain dan
ruang sembang (chat room) di internet (facebook, twitter dan lain-lain) bersifat sementara dan akan
berakhir apabila teknologi komunikasi yang lebih canggih diperkenalkan. Kita tidak harus menunggu
masa tersebut tiba tanpa apa-apa tindakan dan kemungkinan keadaan sudah terlewat untuk
membetulkan keadaan semasa teknologi komunikasi hari ini diganti dengan teknologi yang lebih
canggih.

Oleh itu, pelbagai persoalan timbul dalam usaha kita untuk memantapkan dan memperkasa pengaruh,
peranan, kedudukan, dan status bahasa Melayu pada era siber yang begitu mencabar ini. Keadaan ini
secara langsung mempengaruhi dan mencabar kewibawaan dan kedudukan bahasa Melayu di rantau
Nusantara.

Dunia tanpa sempadan tidak menghakis sahsiah diri murid kerana teknologi menjadi satu kemestian
dalam kehidupan

Teknologi satu kemestian :


media rangkaian maklumat yang merangkumi semua dimensi kehidupan manusia.
mewujudkan satu golongan masyarakat yang berteraskan maklumat atau informasi untuk
membolehkan mereka bersaing pada peringkat global.

Kesimpulannya, melalui perkara yang saya jelaskan tadi. Ianya jelas menunjukkan bahawa dunia
tanpa sempadan tidak menghakis sahsiah murid.

perkembangan dan kemajuan yang pesat dalam bidang mikroelektrik telah menghasilkan pelbagai
kemudahan teknologi maklumat seperti komputer, telekomunikasi multimedia, dan sebagainya.
Teknologi maklumat ialah suatu ilmu penggunaan dan satu bentuk komunikasi antara pelbagai pihak.
Teknologi ini berfungsi sebagai medan rangkaian maklumat yang merangkumi semua dimensi
kehidupan murid.

Anda mungkin juga menyukai