Anda di halaman 1dari 5

Usaha Memupuk Semangat

Kejiranan Dalam Kalangan


Masyarakat

karangan usaha memupuk semangat kejiranan

Soalan berkaitan semangat kejiranan kerap digunakan oleh sekolah


untuk menguji tahap penulisan para pelajar. Hal ini kerana ianya
suatu situasi atau keadaan yang berlaku dikeliling atau dalam
persekitaran kita. Peribahasa Melayu juga banyak yang berkaitan
dengan semangat kejiranan yang boleh dugunakan oleh para pelajar.

Pelbagai isi dan nilai yang boleh dihuraikan oleh para pelajar
berkaitan semangat kejiranan. Berikut adalah contoh isi dan
karangan berkaitan dengan usaha-usaha memupuk semangat
kejiranan dalam kalangan masyarakat. Ianya terdiri daripada
pendahuluan, empat isi penting dan penutup atau kesimpulan.

Usaha-usaha memupuk semangat kejiranan


dalam kalangan masyarakat
:
Isi-isi penting

mewujudkan pusat komuniti dan rukun tetangga


menggalakkan aktiviti bergotong-royong atau bersukan
amalan kunjung-mengunjung
peranan media massa
menghormati hak masing-masing
bersedia menawarkan bantuan yang mampu

Contoh karangan usaha dan langkah memupuk


semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat

Pendahuluan

Malaysia merupakan negara yang amat unik apabila berjaya


mencapai kemerdekaan dengan adanya pelbagai bangsa dan etnik
yang hidup dalam harmoni. Masa demi masa berlalu, sentimen
perkauman semakin menjadi isu yang boleh memburukkan
:
keharmonian yang telah dibentuk dan diperjuangkan oleh nenek
moyang kita dahulu. Justeru itu, keharmonian hendaklah bermula
daripada rumah ataupun jiran tetangga. Jiran tetangga adalah orang
yang tinggal berdekatan dengan rumah atau tinggal setempat
samada di kiri, dan kanan, hadapan atau belakang, atas dan bawah
bagi rumah flat atau kondominium.

Isi 1

Antara usaha yang dapat dilakukan untuk memupuk semangat


kejiranan yang kian pudar hari ini adalah dengan mewujudkan satu
pusat komuniti di setiap kawasan perumahan. Sebagai contoh balai
raya dan dewan serbaguna yang boleh digunakan untuk aktiviti
kemasyarakatan seperti bergotong royong dan sebagainya.
Kemudian, perlunya organisasi seperti rukun tetangga ditubuhkan
bagi mengurus hal-hal berkenaan aktiviti di kawasan kejiranan. Jadi,
seharusnya semua ahli masyarakat mengambil bahagian dan
menyumbangkan apa yang perlu untuk mencapai semangat
kejiranan yang harmoni dan sejahtera. Bulat air kerana pembentung,
bulat manusia kerana muafakat adalah peribahasa Melayu yang
sesuai untuk digambarkan dengan semangat kejiranan yang wajar
disemat dalam diri rakyat Malaysia.

Isi 2

Usaha-usaha lain adalah dengan menggalakkan aktiviti-aktiviti


kemasyarakatan seperti gotong-royong dan bersukan di antara
kkawasan perjiranan. Tanggungjawab ini bergantung kepada badan-
badan bukan kerajaan seperti rukun tetangga dan khidmat komuniti
oleh syarikat swasta. Program gotong-royong pembersihan atau
membaik pulih balai raya atau dewan serbaguna dapat merapatkan
hubungan antara masyarakat yang sertai sekaligus mengindahkan
infrastruktur masyarakat serta menjamin kebersihan kawasan sekitar
:
agar bersih daripada ancaman penyakit. Bak kata peribahasa Melayu,
sambil menyelam minum air dimana aktiviti seperti ini mendatangkan
pelbagai faedah kepada semua.

Isi 3

Selain itu, usaha yang semakin pudar hari ini adalah budaya kunjung
mengunjung. Kesibukan mengejar kerjaya dan urusan harian telah
menyumbang kepada kemerosotan budaya berziarah antara jiran
tetangga yang dahulu merupakan tradisi nenek moyang kita. Maka,
sekiranya kita berkesempatan untuk berkunjung ke rumah jiran
tetangga, terutamanya pada hari perayaan ia adalah suatu usaha
yang murni dan perlu ditunjukkan kepada golongan muda agar
mereka sedar bahawa nilai muafakat dalam berjiran adalah baik dan
memberi manfaat kepada semua. Jika segan menjadi halangan maka
mulakan lah dengan menegur sapa apabila bertemu ketika berselisih
di kawasan perumahan masing-masing.

Isi 4

Media massa juga memainkan peranan penting dalam memupuk


usaha supaya masyarakat hidup dalam semangat kejiranan. Dengan
kemudahan yang hanya dihujung jari dewasa ini, media massa
sepatutunya bertanggungjawab untuk membuat program-program
dengan pengisian yang menerapkan nilai kejiranan dalam masyarakat
kita. Drama yang melibatkan pelakon berbilang bangsa serta jalan
cerita yang menyentuh situasi sebenar masyarakat kita mampu
menjadi medium dalam membentuk semangat kejiranan melalui
media massa. Media massa seharusnya merasakan tanggungjawab
yang berat kerana masyarakat kini lebih menghabiskan masa
melayari media-media massa dan mereka sewajarnya menyuntik
nilai-nilai kejiranan atau kekitaan dalam hiburan yang disajikan.

Penutup
:
Intihannya, semangat kejiranan dalam masyarakat adalah budaya
masyarakat Malaysia yang amat unik dan perlu disemai dan dihargai
dengan lebih baik agar golongan muda mendapat manfaat daripada
nilai yang baik ini. Tuntasnya, semangat kejiranan bukan sahaja
memastikan masyarakat hidup dalam keharmonian dan sejahteran
tetapi menjamin kesepaduan negara dalam menjadi negara yang
lebih maju dan berdaya saing dengan negara-negara lain. Rakyat
yang berjaya adalah rakyat yang kaya dengan nilai sahsiah dan
menjamin modal insan kelas pertama yang akan memacu negara
menjadi negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Related : berkenal kenalan antara satu kenal maka tak


cinta menikmati juadah yang disediakan kalangan anak anak belukar
melepaskan pucuk untuk mengukuhkan aidilfitri tahun baharu
cina menyemarakkan budaya kunjung mengunjung amalan ziarah
menziarahi kasih sayang hormat menghormati disediakan oleh tuan
rumah semangat kejiranan yang tinggi mengeratkan hubungan
kejiranan raya aidilfitri tahun baharu hari raya aidilfitri
tahun mengekalkan semangat kejiranan
:

Anda mungkin juga menyukai