Anda di halaman 1dari 5

NOVEL JALAN KE PUNCAK

Sinopsis
Bab
Bab Satu

Sinopsis
Laiman merupakan mahasiswa tahun tiga jurusan kejuruteraan daripada sebuah
universiti tempatan, sedang mengikuti latihan dengan syarikat milik Shell. Pada masa
yang sama, Laiman berasa banyak perkara yang perlu dipelajari daripada latihan
berkenaan termasuklah menimba pengalaman untuk berdikari sebagai seorang
usahawan suatu hari nanti. Laiman teringat kawan sekuliahnya Chow Chin yang begitu
berdikari walaupun berasal daripada keluarga berada. Khabarnya Chow Chin telah
menjadi seorang pengurus sebuah hotel mewah di kota. Laiman yakin pengalaman
tanpa kelulusan juga mampu mengubah nasib kehidupan seseorang.

Bab Dua

Laiman bersiar-siar ke Lutong selepas waktu pejabat. Kerjanya telah selesai.


Pengurusnya berpuas hati dengan kecekapan dan sikap Laiman. Ramai yang memuji
Laiman. Di pekan Lutong, Laiman terjumpa rakan sekerjanya Soniah. Mereka
berbincang hal kerja. Soniah telah bertanya Laiman tentang Muluk. Bagi Laiman, Muluk
seorang pemuda yang bersikap aneh. Dia tidak pernah berbual dengan pemuda itu.
Apabila Laiman bertanya lebih lanjut tentang Muluk, Soniah enggan menjawab, seolaholah Soniah sedang menyembunyikan sesuatu mengenai Muluk. Akhirnya Laiman
membiarkan persoalan tentang Muluk begitu sahaja tanpa sebarang jawapan daripada
Soniah.

Bab Tiga

Sukri, ketua jabatan yang menyelia Laiman telah menerima berita bahawa sebuah
tangki minyak yang dibaiki oleh Laiman telah terbakar. Ketika kejadian Laiman berada
di Kuching untuk bertemu kawan sekuliahnya yang sedang menjalani latihan di sebuah
jabatan kerajaan sambil mengambil buku-buku rujukan yang disimpannya sewaktu
sampai di Kuching dahulu. Kebakaran dapat dipadamkan tiga jam kemudian oleh
anggota bomba dan pekerja-pekerja di situ. Perkara yang menjadi persoalan kini ialah
punca kebakaran tersebut. Sukri berpendapat Laiman tidak wajar dipersalahkan kerana
ketika kejadian berlaku, Laiman tiada di situ. Sukri juga memikirkan kerugian dan nasib
Laiman yang akan dikenakan tindakan oleh pengurus syarikat. Keesokan harinya, Sukri
memaklumkan kejadian tersebut kepada Laiman. Laiman sangat yakin kerja yang
dilakukannya cukup rapi dan dia tidak percaya kejadian itu boleh terjadi. Akhirnya Sukri
membuat andaian bahawa peristiwa itu terjadi mungkin disebabkan oleh pembuatan
khianat. Perkara tersebut mengingatkan Laiman tentang perbualannya bersama Sonia

Bab Empat

seminggu yang lalu.


Laiman dan Soniah menghabiskan cuti hujung minggu dengan bersiar-siar di Bandar
Miri. Mereka berbincang tentang rancangan masa depan Soniah yang ingin
melanjutkan pelajaran dalam jurusan kejuruteraan. Bagi Laiman, bidang kejuruteraan
amat mencabar dan tidak sesuai dengan Soniah kerana risiko untuk menjalakan tugas
cari gali minyak memakan masa berbulan-bulan lamanya. Bagi Soniah, dia suka akan
cabaran dan menjadi seorang jurutera merupakan impiannya. Soniah turut bertanyakan
tentang kejadian kebakaran yang berlaku kepada Laiman. Laiman berharap kejadian
tersebut tidak menjejaskan perjalanan kuliahnya di universiti. Sewaktu Laiman dan
Soniah sedang bersiar-siar, Laiman menyedari kehadiran Muluk yang memerhatikan

Bab Lima
Bab Enam

gerak-geri mereka.
Setelah pulang dari universiti, Laiman berubah.
Laiman kini mengusahakan tanaman tembikai di kampung halamannya di Sabah.
Walaupun hanya bekerja sebagai petani, Laiman tidak peduli. Dia ingin manyahut
seruan kerajaan supaya siswazah berdikari dan tidak bergantung kepada kerajaan.
Baginya rezeki ada dimana-mana asalkan rajin berusaha. Laiman juga merancang
untuk mengusahakan projek ternakan lebah madu dan ikan air tawar. Laiman masih
diusik kenangan setahun lalu ketika dia menjalani latihan di Sarawak. Terbongkar juga
akhirnya punca kejadian kebakaran tangki minyak. Rupa-rupanya Muluk cemburu akan
Laiman kerana menyangka Laiman menjalin hubungan cinta dengan Soniah. Oleh
sebab cintanya tidak berbalas, Muluk menaruh dendam dan berniat menyusahkan
sesiapa sahaja yang mendampingi Soniah. Muluklah yang membakar tangki minyak.

Bab Tujuh

Akibat perbuatannya itu, Muluk menerima hukuman.


Laiman ditegur oleh ayahnya Pak Kiassim kerana menolak tawaran bekerja di jabatan
pertanian. Ayahnya kesal kerana selama ini dia telah banyak berkorban untuk pengajian
Laiman di Universiti, tetapi Laiman tidak memanfaatkan kelulusan yang dimilikinya
untuk bekerja terutama dengan jabatan kerajaan sebaliknya Laiman pulang ke
kampung untuk menjadi petani. Laiman begitu tertekan kerana cita-cita dan impiannya
tidak difahami oleh ayahnya. Laiman ingin membuka mata penduduk kampung supaya
gigih berusaha tanpa mengharapkan bantuan daripada kerajaan seperti mana yang
dilakukannya bersama sepupunya Milan. Laiman mendapat sokongan daripada

Bab Lapan

sepupunya dalam usahanya itu.


Rancangan Laiman untuk mengusahakan tanah paya berhampiran tanah sawah milik
Pak Sahok untuk dijadikan kolam ternakan ikan tidak dipersetujui Pak Sahok. Walaupun
tanah paya itu tidak termasuk dalam geran Pak Sahok, namun Pak Sahok ada
mengusahakan sebahagian paya itu untuk dijadikan sawah. Laiman tidak berputus asa.
Dia terus memujuk Pak Sahok. Sementara itu kebun tembikainya mula berbuah.
Laiman dibantu oleh Milan untuk mengusahakan kebun itu. Dia juga berazam untuk
meneruskan projek ternakan lebah madu. Laiman bercadang untuk mengambil anak-

Bab

anak muda kampung itu untuk bekerja dengan mereka.


Pak Sahok tetap berkeras dan tidak membenarkan Laiman untuk melaksanakan projek

Sembilan

di kawasan tanah miliknya walaupun ditawarkan untuk berkongsi pendapatan daripada


projek ternakan ikan air tawar itu. Laiman terpaksa mengalah dan cuba memikirkan
tempat lain yang lebih sesuai. Namun Laiman dan Milan masih buntu. Pada masa yang
sama ayahnya mula menyedari hasil usaha Laiman telah mendatangkan hasil.
Kejayaan tanaman tembikai Laiman mula menjadi buah mulut penduduk kampung. Pak
Kiassim menawarkan diri untuk berbincang dengan Pak Sahoh berkaitan projek
ternakan ikan air tawar di tanah paya berhampiran tanahnya. Laiman berasa terharu.
Dia meminta maaf kerana selama ini dia tidak dapat memenuhi hasrat ayahnya supaya

Bab

bekerja sebagaimana siswazah lain.


Kejayaan projek Laiman mendapat perhatian banyak pihak termasuk Jabatan Pertanian

Sepuluh

yang menawarkan pelbagai bantuan. Pak Sahoh pula telah bersetuju dan memberikan
kebenaran kepada Laiman menggunakan tanah paya untuk projek ternakan ikan air
tawar dan udang harimau. Hasil jualan buah tembikai akan dijadikan modal untuk projek
tersebut. Ramai anak muda yang mahu bekerja dengan Laiman untuk menjayakan
projek yang akan dilaksanakan itu. Kolam telah mula dikorek, dan dua orang
pekerjanya telah dihantar untuk mengikuti latihan khusus dalam bidang penternakan.
Sementara itu kebun tembikai diserahkan kepada ayahnya untuk diusahakan. Pada
masa yang sama, Soniah sesekali menghubungi Laiman melalui surat. Kini Soniah

Bab

melanjutkan pelajarannya di universiti.


Laiman dimaklumkan oleh Milan bahawa dua orang pekerja mereka iaitu Kadek dan

Sebelas

Muali yang dihantar untuk mengikuti latihan dalam bidang ternakan air tawar telah
membuat keputusan untuk mengusahakan projek ternakan mereka sendiri. Mereka
enggan membantu projek Laiman dan Milan. Laiman sangat terkejut. Pada mulanya dia
amat marah tetapi dia yakin banyak lagi orang kampung yang berkebolehan. Ayah
Laiman mulai menyedari erti pengorbanan Laiman yang enggan bekerja dengan
kerajaan walaupun Laiman mempunyai ijazah. Dia mula memahami Laiman telah
bersusah payah mencari projek untuk yang akan membuka peluang pekerjaan kepada

Bab

anak-anak muda yang menganggur.


Keengganan Muali dan Kedek untuk bekerja setelah dihantar untuk mengikuti latihan

Dua Belas

sudah tidak menjadi masalah lagi bagi Laiman. Abangnya Mail menyokong usaha yang
dibuat oleh Laiman dan menasihati adiknya itu agar melakukan kerja bersungguh-

Bab

sungguh tanpa menghiraukan cakap-cakap orang kampung terhadapnya.


Sementara Laiman dan Milan menunggu hasil dari kolam penternakan mereka yang

Tiga Belas

dijaga oleh enam orang pekerja, Laiman dan Milan menjalankan kerja-kerja sambilan
yang lain seperti menjaja kuih, meraih pisang dan kelapa. Pendapatan mereka

Bab

disimpan di bank untuk kegunaan masa depan mereka.


Laiman masih belum berpuas hati dengan pencapaiannya sekarang. Tidak lama lagi

Empat

kolam ternakannya akan mengeluarkan hasil. Laiman berterima kasih kepada Pak

Belas

Sahok kerana mengizinkannya menggusahakan tanah di sebelah tanah Pak Sohok.


Kini Laiman dan Milan telah muncul sebagai usahawantani termuda yang berjaya.
Mereka turut membeli lori yang dapat memudahkan urusan mereka mengangkut hasil

Bab

tanaman, ternakan dan perniagaan mereka.


Laiman merenung kembali susah payahnya selama ini untuk sampai ke tahap itu.

Lima Belas

Nama Laiman disebut-sebut sebagai contoh kepada anak-anak muda. Dia turut
bersedia membimbing mereka yang ingin berjaya sepertinya. Dia ingin melihat
bangsanya berjaya. Kerjanya kini sebagai seorang penternak, pengusaha kedai makan
dan pemborong yang berjaya walaupun memiliki ijazah dalam bidang kejuruteraan.
Laiman masih mengingati Soniah yang telah tamat pengajiannya. Laiman sedar dia
menyimpan perasaan terhadap gadis itu. Berita Soniah akan berhijrah ke Sabah untuk
bekerja di syarikat pakciknya amat mengujakan Laiman. Dia berhasrat untuk
mencurahkan isi hatinya kepada Soniah.

Sinopsis Keseluruhan
Novel Jalan ke Puncak mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Laiman yang berkelulusan
ijazah sarjana muda kejuruteraan tetapi enggan bekerja makan gaji. Laiman lebih suka bekerja sendiri
dengan mengusahakan ladang tembikai. Pada mulanya hasrat bekerja sendiri ditentang oleh ayahnya
kerana keluarga mereka telah banyak berkorban demi kejayaan Laiman dalam pengajiannya. Setelah
usaha berkebun menampakkan hasil, ayah Laiman mulai menyokong usahanya. Laiman turut
mengusahakan kolam ternakan ikan air tawar, udang harimau di samping berniaga kedai makan dan
memborong hasil pertanian. Laiman dibantu oleh sepupunya Milan. Usaha gigih Laiman bukan sekadar
untuk dirinya malah dia turut membantu anak-anak muda lain dengan membuka peluang pekerjaan dan
mengubah mentaliti mereka. Laiman mahu bangsanya tidak hanya bergantung kepada kerajaan atau
bekerja makan gaji, sebaliknya mereka perlu gigih berusaha dan berdikari jika mereka ingin hidup
mewah. Laiman akhirnya menjadi usahawan tani berjaya dan contoh kepada penduduk kampung.
Usahanya turut mendapat pengiktirafan daripada kerajaan.

Tema:

Kegigihan seorang pemuda dalam membina kecemerlangan kerjaya masa depannya dengan cara
berdikari.
Contoh:
Laiman yang berkelulusan ijazah kejuruteraan enggan berkerja makan gaji, sebaliknya dia memilih untuk
bekerja sendiri mengusahakan ladang tembikai di kampungnya. Laiman juga turut mengusahakan kolam
ikan air tawar, udang harimau, berniaga kedai makan dan menjadi peraih hasil pertanian di kampungnya.
Berkat usaha gigih Laiman, akhirnya dia berjaya dalam bidang yang diceburinya dan mendapat
pengiktirafan daripada pihak kerajaan.

Persoalan
Ketabahan

Contoh
Laiman tabah menghadapi segala rintangan terutama daripada keluarganya yang

menghadapi

tidak bersetuju dengan keputusan untuk bekerja sendiri.

dugaan hidup
Keberanian

Laiman berani menolak tawaran bekerja di jabatan kerajaan sebaliknya

menceburi bidang

mengambil keputusan untuk mengusahakan ladang tembikai dan menternak ikan

pertanian
Pengorbanan

air tawar serta udang harimau


Abang dan nenek Laiman telah mengorbankan wang ringgit demi membiayai

demi kejayaan ahli

pengajian Laiman di universiti

keluarga
Semangat

Milan yang merupakan kawan dan sepupu kepada Laiman, sentiasa menyokong

setia

kawan
Semangat
akan negara

usaha Laiman untuk menjayakan projek yang diusahakan oleh Laiman walaupun
cinta

mendapat tentangan daripada keluarganya sendiri.


Laiman sentiasa menyokong dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk
membantu rakyat dengan memilih untuk berdikari dan bekerja sendiri.

Anda mungkin juga menyukai