Anda di halaman 1dari 6

Tajuk Forum : Cinta di Bangku Sekolah.

Pengerusi : Kalau pergi Tanjung Keramat, Anak manis jangan diangkat, Bersama kita memohon rahmat, Moga majlis mendapat berkat. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt, Salam Ukhwah, Salam Kasih Sayang dan Salam 1 Malaysia. Warga dewan sekalian. Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin serta limpah kurnia daripadaNya, dapat kita bertemu dalam gelanggang Forum Remaja bersama saya Fedtri Yahya pada pagi yang berbahagia ini. Hadirin yang dirahmati Allah sekalian, sebelum saya memperkenalkan ahli-ahli panel kita pada hari ini, kita sedia maklum, perkhabaran tentang budaya bercinta di bangku sekolah atau lebih dikenali sebagai cinta monyet yang semakin hangat diperkatakan. Justeru, masalah ini perlu didiskusi dalam skop yang lebih kecil jika ianya ingin diselesaikan. Sesuai dengan tajuk forum kita hari ini : Akhak Impak kepada Akademik: Tanggungjawab siapa? Persoalan inilah kunci utama forum yang ingin kita gunakan sebagai pembuka pintu-pintu kecemerlangan pendidikan akhlak di sekolah khususnya dalam persoalan mengatasi masalah akademik pelajar. Sebelum mengupas tajuk ini dengan lebih mendalam, terlebih dahulu, mari kita berkenalan dengan tiga orang ahli panel kita. Jangan ragu dan jangan risau kerana warga dewan sememangnya tidak asing lagi dengan panel-panel kita pada hari ini. Baiklah di sebelah kanan saya, ahli panel pertama, Ustazah Siti Nor Bahyah Mahmood yang merupakan salah seorang penceramah merangkap ustazah terkemuka di negara kita. Apa khabar ustazah? Panel 1 Pengerusi : : Alhamdulillah sihat Cik Pengerusi. Alhamdulillah. Seterusnya ahli panel kedua, iaitu Tan Sri Alimuddin Mohd Dom iaitu bekas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Dan di hujung sana tampil segak bergaya iaitu Pengetua Sekolah Menengah Teknik Melaka, Encik Zainudin bin Samad. Selamat datang saya ucapkan. Sebagai pembuka bicara perbincangan kita, saya persilakan Panel 1 untuk mengupas secara umum punca-punca pelajar lebih cenderung berkasih-sayang dengan remaja yang lain. Panel 1 : Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt. Penonton yang dihormati sekalian, pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi mengundang saya pada hari ini. Definisi cinta ialah perasaan kasih sayang terhadap seseorang. Seperti yang kita sedia maklum, sebenarnya fenomena bercinta dikalangan pelajar telah lama wujud dan tidak dapat dibendung. Ini

kerana ia merupakan naluri semulajadi setiap insan iaitu ingin menyayangi dan disayangi serta pelajar lebih cenderung untuk bersikap sekadar mencuba-cuba. Tumbesaran fizikal dan emosi remaja hari ini berbeza selain pengaruh persekitaran luas dan mencabar menjadikan mereka lebih cepat dewasa. Pelajar dahulu tidak dapat memperoleh maklumat dengan cepat, sebaliknya hari ini segalanya dihujung jari. Hal ini seterusnya menjadikan mereka lebih matang dan berani untuk menyahut permainan emosi daripada rakan berlawanan jenis. Walaupun telah ditegah bahawa pencapaian akademik akan merosot jika hanyut dibuai perasaan, tetapi ada di antara mereka menggunakan istilah sambil menyelam minum airserta mengatakan bahawa mereka mampu mengagihkan masa. Pengerusi : Terima kasih atas penerangan pendapat panel pertama. Tepat sekali kata pepatah bagai menjaga permata intan ketika dicanai sikap segelintir pelajar dewasa ini. Malah, ada ura-ura membicarakan bahawa golongan dewasa tidak pernah faham serta memahami kehendak darah muda. Bagaimana pula rasa hati Panel 3 kita pada hari ini tentang punca yang menyebabkan remaja yang lebih mengadu air dengan garam berbanding menuntut ilmu. Terima kasih Cik Pengerusi atas soalan yang diajukan. Alhamdulillah saya diberi peluang untuk berkongsi buah pandangan bersama warga dewan pada hari ini. Mengulas mengenai pertikaian isu ketidakfahaman kehendak golongan muda, terutama yang berumur 13-17 tahun, perasaan tidak puas hati pelajar terhadap ibu bapa, guru atau masyarakat tidak dapat dielakkan. Tanggapan pelajar ini ialah mereka dikongkong dan tidak dipercayai selain menganggap emosi bersifat subjektif serta tidak mampu dikawal. Masalahnya, kedua-dua pihak melihat konteks itu dari perspektif berbeza, golongan muda mahukan kebebasan tetapi golongan dewasa beranggapan belum masa yang sesuai. Konflik tercetus jika diselesaikan dan akan melebarkan jurang perbezaan itu. Hal ini sekaligus membuatkan mereka mencari rakan-rakan yang dapat memahami jiwa dan perasaan mereka. Sungguh intelektual pemikiran saudari panel kita yang ketiga ini. Memang tidak dapat disangkal lagi isi yang dikemukakan utuh lagi berisi. Tetapi saya ingin bertanya secara ringkas tentang pendapat ahli panel kita yang ke-2. Jika panel ketiga menyatakan bahawa punca pelajar cenderung bercinta disebabkan ketidakfahaman kehendak dari lapisan yang berbeza-beza, bagaimana pula pendapat anda? Baiklah, setelah mendengar butir bicara dari kedua-dua panel kita ini, saya ingin menyentuh punca pelajar bercinta di bangku sekolah lahir dari keluarga mereka itu sendiri. Iaitu, di mana ibu bapa lebih mementingkan kerjaya dari anak-anak. Malah, disebabkan ketidakprihatinan ibu bapa dalam mendekati dan mendalami emosi anak-anak, menjadikan mereka berpaling tadah untuk berkasih sayang dengan golongan yang berlawanan jenis yang pada pandangan mereka dapat memberikan kebahagiaan. Hakikatnya, kesibukan ibu bapa dalam memberikan yang terbaik untuk anak-anak, memberi impak negatif dalam jiwa anak-anak muda. Antara sedar atau tidak, apabila sering diabaikan, sudah tentu mereka

Panel

Pengerusi

Panel kedua

mencari orang yang mengambil berat, contohnya kekasih. Apabila setiap hari berkongsi masalah, emosi boleh berubah sekaligus melalaikan mereka daripada belajar. Mereka terus alpa. Bagaimana hendak kita mencari pelapis pembangun negara jika seawal ini mereka masih dibuai khayalan? Pengerusi : Begitu bernas sekali jawapan dari panel kedua kita hari ini. Saya bersetuju dengan kata-kata beliau iaitu bagaimana kita hendak mencari waris pembangunan negara jika pelajaran akan terganggu disebabkan terleka dibuai perasaan. Dari apa yang telah kita bincangkan sebentar tadi, dapat saya simpulkan bahawa suasana, budaya, dan gaya hidup mempengaruhi gelora jiwa pelajar. Jadi saya ingin bertanyakan apa pendapat Panel 3 tentang akibat akan berlaku pada masa akan datang? Ramai anak-anak zaman sekarang tidak menyedari atau memikirkan perkara yang bakal berlaku terhadap mereka. Pada pandangan saya, lebih banyak buruk dari baiknya. Saya percaya panel-panel di sini juga berpendapat seperti saya. Antara keburukannya ialah keruntuhan moral pelajar. Seiringan dengan globalisasi dunia, dapat kita lihat bahawa pelajar yang sedang hangat bercinta tidak terlepas dari melakukan perkara-perkara yang melalaikan seperti sering berbalas-balas pesanan ringkas, berdua-duaan, berpegangan tangan dan perkara yang tidak manis untuk dilihat. Waima sedar atau tidak, hal ini sedikit demi sedikit akan menjerumus kepada keruntuhan akhlak yang lebih genting seperti salah laku seks, pembuangan bayi dan sebagainya. Ini menunjukkan mereka tidak cukup matang untuk mengawal perasaan dan batasan. Lebih-lebih lagi pada usia setahun jagung. Terima kasih. Jadi apakah pula pendapat ahli Panel 1 tentang kesan melalui bercinta ini disamping keruntuhan moral yang telah dikupaskan oleh Panel 3 sebentar tadi? Tuar di hulu tuar di hutan, Tuar di kuala tidak mengena, Sesal dahulu pendapatan, Sesal kemudian tidak berguna. Memang benar apa yang diperkatakan oleh Panel 3 sebentar tadi. Masa depan mereka juga akan turut terjejas jika perkara ini tidak dikawal. Oleh itu, saya ingin menyentuh tentang pelajaran pelajar. Kebanyakannya pelajar yang sedang bercinta mendapat markah yang kurang memuaskan atau prestasi mereka dalam pembelajaran menurun. Lebih parah lagi apabila ada segelintir pasangan remaja yang tidak dapat menerima hubungan yang terputus ditengah jalan. Hal ini demikian kerana mereka lebih banyak termenung, berkhayal dan tidak dapat menumpukan perhatian dalam kelas. Terdapat juga segelintir pelajar yang sanggup mengenepikan keluarga dan mengabaikan persekolahan kerana taksub dengan emosi. Ini juga boleh merenggangkan hubungan kekeluargaan. Saya tahu semua ini bergantung kepada seseorang. Jika dia boleh mengawal

Pusingan 2* Panel 3

Pengerusi

Panel 1 :

perasaan, maka bolehlah. Namun, jika dia tidak mampu mengawal perasaannya, maka elakkanlah. Walaupun begitu, kita perlulah mengejar cahaya kejayaan dahulu kemudian barulah percintaan. Pengerusi : Saya tertarik untuk mengulangi ayat Panel 1 kita iaitu kejar cahaya kejayaan dahulu barulah percintaan . Sesungguhnya, percintaan tidak menjamin seratus peratus masa hadapan andainya kita kecundang di tengah jalan. Tanpa melengahkan masa, saya persilakan Panel ke-2 untuk bersuara. Dipersilakan. Pada pendapat saya, para guru mahupun keluarga sukar untuk menjangka kehendak sebenar remaja dewasa ini, meskipun mereka sudah puas memberi nasihat. Sikap ini jelas melihatkan bahawa wujudnya kelompok remaja ibarat mencurahkan air ke daun keladi. Tidak dinafikan bahawa guru terutama kaunselor berada dalam dilema antara memikul tanggungjawab dan memahami kehendak pelajar. Sekiranya masalah ini tidak dapat ditangani atau dibendung maka proses pengajaran dan pembelajaran pasti terganggu. Bukan guru sahaja yang menghadapi masalah untuk mengajar dengan sempurna malahan murid lain yang bersemangat untuk belajar juga terganggu dek tekanan yang dihadapi guru. Terima kasih kepada Panel 2. Baiklah, seperti yang telah kita bincangkan tadi, jadi saya ingin bertanyakan bagaimana dan apakah tindakan yang seharusnya kita lakukan bagi mengatasi masalah bercinta dikalangan pelajar yang semakin popular ini? Saya mulakan dulu dengan panel 1. Baiklah, saya ingin menyentuh tentang peranan ibu bapa. Sudah terang lagi bersuluh, bercinta di bangku sekolah lebih banyak buruk dari baiknya. Sudah tentu, hal ini amat membimbangkan dan perlu mengambil tindakan yang segera. Antara langkah yang paling asas sekali ialah didikan agama daripada ibu bapa. Agama merupakan benteng yang paling ampuh. Pepatah meluntur buluh biarlah dari rebungnya perlu dijadikan sandaran yang paling baik. Didikan agama yang kukuh boleh dijadikan pedoman malah mereka tahu buruk baiknya sesuatu perkara dalam batas-batas kehidupan serta mereka sedar tanggungjawab mereka sebagai pelajar adalah untuk belajar dan bukanlah bercinta. Dapat disimpulkan di sini bahawa didikan awal kepada anak-anak amat mustahak dalam kita merencanakan masa depan hidup. Falsafah mengatakan bahawa anak-anak itu umpama kain putih, ibu bapalah yang mencorakkan warnanya. Seterusnya, kita tanyakan pula jawapan dari Panel kedua dalam menangani masalah ini. Saya ingin menyentuh tentang peranan orang sekeliling seperti guru-guru dan ahli masyarakat. Sebagai golongan pendidik, mereka hendaklah sentiasa mengawasi pergerakan pelajar suapaya tidak berlakunya perkara-perkara yang negative berkaitan lawanan jantina. Perhatian serta sikap prihatin perlulah lebih ditonjolkan maklumlah perkembangan langit terbuka, pelbagai elemen negative masuk ke Negara kita lantas meracuni minda pelajar. Sementalahan, hendaklah diterapkan ke dalam diri pelajar menjunjung nilai-nilai ketimuran. . Remaja hari

Panel 2

Pusingan 3* Pengerusi

Panel pertama :

Pengerusi

Panel kedua

ini perlu sedar bahawa mereka perlu berpaksi kepada landasan pencarian ilmu. Oleh itu, langkah-langkah pencegahan perlu dilakukan dengan tegas lagi segera bak kata pepatah jika ingin melihat keadaan negara di masa hadapan, lihatlah pada generasi muda pada masa kini. Sudah tentu mereka merupakan asset negara yang penting dan dibahu merekalah terletaknya tampuk pemerintahan negara pada masa akan datang Pengerusi : Terima kasih kepada panel kedua kita dengan memberikan jawapan yang bernas lagi padat. Jadi panel ketiga, sebelum kita mengakhiri forum pada hari ini, apakah langkah yang boleh diambil bagi membendung masalah pelajar bercinta di bangku sekolah. Dipersilakan. Terima kasih. Menurut perspektif saya, rakan-rakan pelajar memainkan peranan penting dalam hal ini. Contohnya, pengaruh rakan-rakan sebaya sangat besar ketika usia remaja. Sesuatu yang menarik sering kali menjadi ikutan. Apabila melihat semua kawan mempunyai kekasih, keinginan untuk merasai perasaan itu pasti terdetik. Malahan sebarang perbuatan lain yang dilakukan oleh kawan-kawan, seringkali diikuti. Oleh itu, bagi mengelakkan dipengaruhi oleh unsur-unsur negatif dalam percintaan hendaklah mereka bijak mendampingi dan memilih kawan-kawan. Sahabat itu merupakan cermin keperibadian. Jika pandai memilih rakan, terselamatlah daripada perkaraperkara yang melalaikan diri. Memang tidak dapat disangkal lagi, rakan-rakan merupakan pengaruh yang paling utuh dalam membentuk keperibadian remaja yang berdarah muda.. Terima kasih saya ucapkan kepada ketiga-tiga ahli panel kita kerana sudi hadir dan sudi menyuarakan pendapat masing-masing. Moga apa yang kita dapat hari ini tidak sekadar masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Nampaknya masa amat mencemburui kita, Kesimpulannya, jika mereka terus-terusan dalam anganan cinta indah manusia, mereka tidak akan kemana. Sebelum kita menuding jari kepada mana-mana pihak, elok kita renung-renungkan sejenak.... Lautan Itu Dunia, Bahtera Itu Kita, Kemudi Itu Agama, Peliharalah Bahtera Daripada Karam Di Lautan Dunia Sebelum mengakhiri bicara forum kita pada hari ini, terimalah serangkap pantun yang berbunyi: Tuailah padi antara masak, Esok jangan layu-layuan; Intailah kami antara nampak, Esok jangan rindu-rinduan. Sekian sahaja untuk hari ini, terkasar bahasa, tersilap bicara, mohon dimaafkan. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Yang Maha Pencipta, dan yang

Panel ketiga

Pengerusi

kurang elok itu datangnya daripada kekhilafan diri kami sendiri. Wallahualam Saya akhiri forum remaja kita pada pagi ini dengan lafaz yang mulia. Wabillah hitaufiq Walhidayah Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai