Anda di halaman 1dari 6

Bab 1 Kisah di Kedai Koperasi

Kedai Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan telah


ditubuhkan kira-kira lima tahun yang lalu. Pada pagi itu, terdapat seorang
pembantu kedai dan tiga orang ahli lembaga pengarah sedang sibuk melayani
pembeli-pembeli dengan sabar dan baik. Sebagai ahli lembaga pengarah yang
bertugas sebagai jurujual telah menegur seorang pelajar lelaki yang cuba
mencuri sebatang pen. Cikgu Zulkifli masuk ke kedai itu dan memberitahu ahli
lembaga pengarah bahawa pada petang, mesyuarat lembaga pengarah kali
pertama tahun itu akan diadakan. Norlela sebagai pembantu kedai juga dijemput
hadir dalam mesyuarat itu.
Bab 2 Mesyuarat Melaksanakan Harapan
Di bilik mesyuarat Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan, mesyuarat
Lembaga Pengarah telah diadakan. Sebanyak 11 orang murid dan empat orang
guru yang dilantik sebagai ahli Lembaga pengarah dengan empat orang guru
manakala pengetua sekolah, Cikgu Syamsudin telah menjadi Pengerusi Koperasi
sekolah itu. Encik Sulaiman selaku Pegawai Pembangunan Koperasi turut hadir
dalam mesyuarat itu. Pengetua mengucap tahniah kepada Razali kerana dipilih
sebagai penolong setiausaha. Menurut pengetua, penubuhan koperasi sekolah
bertujuan untuk menggalakkan sikap berjimat cermat dan menolong diri sendiri
dan antara ahli. Beliau menyeru supaya semua ahli lembaga pengarah dapat
menjalankan tugas dengan penuh amanah.
Seterusnya Cikgu Zulkifli membentangkan usul mesyuarat yang lalu, iaitu
pertama, koperasi hendak berusaha menternak ayam telur. Kedua, koperasi akan
menjual barang-barang makanan dan keperluan lain selain alat tulis, pakaian
sukan dan buku-buku. Ketiga, koperasi hendak menubuhkan sebuah bilik bacaan.
Ketiga-tiga usul itu diterima oleh ahli lembaga pengarah dengan sebulat suara.
Bab 3 Perjanjian Membalas Dendam
Munir berasa kesal kerana tidak dipilih sebagai penolong setiausaha lembaga
pengarah koperasi sekolah. Dia merungut kepada kawannya Leong dan Silvam.
Sebagai ahli lembaga pengarah, mereka berasa tidak puas hati atas
kemenangan Razali dipilih sebagai penolong setiausaha. Apabila ternampak
Ramlah sedang membantu Razali untuk menyiapkan minit mesyuarat, Munir
cemburu dan menyindir Razali sengaja mendekati Ramlah.
Bab 4 Persiapan Kedai Operasi
Pada pagi itu, Norlela dan beberapa orang ahli lembaga pengarah sibuk melayani
pelajar di kedai koperasi. Razali mendapati bahawa Munir, Silvam dan Leong
tidak datang untuk bertugas di kedai koperasi itu. Swee Lan, Ramlah, Harun,
Saridevi dan Razali terpaksa menggantikan tugas mereka. Cikgu Zulkifli berasa
kesal atas sikap Munir dan kawannya. Razali menyenaraikan barangan yang
hendak dijual di kedai koperasi. Mereka juga hendak menyediakan bilik bacaan
dan akhbar dan majalah. Ayah Swee Lan, Encik Aik Hong telah memberikan
potongan harga untuk kedai koperasi atas barangan yang akan dijual di koperasi
itu. Mereka juga mendapat bantuan daripada Encik Aziz selaku tauke kedai buku
dengan potongan harga buku sebagai 20% kepada koperasi sekolah itu.
Bab 5 Cita-cita dan Harapan
Sebelum pulang, Munir, Leong dan Silvam sedang menunggu Ramlah, Swee Lan
dan Saridevi untuk mengajak mereka menonton tayangan gambar.
Bagaimanapun Ramlah dan kawan-kawannya menolak ajakan itu. Munir berasa
marah dan menganggap bahawa Razalilah yang menyebabkan Ramlah tidak
suka akannya. Dia ingin mengajar Razali.

Keesokan hari, Munir cuba mendekati Ramlah yang sdang menyusun rak buku di
kedai koperasi, lalu memberi Ramlah sepucuk surat kepadanya. Ramlah menolak
dan meminta bantuan daripada Razali. Razali menegur Munir. Munir, Leong dan
Silvam meninggalkan kedai koperasi itu. Ramlah juga memberitahukan hal itu
kepada Cikgu Zulkifli.
Bab 6 Persiapan
Razali, Cikgu Zulkifli, Cikgu Hassan, Swee Lan, Saridevi dan beberapa orang ahli
lembaga pengarah sibuk membersihkan reban-reban ayam . Sebaliknya Ramlah,
Cikgu Robeah, Rozita, Harun, Sivam dan Leong sibuk mengemaskan bilik bacaan
kerana minggu depan Penolong Pengarah Pembangunan Koperasi Bahagain
Sekolah akan melawat ke koperasi mereka. Koperasi sekolah telah
memperuntukkan RMm 30 untuk membeli akhbar dan majalah dalam bilik baca
itu. Ketika mereka sibuk menjalankan tugas pembersihan, Munir bermain bola di
padang. Cikgu Zulkifli pergi ke padang dan mendapati Munir telah dihalau keluar
dari padang kerana bermain bola dengan kasar. Cikgu Zulkifli menasihati Munir
agar melaksanakan tugasnya sebagai ahli lembaga pengarah koperasi sekolah.
Munir berjanji bahawa dia tidak ponteng tugas lagi. Cikgu Zulkifli juga
memberikan amaran kepada Munir supaya tidak tulis surat kepada Ramlah lagi.
Munir berjanji bahawa dia tidak melakukan hal itu lagi.
Bab 7 Semangat
Encik Mansur selaku Penolong Pengarah Pembangunan Koperasi , Bahagian
Fungsi Sekolah-sekolah telah melawat ke Kedai Koperasi Sekolah Menengah
Teknik Pertanian Seri, reban ayam telur dan bilik baca. Beliau memberikan pujian
atas usaha dan kerjasama semua ahli lembaga pengarah koperasi sekolah itu.
Dalam ucapan, beliau berharap agar koperasi sekolah dapat menyemaikan minat
berniaga, semangat bekerjasama, bersatu padu dalam kalangan generasi muda.
Bab 8. Mempelajari Ilmu Perdagangan
Di Tingkatan 5C1, Cikgu Saiful, guru mata pelajaran Perdagangan telah
membincangkan kepentingan prinsip akaun kepada ahli perniagaan, tetapi Munir
asyik mengganggu pelajar lain. Akhirnya Cikgu Saiful menahan Munir di dalam
kelas untuk menyalin semua catat sebelum pulang. Ramlah, Swee Lan, Saridevi,
dan Rozita hendak pergi ke rumah Razali untuk mengulang kaji tentang prinsip
akaun. Ketika Munir turut dari tangga, dia ternampak Ramlah dan kawankawannya bersama dengan Razali dengan muka yang masam.
Bab 9 Kerja Rumah
Rumah Razali di pinggir sawah. Kedatangan Ramlah dan kawan-kawannya
disambut oleh ibu Razali , Mak Sopiah dengan mesra. Mak Sopiah menjemput
mereka masuk ke dalam rumah. Bagaimanapun Razali mengajak mereka
mengulang kaji di pondok yang terletak di tengah sawah. Ternyata di situ
sungguh nyaman dan sunyi. Mak Sopiah turut menghidangkan minuman dan
pisang goreng untuk mereka di pondok itu.
Bab 10 Pengakuan
Munir dipanggil ke bilik kerjaya. Cikgu Zulkifli dan Cikgu Muniam selaku guru
kaunseling dan guru kerjaya sekolah telah meminta Munir memberikan
penjelasan tentang sikapnya yang suka mengganggu pelajar lain di dalam kelas
dan selalu ponteng ketika menjalankan tugas di kedai koperasi. Munir tidak
mengakui tuduhan itu. Setelah diberi nasihat, Munir mengaku tidak akan berbuat
demikian lagi. Cikgu Zulkifli berharap agar Munir akan sedar akan kesalahannya.
11. Melepaskan Dendam

Pada petang itu, Munir, Leong dan Silvam menunggang motosikal lalu singgah di
tepi jalan yang menuju ke arah rumah Razali. Mereka menunggu kedatangan
Razali. Ketika ternampak Razali, mereka terus memukul Razali sehingga Razali
tersungkur dan mukanya berdarah. Setelah mereka meninggalkan tempat itu,
Ramlah, Swee Lan dan Saridevi menunggang basikal ke situ. Setelah mengetahui
perlakuan Munir, mereka ingin melaporkan perkara itu kepada Cikgu Zulkifli,
tetapi Razali enggan berbuat demikian kerana takut kalau berita itu sampai pada
ayah tirinya.
12. Kasih Seorang Ibu
Ketika Razali sampai di rumah, Mak Sopiah amat terkejut melihat keadaan
anaknya. Razali pun menyatakan perlakuan Munir terhadapnya. Kebetulan ayah
tiri Razali, Pak Zakaria telah pulang. Apabila ternampak keadaan Razali, Pak
Zakaria terus menyalahkan Razali sebagai anak yang sombong dan angkuh
sehingga bergaduh dengan orang lain. Mak Sopiah terus mempertahankan
anaknya. Pada petang itu, setelah makan, Razali membaca di pondok yang
terletak di sawah itu. Dia kecewa atas layanan ayah tirinya. Razali terus bertanya
kepada ibunya siapa ayahnya yang sebenarnya. Bagaimanapun, Mak Sopiah
enggan memberitahu Razali tentang ayahnya kerana tidak mahu mengingat
kembali kenangan pahit itu.
13. Dendam Membawa Padah
Keesokan hari, Munir, Leong dan Silvam disuruh ke bilik pengetua kerana
terdapat aduan bahawa mereka dituduh memikul Razali. Setelah disoal siasat,
Cikgu Syamsudin mengambil keputusan untuk merotan Munir, Leong dan Silvam
di dalam bilik pengetua.
14. Berita Gembira
Cikgu Zulkifli mengumumkan bahawa Razali telah dipilih untuk menyertai kursus
koperasi di Petaling Jaya. Ahli lembaga pengarah koperasi sekolah yang lain telah
memberikan ucapan tahniah kepada Razali. Pada suatu petang, Cikgu Zulkifli,
Mak Sopiah, Harun, Swee Lan dan Ramlah telah tiba di stesen bas untuk
menghantar Razali yang akan menaiki bas ke Petaling Jaya.
15 . Budi Baik Dikenang juga.
Razali bersama-sama dengan peserta kursus seluruh koperasi sekolah Malaysia
telah menghadiri kursus di Maktab Kerjasama, Petaling Jaya selama satu minggu.
Penceramah itu telah menyatakan bahawa generasi muda harus menyedari
peranan koperasi dan dapat menjadi pemimpin koperasi yang berjaya di negara
kiga. Selepas kursus, para peserta dibawa melawat ke Jabatan Pembangunan
Koperasi Malaysia di Kuala Lumpur dan tempat-tempat di sekitar Kuala Lumpur.
Razali berasa amat terhutang budi kepada Jabatan pembangunan Koperasi
Malaysia kerana memilih mereka untuk menghadiri kursus tersebut.
16. Kesan Kunjungan
Setelah seminggu kemudian, Razali balik ke sekolah semula. Dalam mesyuarat
koperasi sekolah, Razali telah memberikan laporan ringkas tentang pengetahuan
yang diperoleh daripada kursus itu. Cikgu Syamsudin juga mengemukakan usul,
iaitu sama ada mereka akan menyertai pertandingan untuk memilih koperasi
yang maju, berjaya dan baik pentadbirannya yang dianjurkan oleh Angkatan
Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA). Swee Lan memberikan cadangan
supaya mereka masuk pertandingan itu. Akhirnya semua ahli lembaga pengarah
bersetuju atas cadangan itu. Cikgu Hassan mengharapkan semua ahli lembaga
pengarah berusaha dan menunjukkan semangat untuk memajukan koperasi
mereka pada tahun itu.

17. Semakin Jauh Terbang Burung


Untuk membuat persediaan tentang pertandingan itu, semua ahli lembaga
pengarah bergilir-gilir mengurus projek mereka. Bangsal ternakan ayam dan bilik
bacaan mereka sentiasa dijaga rapi. Baik guru penasihat mahupun pelajar
sebagai ahli lembaga pengarah telah sibuk mengemaskan kedai koperasi
mereka. Sebaliknya Munir, Leong dan Silvam ada di padang untuk bermain bola
tanpa menjalankan tugas mereka. Atas arahan pengetua, Munir, Leong dan
Silvam balik ke kedai koperasi. Ketika Munir berada di meja setiausaha, dia
terlihat anak kunci terletak di situ lalu diambil dan ditelitinya anak kunci itu.
Setelah itu, mereka bertiga tidak berpuas hati terhadap Razali kerana Razali
menjadi tumpuan pelajar perempuan, terutama Ramlah. Munir ingin membuat
sesuatu terhadap Razali lagi.
18. Malang Tidak Diduga
Pada malam itu , ada lembaga hitam membuka pintu dan menceroboh kedai
koperasi itu. Keesokan hari, apabila Razali membuka pintu kedai koperasi itu
dengan kuncinya, dia dan kawan-kawannya terkejut kerana semua barangan
jualan mereka bertaburan di lantai dan wang sebanyak RM200 juga dicuri orang.
Mereka segera melaporkan hal itu kepada Cikgu Zulkifli . Cikgu Zulkifli
mengambil keputusan untuk melaporkan kejadian itu kepada pengetua dan
pihak polis.
19. Misteri Kedai Koperasi
Dua orang anggota polis telah datang ke kedai koperasi sekolah untuk membuat
siasatan. Mereka mendapati pintu kedai itu tidak ada kesan dikopak orang.
Mereka mendapati bahawa hanya Razali dan pengetua memiliki kunci koperasi
itu. Oleh itu Razali dan Cikgu Zulkifli telah dibawa ke balai polis untuk membuat
siasatan lanjut. Semua guru dan ahli lembaga pengarah tidak percaya bahawa
Razali terlibat dalam kes itu. Munir, Leong dan Silvam telah membuat sindiran
bahawa Razali yang terlibat dalam kes itu. Cikgu Zulkifli, Cikgu Robeah, dan
Cikgu Hassan telah berbincang dengan pengetua tentang kes itu. Cikgu Hassan
bercadang supaya mereka cuba merangkap pencuri itu. Mereka bimbang
bahawa kes itu akan mengganggu persiapan mereka untuk masuk pertandingan.
20 Tindakan Ayah Tiri
Ketika Pak Zakaria hendak pulang ke rumah, Munir dan dan Leong menunggung
motosikal ke arahnya. Mereka memberitahu Pak Zakaria bahawa Razali terlibat
dalam kes kecurian kedai koperasi sekolah sehingga disiasat oleh pihak polis. Pak
Zakaria amat marah akan peristiwa . Apabila ternampak kepulangan Razali, Pak
Zakaria yang berada di beranda terus memarahi Razali sebagai pencuri yang
memalukannya. Dia hendak menghalau Razali keluar dari rumahnya. Mak Sopiah
segera keluar dan membela Razali. Dia percaya kata-kata Razali lalu mengatakan
bahawa jika Razali dihalau, dia akan mengikut Razali keluar dari rumah itu juga.
Dengan geram, pak Zakaria mencapai basikalnya lalu menunggangnya dengan
tergesa-gesa.
21. hidup yang Dirundung Malang
Razali berlegar-legar di tengah sawah. Dia cuba mencari ketenangan di pondok
sawah itu. Dia berasa sedih atas nasib yang malang. Dia tidak tahu di mana
ayahnya. Dia asyik termenung tenang fitnah yang dilemparkan terhadapnya.
Mak Sopiah cuba menenangkan jiwa Razali. Sekali lagi, Razali meminta ibunya
supaya memberitahu keadaan ayahnya. Mak Sopiah menangis dan merayu
Razali supaya tidak meninggalkannya. Mak Sopiah tetap enggan memberitahu

Razali siapa ayahnya kerana tidak mahu membangkit peristiwa pahit pada masa
dahulu. Razali memeluk ibunya dan berjanji bahawa dia tiak akan menyakiti hati
ibunya lagi.
22. Misteri Berakhir
Cikgu Zulkifli bergegas ke kedai koperasi kerana diberitahu oleh SweeLan
danMarzuki bahawa kedai koperasi dicerobohi lagi. Pengetua , Cikgu Syamsudin
sangat marah atas kejadian itu dan mengambil keputusan untuk memeriksa beg
dan pakaian murid satu demi satu. Akhirnya Cikgu Hassan berjaya mengesan
murid yang menceroboh kedai koperasi itu, iaitu Munir. Dari beg sekolah Munir,
Hassan telah mendapat kunci yang sama dengan nombor kunci kedai koperasi
mereka dan sehelai wang kertas RM10.00 yang terdapat huruf K seperti yang
ditulis oleh Cikgu Hassan. Cikgu Zulkifli sangat kesal atas perlakuan Munir. Ketika
ditanya oleh Cikgu Syamsudin, Munir mengakui bahawa dialah menceroboh
kedai koperasi untuk memfitnah Razali kerana tidak suka Ramlah yang sering
mendekati Razali. Cikgu Syamsudin mengambil keputusan untuk menghukum
Munir. Beliau akan mengadakan mesyuarat dengan guru-guru disiplin untuk
menentukan hukuman yang sepatutnya.
23. Hukuman
Mengikut keputusan mesyuarat guru disiplin sekolah itu, Munir akan dirotan di
hadapan perhimpunan sebanyak 3 kali. Kedua-dua ibu bapa Munir juga
diberitahu dahulu dan mendapat kebenaran dengan harapan disiplin Munir akan
berubah. Cikgu Muniam telah mengumumkan kesalahan yang dilakukan oleh
Munir. Munir akan dirotan oleh Pengetua sendiri dan digantung persekolahannya
selama seminggu. Ketika tampil ke depan, tiba-tiba Munir menghulurkan tangan
dan meminta maaf kepada Razali. Razali mengangguk-angguk lalu memeluk
tubuh Munir. Mereka berpelukan. Air mata Razali berderaian. Semua warga
sekolah terharu. Cikgu Syamsudin mengingatkan semua pelajar supaya peristiwa
itu sebagai pengajaran.
24. Memasuki Dunia Baharu
Ketika selesai menunaikan solat, Munir tiba di halaman rumah Razali. Munir
datang untuk meminta maaf kepada Pak Zakaria dan Mak Sopiah. Dia mengakui
kesalahannya dan membuat fitnah sehingga menjejaskan nama baik keluarga
Razali. Pak Zakaria memaafkan Munir yang telah insaf akan kesalahannya. Selain
itu, Munir juga datang untuk meminta Razali supaya boleh mengajarnya
memandangkan peperiksaan SPM semakin menjelang. Razali tidak keberatan
untuk membantu Munir dalam pelajaran. Munir terharu atas budi Razali dan
merasai dirinya menjadi orang baharu dalam hidupnya. Dia telah mendapat
seorang sahabat baharu.
25. Harapan Berbunga Indah
Pada suatu hari, tiga orang hakim Pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah dari
ANGSAKA datang untuk menghakimi Koperasi Sekolah Menengah Teknik
Pertanian Seri Kayangan. Mereka meneliti barang jualan, buku-buku akaun dan
sebagainya di kedai koperasi. Kemudian mereka juga meninjau projek ternakan
ayam telur dan bilik bacaan yang disediakan oleh koperasi sekolah itu.
Pada pagi itu, mua murid Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan
berbaris dalam perhimpunan. Pengarah Jabatan Pembangunan Koperasi Negeri
hadir bersama, termasuk beberapa orang ibu bapa yang dijemput khas. Jabatan
Pembangunan Koperasi Negeri Perlis dijemput untuk berucap dan seterusnya
menyampaikan hadiah. Beliau mengumumkan bahawa Koperasi Sekolah
Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan berjaya menjadi johan dalam

Pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah pada tahun itu. Razali dipilih untuk


menerima piala daripada pengarah itu. Semua guru dan pelajar bertepuk tangan
dengan gembira. Razali juga dijulang oleh empat orang ahli lembaga pengarah
dan diarak mengelilingi perhimpunan itu.
Setelah perhimpunan tamat, Mak Sopiah dan Pak Zakaria ternampak seorang
lelaki tua dan dapat mengesan lelaki itu ialah Ramli. Mereka bersalaman. Cikgu
Syamsudin berasa ada sesuatu rahsia dalam pertemuan itu. Beliau segera
menjemput mereka ke bilik pejabatnya, termasuk pengarah.
26. Terbuka Rahsia
Encik Ramli mula membuka rahsia antara mereka. Menurut Ramli , dia tinggal di
Melaka, anaknya Ramlah tinggal bersama dengan abangnya seorang polis di
kampung. Ramli mengatakan bahawa Mak Sopiah ialah bekas isterinya. Kira-kira
16 tahun yang lalu, dia telah bercerai dengan Mak Sopiah dan meninggalkan
anak lelaki . Ketika itu, dia sebagai tentera di Seremban. Selepas itu, Pak Zakaria
telah mengambil Mak Sopiah sebagai isteri. Setelah tamat tempoh perkhidmatan
sebagai tentera, Pak Zakaria telah membawa Mak Sopiah dan Razali tinggal di
situ. Sebaliknya Ramli balik ke Melaka dan berkahwin dengan seorang janda
beranak tiga di Melaka. Selama ini, Pak Ramli tidak tahu tempat Razali dan
ibunya berada. Mak Sopiah mengatakan bahawa dia tidak mahu memberitahu
Razali tempat ayahnya berada kerana takut Razali akan meninggalkannya.
Razali dan Ramlah dipanggil ke pejabat Pengetua, Razali diberitahu bahawa ayah
yang dicarinya selama ini ialah ayah kepada Ramlah yang berada di bilik itu.
Setelah mendengar penjelasan ayah tirinya, Razali segera menerpa dan
mencium tangan Pak Ramli. Ramlah terkejut kerana Razali ialah saudaranya.
Mereka tersenyum riang melihat pertemuan itu. Encik Ali, Pengarah Jabatan
Pembangunan Koperasi Negeri mengatakan bahawa sungguh besar jasa koperasi
sekolah kerana dapat mempertemukan anak dengan ayahnya. Rupa-rupanya
bersempena dengan kejayaan koperasi, Razali dapat bertemu dengan ayahnya
yang dicari-carinya selama ini. Mereka bersama-sama ketawa dengan riang.

Anda mungkin juga menyukai