Anda di halaman 1dari 3

NOVEL TINGKATAN DUA - JALAN KE PUNCAK

LATAR MASA DAN LATAR TEMPAT

BAB 1
Waktu rehat pukul 12.30 tengah hari. Laiman ingin berehat di bilik rehat tetapi diajak
oleh Sukri, ketua jabatan yang menyelia Laiman, makan di luar. Laiman sedang
menjalani latihan di sebuah syarikat minyak di Miri, Sarawak.

Latar Masa 12.30 tengah hari

Latar Tempat Pejabat tempat Laiman bekerja di Miri, Sarawak

BAB 2
Laiman bersiar-siar ke Lutong selepas waktu pejabat. Di pekan Lutong, Laiman terjumpa
rakan sekerjanya Soniah. Merek masuk ke sebuah restoran di pekan Lutong dan
berbincang tentang hal kerja.

Latar Masa Selepas waktu pejabat / petang

Latar Tempat Lutong, Sarawak

BAB 3
Sukri, ketua jabatan Laiman, telah menerima berita bahawa sebuah tangki minyak yang
dibaiki oleh Laiman telah terbakar. Sehari selepas kejadian tersebut, pagi-pagi lagi,
Sukri ke rumah sewa Laiman untuk memaklumkan berita kebakaran sebuah tangki
minyak tersebut kepada Laiman.

Latar Masa

Latar Tempat

BAB 4
Laiman dan Soniah menghabiskan cuti hujung minggu dengan bersiar-siar di bandar Miri.
Mereka berbincang tentang rancangan masa depan Soniah yang ingin melanjutkan
pelajaran dalam jurusan kejuruteraan.

Latar Masa

Latar Tempat
BAB 6
Laiman kini mengusahakan tanaman tembikai di kampung halamannya, Kampung
Kusilad, di Sabah. Laiman ingin manyahut seruan kerajaan supaya siswazah berdikari
dan tidak bergantung pada kerajaan.

Latar Masa

Latar Tempat

BAB 7
Laiman baru sahaja menunaikan solat Isyak. Pak Kiassimyang duduk di tiang seri
rumahnya menegur Laiman kerana menolak tawaran bekerja di jabatan pertanian.
Ayahnya kesal kerana Laiman pulang ke kampung untuk menjadi petani.

Latar Masa

Latar Tempat

BAB 8
Milan datang ke rumah Laiman pada waktu petang. Mereka berbual rancangan Laiman
untuk mengusahakan tanah paya berhampiran dengan tanah sawah milik Pak Sahok untuk
dijadikan kolam ternakan ikan

Latar Masa

Latar Tempat

BAB 9
Laiman dan Milan ke rumah Pak Sahok pada suatu petang tetapi Pak Sahok tetap
berkeras dan tidak membenarkan Laiman untuk melaksanakan projek di kawasan tanah
miliknya walaupun ditawarkan untuk berkongsi pendapatan daripada projek ternakan
ikan air tawar itu.

Latar Masa

Latar Tempat
BAB 11
Hari sudah senja. Milah ke rumah Laiman untuk memberitahu Laiman bahawa dua orang
pekerja mereka iaitu Kadek dan Muali yang dihantar untuk mengikuti latihan dalam
bidang ternakan air tawar telah membuat keputusan untuk mengusahakan projek ternakan
mereka sendiri.

Latar Masa

Latar Tempat

BAB 13
Pada hari Ahad. Laiman menjinjing bakul kuih ke Gerai Pitas. Sudah tiga bulan Laiman
dan Milan menjalankan kerja-kerja sambilan yang lain seperti menjaja kuih, meraih
pisang dan kelapa sementara menunggu hasil dari kolam penternakan mereka.

Latar Masa

Latar Tempat

BAB 15
Laiman memerhatikan kolam ternakan ikannya sambil merenung kembali susah
payahnya selama ini untuk sampai ke tahap itu. Kerjanya kini sebagai seorang penternak,
pengusaha kedai makan dan pemborong yang berjaya walaupun memiliki ijazah dalam
bidang kejuruteraan.

Latar Masa

Latar Tempat

Anda mungkin juga menyukai