Anda di halaman 1dari 2

Novel Jalan Ke Puncak

Tema :
Novel ini menceritakan sebuah tema berkenaan kesungguhan seorang pemuda untuk
mencapai kejayaan dan masa depan yang cemerlang dengan usaha sendiri dan berdikari.

Jalan cerita :
Watak utama dalam Novel Jalan ke Puncak bernama Laiman merupakan seorang pemuda
dari Sabah yang mempunyai visi dan wawasan tersendiri. Laiman telah mendapatkan Ijazah
Sarjana Muda Kejuruteraan dan menjalani latihan praktikal di Sarawak bersama sebuah
syarikat terkemuka gas dan mjinyak iaiatu Shell. Ketika menjalani latihan praktikal tersebut,
Laiman telah berkawan rapat dengan Soniah sehingga dicemburui oleh Muluk. Ketika
Laiman ke Kuching, sebuah loji minyak yang dibawah seliaannya terbakar. Selepas disiasat,
Laiman didapati tidak bersalah dan kebakaran tersebut dilakukan oleh Muluk yang cemburu
dnegan Laiman.

Selepas tamat pengajian, Laiman pulang ke kampungnya dan tidak ingin melakukan kerja
yang mendapat gaji tetap. Laiman telah menolak tawaran untuk bekerja di sebuah jabatan
kerajaan dan telah dimarahi oleh bapanya. Laiman tekad untuk menjalankan projek ternakan
ikan air tawar dan ternakan lebah madu. Dia memulakan tanaman tembikai bersama Milan
dan telah meminta izin Pak Sahok untuk menggunakan tanah paya sebelah tanah miliknya.
Selepas beberapa minggu, tanaman tembikai mereka membuahkan hasil dan membuka hati
Pak Kiassim untuk menerima usaha Laiman.

Akhirnya, Pak Sahok bersetuju untuk memberi keizinan kepada Laiman untuk menggunakan
tanah paya di sebelah tanah miliknya. Projek ikan air tawar mereka berjaya dan telah
mendapat perhatian Jabatan Pertanian untuk menjadikan perusahaannya contoh kepada
penternak yang lain.

Watak :
1) Laiman
2) Pak Kiassim
3) Milan
4) Pak Sahok
5) Soniah
Tersirat:
1. Kita seharusnya memiliki perasaan kasih sayang terhadap darah daging kita kerana
kegagalan dan kejayaan mereka hanya akan dilihat dan dihargai oleh kita .

2. Kita sewajarnya memiliki sikap berani untuk mengubah nasib seperti Laiman yang
menceburi bidang pertanian berbanding bekerja di sbuah jabatan kerajaan.

3. Kita perlu mempunyai jati diri yang kuat untuk berjaya dalam kehidupan dan menghadapi
pelbagai cabaran kehidupan.

Nama Adilan Tahey 406537021

Anda mungkin juga menyukai