Anda di halaman 1dari 4

Kamu telah menyertai satu pertandingan syarahan.

Tajuk yang diberikan ialah “Cara-cara


Membalas Jasa Ibu dan Ayah”. Sediakan teks syarahan kamu selengkapnya.

Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru
penolong kanan, para hakim yang adil lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan sekalian.
Pada pagi ini saya akan menyampaikan syarahan yang bertajuk “Cara-cara Membalas Jasa
Ibu dan Ayah”

Hadirin yang dihormati,

Setiap insan sudah pastinya mempunyai ibu bapa. Sesudah dilahirkan, kita diberikan
kasih sayang, makanan dan tempat tinggal yang selesa. Terdapat pelbagai cara kita
membalas jasa mereka.

Antaranya, kita perlu belajar bersungguh-sungguh. Sebagai contoh, kita mestilah


mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Kesannya, ibu bapa akan
berbesar hati dan gembira atas kejayaan kita.

Selain itu, kita haruslah bersikap ringan tangan. Sebagai contoh, kita boleh
membantu mereka menyapu sampah, mengemas rumah, mencuci pinggan mangkuk dan
sebagainya. Kesannya, kita dapat meringankan beban kerja mereka di rumah.

Di samping itu, kita hendaklah menunjukkan tingkah laku yang mulia. Sebagai
contoh, kita perlu bercakap lemah lembut semasa bertutur dengan ibu dan bapa kita.
Kesannya, mereka akan berasa bangga kerana mempunyai anak yang baik.

Kesimpulannya, kita wajarlah membalas jasa ibu bapa kita kerana mereka menjaga
kita dari kecil hingga kita berjaya. Demikianlah sahaja syarahan saya pada pagi ini.

Sekian, terima kasih.


Kamu telah menyertai satu pertandingan syarahan. Tajuk yang diberikan ialah “Faedah
Aktiviti Gotong-Royong”. Sediakan teks syarahan kamu selengkapnya.

Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru
penolong kanan, para hakim yang adil lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan sekalian.
Pada pagi ini saya akan menyampaikan syarahan yang bertajuk “Faedah Aktiviti Gotong-
Royong”

Hadirin yang dihormati,

Gotong-royong bermaksud melakukan sesuatu kerja secara sukarela. Terdapat


pelbagai faedah aktiviti gotong-royong.

Antaranya, kita dapat mengeratkan hubungan silaturahim. Sebagai contoh, semasa


aktiviti gotong-royong kita dapat berbual-bual dengan jiran tetangga. Kesannya, kita dapat
mengenali jiran dengan lebih rapat.

Selain itu, amalan gotong-royong menyebabkan sesuatu kerja dapat disiapkan


dengan cepat. Sebagai contoh, membersihkan balai raya secara beramai-ramai. Kesannya,
kita dapat menjimatkan masa dan memupuk kerjasama dalam masyarakat.

Di samping itu, kita boleh menyihatkan badan. Sebagai contoh, apabila kita
melakukan aktiviti gotong-royong seperti membersihkan dewan masyarakat, sudah tentu kita
akan mengeluarkan peluh. Kesannya, badan kita akan sentiasa sihat dan dapat
mengelakkan penyakit.

Kesimpulannya, amalan gotong-royong wajar diteruskan sebagai budaya masyarakat


negara ini. Bak kata pepatah “Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.” Demikianlah sahaja
syarahan saya pada pagi ini.

Sekian, terima kasih.


Kamu telah menyertai satu pertandingan syarahan. Tajuk yang diberikan ialah “Punca-
Punca Kemalangan Jalan Raya”. Sediakan teks syarahan kamu selengkapnya.

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Guru Besar, Guru-guru
Penolong Kanan, para hakim yang adil lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan sekalian.
Pada pagi ini saya akan menyampaikan syarahan yang bertajuk “Punca-Punca Kemalangan
Jalan Raya”

Hadirin yang dihormati,

Setiap hari kita mendengar mengenai kemalangan ngeri di media massa dan media
sosial. Terdapat pelbagai punca menyebabkan kemalangan jalan raya berlaku.

Antara punca kemalangan jalan raya ialah kecuaian sikap pemandu. Sebagai
contoh, pemandu tidak mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan seperti memandu
melebihi had laju. Kesannya, perbuatan ini berbahaya kepada diri sendiri dan pemandu lain.

Selain itu, keadaan jalan raya juga merupakan punca kemalangan. Sebagai contoh,
pemandu kenderaan tidak menyelenggara kenderaan mereka dengan baik. Kesannya,
kenderaan tidak dapat dikawal dengan baik dan mudah terbabas ketika memandu.

Di samping itu,kemalangan jalan raya berpunca daripada keadaan jalan raya.


Sebagai contoh, jalan raya berlubang-lubang, berselekoh dan berbukit amat bahaya kepada
pemandu. Kesannya, pemandu sukar untuk mengawal kenderaan mereka dan berisiko
mengalami kemalangan.

Kesimpulannya, sebagai pengguna jalan raya, kita haruslah bekerjasama dengan


pihak yang berkuasa untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Oleh itu, pemandu
wajarlah memandu dengan berhati-hati bagi mengelakkan kemalangan berlaku.
Demikianlah sahaja syarahan saya pada pagi ini.

Sekian, terima kasih.


Kamu menyertai satu pertandingan syarahan antara kelas. Tajuk syarahan kamu ialah“Cara-Cara Memupuk Semangat Kejiranan”. Sediakan
teks syarahan kamu itu selengkapnya.

Maksud Jiran

Jiran ialah orang yang tinggal disekeliling rumah kita.

Saling kunjung-mengunjungi
Cara memupuk
sesama jiran Memupuk kegiatan gotong-royong
semangat
kejiranan

C Menziarahi semasa jiran sakit,


menghadiri rumah terbuka dan C Gotong-royong membersihakan balai raya
sebagainya.
K Kita dapat mengeluarkan peluh dan mengenali
K kita dapat mengeratkan hubungan dan Sentiasa menolong jiran jiran dengan lebih rapat
beramah mesra dengan jiran.

C Menghulurkan bantuan seperti mengangkat


barang

K Kita boleh meringankan beban jiran

Penutup

Kesimpulannya, kita mestilah berbuat baik kepada jiran tetangga. Pupuklah semangat kejiranan agar hubungan
kita dengan jiran aman dan harmoni. Bak kata pepat ‘Jiran Sepakat Membawa Berkat’

Anda mungkin juga menyukai