Anda di halaman 1dari 4

Filem Ibu Mertuaku mengisahkan bagaimana budaya feminin seorang ibu tidak sepatutnya mengganggu urusan rumah tangga

anaknya kerana tanggungjawab seorang ibu terutama terhadap anak perempuannya berakhir apabila anak itu sudah berumah tangga. Tanggungjawab anak perempuan selepas berkahwin berpindah kepada suaminya tetapi seorang anak lelaki tidak akan selesai urusannya dengan ibu bapanya dan juga ibu bapa mertuanya. Seorang anak harus menyedari bahawa ibu bapanya adalah insan yang terbaik yang memberi didikan dan pengajaran sebagai insan di muka bumi ini. Manakala ibu bapa mertuanya menjadi sebahagian daripada tanggungjawabnya untuk membantu penghidupan dan memberi kasih sayang kepada mereka seperti ibu bapa kandung sendiri. Tetapi dalam filem Ibu Mertuaku, budaya individual lebih ditekankan melalui perasaan angkuh dan sombong seorang ibu mertua yang kaya dan datang dari golongan atasan merasa terhina apabila anaknya, Sabariah jatuh cinta dengan seorang pemain muzik, Kasim Selamat yang datang dari keluarga miskin, tidak berkedudukan dalam status sosial. Akibat daripada prejudis dan stereotype ibu Sabariah beranggapan bahawa tidak ada pemain muzik dapat memberi kebahagiaan dan kekayaan. Tanggapan ini ada benar dan ada tidak benar. Benar memang pemain muzik pada masa itu tidak mungkin akan memberi kekayaan material tetapi tidak benar kerana kekayaan material tidak semuanya boleh menyelesaikan masalah kehidupan manusia. Sesuatu perkara yang kita sukai ia dapat membantu pembentukan rohani dan keselesaan jasmaniah. Antara rohani dan jasmaniah sewajarnya diseimbangkan untuk melahirkan jiwa yang tenteram dan bahagia. Oleh itu jiwa Kasim Selamat terseksa apabila Sabariah tidak membenarkan Kasim Selamat melibatkan diri dalam persembahan muzik di kelab-kelab malam atau di mana-mana sahaja sedangkan jiwa Kasim Selamat meronta-ronta ingin diluahkan dalam bentuk persembahan muzik. Kasim Selamat terseksa. Sabariah dibawa oleh ibunya ke Singapura. Kasim Selamat makin parah jiwanya atas kehilangan Sabariah yang dikatakan sudah mati semasa melahirkan anak. Anak Kasim Selamat juga

dikatakan sudah mati. Kasim Selamat jatuh miskin kerana tidak mampu lagi bekerja dan ditambah dengan matanya yang buta kerana tangisan teringatkan Sabariah dan anak yang dilahirkan tetapi mati. Kasim Selamat keseorangan.

Budaya konteks tinggi pula dipaparkan semasa Kasim Selamat diselamatkan oleh Mammy, ibu Chombi yang Chombi sendiri kehilangan suaminya, sedih, rindu, luka, tidak tenteram dapat dipulihkan oleh Kasim Selamat. Kasim Selamat meyakinkan Chombi, yang pergi tidak mungkin kembali lagi, yang ada perlu diteruskan penghidupannya. Kasim Selamat melalui keluarga Chombi meneruskan perjuangan seninya dan kembali ke Singapura. Dari Singapuralah Kasim Selamat meneruskan perjuangannya ke seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Permainan muzik Kasim Selamat mendapat sambutan hebat. Kasim Selamat melakukan pembedahan mata oleh Dr. Ismadi, suami kepada Sabariah. Tangisan Sabariah sudah tidak bermakna lagi. Segala penipuan dan helah ibu Sabariah terbongkar sudah. Kasim Selamat membutakan matanya kembali demi keadilan. Chombi memapah kembali Kasim Selamat yang ditemuinya di hadapan rumahnya dulu dalam keadaan buta maka diterima kembali juga dalam keadaan buta. Terpinggir yang bahagia iaitu Kassim Selamat merajuk kerana merasa terpinggir oleh kebendaan. Sebagai seorang seniman, Kasim Selamat tidak mengejar kekayaan dan perilaku sosialnya juga tidak bersandarkan kepada kebendaan. Rajuk dalam keadaan ini menjadi kepiluan yang panjang. Keadaan ini adalah dikuasai oleh keseronokan hati yang semata-mata membina sifat tamak dan haloba. Ini berlaku kepada Kassim Selamat ketika sudah tidak dapat lagi menerima kelangsungan yang tidak bermaruah dari Nyonya Mansoor. Nyonya Mansoor ditentangnya habis-habisan secara berdepan. Kassim yang sepatutnya bersembunyi dengan hatinya kini sudah keluar menyatakan kebenaran secara terbuka. Seluruh dirinya bangun memerangi manusia jahil dan sudah tentu dianggap oleh golongan kaya sebagai anti-orang kaya dan individu gila. Filem ini memberikan individu seperti Kassim Selamat sebuah rajuk idea sosial yang didirikan dengan nyata dan konkrit. Bahawa individu seperti yang dibawakan oleh watak Sabariah bersedia mengharung arus songsang golongan kaya untuk mendirikan rumah tangga dengan seorang seniman yang miskin. Sabariah diberi dua pilihan yang menyebabkannya tersingkir, terbuang, dan dipencil dari keluarganya iaitu menerima harta, atau disingkir. Hubungan Kassim Selamat dengan Sabariah turut renggang tetapi

kehadiran Chombee memberikan semangat dalam hidup Kassim Selamat kerana seksa dan penderitaan rajuk Chombee adalah sama dengan rajuk Kassim Selamat.

Chombee menderita kehilangan suami berhadapan dengan Kassim Selamat yang kehilangan isteri. Masing-masing merasakan kehilangan hidup yang indah. Kassim

Selamat dipertemukan dengan Chombee untuk saling memberikan cahaya bahawa hidup ini mestilah diteruskan dengan baik, bukan berhadapan dengan rasa kalah yang keterlaluan. Kerana itu masing-masing pantas menerima cahaya itu tetapi hal itu tidak mudah kepada Sabariah. Sabariah diasingkan untuk melihat cahaya itu kerana ia

berbelah bahagi antara kasih ibu yang tamak dan haloba, gilakan status daripada suaminya yang dipaksa meninggalkan dunia seninya dan menderita. Chombee juga dari keluarga yang berdarjat tinggi, tetapi jiwanya halus kerana penderitaannya diselimut dengan rasa yang halus yang dipupuk oleh ibunya. Pemujuk yang dihadirkan dalam filem ini adalah selari dengan akibat berlakunya rajuk iaitu material. Material yang memisahkan dan meminggirkan Kassim Selamat, maka dari pusat material juga datang pemujuk iaitu keluarga Chombee. Bezanya

material bagi keluarga Nyonya Mansoor telah membaluti hati mereka manakala keluarga Chombee, hati mereka yang bersih suci yang membaluti material. Terpinggir menjadikan batin menderita memberi manusia ruang dan masa untuk menjadi manusia yang berjiwa halus. Scene Kassim Selamat bangun jam 2.30 pagi kerana ingin minum dan terjatuh cawan cukup kuat mencantumkan hati dua insan yang kemas dan murni. Chombee yang tidak sihat dan tersiksa jiwa tertidur di sisi katil Kassim Selamat memberikan rahmat yang sangat besar kepadanya kerana dapat memberikan kasih sayang. Tiada sangsi dari ibunya melihat Kassim Selamat dan anaknya Chombee cuba meraih kasih sayang yang terpinggir di hati masing-masing bahawa dua hati yang terpinggir dan terasing lebih pantas tercantum daripada keterpinggiran yang berjarak jauh. Rajuk dan pujuk yang terselimut dengan penderitaan batin menuntut semangat dan intelek Kassim Selamat dan Chombee terbuka luas dan lapang seolah-olah sebuah dunia baru yang mekar sedang menyerlah untuk mereka. Kassim Selamat terlepas Keterpinggiran

daripada genggaman Nyonya Mansoor yang melemaskan batinnya.

menjadikan seseorang itu lebih bermaruah. Tindakan Kassim Selamat yang membutakan matanya dengan garpu dianggap tindakan emosi yang wajar (Dalam alam realiti, tindakan

ini tidak wajar kerana Allah yang mengembalikan penglihatannya melalui kepakaran Dr Ismadi, bukannya Dr Ismadi sebagaimana sangkaan Kassim Selamat). Inteleknya sudah beralih kepada menyiksa diri yang dikatakan wujud dari kehalusan jiwa seorang seniman yang terhimpit, tertekan, tergugat, dan maruahnya terjejas. Kassim Selamat tidak kehilangan atau kekurangan apa-apa kerana dapat Emosi lelaki dan emosi

menebus maruahnya sebagai seniman dan manusia biasa.

kesenimanan dilakukan atas kesedaran sosial dalam rentasan sosialnya yang sangat rigid, mengemukakan kesedaran sosial yang amat mendalam dan menganggap dirinya tidak boleh dijual beli. Dr. Ismadi telah memaksa Kassim Selamat terhutang budi padanya. Budi tidak boleh dibayar semula dengan paksa. Faktor dalaman dan luaran menjadikan gejala rajuk itu berubah-ubah. Dalam Ibu Mertuaku, hanya faktor luaran yang

mencetuskan gejala rajuk pada Kassim Selamat iaitu materialistik yang hadir melalui watak Nyonya Mansor, manakala hal dalaman tidak membentuk atau mengubah apa-apa sikap. Yang luaran itu hanyalah kulit tidak berkesan pada hati. Hati Kassim Selamat adalah bersih, putih dan jernih sejak dari awal dan kekal begitu sehinggalah ke akhir cerita kerana dia adalah seniman tulen.

http://www.aswara.edu.my/c/document_library/get_file?uuid=f11b70e1-b4e5-44199b07-949e26034035&groupId=19273 http://www.mymla.org/files/icmm2010_papers/ICMM2010_p40.pdf

Anda mungkin juga menyukai