Anda di halaman 1dari 11

TUGASAN BERKUMPULAN:

KRISIS AIR DI SELANGOR

1.0. PENGENALAN

Pembangunan pada masa kini menjadi penanda aras bagi sesebuah negara maju dan ianya
menjadi “kriteria” utama untuk mebentuk sebuah negara yang lengkap dari segi
pembangunan di setiap peringkat di seluruh negara.Namun bergitu ramai yang masih tidak
mengetahui bahawa pembangunan tidak akan lengkap sekiranya sumber-sumber asas juga
tidak begitu memberangsangkan.Seperti contoh isu yang sering berlaku di kebanyakan negara
adalah berkenaan dengan isu air yang menjadi isu dan juga permasalahan yang utama kepada
rakyat di sesebuh negara.permasalahan tentang isu air ini adalah penting dan perlu diberikan
penekanan yang sewajarnya kepada pihak yang terlibat untuk menangani krisis yang berlaku
terhadap negeri dan juga kawasan yang sering kali terjejas untuk mendapatkan sumber air
dengan sempurna dan ianya tidak akan menjejaskan masyarakat dengan masalah
kesihatan,kekurangan untuk melakukan kerja harian dan sebagainya.

Air adalah merupakan sumber yang penting dan juga ianya adalah menjadi keperluan utama
kepada seluruh kehidupan dan mereka tidak boleh hidup tanpa air.Namun mengapa sumber
air pada masa kini sering menjadi isu yang utama kepada berberapa buah kawasan dan
seringkali ianya terjejas sehingga ianya membantutkan pergerakan dan juga ianya akan
menghentikan segala aktiviti yang memerlukan air sebagai sumber yang utama kepada urusan
seharian mereka.Di Malaysia,seringkali kita mendengar isu air menjadi pendebatan daripada
masyarakat yang menyatakan kerajaan tidak mempunyai solusi yang terbaik untuk
memastikan sumber air tidak terputus untuk disalurkan kepada kawasan yang seringkali
mengalami gangguan bekalan air yang mencukupi dan ini adalah salah satu isu yang berlaku
di Malaysia dan apa yang lebih menyedihkan,isu ini perlu diberikan perhatian kepada negeri
Selangor yang masih lagi sehingga ke hari ini isu air tersebut masih tidak dapat diselesaikan
walaupun tampuk kepimpinan telah bertukar dan juga masih lagi tidak menemui jalan
alternatif untuk menangani masalah yang berlaku di negeri tersebut sekaligus ianya menjadi
tanda tanya kepada penduduk yang seringkali mengalami gangguan air di kawasan tersebut.
SCCG 3123:

2.0. MASALAH AIR DI NEGERI SELANGOR

Mengimbas kembali pada era setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos
1957,kita dapat melihat dengan jelas bagaimana kerajaan telah mula berkembang dengan
permintaan-permintaan di dalam aspek-aspek tertentu khususnya di dalam aspek untuk
membangunkan negara.Oleh itu setelah kerajaan telah melaksanakan Dasar Ekonomi Baru
(DEB) bermula tahun 1970 permintaan air telah meningkat kepada berberapa kali ganda
selaras dengan pembangunan yang baru hendak bermula dan pada permulaannya permintaan
air telah meningkat kepada tiga kali ganda berbanding sebelum Tanah Melayu mencapai
kemerdekaan. Chen Ngai Weng,(n.d).Oleh kerana jurang antara pembangunan yang
membangun dan juga permintaan terhadap sumber air tidak selari di negara ini,maka ianya
menjadi titik permulaan kepada Malaysia terhadap krisis yang berlaku di berberapa negeri
yang boleh dikatakan masih lagi mengalami gangguan bekalan air dan kebanyakan daripada
kawasan-kawasan yang mengalami krisi bekalan air adalah di kawasan yang mempunyai
pembangunan fizikal,industri perniagaan,pelancongan dan juga kawasan yang mempunyai
pertumbuhan penduduk secara mendadak.

Seperti yang berlaku di Selangor,krisis terhadap gangguan bekalan air sehingga ke hari ini
masih lagi tidak menemui jalan alternatif yang terbaik yang boleh dilakukan oleh Kerajaan
Negeri Selangor runtuk menyelesaikan krisis bekalan air yang semakin meruncing dan
menjadi rungutan dalam kalangan rakyat tempatan di negeri itu.Ianya bukan pertama kali
berlaku namun semenjak berpuluh tahun dahulu isu ini masih lagi menjadi isu bualan hangat
yang sering diperkatakan oleh masyarakat. Nora Mahpar,(2021) menjelaskan bahawa di
Selangor hanya sebahagian daripada rakyat di negeri itu yang berkepadatan 2.7 juta
mendapat akses bekalan air bersih dan juga berkualiti,selebihnya mereka seringkali
mengalami gangguan bekalan air bersih dan juga sumber air yang terhad yang merangkumi
kepada kawasan-kawasan yang tertentu di berberapa daerah

1
SCCG 3123:

Oleh itu terdapat berberapa punca yang dapat dikenalpasti mengapa isu air di Selangor yang
dikendalikan oleh Pengurusan Air Selangor oleh kerana pertama, 15 dariapda 35 logi rawatan
air (LRA) di Selangor tidak dapat beroperasi mengikut kapasiti sebenar oleh kerana kekangan
terhadap peruntukkan untuk menggantikan paip-paip yang uzur sepanjang 515 kilometer
yang menelan belanja sebanyak 218 juta untuk memastikan tiada kebocoran paip yang akan
mencetuskan krisis kekurangan bekalan air di berberapa tempat.

Rajah 1.0: Krisis Air di Negeri Selangor


*Sumber:Google Image

Menurut Roslan Ariffin,(2000) beliau menjelaskan bahawa isu air di Selangor semakin parah
semenjak lima tahun kebelakangan dan sehingga ke hari ini ianya masih lagi menjadi isu
yang masih lagi tidak mendapat pembelaan oleh Kerajaan Negeri dan juga agensi yang
terlibat.Punca yang jelas kelihatan adalah akibat daripada krisis tersebut,paip-paip yang telah
dibina berpuluh tahun yang lalu tidak diselenggarakan dengan baik dan tidak ditukar
menyebabkan ianya berubah menjadi karat yang akan menyebabkan saluran paip tersebut
semakin sempit dan juga ianya telah menyebabkan tekanan air berada di tahap yang begitu
rendah terutamannya di kawasan yang jauh daripada bandar dan punca tersebut pula

2
SCCG 3123:

ditambah pula dengan kekurangan loji penapis air yang berkurangan dan tidak ditambah
mengikut kepada kapasiti semasa penduduk.Selain itu pencemaran sungai sering berlaku dan
ianya menggusarkan rakyat di negeri itu oleh sebab di negeri Selangor adalah induk kepada
segala industri dan sudah tentunya banyak kilang yang ada dan pencemaran sudah semestinya
berlaku.

Roslan Ariffin,(2000) juga turut menjelaskan bahawa punca yang jelas dan dapat dilihat pada
masa kini adalah kelemahan pentadbiran oleh jentera Kerajaan Negeri dan juga agensi yang
terlibat seperti Pengurusan Air Selangor Sdn.Bhd walaupun sebelumnya ianya dikawal di
dalam pelbagai aspek pengurusan namun masih gagal untuk mengatasi bekalan air di
Selangor. Segala permasalahan yang berlaku terhadap krisis air di negeri itu oleh kerana
persengketaan politik dalaman yang berlaku di negeri tersebut sekaligus ianya memberikan
kesan terhadap kawasan perumahan yang baru telah siap dibina dan juga teah sedia untuk
diduduki oleh penduduk di kawasan itu tidak dapat diteruskan oleh kerana penyambungan
baru untuk bekalan air telah dibekukan sekaligus Sijil Layak Menduduki (CF) tidak dapat
dikeluarkan.Pesengketaan yang berlaku antara kerajaan Negeri dan juga Kerajaan
Persekutuan adalah berpunca kerana isu “tarik tali “ terhadap pemberian kepada peruntukan
untuk mengatasi isu bekalan air di negeri itu.

Seterusnya punca yang menyebabkan gangguan bekalan air di Selangor adalah kerana kadar
pembangunan yang keterlaluan yang dibangunkan oleh Kerajaan negeri dan juga agensi yang
terlibat sehinggakan ianya tidak selaras dengan kapasiti bekalan air semasa sekaligus ianya
akan mendatangkan krisis bekalan air yang buruk dan juga penduduk tidak akan mendapat air
yang berkualiti dan juga air bersih.

3.0. IMPAK MASALAH AIR SELANGOR TERHADAP MASYARAKAT

Isu gangguan air di Selangor menemui jalan buntu lebih-lebih lagi ianya telah berlarutan
selama 25 tahun di negeri itu yang menyebabkan rakyat di negeri itu berputus asa untuk
mendesak kerajaan negeri untuk terus berusaha menangani krisis air yang berlaku di negeri
itu melibatkan kepada berberapa kawasan yang seringkali terjejas dan juga tidak mendapat
bekalan air bersih yang secukupnya. Zaain Zin,(2021) menjelaskan ekoran daripada isu yang

3
SCCG 3123:

berlaku masih lagi tidak dapat diselesaikan ianya telah menyebabkan kesabaran rakyat di
negeri itu semakin menipis kerana Pengurusan Air Selangor Sdn.Bhd seolah-olah
memberikan alasan untuk lepas tangan dan juga tidak menjaga kebajikan pengguna sekiranya
krisis air belaku kepada rakyat di negeri itu dan dalam pada masa yang sama rakyat di negeri
itu juga menjelaskan bahawa Pengurusan Air Selangor Sdn.Bhd seolah-olah tidak peka
dengan keadaan yang berlaku terhadap krisis air di negeri itu kerana mereka tidak
memaklumkan tentang gangguan yang berlaku dan juga gangguan yang akan berlaku
terhadap bekalan air di kawasan yang sering terjejas dengan isu bekalan air.

Oleh itu terdapat berberapa implikasi yang berlaku terhadap situasi bekalan air yang berlaku
di negeri tersebut seperti contoh yang dijelaskan oleh Arif Basharudin,(2021) dimana dengan
krisis air yang sering berlaku di negeri tersebut ianya telah melumpuhkan jabatan-jabatan
yang sering menjadi tumpuan rakyat di negeri tersebut seperti hospital.Beliau juga
menyatakan bahawa ada pada satu ketika itu kawasan berhampiran hospital di berberapa
daerah di Selangor tersebut terputus bekalan air sehingga menyebabkan Jabatan Bomba
Negeri Selangor terpaksa turun padang untuk menghantar bekalan air kepada hospital
tersebut.Apa yang lebih menyedihkan Pengarah Hospital tersebut sendiri mengakui bahawa
sudah hampir 10 tahun hospital tersebut berdepan dengan masalah bekalan air sehinga ianya
menjejaskan aktiviti di dalam hospital tersebut.

4
SCCG 3123:

Rajah 2.0: Krisis Air di Selangor


Sumber:Berita Harian,(2014)

Impak yang seterusnya adalah implikasi terhadap pencemaran air semulajadi yang tercemar
sehinggakan ianya akan mengurangkan bekalan air bersih.Seperti yang berlaku di negeri
Selangor ,kebanyakan penduduk yang terkesan dengan masalah air menyatakan bahawa air
mereka telah bertukar menjadi warna coklat dan ianya tidak selamat untuk diminum dan juga
berkemungkinan akan berlaku masalah kesihatan seperti radang kulit bagi individu yang
mempunyai kulit yang sensitif.Krisis air yang berlaku di negeri ini akan menjadikan air di
bawah tanah yang bersih akan berkurangan dan juga menjadi kotor dan ianya menjejaskan
bekalan air dan juga akan menyebabka penutupan Loji RawatanAir (LRA) di kawasan yng
terlibat sekitar negeri Selangor.

Seterusnya impak yang akan berlaku terhadap krisis air yang berlaku di Selangor adalah
ianya akan menyebabkan tanah sekitar akan menjadi kering kontang dan berlakunya hakisasn
tanah di kawasan yang terlibat ditambah pula dengn pembagunan yang semakin berkembang
pesat dan juga tidak dilakukan secara terancang yang akan menyebabkan air hujan tidak akan
menyerap ke dalam tanah dan sekaligus ianya akan menjejaskan kualiti tanah dan juga akan
mengurangkan produktiviti kepada aktiviti pertanian di negeri itu untuk terus berkembang.

5
SCCG 3123:

(Fahirin Ahmad,n.d).Dalam pada masa yang sama juga ianya akan membawa kerugian yang
besar terhadap pertumbuhan sosio-ekonomi negara,dan juga akan membawa kepada kerugian
yang besar serta meningkatkan kos yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan .

Impak yang berlaku kepada krisis air di Selangor yang terakhir adalah ianya memberikan
implikasi kepada pelbagai kesulitan kepada pengguna di negeri tersebut dimana dengan
ketiadaan air yang berlarutan ianya akan memberikan masalah kepada kehidupan harian
rakyat di negeri itu oleh kerana air yang dibekalkan adalah sangat terhad dan hanya boleh
digunakan pada waktu tertentu sahaja.Dalam pada masa yang sama ianya akan mendatangkan
masalah kepada mereka yang tinggal di tempat yang tinggi oleh kerana tekanan air yang
begitu rendah dan juga tidak mencukupi untuk diagihkan di kawasan berikut dan mereka
terpaksa dibekalkan air dengan menggunakan khidmat lori tangki air untuk memastikan
mereka juga akan mendapat bekalan air yang sewajarnya supaya aktiviti seharian mereka
tidak akan begitu terjejas teruk di hari-hari krisis air yang berlaku di kawasan mereka.

4.0. JENIS PERUNDINGAN YANG BERSESUAIAN

Rundingan adalah proses di mana dua orang dalam situasi tertentu berusaha untuk mencapai
penyelesaian yang dapat diterima oleh kedua-dua pihak. Apabila satu pihak percaya bahawa
ada ketaksamaan, pihaknya akan berunding.Keadaan ini boleh menyebabkan konflik atau
kekeliruan untuk menyelesaikan masalah yang timbul. Sekiranya seseorang merasakan
bahawa ada perbezaan tidak kira apakah perbezaan itu benar-benar ada, maka konflik itu
sudah ada. Apabila terdapat dua atau lebih tujuan yang tidak dapat memuaskan kedua belah
pihak, konflik akan berlaku jika anda tidak berusaha untuk memperbaiki.

Konsep perundingan yang berjaya bermaksud rundingan yang dilakukan itu berjaya
memaksimumkan kepentingan bagi kedua-dua belah pihak. Rundingan merupakan kaedah
yang membolehkan individu dapat menyelesaikan perbezaan yang berlaku. Dalam pada itu,
ianya juga merupakan proses yang mana ianya merupakan kompromi atau perjanjian yang
dicapai ketika menghindari hujah atau pertikaian. Berdasarkan kepada permasalahan atau
perselisihan yang berlaku dalam kehidupan seharian, individu perlu memahami tujuan untuk

6
SCCG 3123:

mencapai hasil yang terbaik dalam setiap rundingan yang berlaku. Dalam setiap rundingan
yang berlaku, prinsip keadilan, mencari faedah secara bersama dan mengekalkan hubungan
itu merupakan kunci kepada hasil yang berjaya. Melihat kepada proses perundingan yang
berlaku kepada individu, ianya dapat membantu untuk membina dan membentuk kredibiliti
dalam diri supaya individu sentiasa mencari alasan, belajar kedudukan pihak lawan, dan
berkongsi maklumat untuk tujuan memujuk persetujuan yang boleh menghasilkan
persetujuan (Kennedy, Gavin, 1992).

Setiap kali berlakunya sesi rundingan, ia bukanlah satu proses untuk melawan atau
menumbangkan pihak lawan tetapi ianya merupakan usaha untuk mencari penyelesaian
terhadap masalah atau konflik yang berlaku dengan mencari persetujuan dengan
menitikberatkan segala keperluan serta kehendak yang diinginkan daripada pihak yang
terlibat (Baden Eunsen, 1994). Apabila sesuatu konflik itu berlaku, maka kemahiran
perundingan adalah sangat diperlukan dalam melakukan sebarang urusan berkaitan dengan
rundingan. Ianya harus diperolehi melalui pengetahuan dan amalan perundingan yang
mantap. Demi menguruskan sesuatu situasi yang berlaku itu secara berkesan dan baik, maka
seseorang individu itu harus mempunyai ciri-ciri seperti empati,daya kesabaran, penilaian
terhadap limitasi pihak lawan bersikap adil dan juga kebolehan menjangka titik penyelesaian
pihak lawan.

Oleh itu jenis rundingan yang bersesuaian di dalam masalah air di Selangor adalah melalui
rundingan intergratif dimana menurut Ilmiah Online,(2017) menjelaskan bahawa rundingan
intergratif merupakan rundingan yang berbentuk tawar menawar untuk membentuk satu
penyelesaian yang lebih baik dan juga dapat memberikan keuntungan kepada kedua-dua
belah pihak untuk jangka masa yang panjang dan juga langkah yang diambil di dalam situasi
tawar menawar adalah situasi “menang-menang”.Di dalam rundingan yang berbentuk tawar
menawar ini ianya memerlukan sebuah komunikasi rundingan yang berkesan dan juga
meyakinkan pihak lawan untuk menerima tawaran yang diberikan.Malahan rundingan
intergratif ini perlu melalui lima proses utama iaitu persiapan serta perancangan,penentuan
kepada kaedah dan dasar yang ingin diambil,penjelasan dan juga justifikasi,tawar menawar

7
SCCG 3123:

terhadap perkara yang dirunding,penyelesaian masalah yang diambil dan juga penutupan
serta implementasi.Sebagai contoh Kerajaan Negeri melakukan rundingan dan juga tawar
menawar bersama-sama dengan Kerajaan Persekutuan dan juga Pengurusan Air Selangor
Sdn.Bhd untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk mengatasi masalah air yang
berlaku di negeri Selangor selama 25 tahun dengan menyatakan tawaran kepada peruntukan
dan juga dana yang diperlukan,dan juga keuntungan yang diperolehi sekiranya berberapa
tindakan dan juga alternatif yang dilakukan oleh pihak yang terlibat terhadap masalah air di
Selangor.

5.0. STRATEGI PERUNDINGAN YANG BOLEH DIGUNAKAN

Dalam kehidupan setiap manusia itu, proses rundingan akan berlaku tidak mengira masa atau
tempat. Ianya merupakan proses yang memerlukan interaksi antara dua belah pihak bagi
mendapatkan kata sepakatan yang boleh membawa kepada penghasilkan hasil yang positif.
Berdasarkan pengalaman saya dalam menguruskan konflik yang melibatkan proses
perundingan, ianya banyak mengajarkan saya cara untuk melakukan perundingan dengan
lebih baik dan berfikiran lebih matang.

Di dalam kehidupan seharian seseorang,rundingan akan berlaku setiap hari dan ianya boleh
berlaku secara spontan dan juga secara berjadual.kebanyak daripada rndingan yang berlaku
adalah rundingan di dalam organisasi dan rundingan yang berlaku di dalam organisasi
tersebut adalah rundingan yang bersifat menguntungkan.Oleh itu di dalam isu masalah air di
Selangor, terdapat berberapa strategi yang dapat diaplikasikan semasa rundingan ingin
dijalankan antaranya adalah:-

a. Mengenalpasti pihak yang ingin berunding untuk membuat rundingan intergratif


seperti contoh di dalam isu masalah air di Selangor,pihak yang terlibat adalah melalui
Kerajaan Persekutuan,Kerajaan Negeri dan juga Pengurusan Air Selangor Sdn.Bhd

b. Menyatakan apakah isu yang berlaku sehingga memaksa mereka untuk membuat
rundingan secara besemuka antara kedua-dua belah pihak supaya mereka memahami
apakah rundingan tawar menawar yang ingin dijalankan.

8
SCCG 3123:

c. Mengaplikasikan kemahiran mendengar dengan baik seperti contoh mendengar akan


syarat yang ingin dikemukakan oleh pihak lawan terhadap penawaran yang dilakukan
dan kemahiran mendengar ini perlu diaplikasikan oleh inidvidu yang mempunyai
kemahiran rundingan yang terbaik.

d. Mengaplikasikan kemahiran interpersonal dengan baik kepada pihak lawan di dalam


proses untuk memujuk pihak lawan menerima tawaran tersebut dan juga memberikan
hujah yang bernas mengapa pihak lawan perlu menerima tawaran tersebut dan apakah
faedah yang akan diperolehi oleh pihak lawan sekiranya mereka menerima tawaran
tersebut semasa rundingan berakhir.

6.0. KESIMPULAN

Kesimpulannya,secara keseluruhan dapat dijelaskan bahawa Menurut Leigh Thompson dan


Reid Hastie bahawa ini menunjukkan bahawa kognisi dan pertimbangan perunding
mempunyai kesan yang signifikan terhadap diri mereka sendiri, pihak lain, kemudahan
kedua-dua pihak serta sebut harga diri dan sebut harga pihak lain, hasil perundingan, dan
keputusan membuat keputusan yang dibuat semasa proses perundingan. secara keseluruhan.
Dengan menggunakan strategi yang diterapkan di atas, ia dapat menyelesaikan proses
perundingan yang dijalankan seperti contoh rundingan yang berlaku antara Kerajaan
Persekutuan,Kerajaan Negeri Selangor dan juga Pengurusan Air Selangor Sdn.Bhd. Dalam
pada masa yang sama dengan adanya komunikasi dalam setiap rundingan ini, maka pihak
lawan juga dapat melakukan perbincangan atau rundingan dengan mendapatkan tawaran yang
lebih baik dan membawa keuntungan kepada kedua-dua belah pihak. Komunikasi dalam
rundingan ini juga merupakan nadi kepada proses pertukaran dan perkongsian maklumat
yang membolehkan perunding mencapai matlamat perundingan yang dilakukan (Abdullah
Hassan, 2008).

Semasa proses perundingan, perunding perlu memberikan beberapa perkara berharga dan
berpatutan untuk meyakinkan pihak lain berdasarkan kemampuan perunding. Perunding juga
perlu meyakinkan pihak lain bahawa nilai konsesi mereka tidak setinggi yang mereka

9
SCCG 3123:

fikirkan. Oleh itu, kandungan maklumat yang hendak disampaikan adalah meyakinkan dan
berjaya mempengaruhi dan meyakinkan seseorang untuk menerima sebarang tawaran,
terutama dalam situasi kecemasan seperti yang disebutkan di atas. Untuk keselamatan kedua-
dua pihak, perunding perlu bijak dan kreatif dalam perundingan.

10

Anda mungkin juga menyukai