Anda di halaman 1dari 14

BMMB1104

ISU DALAM
KEBUDAYAAN
MELAYU
Ahli kumpulan:
Abdul Muhajib (BM A)
Nur Amera Balqis (BM B)
Nur Qisyratul Amal (BM B)
Nurul Najwa (BM B)
Siti Humairah (BM B)
PENGENALAN
Perkembangan dunia ke arah globalisasi turut memberi kesan dalam pelbagai aspek
kebudayaan Melayu. Pengaruh penjajahan dan media sosial turut mengubah gaya
hidup masyarakat Melayu terutama generasi muda. Semua ini menjadi suatu cabaran
bagi sesuatu komuniti itu dalam usaha-usaha mengekalkan kebudayaan tersebut.
Secara beransur-ansur pelbagai aspek kebudayaan semakin terhakis terutama dengan
kemajuan teknologi maklumat dan gaya hidup masyarakat sekarang .

Media sosial adalah alat, Jasa dan komunikasi yang memudahkan hubungan antara
orang dengan satu sama lain dan memiliki peminat yang banyak tidak terkecuali
para remaja bahkan usia di bawah umur sudah memiliki akuan media sosial peribadi.
Gaya hidup lalah Kumpulan ciri tingkah laku yang bererti kepada kedua-dua orang
lain dan diri sendiri dalam sesuatu masa dan tempat termasuk hubungan sosial,
penggunaan, hiburan dan pakaian.
MEDIA SOSIAL
Media sosial ditakrifkan dalam Kamus Dewan sebagai pelbagai perantaraan
atau saluran komunikasi yang dapat menyampaikan maklumat kepada orang
ramai dalam masa yang cepat.
Pada masa kini, secara keseluruhannya, media sosial mempunyai tempat di
setiap pekerjaan tanpa mengira usia tua dan muda.
Bukan dalam bidang pekerjaan sahaja, malah media sosial telah menjadi
keperluan bagi kebanyakan orang dalam menjalani kehidupan seharian.
Lahirnya media sosial menjadikan pola perilaku masyarakat mengalami
pergeseran baik budaya, etika dan norma yang ada
Realitinya, apa saja yang dicipta mengikut arus kemodenan tentu ada kesan
dan pengaruh kepada masyarakat. Kesan yang muncul banyak memberikan
impak kepada pengguna, sama ada kebaikan mahupun keburukan.
Memperluas jaringan
hubungan dengan
rakan-rakan

Menjaga hubungan Boleh dijadikan


silaturahim dengan rujukan untuk
keluarga ataupun mengembangkan
saudara yang KESAN POSITIF keterampilan diri
tinggal berjauhan MEDIA SOSIAL

Menjadi sumber
Media promosi
belajar dan
dalam
mengajar yang
perniagaan
sangat bererti
Sukar bersosialisasi Kurang produk atau
dengan orang- hasil oleh seseorang
orang sekitar individu seperti kurang
secara alam nyata hasil pembelajaran

KESAN NEGATIF
MEDIA SOSIAL

Diancam kejahatan
dunia siber seperti
jenayah siber
GAYA HIDUP MASYARAKAT

Gaya hidup biasanya membayangkan sikap, nilai dan pandangan


hidup seseorang.
Justeru, gaya hidup ialah cara untuk memupuk konsep kendiri
serta mencipta simbol kebudayaan yang menggambarkan
identiti seseorang.
GAYA HIDUP
MASYARAKAT MALAYSIA
SEMANGAT KEJIRANAN
Amalan menghulurkan bantuan kepada jiran adalah kemuncak hubungan
kejiranan yang baik iaitu apabila sanggup mengenepikan kesenangan
semata-mata untuk membantu jiran pada masa yang Third diperlukan.
Goal

Pengorbanan seumpama ini sememangnya tidak mudah dilupakan oleh


sesiapa pun apatah lagi jiran yang terdekat.
Apabila kita sentiasa menolong jiran ketika mereka memerlukan, ikatan
kasih sayang sesama jiran akan lebih utuh dan hubungan kejiranan itu
akan kekal walaupun mereka telah berpindah rumah.
Amalan seperti ini hendaklah dilakukan oleh setiap manusia yang hidup
berjiran supaya hidup lebih ceria dan harmoni.
GAYA HIDUP
MASYARAKAT MALAYSIA
SEMANGAT KUNJUNG-MENGUNJUNGI
Semangat kunjung-mengunjungi ke rumah jiran perlulah ada pada setiap diri
individu.
Hal ini dikatakan demikian kerana, apabila kita mengamalkan budaya
kunjung-mengunjungi ke rumah jiran, kita akan lebih mengenali mereka.
Hal ini secara tidak langsung akan mengeratkan lagi hubungan kita sesama jiran.
Di samping itu, masa yang diambil untuk berkunjung ke rumah jiran juga ada
masanya yang tertentu.
Kita hendaklah memilih masa yang sesuai dengan waktunya supaya dapat
mengingatkan diri kita agar kunjungan kita itu tidak menganggu waktu rehat
mereka atau boleh mengakibatkan kesan negatif.
Contohnya, pada waktu hujung minggu atau sempena hari-hari perayaan tertentu.
GAYA HIDUP MASYARAKAT MALAYSIA
MENGADAKAN PROGRAM RUKUN TETANGGA

Program perkelahan keluarga merupakan salah satu rancangan yang paling


bijak dalam menjalin kemesraan penduduk setempat.
Terdapat pelbagai destinasi pelancongan yang menarik di negara kita bagi
menjayakan program ini.
Banyak aktiviti yang boleh dijalankan untuk mengisi program tersebut seperti
solat jemaah, bacaan yasin, barbeku, bersukan dan lain-lain.
Aktiviti seperti ini dapat merehatkan minda sekali gus mengeratkan lagi
hubungan kejiranan.
Nilai-nilai yang terlahir daripada program ini merupakan salah satu cara
dalam mengorak langkah bagi mewujudkan masyarakat yang mempunyai
semangat kejiranan dan seterusnya membawa kepada kesejahteraan dan
kebahagiaan.
GAYA HIDUP
MASYARAKAT MALAYSIA
AKTIVITI BERGOTONG-ROYONG
Aktiviti bergotong-royong biasanya seperti membersihkan kawasan
halaman rumah, kawasan kampung, masjid, kubur dan sebagainya.
Seperti sedia maklum, aktivti-aktiviti seperti ini sememangnya
Third Goal dapat
memupuk dan menyemai hubungan baik antara jiran sekali gus dapat
menyatupadukan penduduk setempat ke arah tujuan yang murni.
Contohnya, menjaga kebersihan, memelihara alam sekitar, membantu
jiran-jiran dan sebagainya.
Oleh itu, dengan adanya amalan sebegini maka wajarnya ia dihidupkan
bagi mewujudkan satu masyarakat yang bersatu padu dan hidup
harmoni.
PENUTUP
Media sosial dan gaya hidup masyarakat tidak akan terlepas dari pengaruh positif
ataupun negatif, kesannya itu bergantung kepada sifat individu itu sendiri sejak
kecil. Walaupun masa remaja merupakan masa yang dapat dikatakan sangat kritis
kerana memasuki masa pencarian transisi pencarian jati diri. Namun remaja juga
boleh membatasi diri sendiri dengan norma dan moral yang baik. Pembentukan
Karakter sejak memasuki alam remaja sangatlah penting bagi masa depan remaja itu
dan lebih luas sebagai penyambung generasi akan datang. Remaja sebagai pewaris
bangsa dan budaya seharusya memiliki perwatakan yang baik, kuat dan teguh bagi
memastikan negara akan maju pada masa hadapan.

SEKIAN..
TERIMA KASIH
CONTOH SOALAN
(5 MARKAH)

Berikan dua contoh gaya hidup masyarakat


malaysia yang diamalkan sehingga kini?
CONTOH JAWAPAN
1) Semangat kejiranan
Amalan menghulurkan bantuan kepada jiran seperti sanggup
mengenepikan kesenangan semata-mata untuk membantu jiran pada
1 3
masa yang diperlukan.
2) Mengadakan program rukun tetangga
Antara aktiviti yang boleh dijalankan untuk mengisi program tersebut
seperti solat jemaah, bacaan yasin, barbeku, bersukan dan lain-lain.
3) Mengadakan aktiviti gotong - royang
2 bergotong-royong biasanya seperti membersihkan kawasan
Aktiviti
halaman rumah, kawasan kampung, masjid, kubur dan sebagainya.

MANA-MANA JAWAPAN SESUAI DITERIMA✅

Anda mungkin juga menyukai