Anda di halaman 1dari 31

SINOPSIS UMUM

Novel Jalan ke Puncak karya Juri Durabi mengisahkan seorang pemuda


bernama Laiman. Laiman berbangsa Sungai dan berasal dari Kampung Kusilad,
Sabah. Setelah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM), dia menyambung pengajian matrikulasi selama dua
tahun. Seterusnya, Laiman menyambung pengajiannya di peringkat ijazah di
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam bidang kejuruteraan. Namun begitu,
kesempitan wang yang dialami oleh keluarganya menyebabkan dia terpaksa
memohon bantuan biasiswa.

Sebelum Laiman menamatkan pengajiannya di UKM, dia telah menjalani


latihan industri di sebuah syarikat pengeluar minyak terkenal di Miri, Sarawak
dan diletakkan dibawah pengawasan Shukri. Laiman sangat disenangi oleh para
pekerja bawahannya kerana sikapnya yang ringan tulang dan sudi mendengar
pandangan mereka. Sewaktu Laiman berada di Kuching kerana ingin berjumpa
dengan rakan sekuliahnya di sana, sebuah tangki minyak yang bernombor 12 telah
mengalami kebakaran. Hal itu menyebabkan Laiman dipanggil oleh pengurusnya.
Selepas siasatan dilakukan, Laiman terbukti tidak bersalah. Kejadian itu telah
dirancang oleh Muluk yang cemburu melihat hubungan mesra antara Laiman
dengan Soniah kerana Muluk sudah lama menaruh hati terhadap Soniah. Muluk
akhirnya diberkas oleh pihak polis dan kesnya juga sudah dihadapkan di
mahkamah. Setelah tamat pengajian, Laiman pulang ke kampung dan
mengusahakan kebun tembikai di atas tanah miliknya yang seluas lima hektar.
Pada masa yang sama, Laiman mendapat tawaran kerja di jabatan kerajaan,
namun dia menolak tawaran tersebut. Tindakan Laiman itu ditentang oleh
ayahnya, Pak Kiassim. Laiman turut mendapat kata cacian hinaan daripada orang
orang kampungnya. Namun begitu, Laiman mempunyai alasannya yang tersendiri
atas tindakannya itu.

Laiman dan sepupunya, Milan mengusahakan projek tanaman tembikai itu


secara bekerjasama sehingga mereka berjaya memasarkan hasilnya di Kota
Kinabalu. Seterusnya, Laiman ingin mengusahakan projek ternakan ikan air tawar,
projek ternakan udang harimau, dan projek ternakan lebah madu di kampungnya.
Hasratnya itu mendapat sokongan dan pertolongan daripada ayahnya. Pak Kiassim
membantu Laiman untuk memujuk Pak Sahok supaya projek ternakan ikan dan
udang dapat dilaksanakan. Kejayaan demi kejayaan berjaya digapai oleh Laiman.
Hasratnya untuk membuka mata orang-orang kampung bahawa bekerja sendiri
juga mampu untuk memperoleh hasil yang lumayan tanpa terlalu bergantung
kepada pihak kerajaan semata-mata telah tercapai. Jabatan Pertanian juga
sering melawat ke tapak projek yang diusahakan oleh Laiman dan bersedia untuk
menghulurkan bantuan serta sokongan kepada Laiman sekiranya dia ingin
memperbesar projek ternakannya itu.

Pada masa yang sama, Laiman terkenang akan Soniah. Dia mendapat tahu
bahawa Soniah bakal berhijrah ke Kota Kinabalu untuk menguruskan syarikat
milik bapa saudaranya. Laiman ingin meluahkan rasa cintanya terhadap Soniah
apabila Soniah berada di Kota Kinabalu. Laiman dan Milan juga telah mendapat
surat daripada jabatan pertanian. Jabatan pertanian akan menjadikan projek
ternakan mereka sebagai contoh di daerah itu. Di samping itu, jabatan pertanian
juga akan membantu mereka bagi memperbesar projek itu supaya menjadi projek
yang terbesar di Sabah. Laiman dan Milan melahirkan rasa syukur dan puas
kerana penat lelah mereka selama ini telah terbayar dan berbaloi.

SINOPSIS SETIAP BAB

BAB 1 - BAGAIKAN MIMPI

Laiman berasa seperti tidak percaya bahawa dirinya kini berada di negeri
Sarawak Bumi Kenyalang, sebagai seorang mahasiswa tahun tiga dalam jurusan
kejuruteraan. Laiman yang sedang menjalani latihan industri di sebuah syarikat
pengeluar minyak terkenal di Miri, Sarawak sangat disenangi oleh pekerja -
pekerja bawahannya.

Laiman melihat jam di tangannya sudah menunjukkan pukul 12.30 tengah hari.
Sukri mengajak Laiman makan di luar. ketika dalam perjalanan, Sukri
bertanyakan Laiman tentang perancangannya setelah tamat latihan selama enam
bulan di syarikat itu. Laiman memberitahu Sukri bahawa dia mahu berehat buat
sementara waktu. sekiranya pihak syarikat menawarkan pekerjaan tetap
kepadanya, Laiman akan mempertimbangkannya terlebih dahulu sebelum
menerimanya.

Sukri agak terperanjat dengan prinsip yang dipegang oleh Laiman itu. pada
zaman ini, bukan mudah untuk memperoleh pekerjaan. Laiman teringat akan rakan
seuniversitinya yang bernama Chow Chin dan seorang pekerja bengkel baik pulih
kereta. kedua - duanya insan ini tidak terlalu bergantung kepada kerajaan
semata - mata untuk berjaya dalam kerjaya masing - masing.

BAB 2 - SESAL

Setelah habis waktu pejabat, Laiman bersiar-siar di Pekan Lutong. dia ingin
menenangkan diri setelah berjaya menghantar tugasan kepada pengurus
syarikatnya. Soniah menegur Laiman apabila mereka terserempak di pekan
tersebut. Laiman bertanya tentang pelan yang perlu Soniah siapkan. Soniah
memberitahu Laiman bahawa dia sudah menyiapkan pelan tersebut, tetapi Laiman
yang tidak datang untuk mengambil pelan itu di pejabat. menurut Laiman, dia
agak sibuk di loji penapis minyak. Soniah menyangka bahawa urusan di loji penapis
minyak sudah berjaya disiapkan oleh Muluk tiga hari lalu. Namun begitu,
Sangkaannya ternyata meleset. Laiman tidak berharap sepenuhnya kepada
pekerja kontrak kerana dialah yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap
keselamatan di loji tersebut.

Laiman mengajak Soniah ke sebuah restoran di pekan itu. Semasa mereka


berada di restoran tersebut, Soniah bertanya tentang Muluk kepada Laiman.
Menurut Laiman, sudah tiga hari dia tidak melihat kelibat pemuda aneh itu di
pejabat. Laiman juga berasa agak terkejut dengan pertanyaan Soniah tentang
Muluk. Laiman mengesyaki ada sesuatu yang disembunyikan oleh Soniah daripada
pengetahuannya.

BAB 3 - MUSIBAH

Pak Kassan memberitahu Sukri bahawa suatu kejadian kebakaran di loji telah
berlaku. Tangki minyak yang bernombor 12 telah terbakar. Sukri berkejar ke
tempat kejadian. Tiba- tiba, Sukri teringat akan tangki yang terbakar itu
merupakan tangki yang telah dibaiki oleh Laiman pada dua minggu lepas. Sukri
percaya bahawa Laiman tidak mungkin melakukan sesuatu yang buruk kepada
pihak syarikatnya. Tambahan pula, ketika kejadian kebakaran itu berlaku Laiman
berada di Kuching. Anggota bomba mengambil masa selama tiga jam untuk
memadamkan kebakaran itu. Sukri tidak dapat melelapkan mata setelah pulang
dari tempat kejadian. Isteri Sukri,Misah berasa pelik akan perubahan kelakuan
suaminya pada hari itu. Sukri tidak bercakap dan hanya duduk di ruang tamu.
Sukri memikirkan tentang nasib yang bakal dialami oleh Laiman nanti. Sukri
menyimpulkan kejadian yang telah berlaku itu mungkin kerana ada pihak yang
berniat jahat kepada Laiman dan ingin menjatuhkannya.

BAB 4 - HASRAT

Soniah mengatakan bahawa perancangannya untuk menyambung pengajian di


universiti telah dihimpit oleh masalah kewangan keluarganya. Laiman menasihati
Soniah agar bersabar dan terus berusaha seperti dirinya sewaktu mendapat
tawaran pengajian di universiti dahulu. Laiman terkejut apabila mengetahui
Soniah bakal menyambung pengajian dalam bidang kejuruteraan, iaitu bidang
yang sama dengannya. Laiman menerangkan bahawa bidang yang dipilih oleh
Soniah itu sungguh mencabar dan mempunyai risiko yang besar.

Selepas makan, mereka beredar dan melewati deretan kedai di Miri yang turut
dikenal sebagai bandar minyak di Malaysia. Mereka berbual-bual tentang tangki
minyak yang terbakar itu. Sejumlah kerugian terpaksa ditanggung oleh syarikat.
Mujurlah tiada kes kehilangan nyawa semasa kejadian tersebut.

Laiman menyedari ada sepasang mata sedang memerhatikan dirinya dan Soniah
dengan pandangan yang tajam sekali. Soniah juga menyedari dirinya diperhatikan
oleh Muluk.

BAB 5 - PULANG

Laiman berubah setelah tamat pengajiannya di universiti dan pulang ke kampung


halaman.

BAB 6 - TENTANGAN

Laiman bersandar di bawah pokok nangka sambil merenung kebun tembikai


miliknya yang seluas lima hektar itu. Sudah dua bulan Laiman mengusahakan
kebun tembikainya itu. Ayah Laiman dan orang-orang kampung sering bercakap-
cakap tentang Laiman yang hanya mengusahakan tanah di kampung walaupun
sudah memiliki segulung ijazah. Namun begitu, Laiman tidak mempedulikan kata-
kata orang terhadapnya. Laiman mempunyai prinsipnya sendiri. Dia ingin hidup
berdikari tanpa mengharapkan makan gaji semata-mata.

Laiman sering mengimbas kembali kenangannya sewaktu dia menjalani latihan


industri di Sarawak. Terbukti bahawa Muluklah yang merancang kebakaran di loji
milik syarikat minyak itu. Muluk sebenarnya cemburu melihat kemesraan Laiman
dengan Soniah. Akhirnya, Muluk diberkas oleh pihak polis dan dihadapkan ke
mahkamah atas kesalahannya itu.

Lamunannya terhenti apabila terdengar panggilan sepupunya, Milan. Milan


memberitahu Laiman bahawa pegawai pertanian ingin berjumpa dengannya untuk
menawarkan jawatan di jabatan kerajaan. Laiman mengatakan bahawa dia belum
bersedia untuk menerima jawatan itu. Laiman menukar topik perbualannya dengan
Milan. Dia ingin berbincang dengan sepupunya itu berkenaan rancangannya untuk
membuka projek ternakan lebah madu dan ternakan ikan air tawar di atas tanah
paya yang terletak bersebelahan dengan tanah sawah milik Pak Sahok.

BAB 7 - RESAH

Pak Kiassim memarahi Laiman kerana anaknya itu telah menolak tawaran kerja
daripada jabatan kerajaan. Pak Kiassim mengungkit pengorbanan nenek dan
abangnya yang sanggup membiayai kos pengajian Laiman di universiti. Laiman
hanya mendiamkan diri apabila mendengar rungutan daripada ayahnya itu.

Laiman menuju ke rumah Milan untuk meredakan tekanan yang dialaminya pada
malam itu. Dia berasa tertekan apabila ayahnya sering meleterinya. Laiman
mempunyai cita-cita yang besar dan dia mahu suatu hari nanti, anak-anak muada
di kampungnya itu akan mencontohi sikapnya.

Seterusnya, Laiman memberitahu Milan bahawa dia akan ke Kota Kinabalu


untuk berjumpa dengan rakannya di sana. Rakannya itu merupakan seorang
pemborong dan Laiman berhajat untuk menjual hasil tembikainya itu kepada
rakannya itu.

BAB 8 - TEKAD

Milan memberitahu Laiman rancangan mereka bakal terhalang kerana Pak


Sahok tidak bersetuju dengan hasrat Laiman untuk mengusahakan projek
ternakan ikan air tawar di sebelah tanah sawah miliknya. Walau bagaimanapun,
Laiman tidak berputus asa dan akan terus berbincang dengan Pak Sahok untuk
mengusahakan projek yang telah dirancangnya itu.

Laiman bersyukur kerana Milan merupakan seorang yang boleh diharapkan


kerana Milan mampu menjaga dan membersihkan kebun tembikai yang seluas lima
hektar itu sepanjang Laiman berada di Kota Kinabalu. Di samping itu, Laiman dan
Milan juga bakal menceburkan diri dalam projek ternakan lebah madu. Sebelum
itu, mereka mendapatkan nasihat daripada pejabat haiwan tentang kesesuaian
lokasi yang bakal diusahakan oleh mereka nanti. Laiman juga bercadang untuk
mengupah beberapa orang budak yang sudah tidak bersekolah untuk bekerja di
bawah pengawasan mereka.

BAB 9 - PUJUK

Laiman berasa panik apabila Pak Sahok berkeras tidak membenarkan dia
mengusahakan projek ternakan ikan air tawar di sebelah tanah sawah milik Pak
Sahok. Namun begitu, Laiman tidak berputus asa, malah dia akan terus berusaha
untuk memujuk Pak Sahok.

Setalah pulang dari surau pada malam itu, Pak Kiassim bertanya tentang
perkembangan projek tanaman buah tembikai yang sedang diusahakan oleh
Laiman dan Milan. Orang-orang kampung mula membuka mata terhadap projek
yang diusahakan oleh Laiman. Mereka saling memuji akan kebolehan dan
kecekapan Laiman mengusahakan projek tanamannya itu.

Pak Kiassim turut berasa bangga terhadap pujian yang dilemparkan oleh orang-
orang kampung terhadap anaknya itu. Pak Kiassim telah menawarkan bantuan
kepada Laiman untuk pergi berbincang dengan Pak Sahok bagi memastikan projek
ternakan ikan air tawar itu berjaya. Laiman terharu oleh sokongan daripada
ayahnya sendiri.

BAB 10 - HARAPAN

Akhirnya, Pak Sahok telah memberikan persetujuan kepada Laiman untuk


mengusahakan projek ternakan ikan air tawar dan ternakan udang harimau di
tanah paya yang terletak bersebelah dengan tanah sawah miliknya.

Laiman mendapat pujian daripada pegawai jabatan pertanian kerana berjaya


dalam bidang yang diceburi dan tidak mengharapkan kerja di jabatan kerajaan.
Beberapa bulan belakangan ini, Laiman, Milan, dan para pekerjanya sibuk dengan
kerja membersihkan kolam yang telah dikorek. Laiman telah bersetuju untuk
membahagikan tapak itu kepada dua bahagian. Satu bahagian untuk projek
ternakan ikan air tawar, manakala satu bahagian lagi untuk projek ternakan
udang harimau. Laiman juga telah menghantar dua orang daripada pekerjanya,
iaitu Kedek dan Muali untuk menghadiri kursus sebagai persediaan sebelum
menjalankan projek ternakan tersebut. Laiman telah menyerahkan projek
tanaman tembikai kepada Pak Kiassim untuk diuruskan. Abang kepada Laiman
yang bekerja di KPD Kota Marudu yang ingin mengikut jejak langkah Laiman
untuk berbudi kepada tanah. Laiman berasa bangga dengan perkembangan yang
baru disampaikan oleh abangnya.

BAB 11 - GALAU

Sekembalinya Kedek dan Muali daripada kursus, mereka tidak mahu


bekerjasama dengan Laiman dan Milan lagi. Puas Milan memujuk mereka agar
terus bersama mengusahakan projek yang telah direncanakan itu, tetapi gagal.
Kedek dan Muali ingin mengusahakan projek mereka sendiri.

Hal ini berbeza dengan Laiman, dia bersikap terbuka dan tidak menghalang
kehendak Kedek dan Muali itu. Pada pendapat Laiman mereka boleh menghantar
pekerja yang lain bagi mengikuti kursus tersebut. Laiman menasihati Milan agar
tidak berputus asa dan menerima keputusan dua orang pekerjanya itu dengan
hati yang terbuka dan tidak menyimpan perasaan dendam.

BAB 12 - TABAH

Tepat jam 12.00 tengah hari, Laiman pulang ke rumah dan dia terkejut melihat
Abang Mail sedang tidur dengan nyenyaknya di ruang tamu. Setelah terjaga
daripada tidur, Abang Mail bertanya kepada Laiman berkenaan projek yang
sedang diusahakan olehnya. Menurut Laiman, semuanya berjalan lancar dan
tindakan Kedek dan Muali tidak akan membantutkan segala rancangan yang telah
lama dia impikan itu. Laiman turut memberitahu abangnya bahawa subsidi akan
selesai dalam tempoh sebulan dua sahaja lagi. Laiman berasa bangga dan bertuah
kerana Abang Mail sentiasa mengambil berat tentang projek yang sedang
diusahakannya itu.

Petang itu, ketika Pak Kiassim pulang ke rumah, dia telah menyuruh Mail dan
Laiman pergi ke Bawang untuk upacara berjaga si mati selama tujuh hari. Berjaga
merupakan suatu adat dan tradisi suku kaum orang sungai. Selama tujuh malam
berturut -turut si mati diberikan penghormatan terakhir. Orang-orang kampung
akan melakukan berjaga dengan membaca al-Quran atau setidak-tidaknya
membaca surah Yasin. Selama tujuh malam itu juga, orang-orang yang datang
tidak dibenarkan untuk tidur.
BAB 13 - LUMAYAN

Sejak tiga bulan yang lalu, Laiman dan Milan telah mengusahakan gerai menjual
kuih di Gerai Pitas. Pada masa yang sama, projek ternakannya terjalan dengan
baik kerana sudah ada dua orang pekerja yang menguruskannya. Bagi Laiman
masa itu emas. Laiman tidak

mahu masa yang ada terbuang begitu sahaja. Oleh itu, dia dan Milan turut
menjaja kuih muih yang dipajaknya daripada orang-orang kampung di gerai milik
mereka. Laiman juga turut menambahkan perniagaannya dengan menjual solakan
kuih bulan. Dengan adanya solakan, maka bertambahlah pendapatan yang
diperoleh oleh Laiman pada setiap hari. Jika tidak ke kolam atau menjual kuih,
Laiman akan masuk ke kampung untuk mencari pisang dan kelapa tua untuk
dihantar ke Kota Kinabalu. Kawan Laiman di Kota Kinabalu sudah bersetuju untuk
membeli semua pisang dan kelapa tua yang dibawa oleh Laiman itu. Gerai kuih
yang ada telah diuruskan oleh Milan. Milan berasa gembira dengan hasil
pendapatan mereka pada setiap hari.

Duit simpanan mereka hasil jualan tembikai, kuih-muih, dan lain-lain sudah
mencecah RM10 ribu. Laiman berhajat untuk membeli sebuah lori kecil untuk
perancangan masa hadapan mereka. Laiman dan Milan bekerja keras demi
mencapai cita-cita mereka.

BAB 14 - SINAR

Detik -detik kejayaan sudah semakin hampir dalam kehidupan Laiman. Kolam
ikannya bakal mengeluarkan hasil tidak lama lagi. Seterusnya, kolam ikan yang
dicadangkan pembuatannya juga sudah mendapat kebenaran daripada pihak
jabatan pertanian. Ketika di geraiPitas, Pak Sahok memuji Laiman apabila melihat
projek yang diusahakn oleh ankmudaitu telah berjaya. Laiman membalas pujian
Pak Sahok dengan ucapan terima kasih kerana tanpa kerjasam dan bantuan
daripada Pak Sahok, tidak mungkin kejayaan itu mampu dikecapinya.

Laiman telah menyedarkan anak-anak muda di Kampung Kusilad supaya tidak


terlalu mengharapkan bantuan daripada pihak kerajjansemata-mata. Laiman dan
Milan sudah berada di ambang kejayaan. Begitu juga dengan Kedek dan Muali
yang sudah mula mengorak langkahke arah masa depan yang cerah. Laiman sudah
memiliki lori ysng dibelinya daripada kawannya sendiri. Orang-orang kampung
berasa gembira dengan adanya lori Laiman itu. Mereka tidak perlu mengangkut
lagi barang pajakan mereka kerana Laiman sendiri yang akan memasuki kampung-
kampung dengan memandu lori tersebut bagi memungut pisang dan kepala tua
atau muda.

BAB 15 - IMPIAN TERLAKSANA

Laiman tersenyum puas di kolam ikan milikknya. Pengorbanannya selama ini


membuahkan hasil yang cukup membanggakan. Laiman menitiskan air mata
kegembiraan. Sebulan lalu, pihak jabatan pertanian sekali lagi telah melawat ke
kolam air tawarnya. Kali ini buakn pegawai di daerah sahaja yang telah datang,
bahkan pegawai dari ibu pejabat juga turut membuat lawatan dan ingin melihat
sendiri kejayaan Laiman ang sering disebut-sebut oleh orang-orang kampung.

Kemudian, Laiman terkenang akan Soniah. Rupa-rupanya sudah dua tahun Soniah
berjaya menamatkan pengajiannya di universiti. Laiman mengetahui
perkembangan Soniah menerusi surat yang telah diterimanya tempoh hari. Dalam
surat tersebut, Soniah memberitahu Laiman bahawa dia bakal berhijrah ke Kota
Kinabalu bagi menguruskan sebuah syarikat milik bapa saudaranya di pusat
bandar itu. Sekiranya dia berjumpa Soniah nanti, Laiman akan mencurahkan
segala isi hatinya itu kepada Soniah.

Milan berlari-lari anak menuju ke arah Laiman dan menyerahkan sepucuk surat
kepada Laiman. Surat tersebut, menyatakan bahawa projek ikan air tawar milik
mereka itu akan dijadikan projek contoh di daerah tersebut. Berkemungkinan
juga, projek ikan air tawar tersebut akan diperbesar denagn bantuan jabatan
pertanian dan seterusnya bakal menjdi projek terbesar di negeri Sabah.

TEMA

Tema novel Jalan Ke Puncak karya Juri Durabi ialah kegigihan dan kecekalan hati
seorang pemuda yang mempunyai kelulusan di peringkat ijazah tetapi memilih
untuk bekerja sendiridaripada hidup makan gaji. Laiman ingin menjadi contoh
teladan kepada masyarakat kampungnya supaya keluar daripada kemunduran
hidup tanpa bergantung kepada pihak kerajaan semata-mata. Hal ini dapat
diperhatikan melalui sikap cekal dan tabah yang dimiliki oleh Laiman sehingga dia
berjaya menjadi seorang usahawan yang berjaya di kampungnya. Walaupun
Laiman memiliki Ijazah Sarjan Muda Kejuruteraan Dengan Kepujian, namun dia
tidak mahu hidupnya terlalu bergantung dengan makan gaji di jabatan kerajaan.
PERSOALAN

1. Tabah dan sabar dalam menghadapi cabaran hidup

Laiman sentiasa tabah dan sabar serta tidak pernah patah semangat dalam
menghadapi segala cacian dan cemuhan orang-orang kampung terhadapnya ekoran
tindakannya yang memilih untuk bekerja sendiri di kampung walaupun dirinya
memiliki ijazah.

Contoh :

Anak muda yang lahir dari perut ibu yang melekit dan membesar bersama-sama
alunan seruling batang padi, hidup dalam imbauan angin desa yang ingin, tidak
mudah goyah dan putus asa demi mencari setitik cahaya dalam kekelaman buana
yang dicipta oleh manusia itu sendiri. (hal.43)

2. Hubungan erat antara majikan dengan pekerja

Laiman membina hubungan yang erat dan mesra dengan pekerja bawahannya di
syarikat pengeluar minyak terkenal sewaktu dia menjalani latihan industri di
Miri, Sarawak.

Contoh :

Dia pergi ke tempat itu bukanlah kerana mahu mencari kelemahan dan kesilapan
pekerja-pekerja bawahannya. Dia pergi ke situ sekadar untuk melihat sahaja.
Kalau perlu dia akan membantu. Itulah sifat semula jadinya. Sebab itulah dia
disukai oleh pekerja-pekerja bawahannya. (hal. 2 -3)

3. Sokongan moral dari ibu bapa untuk memastikan kejayaan anak

Pak Kassim pada mulanya menghalang tindakan Laiman untuk bekerja sendiri.
Namun begitu, Pak Kassim berubah fikiran dan menyokong tindakan Laiman
setelah melihat kejayaan Laiman mengusahakan kebun tembikai itu serta
memperoleh pendapatan yang lumayan.

Contoh :

“Teruskan usaha kamu itu. Ayah akan bincang denagn Pak Sahok nanti. Biar ayah
pula yang berhadapan dengannya. Takkanlah berkeras pula. Ayah bukan orang lain
dengannya. Biar kita buat satu perjanjian baharu,” katanya. (hal.77)
4. Keperihatinan seorang abang terhadap adiknya.

Abang Mail sentiasa mengambil berat tentang projjek yang diusahakan oleh
adiknya, Laiman di samping memberikan kata-kata peransang agar projek
tersebut beroleh kejayaan.

Contoh :

Meskipun bekerja di Koperasi Pembangunan Desa, abangnya turut meluangkan


masa melihat projek yang diusahakan oleh adiknya itu. Dia tidak banyak
bercakap, sekadar memberikan nasihat supaya Laiman akan terus menumpukan
perhatiannya dalm bidang itu. (hal.83)

5. Hubungan persahabatan yang berkekalan walau berjauahan

Soniah masih mengirimkan surat kepada Laiman walaupun mereka sudah tidak
bejerha di syarikat pengeluar minyak di Miri, Sarawak.

Contoh:

Soniah sudah pun tamat pengajiannya. Sudah dua tahun Soniah meninggalkan
Universiti Kebangsaan Malaysiai dengan ijazah yang sama dimiliki oleh Laiman.Hal
ini diketahuinya ketika Soniah mengirim surat selepas dia keluar daripada
universiti. (hal.117)

6. Taat akan perintah agama

Laiman dan Milan tdak lupa untuk mendirikan solat malah mereka sering kali solat
berjemaah di surau di kampungnya.

Contoh:

Setelah minum, Milan meminta diri kerana azan Zuhur sudah semakin dekat.
Laiman juga bersiap-siap hendak ke surau. (hal.50).

7. Rajin dan gigih dalam pelajaran

Laiman gigih belajar sehingga dia berjaya melanjutkan pelajaran di Universiti


Kebangsaan Malaysia dalam jurusan kejuruteraan.

Contoh :

Berkat ketekunan dan ketabahannya, kini dia sudah bergelar mahasiswa. (hal.3)
8. Keinginan untuk bekerja sendiri/berdikari.

Walaupun memiliki ijazah dalam bidang kejuruteraan, namun Laiman tidak mahu
bekerja makan gaji, malah dia memilih untuk bekerja sendiri.

Contoh :

Tidak sah kalau seorang siswazah kembali ke kampung dan berbakti kepada
tanah. Soal hidup di mana-mana pun boleh. Ini bumi Tuhan. (hal.43)

PLOT

BINAAN PLOT

Plot novel Jalan Ke Puncak dijalin mengikut kronologi. Setiap peristiwa yang
berlaku mengikut urutan masa dan mudah difahami oleh pembaca.

1. Permulaan

Permulaan novel Jalan Ke Puncak dimulakan dengan kiah Laiman yang menjalani
latihan industri di sebuah syarikat pengeluar minyak terkenal di Miri, Sarawak.
Laiman diletakkan di bawah pengawasan Sukri.Laiman sorang pekerja yang rajin
dan cekap serta disenangi oleh pekerja bawahannya. Namun begitu, Muluk iaitu
rakan sepejabat Laiman mendendami Laiman keran cemburu akan hubungan mesra
Laiman dengan Soniah.

2. Perkembangan

Peringkat perkembangan cerita bermula apabila tangki minyak nombor 12 yang


telah dibaiki oleh Laiman terbakar. Sewaktu kebakaran itu berlaku, Laiman
berada di Kuching kerana telah menemui rakan sekuliahnya di sana. Pihak
syarikat terpaksa menanggung kerugian, mujurlah tiada kes kehilangan nyawa.
Laiman telah dipanggil oleh pengurus bagi melaporkan punca sebenar kebakaran
tersebut. Setelah siasatan dilakukan, terbukti bahawa Laiman tidak bersalah.
Kebakaran yang berlaku berpunca daripad perbuatan khianat Muluk terhadap
Laiman.

Setelah berjaya menggengam segulung ijazah dalam urusan kejuruteraan, Laiman


pulang ke kampungnya. Dia mengusahakan projek tanaman tembikai di atas tanah
seluas lima hektar bersama-sama sepupunya, Milan. Ayah Laiman, iaitu Pak
Kassim amat marah akan keputusan Laiman yang menolak tawaran kerja di
jabatan kerajaan. Pada pandangannya, pekerjaan yang diusahakan oleh Laiman itu
tidak mempunyai masa depan kerana sudah banyak orang muda sepertinya. yang
kecundang di pertengahan jalan. Pak Kassim tidak yakin akan kebolehan Laiman.
Dalam pada itu, Pak Sahok juga tidak mengizinkan Laiman tidak mnggunakan
tanah paya yang bersebelahan dengan tanah sawah miliknya itu untuk
mengusahakan projek ternakan ikan air tawar dan ternakan udang harimau.

3. Klimaks

Pada bahagian klimaks cerita, Laiman telah berjaya mensasarkan hasil


tembikainya kepada rakannya yang juga merupakan seorang pemborong di Kota
Kinabalu. Hasil yang diperolah Laiman agak lumayan. Kejayaannya itu telah mula
membuka mata Pak Kassim dan orang-orang kampung untuk mencontohi usaha dan
kerja keras Laiman. Pak Kassim telah berubah fikiran daripada menentang cita-
cita Laiman kepada memberikan sokongan penuh terhadap projek yang
diusahakan oleh Laiman dan Milan. Pak Kiassim juga turut menawarkan bantuan
untuk berbincang dengan Pak Sahok berkenaan tanah paya yang ingin dijadikan
tapak ternakan seperti yang telah dirancangkan oleh Laiman. Akhirnya, Pak
Sahok berlembut hati dan memberikan kebenaran kepada Laiman dan Milan untuk
mengerjakan projek ternakan di tanah paya tersebut. Selain itu, dua orang
pekerja Laiman, iaitu Kedek dan Muali hendak menarik diri dan tidak mahu
bekerjasama dengannya dan Milan lagi. Mereka mahu mengusahakan projek
sendiri setelah pulang daripada kursus.

4. Perleraian

Laiman menitiskan air mata kegembiraan apabila dia berjaya membuka mata
orang -orang kampungnya bahawa bekerja sendiri juga mampu mengubah nasib
masyarakatnya untuk hidup dalam kemajuan. Nama Laiman menjadi sebutan orang
ramai. Laiman sudah berjaya memiliki beberapa projek seperti projek tanaman
tembikai, projek ternakan ikan air tawar, projek ternakan udang harimau, dan
projek menjual kuih di Gerai Pitas. Selain itu, Laiman turut berjaya menjadi
seorang pemborong pisang, kelapa tua, dan kelapa muda yang dipajak oleh orang-
orang kampung kepada Laiman. Dia juga membeli sebuah lori bagi memudahkan
kerja-kerja untuk memasarkan barangan ke Kota Kinabalu. Kejayaan demi
kejayaan yang dikecap oleh Laiman sehingga jabatan pertanian memilih projek
ternakannya. itu sebagai projek ternakan contoh di daerahnya. Pihak jabatan
pertanian juga bercadang untuk memperbesar projek ternakan itu dan
menjadikan projek tersebut sebagai projek ternakan terbesar di Sabah.

Pada masa yang sama, Soniah telah mengutuskan surat kepada Laiman dan
menyatakan bahawa dia akan berhijrah ke Kota Kinabalu bagi menguruskan
syarikat milik bapa saudaranya. Laiman berhajat untuk meluahkan perasaan
cintanya kepada Soniah apabila mereka berpeluang untuk bertemu di Kota
Kinabalu nanti.

TEKNIK PLOT

1. Teknik Dialog

Contoh: “Makanlah,”pelawa Laiman.

“Terima kasih,”kata Soniah.

Mereka berdua pun makan mi goreng itu dengan berselera sekali.

2. Teknik Imbas Kembali

Laiman teringat akan kesusahannyadahulu. Dia berusaha untuk memohon biasiswa


bagi menyambung pengajiannya di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Contoh:

Dia pernah mengalami masalah itu dahulu. Dia terpaksa bertungkus-lumus untuk
mencari penaja. Hampir sebulan Laiman turun naik pejabat. Yayasan Sabah sudah.
Kerajaan negeri juga sudah. Tuah telah menyebelahi Laiman kerana kedea-duanya
memberikan kesanggupan untuk memberikannya biasiswa.

3. Teknik Imbas Muka

Laiman mahu membuktikan kepada orang kampung bahawa bekerja sendiri juga
mampu memperoleh kejayaan dan hidup senang-lenang.

Contoh:

Laiman terasa menyesal. Ayahnya tidak mengerti cita-citanya. Kerja? Bila-bila


masa boleh dapat. Akan tetapi, timbul berbagai-bagai fikiran dalam kepalanya.
Anak-anak muda harus diberi satu jalan untuk dicontohi. Selepas keluar dari
Universiti dia melihat ramai anak muda yang duduk membuang masa dengan
berjalan ke sana ke sini tanpa memikirkan sesuatu yang baik untuk diri mereka.
4. Teknik Suspens

Pembaca tertanya-tanya tentang rancangan Muluk terhadap Laiman.

Contoh:

Soniah seolah-seolah ingin menyembunyikan sesuatu, fikir Laiman. Muluk!


Kenapa Soniah sebut fasal Muluk? Apakah pula rahsia yang disembunyikan oleh
Muluk? Kalau tidak takkanlah anak gadis itu bertanya fasal Muluk di hadapannya.

5. Teknik Kejutan

Laiman terkejut oleh berita yang disampaikan oleh Milan bahawa dua orang
pekerjanya, iaitu Kedek dan Muali sudah tidak mahu bekerjasama dengannya lagi.

Contoh:

“Bukan sakit. Bukan ditimpa kemalangan, tapi kita yang sedang sakit sekarang.
Kepala kita sakit. Mereka berdua tidak mahu bekerjasama dengan kita lagi.
Mereka sudah sepakat untuk membuat projek sendiri,”kata Milan seperti
berputus asa. Laiman terkejut besar.

6. Teknik Pemerian

Pengarang memerihalkan pekerja Laiman di pejabatnya sewaktu menjalani latihan


industri di Miri, Sarawak.

Contoh:

Setelah itu Laiman mula mengumpulkan fail-fail yang berselerak. Disusunnya


rapi-rapi. Kertas-kertas yang tidak berguna dilemparkan ke dalam bakul sampah
di tepi dinding. Almari fail dibukanya dan dia memasukkan timbunan fail yang
disusun tadi. Selainnya ditinggalkan di atas meja. Barulah lega rasa hatinya
sekarang.

WATAK DAN PERWATAKAN

Laiman (watak utama)

1. Seorang pemuda berbangsa Sungai yang tinggi lampai.

2. Berasal dari Kampung Kusilad, Sabah.


3. Merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dengan kepujian dari
Universiti Kebangsaan Malaysia.

4. Bijak dalam pelajaran.

5. Seorang yang cekal dan tabah dalam mengharungi cabaran hidup.

6. Taat akan perintah agama.

7.Tidak mahu makan gaji walaupun sudah menggenggam sugulung Ijazah, tetapi
memilih untuk bekerja sendiri.

8. Mahu menjadi teladan kepada orang-orang kampungnya supaya lebih berdikari


di samping menaikkan taraf hidup mereka di mata masyarakat lain.

9. Menceburi bidang pertanian dan penternakan.

10. Mempunyai semangat yang tinggi dan tidak mudah berputus asa.

11. Seorang usahawan muda yang berjaya.

12. Menaruh perasaan cinta terhadap Soniah.

Milan

1. Sepupu kepada Laiman.

2. Sebaya dan seusia dengan Laiman.

3. Pernah bekerja di kem kayu balak sebagai tukang pasang eshok.

4. Pernah bekerja sebagai pengangkat buah di kebun kelapa sawit.

5. Pernah terjatuh ke dalam jurang menyebabkan kecederaan di bahagian


pinggangnya.

6. Menjadi tonggak utama kejayaan Laiman di sebalik semua projek yang


dirancangkan bersama-sama.

7. Belajar untuk memasak kuih bulan daripada Laiman.

Pak Kiassim

1. Ayah kepada Laiman.


2. Seorang ayah yang baik dan mengambil berat tentang masa depan anak-
anaknya.

3. Berbangga dan kagum atas kejayaan yang dikecap oleh Laiman.

4. Berubah hati daripada menentang hasrat Laiman kepada menyokong


sepenuhnya projek yang diusahakan oleh Laiman.

5. Seorang duda kerana dia sudah kematian isterinya.

6. Mudah memaafkan kesalahan Laiman yang tidak menurut kata-katanya pada


awal-awal pembabitan Laiman dalam projek di kampung.

Pak Sahok

1. Seorang petani.

2. Menjadi ahli jawatankuasa bertindak untuk projek kampung contoh.

3. Dia tidak memberikan kerjasama kepada Laiman dan Milan yang mahu
mengusahakan projek ternakan ikan air tawar.

4. Seorang yang degil dan sukar untuk dipujuk.

5. Dia membenarkan Laiman menggunakan tanah paya yang bersebelahan dengan


tanah sawah miliknya setelah dipujuk oleh Pak Kiassim.

6. Dia berbangga dengan kejayaan yang dikecap oleh Laiman dan Milan, walaupun
pada suatu ketika dia pernah membantah hasrat murni mereka.

Soniah

1. Nama singkatannya ialah So.

2. Seorang gadis manis yang bertubuh kecil, tinggi lampai, berkulit putih kuning,
dan berambut pendek.

3. Merupakan rakan sepejabat Laiman ketika di syarikat pengeluar minyak


terkenal di Miri,Melanau.

4. Seorang gadis berketurunan Melanau.

5. Seorang wanita yang cekal dan suka akan cabaran.


6. Menyambung pengajian tinggi dalam bidang kejuruteraan di Universiti
Kebangsaan Malaysia.

7. Bakal bekerja di syarikat bapa saudaranya di Kota Kinabalu.

8. Sering mengutus surat kepada Laiman.

Sukri

1. Rakan sepejabat Laiman di syarikat pengeluar minyak terkenal di Miri,


Sarawak.

2. Ditugaskan untuk mengawasi dan membimbing Laiman sepanjang Laiman


menjalani latihan industri di syarikat minyak itu.

3. Sering membantu Laiman dalam menyiapkan tugasan di syarikat minyak


tersebut.

4. Mempunyai seorang isteri yang bernama Misah dan mempunyai beberapa orang
anak.

Abang Mail

1. Abang kepada Laiman.

2. Seorang yang pendiam.

3. Seorang yang prihatin.

4. Sudah lima tahun bekerja di Koperasi Pembangunan Desa, Kota Marudu.

5. Sering memberikan nasihat dan kata-kata perangsang kepada Laiman agar


projek yang dilaksanakan oleh adiknya itu beroleh kejayaan.

Juriah

1. Adik kepada Laiman.

2. Berusia 15 tahun.

3. Masih bersekolah.

4. Seorang yang rajin membuat kerja-kerja di rumah, seperti mengemas rumah


dan memasak.
Muluk

1. Seorang pemuda yang sasa dan berbadan besar.

2. Berdendam dengan Laiman kerana cemburu akan hubungan mesra antara


Laiman dan Soniah.

3. Dia diberkas oleh pihak polis kerana menjadi punca kebakaran di loji minyak.

4. Menaruh perasaan sayang terhadap Soniah.

Kedek dan Muali

1. Merupakan pekerja Laiman dan Milan di tapak projek ternakan.

2. Rajin bekerja, tekun, dan pendiam.

3. Menarik diri daripada bekerjasama dengan Laiman dan Milan setelah pulang
dari kursus dan mahu mengusahakan projek mereka sendiri

4. Tidak mengusahakan projek yang sama eperti Laiman dan Milan bagi
mengelakkan persaingan.

Pak Kasan

1. Bekerja sebagai seorang pemandu di syarikat pengeluar minyak terkenal di


Miri, Sarawak.

2. Bakal pencen tidak lama lagi.

Misah

1. Isteri kepada Sukri.

2. Seorang isteri yang sangat memahami sikap suaminya apabila suaminya


mempunyai masalah.

LATAR

Latar Tempat
1. Kampung Kusilad, Sabah

Kampung kelahiran Laiman. Secara keseluruhannya, kebanyakkan peristiwa


berlaku di Kampung Kusilad, Sabah.

2. Miri, Sarawak

Laiman menjalani latihan industri di syarikat pengeluar minyak terkenal di


Miri, Sarawak bagi melengkapkan pengajian siswazahnya dalam bidang
kejuruteraan.

3. Gerai Pitas

Tempat Laiman dan Milan menjual kuih yang dipajak oleh orang-orang kampung
kepada mereka.

4. Rumah Pak Sahok

Tempat Laiman dan Milan menemui Pak Sahok bagi membincangkan rancangan
mereka untuk mengerjakan projek ternakan di tanah paya yang terletak
bersebelahan dengan tanah sawah milik Pak Sahok.

5. Rumah Sewa Laiman

Sukri ke rumah sewa Laiman pada awal pagi untuk memberitahu Laiman
tentang kejadian kebakaran di loji minyak tempat mereka bekerja.

6. Rumah Sukri

Sukri duduk termenung di ruang tamu rumahnya setelah pulang dari lokasi
kebakaran di tempat kerjanya.

7. Kebun Tembikai

Laiman duduk bersandar di bawah teduhan pokok nangka di kebun tembikai


miliknya sambil memikirkan cabaran dan tentangan daripada ayahnya sendiri dan
juga orang-orang kampung yang perlu dihadapinya.

8. Tapak Projek Ternakan Ikan dan Udang

Pegawai jabatan pertanian membuat lawatan ke tapak projek ternakan ikan air
tawar dan udang harimau milik Laiman dan Milan setelah mendapat tahu akan
kejayaan mereka.
Latar Masa

1. Waktu Pagi

Peristiwa Sukri pergi ke rumah sewa Laiman untuk memberitahu Laiman


tentang kejadian kebakaran yang berlaku di loji minyak.

2. Tengah Hari

Sukri mengajak Laiman untuk keluar makan di warung pada waktu rehat
dengan menaiki kereta Sukri.

3. Waktu Petang

Laiman keluar bersiar-siar di pekan Lutong dan berjumpa dengan Soniah


bersama-sama adik sepupunya.

4. Waktu Malam

Laiman pulang dari surau di kampungnya setelah selesai solat isyak secara
berjemaah.

Latar Masyarakat

1. Masyarakat Kampung Yang Sukar Untuk Menerima Pembaharuan Dalam


Kehidupan

Orang-orang kampung memandang hina kepada Laiman kerana dia mempunyai


ijazah tetapi hanya bekerja di kampung.

2. Masyarakat Pelajar Yang Berwawasan

Soniah mengambil jurusan kejuruteraan di Universiti Kebangsaan Malaysia


kerana dia suka akan cabaran walaupun dia sedar bahawa bidang yang dipilihnya
itu banyak mempunyai risiko.

3. Masyarakat Siswazah Yang Ingin Membuka Mata Semua Masyarakat Di


Sekitarnya

Laiman sanggup menolak tawaran kerja di jabatan kerajaan dan memilih untuk
bekerja sendiri. Laiman bercita-cita untuk menjadi contoh teladan kepada
penduduk kampungnya dengan membuktikan bahawa bekerja sendiri juga mampu
memberikan pendapatan yang lumayan.
4. Masyarakat Yang Taat Akan Perintah Agama

Laiman tidak pernah meninggalkan solat dan sering bersembahyang secara


berjemaah di surau kampungnya.

5. Masyarakat Yang Berpegang Kuat Pada Adat Dan Tradisi

Pak muluk baru sahaja meninggal dunia. Oleh itu, Pak Kiassim menyuruh Laiman
dan Mail pergi ke Bawang bagi mengikuti adat bejaga selama tujuh hari. Bejaga
juga sudah menjadi adat dan tradisi suku kaum Orang Sungai.

6. Masyarakat Penyayang

Nenek dan abang Laiman sanggup mengorbankan wang simpana mereka bagi
membiayai perbelanjaan Laiman untuk menyambung pengajiannya di Universiti.

GAYA BAHASA

1. Diksi

(a) Penggunaan bahasa Arab

Contoh:

~ “Tenangkan fikiran. Baca bismillah sebelun masuk,” kata Sukri sambil ketawa.
~ “Syukur, alhamdulillah,” kata Milan, lalu dia terus ke warungnya kerana tidak
ada orang yang menjaganya.

(b) Penggunaan dialek

Contoh:

Petang itu Pak Kiassim pulang lalu menyuruh Mail dan Laiman pergi ke Bawang.
Malam itu bermulalah bejaga untuk si mati selama tujuh hari.. Milan di warung
menjual kuih, setelah ada solakan kuih bulan, Milan belajar membuat kuih bulan
daripada Laiman.

(c) Penggunaan bahasa slanga

Contoh:

“Janganlah takut. Hal itu boleh diuruskan, ditanggung beres,” Milan berjenaka.

2. Binaan ayat
(a) Penggunaan ayat yang pendek

Contoh:

~ Laiman tersipu-sipu.

~ Bahagia atau derita.

(b) Penggunaan ayat yang panjang

Contoh:

Tiada makna dia bersusah payah meminta bantuan beribu-ribu ringgit, kalau
hanya nama Universiti yang terlekat di bajunya, tetapi pulangan hasil daripada
perjalananya cukup menyedihkan.

3. Personifikasi

Contoh:

(a) Di langit awan-gemawan berarak perlahan.

(b) Penyelesaian terus saja meronta-ronta, menghempas pintu hatinya.

(c) Di sana dia tidak nampak apa-apa, kecuali pokok-pokok, rumah yang berderet-
deret, sepohon dua pokok kelapa yang melambai-lambai daunnya ditiup angin
petang dan kenderaan yang menderu di jalan raya.

(d) Bintang-bintang seolah-olah malas untuk berbakti malam itu.

(e) Adakalanya Milan mengelak daun semalu daripada menggigit kakinya yang
telanjang bulat itu.

4. Simile

(a) Pagi esoknya minyak yang belum diproses tumpah air bagaikan hujan di tepi-
tepi longkang.

(b) Pengurus itu mengetap bibir dengan muka yang merah padam seperti udang
yang dibakar.

(c) Nasib manusia ini bagai menanam benih, fikir Soniah.

(d) Soniah sekarang dalam fikiran Laiman seperti bunga yang sedang
mengembang
dan harumnya terbau ke mana-mana, membuatkan kumbang-kumbang jalanan

sering menyeri dan mahu menghisap madunya.

(e) Berita itu seperti petir yang menyambar hatinya.

(f) Tentulah panas dan letih bersesak-sesak macam ikan sardin di dalam tin.

(g) Baru kali ini hatinya seperti ditusuk-tusuk jarum.

5. Hiperbola

(a) Matahari pun tidak lagi galak sinarnya.

(b) Anak muda yang lahir dari perut lumpur yang melekit dan membesar bersama-
sama alunan seruling batang padi, hidup dalam imbauan angin desa yang dingin,
tidak mudah goyah dan berputus asa demi mencari setitik cahaya dalam
kekelaman buana yang dicipta oleh manusia itu sendiri.

(c) Pelita minyak yang terletak di tengah-tengah ruang tamu yang tidak sebesar
mana itu, terliuk-liuk ditampar angin yang menerjah dari arah pintu.

(d) Rasa rasanya dia tidak lagi berpijak di bumi nyata dan terus sahaja terapung-
apung di bumi khayalan yang menyeronokkan.

6. Kata Ganda

(a) Setelah berpisah dengan Soniah, fikiran Laiman terus bermain-main tentang
Muluk.

(b) Laiman tersipu-sipu.

(c) Memanglah Laiman tidak menafikan kata-kata itu.

(d) Kedengaran dari jauh salakan anjing bersahut-sahutan memanjang.

(e) Dalam keremangan senja dan hembusan angin yang silir- semilir itu, Milan
melangkah agak perlahan, menyusuri jalan kampung yang semakin sempit dan
semak.

7. Pengulangan Kata/ repetisi

Contoh:

Semuanya menjadi debu. Semuanya jadi tidak keruan.


8. Sinkope

Contoh:

(a) “Dalam jurusan apa agaknya yang kuambil?” tanya Laiman setelah mi goreng
yang di dalam mulutnya habis ditelan.

(b) “Nak masuk dalam jurusan yang Man ambil.”

9. Penggunaan Imej Alam

Contoh:

(a) Matanya liar ke arah pasir pantai dan laut yang bergelora itu.

(b) Seorang Cina tua dengan raga di tangan, menunduk dan bertanya harga seikat
pisang.

(c) Malam itu hanya diterangi oleh kelip-kelip yang berterbangan di mana-mana.

(d) Angin menerobos masuk melalui pintu yang tidak bertutup dan mengenai
tubuh mudanya.

(e) Kedengaran dari jauh salakan anjing bersahut-sahutan memanjang.

(f) Kepulangan Laiman malam itu diiringi oleh siulan burung-burung malam yang
merdu.

(g) Tanahnya sendiri ada, tapi tempatnya tidak sesuai untuk projek ikan air
tawar.

10. Peribahasa

Contoh:

(a) Anak yang telah mencontengkan arang ke muka keluarganya, meskipun


perbuatan selama ini tidak pun ada tanda-tanda dia telah berlaku serong.

(b) Milan tidak datang dengan berpeluk tubuh saja.

(c) Dia tidak berlepas tangan begitu sahaja.

(d) Zaman sekarang ini tidak semua orang boleh dipercayai kerana telunjuk lurus
kelengkeng berkait.
(e) Kata orang, selurus-lurusnya ekor anjing, ada juga bengkoknya.

(f) Dia harus berusaha menyakinkan pihak kerajaan negeri, bahawa dia bukan
manusiayang suka lempar sembunyi tangan.

(g) Masa itu emas dan patut dihargai walaupun seminit.

11. Perlambangan

Contoh:

(a) mendabik dada - membawa makna kebanggaan dan kemegahan

(b) orang rumah - membawa maksud isteri

(c) matahari sudah tegak di ubun-ubun - membawa makna sudah masuk waktu
tengah hari

(d) lampu hijau - membawa makna mendapat kebenaran

12. Metafora

Contoh:

(a) “Jangan berselindung. Aku tahu daripada roman mukamu, kau sedang
menyembunyikan sesuatu. Apakah perkara sebenarnya?”

(b) Penyesalan terus saja meronta-ronta,menghempas pintu hatinya.

(c) Pak Kiassim melihat dari sudut mata bening anaknya itu, ada sesuatu
khazanah yang tertanam di dalamnya.

SUDUT PANDANGAN

Dalam novel Jalan ke Puncak karya Dubi Jurabi, pengarang menggunakan sudut
pandangan orang ketiga. Pengarang juga menumpukan sebahagian watak yang
dipilihnya, iaitu Laiman, Milan, Pak Kiassim, Pak Sahok, dan Soniah manakala
watak-watak yang lain seperti Muluk, Kedek, Muali, dan Tini digambarkan secara
ringkas sahaja.

NILAI
1. Kecekalan Hati

Laiman cekal menghadapi cemuhan daripada orang-orang kampungnya yang tidak


yakin akan kebolehannya untuk hidup berdikari tanpa mengharapkan tawaran
kerja di jabatab semata-mata.

Contoh:

Biar ayah, biar nenek, dan biar sesipa sahaja yang menghalangnya, termasuk
Milan, dia tidak akan patah semangat, malah keadaan itu telah memberikan satu
semangat baharu untuk dia mencapai cita-citanya.

2. Kasih Sayang

Nenek Laiman amat sayang akan Laiman. Dia sanggup mengeluarkan semua duit
simpanannya untuk membantu Laiman supaya dapat menyambung pengajian di
universiti.

Contoh:

“Kamu tengok, hanya kerana kamu, nenek menghabiskan duitnya yang cuma
sedikit dalam simpanannya untuk kamu.Dia tidak ragu-ragu mengeluarkan duit itu
demi kasih sayangnya kepada kamu walaupun duit itu untuk hari tuanya nanti.
Tapi kamu tidak tahu itu. Kamu telah menghampakan harapan ayah dan nenek
kamu.”

3. Keprihatinan

Abang Mail sangat prihatin akan adiknya. Dia selalu menasihati Laiman supaya
tetap dengan pendiriannya dan tidak patah semangat dengan kata-kata negatif
daripada orang lain.

Contoh:

Rasa bangga juga anak muda ini apabila ditanya begitu. Sekurang-kurangnya
ada juga yang mengambil berat tentang masalahnya. Apalagi abang sendiri.

4. Bertanggungjawab

Laiman bertanggungjawab dalam memastikan kerja-kerja di loji minyak dapat


dilaksanakan dengan baik dan lancar.

Contoh:
Loji minyak perlu dibersihkan secepat mungkin. Kerja itu memang bukan
kerjanya. Sama ada untuk pergi atau tidak terserah kepada pertimbangannya.
Tidak ada sesiapa yang akan memarahinya. Akan tetapi, seboleh-bolehnya dia
mahu pergi. Setidak-tidaknya untuk melihat dan memerhatikan cara kerja itu
dilakukan.

5. Bekerjasama

Laiman bekerjasama dengan sepupunya, Milan dalam mengusahakan projek


tanaman tembikai dan projek ternakan ikan air tawar di kampung mereka.

Contoh:

“Jurutera?” Laiman seperti terpukau.

“Ya,” Soniah mengangguk. “Kenapa, tak sesuai? Atau, barangkali tak layak?”

7. Menghormati Orang Tua

Laiman tidak pernah melawan cakap ayahnya, Pak Kiassim walaupun ayahnya
sering meleterinya ekoran penolakan tawaran untuk bekerja di jabatan kerajaan.

Contoh:

Laiman berasa bingung sekarang. Mahu sahaja dia melenting dan melawan cakap
ayahnya. Dia bukanlah seperti yang dikatakan oleh ayahnya itu.

8. Kerajinan

Laiman rajin menjual kuih bulan sejak di tingkatan satu hingga tingkatan lima
bagi menampung pendapatan keluarganya.

Contoh:

Laiman yang pernah menjual kuih bulan ketika dalam tingkatan satu sampai
tingkatan lima tidak lokek untuk memberikan ilmu yang ada kepadanya.

PENGAJARAN

1. Kita janganlah berputus asa dalam menghadapi cabaran hidup. Laiman


tidak pernah patah semangat apabila hasratnya untuk bekerja sendiri mendapat
tentangan yang kuat daripada ayahnya sendiri, Pak Kiassim.
2.Kita haruslah berusaha dengan gigih untuk mencapai maklamat hidup.
Laiman tidak berputus asa dan berusaha untuk berbincang dengan Pak Sahok bagi
mendapatkan kebenaran untuk menggunakan tanah paya yang terletak di sebelah
tanah sawah milik Pak Sahok.

3. Kita hendaklah sentiasa menghormati ibu dan bapa. Laiman tidak melawan
cakap ayahnya, Pak Kiassim walaupun ayahnya itu sering meleterinya kerana
menolak tawaran pekerjaan di jabatan kerajaan.

4. Kita hendaklah berani dalam menegakkan kebenaran. Laiman berani


berhadapan dengan pengurusnya. Dia dipanggil bagi menerangkan punca
kebakaran yang berlaku di tangki minyak di bawah tanggungjawabnya. Akhirnya,
kebenaran berpihak kepada Laiman.

5. Kita haruslah rajin membaca dan mengulangkaji pelajaran demi mencapai


kejayaan.Laiman seorang yang rajin belajar sehingga dia berjaya menggenggam
segulung ijazah dalam jurusan kejuruteraan dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

6. Kita hendaklah menjauhi sikap hasad dengki dan iri hati terhadap orang
lain. Muluk sanggup menganiaya Laiman dengan membakar tangki minyak yang
bernombor 12 kerana cemburu akan hubungan mesra antara Laiman dan Soniah.
PENGHARGAAN

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan kesyukuran kepada


Tuhan kerana dengan limpah dan kurnianya, saya dapat menyiapkan
Folio “Novel Jalan Ke Puncak” dengan sempurna dalam jangka masa
yang telah ditetapkan.

Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan


Azlina Abdul Aziz selaku guru Bahasa Melayu , yang telah banyak
memberi tunjuk ajar dan bimbingan serta berkongsi
maklumat dalam membantu saya menyiapkan folio ini.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada


rakan-rakan sekelas kerana sudi memberi tunjuk ajar dan dorongan
serta berkongsi maklumat dan tidak lokek dalam menyalurkan
pandangan dan maklumat sepanjang saya menyiapkan folio ini.
ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK M/S


1. SINOPSIS UMUM
2. SARI BAB
3. TEMA
4. PERSOALAN
5. PLOT
6. WATAK DAN PERWATAKAN
7. LATAR
8. GAYA BAHASA
9. SUDUT PANDANGAN
10. NILAI
11. PENGAJARAN

Anda mungkin juga menyukai