Anda di halaman 1dari 4

Contoh Karangan

Berdasarkan rajah di bawah ini, huraikan pendapat anda tentang usahausaha memupuk semangat kejiranan. Panjangnya huraian anda antara
200-250 patah perkataan.

Usaha-usaha memupuk semangat kejiranan


Pengenalan
Hidup berjiran amat penting dalam masyarakat pada hari ini.

wajar diteruskan dan dimurnikan lagi

telah diamalkan sejak zaman nenek moyang kita

mulai berkurangan terutama di kota-kota metropolitan


Idea-idea Utama
Pelbagai cara dapat dilaksanakan dalam meningkatkan semangat kejiranan.

prihatin terhadap kebajikan jiran di sebelah

membantu mereka sewaktu berlaku kecemasan

menghantar mereka ke hospital jika ditimpa musibah


Saling berkunjung antara jiran juga langkah yang terpuji.

tali silaturahim akan bertambah erat sesama kita

berkunjung sewaktu perayaan ataupun majlis kenduri kendara

melawat jiran sewaktu mereka terlantar di hospital


Aktiviti kemasyarakatan juga wajar dilakukan di kawasan kediaman.

bergaul mesra dan berkenal-kenalan antara satu sama lain

bertukar-tukar pandangan dan pendapat dalam memajukan tempat


kediaman

semangat kejiranan bertambah erat dan menjurus kehidupan yang


harmoni
Program Rukun Tetangga juga perlu dilaksanakan.

dapat memastikan keselamatan penduduk terjamin


pelbangsa dan agama bersatu padu dalam mengadakan rondaan
keselamatan
perpaduan turut terbentuk dan komuniti setempat saling mengenali
Penutup
Semangat kejiranan adalah peninggalan nenek moyang.

usaha yang murni ini wajar diteruskan

generasi muda mestilah peka dalam meneruskan amalan ini

hidup aman dan damai tanpa bimbang akan pelbagai ancaman

KARANGAN RANGSANGAN 15
Liha gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda
tentang kepentingan aktiviti bergotong-royong. Panjang huraian
hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Kepentingan Aktiviti Bergotong-royong


Pengenalan
Masyarakat di Malaysia memang terkenal dengan sikap bantu membantu
antara satu sama lain.

justeru,pelbagai kaum di negara kita dapat hidup dalam suasana yang


harmoni.

aktiviti bergotong-royong yang diadakan mendapat sambutan daripada


pelbagai kaum.

menyambut baik aktiviti yang dibuat oleh rakan-rakan mereka


Idea-idea Utama
Antara manfaat aktiviti ini dapat meningkatkan perpaduan yang sedia ada di
negara kita.

pelbagai kaum turun padang untuk menjayakannya.

pada masa yang sama pekerjaan yang berat akan menjadi ringan dan
mudah disiapkan.

penduduk bersama-sama membersihkan sesuatu pekerjaan yang telah


diagih-agihkan.
Dalam pada itu, bergotong-royong mampu mengeratkan tali silaturahim.
Penduduk bertukar-tukar idea dan pandangan.

kemesraan wujud dan akhirnya membina hubungan yang erat tanpa


mengira bangsa dan agama.
keharmonian hidup dapat dikecapi sampai bila-bila
Pelbagai aktiviti yang dijalankan pada masa hadapan terus berjalan dengan
lancar.

melalui gotong-royong masyarakat dapat bertukar-tukar idea dan


pandangan

mengenali lebih rapat antara satu sama lain dan tidak kekok atau segan
silu berganding bahu tanpa mengira kaum
Pelbagai aktiviti sampingan yang lain pasti akan terbentuk melalui aktiviti
gotong-royong.

program rukun tetangga,hari keluarga dan rumah terbuka antara contoh


yang terbaik.
menghulurkan tenaga,idea dan wang ringgit dalam menzahirkannya
PENUTUP
Akhirul kalam , bergotong royong amalan yang mulia.

warisan nenek moyang ini biarlah dipulihara agar generasi yang datang
terus mengamalkannya.

tidak rugi mengeluarkan setitis peluh yang mana kebaikannya seluas


lautan

Anda mungkin juga menyukai