Amalan bercuti dalam kalangan masyarakat kita sudah mula mendapat sambutan
umum. Percutian itu boleh dilakukan di dalam negara atau di luar negara mengikut
kemampuan diri seseorang itu. Lantaran itu, banyak kebaikannya apabila amalan
bercuti ini menjadi satu kebiasaan dalam kehidupan masyarakat moden.
Kepentingan utama bercuti ialah masa dapat dihabiskan bersama-sama ahli keluarga.
Percutian selama seminggu atau dua minggu itu pasti merapatkan hubungan sesama
ahli keluarga menerusi interaksi yang positif. Akibatnya, keluarga itu akan menjadi lebih
intim dan mampu mengatasi pelbagai cabaran hidup moden.
Selain itu, minda seseorang menjadi lebih tenang apabila berada di dunia percutian
mereka itu. Ketenangan ini berlaku kerana mereka berada di tempat yang berbeza
daripada kebiasaan dalam hidup mereka itu. Sebenarnya, aspek ketenangan ini penting
dicapai kerana hidup zaman globalisasi ini penuh tekanan.
Kesimpulannya, semua kepentingan bercuti itu tadi memang berlaku apabila diamalkan
secara kerap. Apabila semua ahli masyarakat kita sering bercuti sudah pasti kehidupan
rakyat menjadi lebih baik dan harmoni itu. Peribahasa jauh perjalanan, luas pandangan
membuktikan bahawa kehidupan yang dipenuhi dengan amalan bercuti ini akan
menajamkan minda seseorang erti kehidupan manusia sebenar.