Anda di halaman 1dari 2

Semangat kejiranan merupakan aspek yang penting dalam kehidupan.

Ianya
perlu diterapkan dalam diri dan seluruh masyarakat. Jiran perlulah
mempunyai semangat dalam menjadikan sesebuah masyarakat yang lebih
baik. Kita perlu memelihara semangat kejiranan kerana ianya dapat
mengukuhkan lagi ukhuwwah dalam sesebuah masyarakat. Bermula daripada
semangat kejiranan inilah terjalinnya perpaduan yang teguh. Perpaduan
yang teguh menjadi dasar pembangunan negara ke arah yang lebih baik
serta mencapai status negara maju. Jiran Sepakat Membawa Berkat, kata-
kata ini menunjukkan bahawa kesepakatan dalam masyarakat dapat
menghasilkan sesuatu yang baik. Semangat kejiranan mempunyai banyak
kepentingan kepada masyarakat. Apakah kepetingan-kepentingan tersebut?

Semangat kejiranan dapat melahirkan masyarakat yang harmoni


dan sejahtera. Masyarakat yang mengamalkan sifat yang baik seperti
tolong-menolong, saling bertegur sapa dan menjaga keselamatan
masyarakat dapat mewujudkan satu suasana yang tenang dan aman.
Masyarakat harus melakukan perkara yang baik mengekalkan keamanan yang
terpelihara. Tamsilan yang jelas dapat dilihat dalam aktiviti
bergotong-royong, masyarakat sentiasa menghulurkan bantuan antara satu
sama lain dalam membersihkan kawasan perumahan. Hubungan jiran bagai
aur dengan tebing dapat meningkatkan lagi semangat kejiranan dalam
sesebuah masyarakat. Sejajar dengan hal ini, masyarakat dapat
menjalani kehidupan dalam suasana aman dan harmoni.

Selain itu, semangat kejiranan yang teguh dapat menjadikan


sesebuah masyarakat itu lebih cekap dalam melaksanakan sesebuah
program. Hubungan mereka amat akrab dan boleh meningkatkan ramai
kenalan dalam sesebuah masyarakat. Sesuatu pekerjaan dapat
dilaksanakan dengan cepat dan lancar dengan bantuan ramai pihak. Jika
masyarakat bertindak bagai enau dalambelukar melepaskan pucuk masing-
masing, sesuatu pekerjaan atau program tidak dapat dilaksanakan dengan
cekap. Contohnya, jiran membantu jiran yang lain dalam mengadakan
kenduri dengan bersama-sama menyediakan makanan untuk tetamu dan
mendirikan khemah untuk para tetamu. Lantaran itu, pekerjaan dapat
diselesaikan dengan mudah. Bukan itu sahaja, hubungan yang erat dapat
diwujudkan ketika melakukan pekerjaan bersama-sama. Masyarakat yang
memupuk semangat kejiranan dapat melaksanakan sesuatu pekerjaan dengan
lebih cekap dan menghasilkan sesuatu yang lebih baik.

Di samping itu, masyarakat juga boleh memupuk


semangat perpaduan. Semangat kejiranan yang mantap dapat mewujudkan
masyarakat yang bersatu padu dan perpaduan yang teguh. Perpaduan juga
sama pentingnya seperti semangat kejiranan. Kehidupan negara Malaysia
memerlukan perpaduan yang teguh. Hal yang demikian, Malaysia mempunyai
pelbagai kaum dan agama. Negara kita dikagumi seluruh dunia kerana
mempunyai perpaduan yang erat. Perkara ini dapat dibuktikan dengan
kehadiran bangsa Melayu, Cina, India dan bangsa lain dalam sesebuah
masyarakat. Setiap kaum perlu mengetahui adat dan tradisi kaum lain
untuk mengelakkan daripada menimbulkan isu sensitif. Semangat
kejiranan yang mantap dapat mengelakkan situasi ini daripada berlaku
kerana hubungan yang erat antara kaum. Oleh itu, masyarakat perlu
mempunyai semangat kejiranan yang tinggi supaya dapat mewujudkan
perpaduan yang teguh.

Seterusnya, semangat kejiranan dapat menjadikan sesebuah


kawasan itu selamat. Kawasan perumahan perlu ditingkatkan
keselamatannya supaya keamanan dalam sesebuah masyarakat terjamin.
Kejadian seperti mencuri, merompak dan menculik sering berlaku dalam
kawasan perumahan. Masyarakat harus meningkatkan keselamatan kawasan
tersebut untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini
berlaku. Masyarakat boleh menubuhkan persatuan jiran tetangga dengan
membuat rondaan pada waktu malam. Dengan itu, keselamatan penduduk
terjamin. Ibu bapa akan berasa lebih senang melepaskan anak-anak
bermain di sekitar kawasan perumahan. Kejadian seperti mencuri,
merompak dan menculik dapat dielakkan dan dikurangkan. Kesimpulannya,
kesepakatan masyarakat dalam membuat sesuatu perkara dapat
meningkatkan tahap keselamatan sesebuah masyarakat.

Semangat kejiranan dalam sesebuah masyarakat dapat menarik


minat pelancong untuk datang bercuti di Malaysia. Malaysia yang
mempunyai perpaduan yang teguh akibat semangat kejiranan
masyarakat pelbagai kaum menarik minat warga asing untuk
melihat sendiri perpaduan kaum tersebut. Pelancong memerhati sikap
masyarakat Malaysia yang baik dan mempunyai hubungan yang erat antara
kaum mengagumkan mereka. Semangat kejiranan yang mewujudkan sebuah
masyarakat yang harmoni dan aman sejahtera dapat meningkatkan lagi
ekonomi Malaysia dengan kedatangan pelancong. Oleh itu, semangat
kejiranan bukan sahaja bertumpu kepada sesebuah masyarakat tetapi
ianya juga mendatangkan kebaikan kepada negara.

Secara kesimpulannya, terdapat banyak kepentingan yang


diperoleh daripada semangat kejiranan. Semangat kejiranan amat penting
dalam melahirkan masyarakat harmoni, suasana yang aman dan perpaduan
yang teguh. Kepentingan semangat kejiranan membawa kebaikan kepada
diri masyarakat dan negara. Masyarakat yang maju dalam semua aspek
seperti rohani, intelektual dan adab dapat menjadikan Malaysia sebagai
sebuah negara yang maju. Untuk mencapai Wawasan 2020, kerjasama semua
pihak amat digalakkan supaya dapat merealisasikan perkara ini.
Semangat kejiranan yang rapuh tidak menjamin keamanan negara dan
memerlukan kesepakatan rakyat Malaysia seperti Jiran Sepakat
Membawa Berkat. Oleh itu, semangat kejiranan amat penting dalam
kehidupan bermasyarakat.

Anda mungkin juga menyukai