Anda di halaman 1dari 2

BAGAI KACANG LUPAKAN KULIT

Shamsul memandang tenang laut luas yang terbentang di hadapannya. Mega senja mula

melabuhkan tirainya. Shamsul semakin kukuh berdiri di persisiran pantai. Dalam

fikirannya berserabut memikirkan masa depan. Shamsul dilahirkan dalam keluarga

susah. Bapanya seorang nelayan manakala ibunya suri rumah sepenuh masa. Dia

mengidamkan satu kehidupan mewah seperti kawan-kawannya yang lain yang tidak pernah

mengenal erti kesusahan hidup.

Hanya dengan pendidikan sahaja dapat mengubah segala-galanya. Lantaran itu,

Shamsul belajar bersungguh-sungguh. Dalam fikirannya hanya satu, ingin mengubah

corak kehidupannya. Berkat kesungguhannya dna ketekunannya dia telah mencapai

keputusan yang cemerlang dalam UPSR. Keputusannya itu telah melayakkan dia terpilih

ke sekolah berasrama penuh. Di sana dia meneruskan cita-citanya. Usaha tangga

kejayaan. Kata-kata itulah menjadi perangsang kepada Shamsul. Akhirnya dia berjaya

mausk ke universiti. Kejayaannya amat menggembirkan keluarganya terutama ibu dan

bapanya.

Beberapa tahun kemudian, Shamsul telah berjaya mengejar cita-citanya. Dan kini

menjawat jawatan tinggi dan berkedudukan serta dihormati. Kejayaannya itu telah

mengubah terus perangainya. Dahulu dia diasuh dalam keluarga yang tinggi akhlak tetapi

kini, dia telah bertukar corak. Bersikap ego, sombong dengan apa yang

dimilikinya. Shamsul jarang pulang ke kampung. Perhatiannya kepada keluarga semakin

kurang malah tidak diambil tahu tentang keadaan keluarganya. Dia sanggup membiarkan

ibu dan bapanya ternanti-nanti kepulangannya dengan penuh kerinduan. Kerinduan anak

yang menjadi kebanggaan keluarga.

Pada suatu hari, Shamsul mendapat khabar menyatakan bapanya sakit

tenat. Shamsul menerima berita itu dengan bersahaja tanpa ada perasaan

tanggungjawab. Alasannya dia sibuk dan tidak dapat cuti. Dia tidak pulang ke kampung

untuk menjenguk bapanya yang sakit tenat. Akhirnya, bapa Shamsul meninggal
dunia. Ibunya sangat sedih dengan sikap Shamsul yang sudah berubah. Hatinya pedih

dan kecewa. Balasan yang Shamsul hulurkan tidak setimpal dengan pengorbanan yang

ditaburkan.

Perangai Shamsul tidak ubah seperti kacang lupakan kulit. Cepat melupakan asal

usul setelah memperoleh kesenangan.

Anda mungkin juga menyukai