Anda di halaman 1dari 7

SOALAN 1: DIMENSI DIRI Pengorbanan guru amat berharga dalam kehidupan seseorang pelajar.

Jelaskan cara-cara anda menghargai jasa guru.


Tugasan Tema Isu Kata kunci Isi : : : : : Cara-cara saya menghargai jasa guru guru pengorbanan guru amat berharga dalam kehidupan seseorang pelajar cara-cara 1. berbudi bahasa serta beradab sopan 2. berdisiplin dan mematuhi peraturan sekolah 3. prihatin dan sayang kepada guru 4. memziarahi guru 5. mendoakan kesejahteraan guru

Panduan: 1. Pastikan perenggan pendahuluan LEBIH PENDEK daripada mana-mana perenggan isi. Pastikan perenggan isi ditulis secara seimbang dan mengandungi ayat topik, ayat huraian, ayat contoh, dan ayat penegas. Pastikan calon menulis sekurang-kurang 5 perenggan isi (lebih daripada 100 patah perkataan dalam setiap isi) sebagai prasyarat untuk mendapat cemerlang. Tatkala menulis ayat topik, pastikan calon merujuk kepada kata kunci soalan dalam memaparkan isi. Contohnya, Jelaskan cara-cara anda menghargai jasa guru (Kata kunci soalan ialah cara anda. Tukarkan kepada cara saya) Isi 1 : berbudi bahasa serta beradab sopan

2.

3.

4.

Ayat topik: Cara saya menghargai jasa guru ialah saya akan mengamalkan budi bahasa dan adab sopan apabila berinteraksi dengan mereka.

PENDAHULUAN Guru ialah insan mulia yang mengajar dan mendidik kita tanpa mengira masa , tenaga serta wang ringgit. Mereka ibarat lilin yang membakar diri demi memberikan didikan terbaik kepada pelajar. Tanpa usaha dan pengorbanan guru tidak mungkin pelajar mencapai kejayaan yang cemerlang. Apa yang pasti, pengorbanan guru amat berharga dalam kehidupan seseorang pelajar. Lantaran itu, sewajarnya kita menghargai guru jasa dan pengorbanan para guru. Persoalannya, bagaimanakah cara untuk saya menghargai jasa guru?

Senarai Semak Tema Isu Justifikasi Tugasan

ISI PERTAMA Pada pandangan saya, cara untuk saya menghargai jasa guru ialah saya akan mengamalkan budi bahasa dan adab sopan apabila berinteraksi dengan mereka. Hal ini bermaksud, saya akan menjaga tutur kata dan adab ketika berhadapan dengan guru. Saya juga akan sentiasa bermuka manis sambil mengucapkan selamat sejahtera atau memberi salam ketika berhadapan atau berselisih dengan guru tanpa mengira keadaan. Semasa di dalam kelas, saya tidak akan sesekali membuat bising sehingga mengganggu guru menjalankan tugasnya. Saya mesti memberi tumpuan dan perhatian sepenuhnya semasa pengajaran guru dan sentiasa mengambil peluang bertanya dan berbincang tentang pelajaran. Sebagai contoh, ketika mengadakan sesi perbincangan di kelas, saya perlu menjaga tata susila, tidak meninggikan suara dan memandang guru serta rakan dengan mesra. Bukankah guru merupakan lubuk akal lautan ilmu? Tegasnya, berbudi bahasa serta beradab sopan merupakan cara yang terpuji bagi menghargai guru yang mengajar serta mendidik kita selama ini.

Senarai Semak Ayat Topik Ayat Huraian Ayat Contoh Ayat Penegas

ISI KEDUA Selain itu, berdisiplin dan mematuhi peraturan sekolah juga cara saya menghargai jasa guru. Hal ini dikatakan demikian kerana melalui disiplin yang tinggi serta sentiasa akur dengan peraturan sekolah dapat memastikan para guru tiada masalah dan kekangan semasa menjalankan tugas mereka. Lagipun, disiplin yang tinggi juga membolehkan guru-guru menumpukan perhatian yang sepenuhnya kepada pengajaran tanpa banyak membazirkan masa menguruskan kerenah pelajar. Sebaliknya jika saya tidak berdisiplin, saya bukan sahaja akan menyusahkan para guru malahan akan mengganggu konsentrasi rakan sebaya yang lain di dalam kelas. Misalnya, saya akan sentiasa datang awal ke sekolah, sentiasa menepati masa, tidak terlibat dalam gangsterisme, vandalisme mahupun ponteng sekolah. Jelaslah, salah satu cara yang boleh dilakukan untuk menunjukkan perasaan hormat kepada guru adalah dengan disiplin yang tinggi dan sentiasa mematuhi peraturan sekolah kerana hal ini mencerminkan penghormatan seseorang pelajar terhadap guru mereka.

Senarai Semak Ayat Topik Ayat Huraian Ayat Contoh Ayat Penegas

ISI KETIGA Usaha saya untuk menghargai jasa guru yang berikutnya ialah saya akan sentiasa prihatin dan menunjukkan kasih sayang terhadap guru. Saya berpendapat demikian kerana amalan mengingati dan menghargai jasa guru adalah amalan yang mulia. Tambahan pula para guru akan merasakan bahawa jasa mereka dihargai walaupun mereka tidak berkhidmat sebagai seorang tenaga pengajar lagi. Sebagai tamsilan, saya boleh menghargai jasa guru dengan meraikan sambutan Hari Guru pada setiap tanggal 16 Mei. Pada hari ini juga, saya boleh memberikan hadiah kepada guru yang mengajar saya sebagai tanda penghargaan atas segala usaha dan titik peluh yang dicurahkan. Hadiah yang diberikan tidak semestinya berpaksi kepada wang ringgit semata-mata tetapi mestilah disertakan dengan hati yang tulus lagi ikhlas. Jika tidak mampu memberi hadiah, ucapan selamat hari guru sudah cukup bermakna buat para guru. Saya optimis, sikap sentiasa prihatin dan menunjukkan kasih sayang terhadap guru merupakan salah satu usaha saya untuk menghargai jasa guru.

Senarai Semak Ayat Topik Ayat Huraian Ayat Contoh Ayat Penegas

ISI KEEMPAT Menziarahi guru ketika mereka mengalami kesusahan dan sakit juga cara saya menghargai jasa para guru. Hal ini bermaksud, sebagai manusia tentunya para guru menghadapi pelbagai masalah dalam kehidupan. Misalnya, guru mungkin ditimpa kemalangan, bencana, menghidapi penyakit dan sebagainya. Sebagai murid, saya perlu menziarahi mereka jika mereka menghadapi situasi tersebut sebagai tanda melahirkan rasa simpati ibarat cubit peha kanan peha kiri terasa sakitnya. Ketika menziarahi mereka sakit, saya akan membawa buah tangan sebagai tanda saya bersimpati terhadap mereka. Jika mereka mengalami kemalangan atau bencana alam, saya perlu mengutip derma bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mereka. Tugas ini memang sukar dilaksanakan secara bersendirian dan saya akan berusaha untuk mendapatkan sokongan dan bantuan daripada kawan-kawan yang lain Jelaslah bahawa frasa guru, jasamu dikenang, budimu disanjung bukanlah sekadar omongan kos ong kerana pengorbanan guru mestilah sentiasa dikenang oleh kita sebagai pelajar.

Senarai Semak Ayat Topik Ayat Huraian Ayat Contoh Ayat Penegas

ISI KELIMA Seterusnya, saya juga boleh menghargai jasa guru dengan mendoakan kesejahteraan guru yang telah mengajar dan mendidik saya. Hal ini dikatakan demikian kerana mendoakan kesejahteraan guru sama ada semasa hayatnya atau sesudah mereka kembali ke rahmatullah membuktikan kita sentiasa mengenang jasa mereka. Sebagai tamsilan, saya akan selalu mendoakan mereka agar sentiasa sihat sejahtera dan dielakkan daripada segala bahaya. Hal ini kerana jika guru sihat sudah tentu mereka akan dapat menjalankan tugas mendidik kita dengan sempurna. Bagi mereka yang telah meninggal dunia, saya akan mendoakan agar dosa-dosa mereka diampunkan agar mereka sejahtera di alam barzakh. Sesungguhnya harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama dan sudah tentu jasa serta pengorbanan guru akan terus dikenang sepanjang masa. Jelaslah mendoakan kesejahteraan guru untuk kehidupan mereka di dunia ataupun di akhirat merupakan tindakan mulia yang perlu saya ambil sebagai wahana untuk menzahirkan penghargaan saya atas jasa dan pengorbanan guru.

Senarai Semak Ayat Topik Ayat Huraian Ayat Contoh Ayat Penegas

KESIMPULAN Kesimpulannya, setiap insan yang bergelar pelajar mestilah sentiasa menghargai jasa dan pengorbanan para guru agar segala ilmu yang kita timba daripada mereka akan diberkati. Tanpa guru siapalah kita kerana gurulah yang mengajar kita mengenali erti kehidupan. Justeru, marilah kita bersama-sama menghargai jasa mereka selagi hayat dikandung badan. Renungilah bait puisi di bawah ini.. Guru, kau ibarat dian yang membakar diri melahirkan insan yang lestari tanpa mengira waktu dan hari segala ilmu dicurah dan diberi kerana kau sedar tanggungjawab yang diberi tanpamu negara tak mungkin teguh berdiri.

Senarai Semak Saranan Harapan Seruan

KARANGAN LENGKAP: Guru ialah insan mulia yang mengajar dan mendidik kita tanpa mengira masa , tenaga serta wang ringgit. Mereka ibarat lilin yang membakar diri demi memberikan didikan terbaik kepada pelajar. Tanpa usaha dan pengorbanan guru tidak mungkin pelajar mencapai kejayaan yang cemerlang. Apa yang pasti, pengorbanan guru amat berharga dalam kehidupan seseorang pelajar. Lantaran itu, sewajarnya kita menghargai guru jasa dan pengorbanan para guru. Persoalannya, bagaimanakah cara untuk saya menghargai jasa guru? Pada pandangan saya, cara untuk saya menghargai jasa guru ialah saya akan mengamalkan budi bahasa dan adab sopan apabila berinteraksi dengan mereka. Hal ini bermaksud, saya akan menjaga tutur kata dan adab ketika berhadapan dengan guru. Saya juga akan sentiasa bermuka manis sambil mengucapkan selamat sejahtera atau memberi salam ketika berhadapan atau berselisih dengan guru tanpa mengira keadaan. Semasa di dalam kelas, saya tidak akan sesekali membuat bising sehingga mengganggu guru menjalankan tugasnya. Saya mesti memberi tumpuan dan perhatian sepenuhnya semasa pengajaran guru dan sentiasa mengambil peluang bertanya dan berbincang tentang pelajaran. Sebagai contoh, ketika mengadakan sesi perbincangan di kelas, saya perlu menjaga tata susila, tidak meninggikan suara dan memandang guru serta rakan dengan mesra. Bukankah guru merupakan lubuk akal lautan ilmu? Tegasnya, berbudi bahasa serta beradab sopan merupakan cara yang terpuji bagi menghargai guru yang mengajar serta mendidik kita selama ini.

Selain itu, berdisiplin dan mematuhi peraturan sekolah juga cara saya menghargai jasa guru. Hal ini dikatakan demikian kerana melalui disiplin yang tinggi serta sentiasa akur dengan peraturan sekolah dapat memastikan para guru tiada masalah dan kekangan semasa menjalankan tugas mereka. Lagipun, disiplin yang tinggi juga membolehkan guru-guru menumpukan perhatian yang sepenuhnya kepada pengajaran tanpa banyak membazirkan masa menguruskan kerenah pelajar. Sebaliknya jika saya tidak berdisiplin, saya bukan sahaja akan menyusahkan para guru malahan akan mengganggu konsentrasi rakan sebaya yang lain di dalam kelas. Misalnya, saya akan sentiasa datang awal ke sekolah, sentiasa menepati masa, tidak terlibat dalam gangsterisme, vandalisme mahupun ponteng sekolah. Jelaslah, salah satu cara yang boleh dilakukan untuk menunjukkan perasaan hormat kepada guru adalah dengan disiplin yang tinggi dan sentiasa mematuhi peraturan sekolah kerana hal ini mencerminkan penghormatan seseorang pelajar terhadap guru mereka. Usaha saya untuk menghargai jasa guru yang berikutnya ialah saya akan sentiasa prihatin dan menunjukkan kasih sayang terhadap guru. Saya berpendapat demikian kerana amalan mengingati dan menghargai jasa guru adalah amalan yang mulia. Tambahan pula para guru akan merasakan bahawa jasa mereka dihargai walaupun mereka tidak berkhidmat sebagai seorang tenaga pengajar lagi. Sebagai tamsilan, saya boleh menghargai jasa guru dengan meraikan sambutan Hari Guru pada setiap tanggal 16 Mei. Pada hari ini juga, saya boleh memberikan hadiah kepada guru yang mengajar saya sebagai tanda penghargaan atas segala usaha dan titik peluh yang dicurahkan. Hadiah yang diberikan tidak semestinya berpaksi kepada wang ringgit semata-mata tetapi mestilah disertakan dengan hati yang tulus lagi ikhlas. Jika tidak mampu memberi hadiah, ucapan selamat hari guru sudah cukup bermakna buat para guru. Saya optimis, sikap sentiasa prihatin dan menunjukkan kasih sayang terhadap guru merupakan salah satu usaha saya untuk menghargai jasa guru. Menziarahi guru ketika mereka mengalami kesusahan dan sakit juga cara saya menghargai jasa para guru. Hal ini bermaksud, sebagai manusia tentunya para guru menghadapi pelbagai masalah dalam kehidupan. Misalnya, guru mungkin ditimpa kemalangan, bencana, menghidapi penyakit dan sebagainya. Sebagai murid, saya perlu menziarahi mereka jika mereka menghadapi situasi tersebut sebagai tanda melahirkan rasa simpati ibarat cubit peha kanan peha kiri terasa sakitnya. Ketika menziarahi mereka sakit, saya akan membawa buah tangan sebagai tanda saya bersimpati terhadap mereka. Jika mereka mengalami kemalangan atau bencana alam, saya perlu mengutip derma bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mereka. Tugas ini memang sukar dilaksanakan secara bersendirian dan saya akan berusaha untuk mendapatkan sokongan dan bantuan daripada kawan-kawan yang lain Jelaslah bahawa frasa guru, jasamu dikenang, budimu disanjung bukanlah sekadar omongan kosong kerana pengorbanan guru mestilah sentiasa dikenang oleh kita sebagai pelajar.

Seterusnya, saya juga boleh menghargai jasa guru dengan mendoakan kesejahteraan guru yang telah mengajar dan mendidik saya. Hal ini dikatakan demikian kerana mendoakan kesejahteraan guru sama ada semasa hayatnya atau sesudah mereka kembali ke rahmatullah membuktikan kita sentiasa mengenang jasa mereka. Sebagai tamsilan, saya akan selalu mendoakan mereka agar sentiasa sihat sejahtera dan dielakkan daripada segala bahaya. Hal ini kerana jika guru sihat sudah tentu mereka akan dapat menjalankan tugas mendidik kita dengan sempurna. Bagi mereka yang telah meninggal dunia, saya akan mendoakan agar dosa-dosa mereka diampunkan agar mereka sejahtera di alam barzakh. Sesungguhnya harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama dan sudah tentu jasa serta pengorbanan guru akan terus dikenang sepanjang masa. Jelaslah mendoakan kesejahteraan guru untuk kehidupan mereka di dunia ataupun di akhirat merupakan tindakan mulia yang perlu saya ambil sebagai wahana untuk menzahirkan penghargaan saya atas jasa dan pengorbanan guru. Kesimpulannya, setiap insan yang bergelar pelajar mestilah sentiasa menghargai jasa dan pengorbanan para guru agar segala ilmu yang kita timba daripada mereka akan diberkati. Tanpa guru siapalah kita kerana gurulah yang mengajar kita mengenali erti kehidupan. Justeru, marilah kita bersama-sama menghargai jasa mereka selagi hayat dikandung badan. Renungilah bait puisi di bawah ini.. Guru, kau ibarat dian yang membakar diri melahirkan insan yang lestari tanpa mengira waktu dan hari segala ilmu dicurah dan diberi kerana kau sedar tanggungjawab yang diberi tanpamu negara tak mungkin teguh berdiri.

CSL2013

Anda mungkin juga menyukai