Anda di halaman 1dari 4

Sinopsis Novel Jalan Ke Puncak - (Nukilan Juri Durabi)

Bab Satu: Bagaikan Mimpi

Laiman pelajar dari Sabah seakan-akan tidak percaya bahawa dirinya berada di Sarawak
untuk menjalani latihan industri. Bidang yang diambilnya ialah kejuruteraan. Dia dihantar
untuk membuat praktikal di sebuah syarikat minyak. Semasa menjalani latihan, dia
menjalankan tugasnya dengan bersungguh-sungguh dan penuh minat. Di situ, dia berkawan
baik dengan Sukri. Dia bercerita kepada Sukri bahawa dia akan berehat selepas tamat
pengajian nanti. Jika dia menerima tawaran bekerja dari mana-mana syarikat, dia tidak akan
menerimanya dengan cepat. Sukri hairan memikirkan sikap Laiman. Kebanyakan pelajar
akan memikirkan pekerjaan setelah tamat belajar di universiti, tetapi Laiman hendak berehat.
Laiman teringat akan kawannya yang bernama Chow Chin. Pemuda itu belajar di universiti
hingga tamat pengajian. Setelah tamat belajar, dia tidak memohon pekerjaan sebaliknya
membuka perniagaan kereta terpakai. Kemudian, dia menjadi ejen import eksport.
Seterusnya, dia mengusahakan hotel. Kini, Chow Chin sudah menjadi jutawan baharu.

Dalam hidang pekerjaan, Laiman menjadikan Chow Chin sehagai contoh untuk diteladani.
Laiman mengetahui bahawa ada juga pemuda yang gagal belajar di pusat pengajian tinggi
tetapi berjaya dalam hidup. Pemuda itu bekerja di bengkel kereta milik orang lain, kemudian
membuka bengkel sendiri. Laiman tertarik akan pekerjaan yang sedemikian. Pada
pandangannya, orang yang berijazah atau tidak berijazah mampu maju dalam hidup jika bijak
dan rajin berusaha. Perkara yang paling penting ialah pengalaman, kemahiran, dan
kesungguhan. Kesemua perkara tersebut mampu membawa dirinya ke arah hidup yang lebih
terjamin.

Bab Dua: Sesal

Laiman bersiar-siar ke Lutong selepas waktu pejabat. Kerjanya telah selesai. Pengurusnya
berpuas hati dengan kecekapan dan sikap Laiman. Ramai yang memuji Laiman. Di pekan
Lutong, Laiman terjumpa rakan sekerjanya Soniah. Mereka berbincang hal kerja. Soniah
telah bertanya Laiman tentang Muluk. Bagi Laiman, Muluk seorang pemuda yang bersikap
aneh. Dia tidak pernah berbual dengan pemuda itu. Apabila Laiman bertanya lebih lanjut
tentang Muluk, Soniah enggan menjawab, seolah-olah Soniah sedang menyembunyikan
sesuatu mengenai Muluk. Akhirnya Laiman membiarkan persoalan tentang Muluk begitu
sahaja tanpa sebarang jawapan daripada Soniah.

Bab Tiga:

Sukri, ketua jabatan yang menyelia Laiman telah menerima berita bahawa sebuah tangki
minyak yang dibaiki oleh Laiman telah terbakar. Ketika kejadian Laiman berada di Kuching
untuk bertemu kawan sekuliahnya yang sedang menjalani latihan di sebuah jabatan kerajaan
sambil mengambil buku-buku rujukan yang disimpannya sewaktu sampai di Kuching dahulu.
Kebakaran dapat dipadamkan tiga jam kemudian oleh anggota bomba dan pekerja-pekerja di
situ. Perkara yang menjadi persoalan kini ialah punca kebakaran tersebut. Sukri berpendapat
Laiman tidak wajar dipersalahkan kerana ketika kejadian berlaku, Laiman tiada di situ. Sukri
juga memikirkan kerugian dan nasib Laiman yang akan dikenakan tindakan oleh pengurus
syarikat. Keesokan harinya, Sukri memaklumkan kejadian tersebut kepada Laiman. Laiman
sangat yakin kerja yang dilakukannya cukup rapi dan dia tidak percaya kejadian itu boleh
terjadi. Akhirnya Sukri membuat andaian bahawa peristiwa itu terjadi mungkin disebabkan
oleh pembuatan khianat. Perkara tersebut mengingatkan Laiman tentang perbualannya
bersama Sonia seminggu yang lalu.

Bab Empat:

Laiman dan Soniah menghabiskan cuti hujung minggu dengan bersiar-siar di Bandar Miri.
Mereka berbincang tentang rancangan masa depan Soniah yang ingin melanjutkan pelajaran
dalam jurusan kejuruteraan. Bagi Laiman, bidang kejuruteraan amat mencabar dan tidak
sesuai dengan Soniah kerana risiko untuk menjalakan tugas cari gali minyak memakan masa
berbulan-bulan lamanya. Bagi Soniah, dia suka akan cabaran dan menjadi seorang jurutera
merupakan impiannya. Soniah turut bertanyakan tentang kejadian kebakaran yang berlaku
kepada Laiman. Laiman berharap kejadian tersebut tidak menjejaskan perjalanan kuliahnya
di universiti. Sewaktu Laiman dan Soniah sedang bersiar-siar, Laiman menyedari kehadiran
Muluk yang memerhatikan gerak-geri mereka.

Bab Lima:

Setelah pulang dari universiti, Laiman berubah.

Bab Enam

Laiman kini mengusahakan tanaman tembikai di kampung halamannya di Sabah. Walaupun


hanya bekerja sebagai petani, Laiman tidak peduli. Dia ingin manyahut seruan kerajaan
supaya siswazah berdikari dan tidak bergantung kepada kerajaan. Baginya rezeki ada dimana-
mana asalkan rajin berusaha. Laiman juga merancang untuk mengusahakan projek ternakan
lebah madu dan ikan air tawar. Laiman masih diusik kenangan setahun lalu ketika dia
menjalani latihan di Sarawak. Terbongkar juga akhirnya punca kejadian kebakaran tangki
minyak. Rupa-rupanya Muluk cemburu akan Laiman kerana menyangka Laiman menjalin
hubungan cinta dengan Soniah. Oleh sebab cintanya tidak berbalas, Muluk menaruh dendam
dan berniat menyusahkan sesiapa sahaja yang mendampingi Soniah. Muluklah yang
membakar tangki minyak. Akibat perbuatannya itu, Muluk menerima hukuman.

Bab Tujuh

Laiman ditegur oleh ayahnya Pak Kiassim kerana menolak tawaran bekerja di jabatan
pertanian. Ayahnya kesal kerana selama ini dia telah banyak berkorban untuk pengajian
Laiman di Universiti, tetapi Laiman tidak memanfaatkan kelulusan yang dimilikinya untuk
bekerja terutama dengan jabatan kerajaan sebaliknya Laiman pulang ke kampung untuk
menjadi petani. Laiman begitu tertekan kerana cita-cita dan impiannya tidak difahami oleh
ayahnya. Laiman ingin membuka mata penduduk kampung supaya gigih berusaha tanpa
mengharapkan bantuan daripada kerajaan seperti mana yang dilakukannya bersama
sepupunya Milan. Laiman mendapat sokongan daripada sepupunya dalam usahanya itu.

Bab Lapan

Rancangan Laiman untuk mengusahakan tanah paya berhampiran tanah sawah milik Pak
Sahok untuk dijadikan kolam ternakan ikan tidak dipersetujui Pak Sahok. Walaupun tanah
paya itu tidak termasuk dalam geran Pak Sahok, namun Pak Sahok ada mengusahakan
sebahagian paya itu untuk dijadikan sawah. Laiman tidak berputus asa. Dia terus memujuk
Pak Sahok. Sementara itu kebun tembikainya mula berbuah. Laiman dibantu oleh Milan
untuk mengusahakan kebun itu. Dia juga berazam untuk meneruskan projek ternakan lebah
madu. Laiman bercadang untuk mengambil anak-anak muda kampung itu untuk bekerja
dengan mereka.

Bab Sembilan

Pak Sahok tetap berkeras dan tidak membenarkan Laiman untuk melaksanakan projek di
kawasan tanah miliknya walaupun ditawarkan untuk berkongsi pendapatan daripada projek
ternakan ikan air tawar itu. Laiman terpaksa mengalah dan cuba memikirkan tempat lain yang
lebih sesuai. Namun Laiman dan Milan masih buntu. Pada masa yang sama ayahnya mula
menyedari hasil usaha Laiman telah mendatangkan hasil. Kejayaan tanaman tembikai Laiman
mula menjadi buah mulut penduduk kampung. Pak Kiassim menawarkan diri untuk
berbincang dengan Pak Sahoh berkaitan projek ternakan ikan air tawar di tanah paya
berhampiran tanahnya. Laiman berasa terharu. Dia meminta maaf kerana selama ini dia tidak
dapat memenuhi hasrat ayahnya supaya bekerja sebagaimana siswazah lain.

Bab Sepuluh

Kejayaan projek Laiman mendapat perhatian banyak pihak termasuk Jabatan Pertanian yang
menawarkan pelbagai bantuan. Pak Sahoh pula telah bersetuju dan memberikan kebenaran
kepada Laiman menggunakan tanah paya untuk projek ternakan ikan air tawar dan udang
harimau. Hasil jualan buah tembikai akan dijadikan modal untuk projek tersebut. Ramai anak
muda yang mahu bekerja dengan Laiman untuk menjayakan projek yang akan dilaksanakan
itu. Kolam telah mula dikorek, dan dua orang pekerjanya telah dihantar untuk mengikuti
latihan khusus dalam bidang penternakan. Sementara itu kebun tembikai diserahkan kepada
ayahnya untuk diusahakan. Pada masa yang sama, Soniah sesekali menghubungi Laiman
melalui surat. Kini Soniah melanjutkan pelajarannya di universiti.

Bab Sebelas

Laiman dimaklumkan oleh Milan bahawa dua orang pekerja mereka iaitu Kadek dan Muali
yang dihantar untuk mengikuti latihan dalam bidang ternakan air tawar telah membuat
keputusan untuk mengusahakan projek ternakan mereka sendiri. Mereka enggan membantu
projek Laiman dan Milan. Laiman sangat terkejut. Pada mulanya dia amat marah tetapi dia
yakin banyak lagi orang kampung yang berkebolehan. Ayah Laiman mulai menyedari erti
pengorbanan Laiman yang enggan bekerja dengan kerajaan walaupun Laiman mempunyai
ijazah. Dia mula memahami Laiman telah bersusah payah mencari projek untuk yang akan
membuka peluang pekerjaan kepada anak-anak muda yang menganggur.

Bab Dua Belas

Keengganan Muali dan Kedek untuk bekerja setelah dihantar untuk mengikuti latihan sudah
tidak menjadi masalah lagi bagi Laiman. Abangnya Mail menyokong usaha yang dibuat oleh
Laiman dan menasihati adiknya itu agar melakukan kerja bersungguh-sungguh tanpa
menghiraukan cakap-cakap orang kampung terhadapnya.

Bab Tiga Belas

Sementara Laiman dan Milan menunggu hasil dari kolam penternakan mereka yang dijaga
oleh enam orang pekerja, Laiman dan Milan menjalankan kerja-kerja sambilan yang lain
seperti menjaja kuih, meraih pisang dan kelapa. Pendapatan mereka disimpan di bank untuk
kegunaan masa depan mereka
.

Bab Empat Belas

Laiman masih belum berpuas hati dengan pencapaiannya sekarang. Tidak lama lagi kolam
ternakannya akan mengeluarkan hasil. Laiman berterima kasih kepada Pak Sahok kerana
mengizinkannya menggusahakan tanah di sebelah tanah Pak Sohok. Kini Laiman dan Milan
telah muncul sebagai usahawantani termuda yang berjaya. Mereka turut membeli lori yang
dapat memudahkan urusan mereka mengangkut hasil tanaman, ternakan dan perniagaan
mereka.

Bab Lima Belas

Laiman merenung kembali susah payahnya selama ini untuk sampai ke tahap itu. Nama
Laiman disebut-sebut sebagai contoh kepada anak-anak muda. Dia turut bersedia
membimbing mereka yang ingin berjaya sepertinya. Dia ingin melihat bangsanya berjaya.
Kerjanya kini sebagai seorang penternak, pengusaha kedai makan dan pemborong yang
berjaya walaupun memiliki ijazah dalam bidang kejuruteraan. Laiman masih mengingati
Soniah yang telah tamat pengajiannya. Laiman sedar dia menyimpan perasaan terhadap gadis
itu. Berita Soniah akan berhijrah ke Sabah untuk bekerja di syarikat pakciknya amat
mengujakan Laiman. Dia berhasrat untuk mencurahkan isi hatinya kepada Soniah.

Anda mungkin juga menyukai