Anda di halaman 1dari 5

Praktis 1

(a) Persoalan kasih sayang sesama makhluk


- Nenek Laiman sangat menyayangi cucunya Laiman hingga
sanggup mengeluarkan semua wang simpanannya untuk
membiayai pengajian Laiman di universiti.

(b) Persoalan ketabahan menghadapi ujian hidup


- Laiman tabah menghadapi cabaran sebelum menjadi usahawan
yang berjaya. Antaranya, Laiman tabah menghadapi tentangan
daripada ayahnya, Pak Kiassim dan usaha memujuk Pak Sahok
berkenaan tanah rizab.

(c) Persoalan kepentingan semangat kerjasama dalam melakukan


sesuatu
- Laiman bekerjasama dengan sepupunya, Milan untuk
menjalankan beberapa projek yang dirancangnya seperti projek
kebun tembikai, ternakan ikan air tawar dan ternakan udang
harimau.

Praktis 2
Watak utama : Laiman
(a) Seorang yang penyayang
- Laiman menyimpan perasaan cinta terhadap gadis bernama
Soniah. Dia menjalin hubungan dengan Soniah ketika bekerja di
syarikat loji minyak milik Shell. Hubungan tersebut berterusan
sehingga Soniah tamat belajar di Universiti Kebangsaan
Malaysia. Laiman berhasrat menyunting Soniah sebagai
isterinya.

(b) Seorang yang berani


- Laiman seorang yang berani mengambil risiko. Dia berani
menceburi bidang pertanian dan menolak tawaran bekerja di
jabatan kerajaan. Dia mengambil keputusan untuk
mengusahakan ladang tembikai dan menternak ikan air tawar
serta udang harimau dengan dibantu oleh sepupunya, Milan.
(c) Seorang yang penyabar
- Laiman bersabar ketika menghadapi rintangan terutama
tentangan daripada ayahnya yang tidak bersetuju dengan
keputusan Laiman untuk bekerja sendiri.

Praktis 3
(a) Pak Kiassim
- Seorang yang tegas. Contohnya, dia bersikap tegas dengan
Laiman. Dia memarahi Laiman kerana tidak menerima tawaran
kerja yang ditawarkan oleh Jabatan Pertanian.

- Seorang yang pemaaf. Contohnya, dia sudah lama memaafkan


Laiman yang tidak mendengar nasihatnya supaya menerima
tawaran kerja daripada Jabatan Pertanian.

(b) Milan

- Seorang yang setia kawan . Contohnya, Milan sentiasa memberi


sokongan dan membantu Laiman untuk menjadi pengusaha
kebun tembikai, ternakan udang harimau yang berjaya.

- Seorang yang cepat panik. Contohnya, dia menjadi risau apabila


mengetahui Kedek dan Murali yang dihantar berkursus oleh
Laiman ingin mengusahakan projek sendiri selepas tamat
mengikuti latihan kursus penternakan udang harimau.

Praktis 4
(a) Masyarakat kampung
- Walaupun Laiman mempunyai kelulusan, dia ingin memajukan
kampungnya (Kampung Kusilad) dan membuka mata orang-orang
kampung supaya berdikari tanpa mengharapkan bantuan
kerajaan semata-mata.
(b) Masyarakat yang penyayang
- Nenek Laiman sanggup menghabiskan duit simpanan untuk
melihat cucunya senang dan berjaya dalam hidup. Nenek tidak
ragu-ragu mengeluarkan duit demi kasih sayangnya walaupun
duit itu untuk untuk kegunaan hari tuanya.

(c) Masyarakat yang gigih berusaha


- Laiman gigih merancang dan melaksanakan projek kolam ikan
air tawar dan kebun tembikainya, walaupun pada mulanya dia
mendapat tentangan daripada ayahnya, Pak Kiassim.

Praktis 5
Latar tempat : Rumah Pak Sahok. Contoh peristiwa :

- Laiman dan Milan datang untuk memujuk Pak Sahok di rumahnya agar
membenarkan mereka berdua menggunakan tanah rizab di sebelah
tanah miliknya bagi mengusahakan projek ternakan ikan air tawar dan
udang harimau. Bagaimanapun Pak Sahok tetap tidak bersetuju.

- Laiman bertandang ke rumah Pak Sahok atas jemputan Pak Sahok


kerana dia telah bersetuju dan memberikan kebenaran kepada Laiman
menggunakan tanah paya untuk tujuan penternakan ikan air tawar dan
udang harimau.

Praktis 6
(a) Nilai : Kerjasama
Pengajaran : Kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sesuatu
pekerjaan
Contoh peristiwa : Laiman bekerjasama dengan sepupunya, Milan
untuk menjalankan beberapa projek yang dirancangnya seperti
projek kebun tembikai, ternakan ikan air tawar dan ternakan udang
harimau.
(b) Nilai : Keberanian
Pengajaran : Kita perlulah berani menegakkan keadilan
Contoh peristiwa : Laiman berani menjadi petani moden kerana dia
berkeyakinan bahawa usahanya akan membuahkan hasil walaupun
pada peringkat awal ditentang oleh ayahnya, Pak Kiassim kerana dia
telah menolak tawaran bekerja di Jabatan Pertanian.

(c) Nilai : Kasih sayang


Pengajaran : Kita hendaklah menyuburkan kasih sayang untuk
merapatkan silaturahim
Contoh peristiwa : Pak Kiassim amat menyayangi anaknya. Oleh
sebab itu, dia meleteri sikap Laiman yang menolak tawaran
pekerjaan di Jabatan Pertanian. Namun, Pak Kiassim akur setelah
melihat usaha anaknya menampakkan hasil.

Praktis 1 (Modul, m/s 133)

Watak utama dalam novel ini ialah Laiman. Dua konflik yang
dihadapi oleh watak utama ialah konflik antara Laiman dengan
ayahnya, Pak Kiassim. Pak Kiassim memarahi Laiman apabila Laiman
menolak tawaran untuk bekerja makan gaji di jabatan kerajaan.
Laiman menghadapi konflik tersebut dengan cara memberi penjelasan
kepada ayahnya bahawa dia ingin berdikari dan bekerja sendiri.
Walaupun pada awalnya tidak dipersetujui oleh ayahnya, namun
setelah melihat kejayaan projek tanaman tembikai yang diusahakan
oleh Laiman, Pak Kiassim mula berubah pandangan terhadap cita-cita
murni anaknya.
Seterusnya, Laiman juga menghadapi konflik dengan Pak
Sahok. Pak Sahok tidak membenarkan Laiman dan Milan
mengerjakan tanah paya yang bersebelahan dengan tanah sawah
miliknya. Walaupun berulang kali memujuk Pak Sahok, tetapi hasilnya
gagal. Kemudian Pak Kiassim membantu Laiman dengan menjadi
orang tengah untuk memujuk Pak Sahok. Akhirnya Pak Sahok
berlembut hati dan memberi keizinan kepada Laiman untuk
menjalankan projek ternakan ikan air tawar dan udang harimau.
Praktis 2 (Modul, m/s 134)

Peristiwa yang menimbulkan keinsafan kepada pembaca


ialah peristiwa Muluk yang berjaya diberkas oleh pihak polis atas
perbuatan khianatnya yang mendalangi kebakaran tangki minyak akibat
cemburu buta. Peristiwa ini menginsafkan pembaca bahawa kita tidak
seharusnya menganiayai dan mendendami seseorang hanya
disebabkan perasaan cemburu yang menguasai diri.
Seterusnya, peristiwa Laiman yang tidak mudah berputus
asa untuk meraih kejayaan meskipun berhadapan dengan pelbagai
dugaan. Peristiwa ini juga menginsafkan kita bahawa kita perlulah
bersusah payah dahulu sebelum meraih kesenangan pada hari
muka.

Anda mungkin juga menyukai